Mendampingi Tuhan

Prinsip Pareto dalam kehidupan manusia

4:42 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Banyak perkara dalam dunia ini bergantung kepada Pareto principle iaitu teori 80:20. Bererti secara kasarnya, 80% result sesuatu perkara, dipengaruhi oleh hanya 20% penyebab. 

Contoh pertama: 

80% income sesuatu bisnes datang daripada 20% customer sahaja. Bermakna 20% customer tersebut yang selalu banyak membeli & berulang kali membeli. 

Contoh kedua: 

80% kebahagiaan kita untuk sesuatu hari itu datang daripada 20% daripada aktiviti harian kita iaitu solat/zikir/ibadah. 

Contoh ketiga: 

80% result bagus peperiksaan kita datang daripada 20% usaha luarbiasa kita pulun study. 

Apa yang kita boleh pelajari dari teori ini? 

Dalam aktiviti harian kita, hanya 20% perkara yang kita lakukan yang akan datangkan kegembiraan & kepuasan kepada kita. Jom kita cek balik, sebenarnya apa perkara yang kita lakukan hari-hari yang memang buat kita bahagia? Kita luangkan berjam-jam mengadap FB, tapi adakah kita rasa bahagia daripada aktiviti tersebut? 

Mungkin dah tiba masanya untuk kita tumpu kepada perkara yang benar-benar memberi kita kepuasan dalam hidup ini. Selain daripada mengingati Dia, antara perkara yang boleh membuat kita rasa bahagia adalah dengan memberi. Berilah apa sahaja yang kita mampu. Material, kata-kata, pertolongan, senyuman etc. :) 

Selamat memanfaatkan setiap detik waktu dalam hidup kita. 💕

#elsajidashare

0 comments: