Tips Niaga Instagram

12 Formula untuk tingkatkan organik reach di facebook

1:03 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Siapa yang bijak menggunakan fungsi viral facebook secara ‘NATURAL’ tanpa menipu like, tanpa paksaan rakan-rakan anda, pasti buatkan anda terpaksa terima hasil sebaran yang kempen yang ‘DASYAT’ menghampiri 95% reach sekiranya anda tahu formulanya.

Di bawah saya ringkaskan 12 Formula yang saya pernah gunakan untuk tingkatkan reach hingga ke 95% secara organik dan tentunya anda tidak perlu keluar duit walau satu sen pun.

1- Pilihan gambar A atau gambar B.
Ini merupakan rahsia terunggul yang saya masih simpan hinggalah ke hari ini.
Pernah saya kongsikan kepada owner-owner produk fizikal strategi viral ini, macam biasalah siapa yang gunakan strategi ini pasti akan dapat reach organik yang melampaui normal.

Baru-baru ini saya ada menonton Filem The Social Network yang pasti anda tahu menceritakan kisah pengasas Facebook, saya ada perasan first Viral Photo yang di post Mark Zukerberg iaitu:

Dua gambar gadis.
Gadis A atau gadis B

Soalan yang ditulis Mark Zukerberg pada status gambar itu,
Which girl is hot ?

Keesokan harinya, post facebook itu telah menjadi viral, terlalu banyak orang komen.
Akibatnya lebih ramai orang mendaftar akaun facebook.

Ya anda juga boleh tiru MZ. Saya dah buat, Tuan Muhammad Fadhli dah buat, dan ada juga telah mencuba.

Nak tahu cubalah. Tak kena duit pun.

2- Isi tempat kosong.
Saya masih ingat zaman sekolah rendah, saya dan rakan-rakan kelas memang suka soalan isi tempat kosong terutamanya isi satu perkataan sahaja. Saya pernah lihat Tuan Raja Kamil juga pernah gunakan strategi ini, saya juga selalu gunakan strategi ini.

Contohnya:

Saya sanggup ______________ untuk hilangkan resdung.

Siapkan dengan gambar yang menarik.

Anda pasti terkejut ramai akan komen, dan tiba-tiba wall atau fanpage anda akan
jadi lebih aktif dan meriah.

Walaupun post ini diulang-ulang sebulan sekali, namun formula ini masih berikan ‘kick’ untuk viralkan fanpage anda.

3- Teka-teki.
Saya memang sukakan sesuatu yang mencabar, jangan terkejut.
Fan saya juga merupakan golongan yang pantang dicabar.

Untuk viralkan sesuatu kempen saya pernah gunakan strategi teka-teki.

Sebagai contoh:

“Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang sentiasa terbuka, tapi tak boleh tutup”

Siapa yang boleh jawab sila komen di bawah saya ada jawapan, kemudian PM
admin berikan jawapan.

Surprise ! jika betul jawapannya Admin berikan diskaun 10%.

Hasilnya ? Phew memang menggoncang jiwa.

4- Cadangan hadiah atau FREE gift.
Memang tidak pernah mengecewakan saya. Formula minta fan anda komen cadangan
FREE gift atau hadiah yang bakal mereka terima jika beli produk anda.

Memang selalu akan CASH in RM7 ribu ke RM10 ribu dalam masa 2-3 hari sahaja.

5- Cadangan nama.
Sekiranya anda ada anak kucing atau apa-apa sahaja pet, anda boleh minta fan anda cadangkan nama yang sesuai dengan gambar pet anda tu.

Cubalah pasti, enggagement meningkat.

6- Cadangan harga.
Saya pernah meminta fan saya memberikan pendapat produk apa yang mereka suka syarikat kami hasilkan, dan saya tanya sekali cadangan harganya, memang pelbagai komen dan cadangan diberikan. Memang viral.

Dapat juga dua dalam satu, Viral pun dapat, Info pun dapat, paling best, saya dah tahu kalau nak keluarkan produk tersebut, harga apa yang pastinya dibeli fan-fan saya.

7- Teka perkataan.
Saya sukakan fan saya aktif, saya selalu post di wall gambar yang mengandungi
abjad-abjad dan bahagian paling best ialah, mereka perlu jadikan perkataan sebanyak mungkin.

Anda hanya perlu tanya,

"Apakah perkataan yang boleh anda hasilkan daripada gambar ini"

Pasti tidak pernah mengecewakan reach anda. Apabila reach anda meningkat, segala post promosi anda di fanpage pasti juga dilihat oleh mereka.

Walla, jualan juga meningkat.

8- 3 perkataan pertama yang anda nampak.
Saya pernah kongsikan gambar perkataan-perkataan yang banyak, dan minta salah seorang rakan. Beliau mahukan fanpage kembali aktif, walaupun hanya mempunyai 50 Like, dan TAT hanya 3 orang, setelah beliau letakkan post ini, segalanya berubah,

Dia menerima 8 komen dan 7 like pada post viral ini.
Anda pasti terfikir
”Memang kah post begini senang dapat komen. Bukannya boleh dapat sale pun ”

Ini merupakan strategi viral. Di bawah strategi viral ini anda postkan satu posting khas untuk promosi. Pastinya reach post promosi meningkat secara mendadak.

Bak kata Nike, Just Do It. Buat dulu baru tahu.

9- Berikan 2 sebab kenapa.
Saya selalu gunakan post ini untuk tarik komen yang banyak. sebagai contoh anda boleh gunakan:

”Berikan 2 Sebab Kenapa Jadi Begini. Gadis Bertudung DiPeluk Penyanyi KPOP ”

Ini merupakan contoh sahaja, saya ingin berikan gambaran mengapa post begini pasti menjadi Viral. Anda boleh gunakan kreativiti untuk aktifkan fan-fan anda yang sudah lama tidur.

Cubalah.

10- Susunan yang betul.
Post ini merupakan soalan yang melibatkan gambar. Saya pernah postkan gambar susunan puzzle dan minta fan susunkan mengikut susunan yang betul.

Ringkaskan susunan supaya mereka boleh komen mengikut abjad seperti

Susunan ABC ke ACB ke BAC ke BCA ke CAB ke CBA, mereka akan komen dengan pilihan masing-masing.

11- Berapakah jumlah.
Selalunya ia merupakan gambar, berapa jumlah binatang ke, berapa jumlah segitiga, berapa jumlah segi empat dan sebagainya.

Mereka akan berikan jawapan mereka.
Pasti Viral. Minta mereka share untuk ajak kawan-kawan turut serta komen.

12- Baca nombor yang mempunyai maksud (seperti kod)
Gabungan nombor dan digit ini mampu sebenarnya menghasilkan perkataan yang boleh dibaca oleh minda anda.

Sebagai contoh:

54Y4 530R4N6 54H4J4 Y6 80L3H 84C4 1N1
K0M3N D184W4H
54Y4 530R4N6 Y6 H384T

Gunakan kreativi anda pasti membuahkan hasil.

Ini tips mahal
Selamat mencuba!
😊

Kalau anda rasa tips ini berguna,
Bantulah kawan2 lain dengan sampaikan mesej ini juga kepada mereka

Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai

0 comments: