Tips Niaga Instagram

Jangan asyik nak menerima je..mula memberi dahulu

3:19 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


JANGAN ASYIK NAK MENERIMA JE..MULA MEMBERI DAHULU

Lumrah dunia, manusia akan rasa terhutang budi bila ada orang dah tolong dia atau beri sesuatu kepada dia. Setuju?

Untuk marketer, Cialdini dalam bukunya ada mengatakan “Anda harus yang pertama mulakan dahulu. Beri sesuatu dulu, boleh jadi informasi, ilmu atau sampel percuma. Berikan pengalaman positif kepada pelanggan, dan mereka akan beriya-iya juga hendak membalas budi anda nanti.”

Prinsip ini menerangkan kenapa sampel percuma tersangat lah efektif dalam dunia pemasaran. 

Anda mesti perasan kan, bila pergi Tesco atau Giant, selalu ada jer amoi-amoi atau kakak yang tersenyum manis nak bagi anda cuba sampel percuma mereka, boleh jadi hotdog, nugget atau pun air yogurt. 

Memang ramai yang ambil kesempatan nak makan percuma, tapi anda perasan tak, ramai juga yang membeli apa yang dicubanya itu? 

Anda rasa syarikat yang bagi sampel percuma tu rugi ke?

Mesti lah TAK kan… Lagi UNTUNG ada lah.

Nah

Baca

Dah hadam, apply 😊

0 comments: