Latest Posts

Fenomena angka 19 dalam al-Quran


FENOMENA ANGKA 19 DALAM AL QURAN

"Di atasNya ada sembilan belas...Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai satu perumpamaan."
(Surah 74 ayat 30-31)..turunnya Surah 74 ini menandakan KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW...

Rupa2nya di dalam Al quran terdapat ratusan fenomena serba 19. Mengapa 19..?? Sudah tentulah hanya Dia-lah Yang Maha Mengetahui.

Yang jelas, angka 19 itu terdiri dari angka 1 dan angka 9, di mana angka 1 merupakan bilangan pertama dan terkecil. Manakala angka 9 merupakan bilangan terakhir dan terbesar.

Mungkin ini menunjukkan sifat2Nya, iaitu Maha Awal (1), Maha Esa (1), Maha Akhir (9) dan Maha besar (9)..sebagai contohnya jumlah surah dalam Al quran adalah 114. (atau 19 x 6).

Inilah yang diperjelaskan dalam Bengkel ASAS METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN, menyingkap RAHSIA DIRI DAN KAITAN NUMBERS dan kaitan dengan diri kita dengan bersandarkan Al Quran..

Memahami bacaan yang luas & kitaran secara mendalam


MEMAHAMI BACAAN YANG LUAS & KITARAN SECARA MENDALAM

Tarikh lahir biasa:
Watak dan karekter overall puluhan ribu manusia lahir setiap hari. Kita tak pilih tarikh lahir untuk dilahir tapi sudah ditakdirkan. Overall paten analisis.

Dalaman Tarikh Lahir:
Paten impian dan siapa dimudahkan urusan maka dia bertuah. Jatuh naik sehingga menjumpai diri sendiri kebiasannya pada average 40 tahun. Semoga Allah buka hidayah kita semua. Semuanya bermula dengan Iqra'. Belajar pelbagai bidang jika berpeluang.

4 digit IC:
Sesetengah orang didaftarkan lewat dan tarikh lewat sebab zaman PerangJepun dulu. Cuma no ic sahaja sebagai paten analisis sosiologi di negara tersebut. Baik kerjaya, bidang Industri dan hal kemanusiaan yang lain.

Waktu lahir:
Kitaran perubahan landasan siang dan malam mengikut bulan. Membentuk zon kitaran dan energy alam. Seterusnya membentuk karekter manusia ditambah gen kedua ibubapa.

Kitaran Hijrah:
Harian Jumat sampai Khamis membentuk zon turun naik manusia secara aturan perbulanan dan nombor harian.

Seeloknya bacaan mesti melalui semua analisis semua di atas belum dikira gen ibubapa kiri dan kanan pola manusia.

Pasti semua di atas selari. Itu yang terbaik dan ketepatan membaca 16 digit sekaligus. Ditambah wajah dan bahasa tubuh manusia. Pelbagai gaya bahasa, code bentuk muka dan cara berjalan dan aras belakang manusia. Kaki manusia menunjukkan keturunan dan keluarga. Banyak lagi penelitian yang perlu dipelajari jika ingin menjadi Pendidik Kemanusiaan dalam MSP. Ini hanya serba sedikit asas melalui Tahap Mengenal Diri Sendiri. Ke arah menjadi Insan baik dan hambaNya. Bidang lain Sifu share di lain hari. InshaAllah.

Tentang Sedekah


Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan di dalam pemberiannya daripada mengambil.

Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada point nombor 17 hingga 19.

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menjuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan In Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia di dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat di dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Israk Mikraj : Rasulullah yang ummi


ISRAK MIKRAJ : RASULULLAH YANG UMMI

Sempena Isra’ dan Mikraj yang baru kita lewati ini marilah kita berkongsi tentang sifat Rasulullah, rasul yang kita kasihi. Tahun lepas saya membawakan 2 pengajaran yang boleh diambil dari Isra’ dan Mikraj. Tahun ini kita melihat sifat Rasulullah yang selalu disalah ertikan.

Ummi. pengertian yang sekadar kita memahami sebagai tidak tahu membaca dan menulis (buta huruf).
Dan ia terus difahami sebegitu sejak kita diperkenalkan bahawa Nabi Muhammad yang kita kasihi itu Ummi.
Lalu Ummi juga dijadikan alasan sebagai mengukuhkan bahawa agama yang dibawa Rasulullah itu benar kerana mana mungkin Rasulullah yang ummi mampu menghasilkan agama sendiri.
Rendahnya kita meletakkan Rasulullah SAW dengan pengertian ummi yang sebetulnya diri kita tidak mengerti makna sebenarnya. Kita menafsirnya dari hal bahasa tanpa melihat di sebalik sesuatu yang sebenarnya sangat tingginya kelebihan ummi yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Lihatlah respon Rasulullah ketika Baginda menerima wahyu yang pertama. Ketika Jibril meminta Baginda untuk membaca (Iqra), baginda berkata “aku tidak tahu”.
Apakah yang kita fahami di sini “tidak tahu” itu sebagai ummi kerana Rasulullah SAW tidak tahu membaca?
Kita meletakkan Rasulullah jauh rendahnya tanpa kita sedari.
Kita melihat kerendahan Rasulullah SAW tanpa kita sedari di dalam peristiwa wahyu pertama ini.
Jawapan “aku tidak tahu” difahami kerana Rasulullah itu ummi sebab itu Baginda tidak tahu membaca setelah diminta oleh Jibril untuk membaca.

Sebenarnya apa yang kita tidak sedari adalah sejak wahyu pertama lagi Rasulullah SAW memberikan contoh kepada kita kelakuan yang sewajibnya kita ada di dalam hidup kita seharian atas rahmat Allah SWT.
Jawapan “aku tidak tahu” jelas merupakan penyerahan secara total baginda Rasulullah SAW pada Allah SWT. Baginda berkata “aku tidak tahu” kerana Baginda hanya mengikut kehendak Allah SWT.
Mengikut apa mauNya Allah.
Sikap ini adalah sikap dasar atau basic yang harus dimiliki oleh seseorang yang tidak tahu kemudian ingin tahu. Sikap seorang anak murid kepada guru.
Sikap seorang hamba kepada khaliqnya.
Kerana inilah modal yang kita miliki yang kita punyai. MODAL TIDAK TAHU.

Dengan sikap dan pengakuan seperti ini (tidak tahu) kepada Allah SWT, kita akan dituntun menjadi sedar penuh kepada Allah SWT oleh Allah SWT sendiri. Apabila kita sudah sedar penuh pada Allah, maka kita akan mudah, rela senang hati akan ikut segala kehendak Allah SWT. Setelah kita senang mengikut kehendak Allah SWT maka Allah SWT akan menuntun kita daripada satu keadaan ke keadaan yang lain, dari satu suasana ke suasana yang lain dan dari satu pengetahuan ke pengetahuan yang lain.

Bukankah tuntunan Allah SWT ini yang kita selalu mohon dalam setiap solat kita?
“KepadaMulah kami sembah dan kepadaMulah kami minta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Inilah ketinggian umminya Rasulullah SAW di dalam hidup berTuhan seorang hamba Allah SWT yang paling dikasihi Allah SWT yang selalu kita perendahkan tanpa sedar dengan memahami bahawa ummi itu menunjukkan Rasulullah SAW tidak tahu membaca dan menulis.

Rasulullah SAW hanya mampu melakukan segala tugas hanyalah dengan Nama Allah SWT mengatas nama Allah SWT. Kerana itu Rasulullah SAW mampu membaca setelah Jibril mengajarkan Baginda “Bacalah dengan nama Tuhanmu.” Jika tiada dengan nama Tuhanmu, Rasulullah SAW memberi jawapan tetap sama iaitu “Aku tidak tahu.”

Semoga pencerahan ini membuatkan kita tersedar bahawa umminya Rasulullah bukanlah sesuatu yang rendah martabatnya. Ia merupakan satu kesedaran yang seharusnya dicontohi bahawa kita ini tidak tahu apa-apa melainkan semuanya atas kehendakNya Allah SWT. Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendak Allah SWT.

Semoga kita sentiasa sedar yang kita ini memerlukan Allah SWT di dalam menuntun hidup kita ini di dalam hidup berTuhan. Ikut atas kehendakNya.

Semoga ada manafaat daripada artikel ini untuk semua. Amin.

Sifu Farihan Yahya
1hb Mei 2017 @ 9.38 pagi
Kemaman, Kuala Terengganu

----------------------------------------------------------
Ahmad Humaidi Ismail :
Soalan saya sifu, adakah Rasulullah S.A.W itu UMMI sehingga akhir hayat Baginda?

Farihan Yahya :
Apa yang Tuan faham dengan perkataan "UMMI" dari sharing di atas tu. Ambil kisah itu letak pada diri sendiri...cuba..??

Ahmad Humaidi Ismail :
Fahaman umum UMMI tak tahu membaca dan menulis.

Farihan Yahya :
Benar kefahaman orang awam, yang tersirat di sebalik yang tersurat apa dia..?? Baca berulang-ulang kali dan cuba faham..ianya related dengan apa yang selalu kita diskusikan di sini.

Ahmad Humaidi Ismail :
Kelebihan Baginda UMMI mudah mematahkan hujah mereka yang Baginda mungkin mencipta agama sendiri dan mencedok pengetahuan kitab agama terdahulu dan syair arab.

Maknanya Baginda tiada KEAKUAN langsung.
Apa Baginda cakap dan sebut adalah WAHYU Allah semata-mata. Ini yang tersirat.

Farihan Yahya :
Alhamdulillah, faham dah tu. Daripada kisah di atas apa yang kita dapat simpulkan SIKAP yang baginda warisi kepada umatnya untuk diteladani dan sebagai bekal untuk ke destinasi seterusnya adalah :-

1. Tiada KEAKUAN
2. Berserah diri secara total
3. Tawadduk dan rendah diri
4. Buat sesuatu kerana Allah Taala
5. REDHA atas ketentuan dan aturan Allah

Ahmad Humaidi Ismail :
Alhamdulillah..semua dengan hidayah Allah..'aku tidak tahu' sifu.


Calling call


Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi teman teman semua...ke mana hari ini semua di hari cuti umum nie..

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah ya.

Bismillah...

Sesibuk mana pun kita bekerja, ambil tahu orang yang kita sayang. Tak salah sekadar 1‐2 minit sehari call anak2 di rumah, suami/isteri di pejabat @ di mana-mana saja.

Kita ingin diingati & diambil tahu tetapi kita jarang mengambil tahu. Walaupun ia nampak simple sampaikan mungkin bagi kita ia tidak kisah kerana memang kita tetap sayangkan mereka, tetapi sebenarnya hanya 1‐2 minit ambil tahu, mampu membuatkan orang yang kita sayang bahagia.

Begitulah juga dengan Tuhan, apa yang ada dalam SOP Buku 555 adalah 'calling call' dengan DIA, supaya senantiasa diingati & diambil tahu.

Wallahualam...

Dan burung pun ingin menjumpai "Pemimpin Adil" ini di puncak bukit


DAN BURUNG PUN INGIN MENJUMPAI "PEMIMPIN ADIL" INI DI PUNCAK BUKIT

Seekor burung terbang dan hinggap di kepala Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan setelah ia selesai melaksanakan solat Jum’at.

Peristiwa ini terjadi ketika Erdogan merasmikan Masjid Al-Qiblah yang terletak di puncak bukit provinsi Rize.

Hal tersebut mengingatkan kita pada sebuah kalimat hikmah tentang ciri orang yang merendahkan diri dalam solatnya bahwa, “Hati itu seperti pohon. Bila dahannya rindang, burung-burung pun senang hinggap di atasnya. Bila hati bercabang, pikiran-pikiran dan nafsu pun senang bermain di dalamnya. Solatlah dengan solat yang memutuskan perpisahan dari dunia. Allah tidak akan terasa bila urusan dunia menggelayut dalam hati.”

Bayar hutang atau sedekah, mana patut kita dahulukan?


Soalan :
Assalamualaikum Sifu.. selamat pagi.. say ada satu soalan nak bertanya.. antara hutang dan sedekah yang mana patut diutamakan dulu..?

Waalaikumsalam...selamat pagi izinkan sifu menjawab persoalan ini dengan ilmu yang sedikit ini...sifu minta tunjuk ajar ya.

BAYAR HUTANG ATAU SEDEKAH MANA PATUT KITA DAHULUKAN

Banyak pertanyaan sejenis seperti ini yang membandingkan pembayaran sedekah dengan pengeluaran yang lainnya seperti hutang. Tentunya jawapan yang diberikan sangat berbeza bergantung dalam konteks apa pertanyaan ini diajukan.

Jika menjawab ikut sudut ilmu dan pada hukum syara’, maka tentunya membayar hutang itu lebih utama kerana wajib hukumnya. Sedangkan bersedekah itu hukumnya sunat sehingga keutamaannya dikebelakangkan di bawah kewajipan untuk membayar hutang.

Tapi dalam konteks pengurusan kewangan islamik atau gaji setiap bulannya, di mana jumlah hutang yang dibayarkan adalah “sebahagian” yang sudah fixed yang sudah diagihkan sejumlah tertentu.

Maka tidak ada salahnya jika kita menghitung pembayaran zakat dan sedekah lebih dahulu sebelum pembayaran hutang.

Surah 5 ayat 55, Allah berfirman "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"..tak pernah lagi selama mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran, 1 hari 1 potong ayat setelah sekian lama sifu jumpa walau satu ayat pun DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN HUTANG..

Kenapa?
Alasan pertama, karena hutang yang dibayarkan adalah dalam bentuk sebahagian yang fixed. Yang jika dibayarkan zakat terlebih dahulu mahupun hutang terlebih dahulu sebetulnya tidak akan terlalu banyak mempengaruhi secara matematiknya.

Misalnya saja penghasilan 100%, maka zakatnya adalah 2.5%, lalu memiliki sebahagian hutang sebesar 30%. Pembayaran zakat terlebih dahulu tidak akan membuatnya menjadi kehilangan kemampuan untuk membayar hutang kan? Kerana masih ada lagi 67.5% lagi baki gaji yang belum diallocatekan.

Tapi kenapa zakat perlu didahulukan…?
Kerana dengan membayar zakat terlebih dahulu sebelum membayar yang lainnya, kita melatih mental kaya dalam kepala kita. Dan juga membina IMAN kita dengan Allah Yang Maha Memberi Rezeki.

Dengan bersedekah (sedekah yang wajib disebut dengan zakat) terlebih dahulu kita melatih diri kita dengan mentalnya orang kaya, iaitu mental yang hidup bertuhan.

Tidak keberatan jika harus hidup memberi pada orang lain terlebih dahulu sebelum menikmati untuk diri sendiri. Tidak ada kerisauan dalam hati selain Allah.

Dan dengan berzakat menunjukkan bahwa kita bersyukur dengan rezeki yang kita terima. Menjadikan ini sebagai pembuktian bahawa kita menghargai karunia-Nya dengan menyampaikan amanat wajib menyisihkan 2,5% untuk orang lain yang lebih memerlukan. Atau lebih dari itu jika kita memiliki hati yang lebih lapang lagi.

Alasan kedua, hutang seperti apa dalam konteks rumah tangga zaman sekarang ini?

Apakah hutang untuk bertahan hidup seperti untuk membeli makanan atau membiaya berubat darurat sehingga jika tidak berhutang maka kita akan meninggal dunia?

Jika ya, maka wajar saja hutang seperti ini adalah hutang darurat yang pembayarannya tentu lebih utama dibanding pengeluaran lainnya.

Bahkan pembayaran zakat menjadi gugur kewajipannya jika masih memiliki hutang seperti ini. Kerana jika terpaksa berhutang untuk menyelesaikan kesulitan seperti itu, ertinya kita berada dalam keadaan miskin.

Baginda Rasulullah SAW sendiri ada mengatakan,
BELI KESULITAN HIDUP DENGAN BERSEDEKAH
PANCING REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Tapi sepertinya sebahagian besar hutang rumah tangga di zaman sekarang bukanlah hutang seperti itu. Hutang zaman sekarang terjadi kerana pembelian rumah secara ansuran melalui bank, hutang kad kredit yang digunakan untuk membeli ini dan itu. Bahkan sebagian hutang adalah untuk bayaran HP, TV Astro, dan sebagainya.

Apa masih mampu kita berhutang seperti ini lalu mengatakan… kerana masih banyak hutang, maka saya harus membayar hutang terlebih dahulu bahkan tidak diwajibkan lagi membayar zakat jika sebahagian besar pengeluaran saya digunakan untuk membayar hutang tersebut.

Saya rasa tidak. Kerana sebahagian besar hutang yang ditumpukan itu adalah “memindahkan” biaya hidup di masa depan untuk dinikmati sekarang, lalu dibayar secara berperingkat-peringkat setiap bulan.

Jadi ertinya, yang disebut dengan pembayaran hutang ini adalah juga biaya hidup yang dipindahkan jadual pembayarannya.

Kalau untuk kesenangan di masa depan berani dipindahkan di masa sekarang kerana yakin boleh membayarnya di kemudian hari, maka orang-orang seperti ini disebut sebagai orang mampu, dan diwajibkan untuk membayar zakat jika penghasilannya sudah melebihi nisab.

Nah, itulah sebabnya, dalam konteks ini, keutamaan pengeluarannya adalah untuk bayar zakat dulu, baru kemudian bayar hutang, saving, lalu shopping.

Dari sudut pengurusan kewangan Islamik, Model kewangan FAST, cara yang paling cepat untuk melunaskan segala hutang adalah dengan BERZAKAT & BERSEDEKAH.

Boleh rujuk firman Allah dalam al-quran tentang ini dalam
Surah 2 ayat 245
Surah 2 ayat 261
Surah 2 ayat 271

Dalam ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan al-quran, Numbering 2 itulah maksudnya juga sedekah, syukur.

Dari segi matematik sedekah, jika kita bersedekah 1, Allah akan gantikan dengan 10 kali ganda.

Jika hutang kita sebanyak RM 1 juta, ini bermakna 10% daripada RM 1 juta iaitu RM 100,000 WAJIB kita sedekahkan untuk selesaikan segala kesulitan hidup itu. Sebab itu dalam SOP BUKU 555 ada bahagian zakat dan sedekah ikut traffic light financial flow itu. Kalau nak follow SOP buku 555 tentang ini pun tenggelam timbul, menggigil utk keluarkan duit utk bersedekah dan berzakat. Memang wajarlah hidup kita dibelenggu dengan hutang yang datang tidak kunjung tiba.

Allah PASTI menepati janjinya..Tepuk dada, tanya iman..sejauh mana kita BERIMAN DAN YAKIN dengan Allah sebagai Maha Mengatur segala rezeki...

Kira berapa hutang, total daripada hutang itu, 10% wajib sedekah. Jangan percaya, BUAT & RASA sendiri, hanya yang minum air laut sahaja tahu sejauh mana masinnya air laut itu.
Lihat bagaimana Allah susun dan hantar bantuan dari pelbagai sudut dan arah serta bentuk. Tiba tepat pada waktu dan masanya..itu janji Allah dalam al-quran. Kita sebagai umat Nabi Muhammad kenapa susah sangat nak BERIMAN DENGAN ALLAH DAN AL-QURAN...

Soal IMAN ini bukan letaknya pada pakaian, bukan letak pada berapa bilangan sujud kita atas sejadah, tapi LETAKNYA pada Qalbu Mukmin BaitulHaqqi Illallah..Allah tilik di situ. DIA jer yang tahu sejauh mana iman kita mcm mana.

Allah sudah gariskan kaedah penyelesaian kehidupan dalam al-quran..kita jer yang memilih untuk pisahkan agama dengan kehidupan. Merintis tangis air mata darah tiada sebarang makna kalau ACTION tidak mahu kita ambil seperti yang digariskan.

Faham faham

Jiwa Tenang Otak Cerdas


JIWA TENANG OTAK CERDAS

Jiwa Tenang Otak Cerdas
Jiwa yang diam (tenang) pasti otak berfikir dengan lebih baik dan kreatif.
Maka bukan diamkan otak kita tetapi diamkan jiwa/diri kita agar otak kita lebih matang berfikir.
Diamkan fikiran kita bukanlah menghentikan otak kita dari berfikir.
Tetapi menghalang otak kita berfikir mengikut nafsu kita agar otak kita berfikir mengikut ilham yang ada di jiwa yang tenang itu.
Diamkan fikiran itu mudah iaitu jiwa/kamu kembali kepada Allah.

Ini seumpama sebuah dasar lautan yang tenang, pasti makhluk hidup di dalamnya bergerak ke sana sini dengan bahagia. Makhluk hidup tidak diam walaupun dasar lautan itu tenang. Semuanya bekerja keras dan menjalani kehidupan yang ditentukan.

Namun apabila dasar lautan bergelombang, makhluk hidup mula resah gelisah. Ke sana sini tidak menentu.
Begitulah ANALOGI JIWA DAN FIKIRAN. Seandainya jiwa ini tenang, fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Segala ilham yang dikurniakan Allah ke dalam jiwa dapat mengalir tenang ke otak lalu menghasilkan idea‐idea yang baik.

Kita mampu memahami kehendak Allah di dalam melaksanakan perintahNya. Kita akan terus memiliki kekuatan kerana kita amat sedar dan rasa kita beribadah atas nama Allah. Kerana itu kita perlu mempositifkan jiwa dan bukannya mempositifkan fikiran tanpa menghiraukan jiwa. Fikiran pasti akan positif apabila kita memiliki jiwa yang positif.

Sumber ilham letaknya di jiwa. Lalu dalam keadaan jiwa yang tenang, ilham ini dapat mengalir dengan baik mencetuskan sebuah fikiran yang dikenali sebagai idea. Umat Islam yang mengucap lafaz kalimah syahadah, seharusnya lebih hebat daripada yang lain. Allah berfirman,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah At-Tiin 95: ayat 4)

We are born to be a CHAMPION, as Khalifah. So WHY kita pilih untuk menjadi seorang LOOSER. Hidup ini adalah untuk dinikmati seadanya, dan bukannya untuk ditangisi.

Umat Islam tidak membaca menggunakan nafsu tetapi menggunakan ilham yang disampaikan oleh Yang Maha Bijaksana... Allah SWT. Dia Yang Maha Tahu kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah ciptaanNya. Nah! kini kita memahami jalan ceritanya. Tinggal kita ingin menjadi orang yang berjiwa tenang atau berserabut sahaja.

KETENANGAN JIWA ITULAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITULAH NERAKA

Caranya yakinlah pada Allah melalui kata‐kataNya iaitu “Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang”.
Sebuah ayat Al‐Quran yang tidak ada keraguan padanya. HANYA bermakna tidak ada yang lain melainkan dengan mengingat Allah sahajalah jiwa menjadi tenang. Allah berfirman,

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. "(Surah Ar-Ra'd 13: ayat 28)

Jiwa ini ditenangkan Allah. Dan Allah akan menenangkan kita seandainya kita sentiasa mengingat Allah.
Lalu timbul lagi persoalan.

Bagaimana untuk sentiasa mengingat Allah?
Seandainya kamu mencintai seseorang pasti kamu sukar melupakan. Nah! inilah jalannya. Seandainya ada rasa cinta kita pada Allah, mana mungkin kita akan lupakanNya walau sesaat pun. Dalam apa jua hal, kita tetap terus ingat Allah walaupun ketika kita melakukan kerja di dalam melaksanakan amanah Allah SWT.

Bagaimana pula untuk mendapatkan cinta Allah?
Sememangnya semuanya adalah hak Allah untuk memberikan rasa cinta kepadaNya dalam hati kita. Namun atas daya kemanusiaan yang dikurniakan Allah, kita sekadar mampu berkomunikasi dengan Allah SWT setiap apa yang kita fikirankan dan lakukan. Dengan komunikasi, kita dapat selarikan apa yang kita fikir serta kerja kita dengan menyedari Allah SWT.

Oh! indahnya setelah kita tahu caranya. Lalu praktikkan kerana hanya dipraktikkan sahaja yang mampu memiliki cinta Allah SWT . Sesekali di dalam tenang, luncurkan jiwa itu kuat menyedari Allah SWT. Kamu pasti akan terus diilhamkan Allah di dalam tuntunannya melayari hidup berTuhan ini. “ya Allah terima kasih ya Allah”

Wallahualam...

Sifu Farihan Yahya
Temerloh, Pahang
29 April 2017

Belajar dari kisah Cinderella


Baiklah, malam ni sifu nak kupas tentang cerita "CINDERELLA", nak dengar tak..??
Berapa ramai pernah menontoh cerita dongeng "CINDERELLA"..??
Kalau yang dah tengok, apakah pengajaran kisah "CINDERELLA" itu..?? Cuba

Petang tadi, sifu tak tahu nak buat apa, layan Movie ini, tapi apa yang sifu nak kupas apa yang "tersirat" di sebaliknya.

Siapa yang dah pernah tengok movie "Cinderella" itu..??
Boleh share apakah pengajaran daripada movie itu

Tak berapa ingat cerita tu... Tapi yang saya ingat pengajaran dari cerita tu...antaranya berkat ketabahan Cinderella akhirnya membawa kebahagiaan... Kalau kita tabah & sabar dengan ujian Allah, In Shaa Allah Allah akan berikan nikmat yang lebih besar..

Benar itu lagi, siapa nak share?

Hidup tak akan selalu susah..pasti ada kesenangannya nanti. Redha dan bersabar kuncinya.

Cinderella nak pi Majlis tari menari, tapi diberi tugas yang agak mustahil..Disebabkan jiwa dia nak pi jugak..Die gigih buat task yang diberi, tapi dengan pertolongn kawan2.. Sebab dia baik dengan semua orang, termasuk binatang..

Baiklah, bila kita ditanya tentang pengajaran daripada kisah Cinderella, ramai antara kita akan menjawab begini,"Pengajaran terbesar adalah menepati masa dan rezeki tidak dapat diduga.", dan "Kalau sudah jodoh, tidak ke mana,"...betul betul..??

Jika kehidupan kita ini benar-benar unik, maka tentunya setiap yang sampai di telinga kita ada pengajaran besar untuk kita ambil iktibar dalam meniti hidup. Walaupun apa yang sampai itu sekadar kisah dongeng, tentu ada..!!

Teman-teman semua, dalam kisah Cinderella, pari-pari mengingatkan Cinderella bahawa dia akan bertukar menjadi comot semula selepas jam 12 tengah malam. Namun Cinderella yang ketika itu telah bertukar menjadi seorang gadis jelita, lupa akan kata-kata pari-pari itu. Dia leka menari bersama putera raja sehinggalah dikejutkan oleh bunyi loceng jam. Lalu dia berkejaran melarikan diri kerana dirinya akan bertukar comot semula. Akibat daripada kekalutan itu, kasutnya tertanggal, dan disebabkan kasut itu, dirinya dapat dicari semula oleh putera raja itu...betul kan..??

Bukankah itu perlambangan kehidupan dunia? Tuhan mengirim kita ke dunia dan mengingatkan kita bahawa dunia ini adalah sementara. Carilah bekal yang berguna, gunakan kesempatan selagi ada. Bekal itu semuanya sudah ada dalam SOP Buku 555, tinggal nak buat atau tak sahaja. Usah leka ditipu keindahan dunia yang sementara ini kerana apabila "Loceng Ajal" sudah berbunyi, kita tidak lagi sempat untuk berbuat apa apa. Fastabaqul Khairat.

Rasulullah SAW juga bersabda, dalam Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya miskin. Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua. Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati."

Pernah dengar kan sabda Rasulullah itu sebelum ini..

Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar merebut peluang selagi ada. Hidup ini bergerak dan tidak pernah menunggu kita. "Cinderella" yang baik adalah "Cinderella" yang merancang perkara yang perlu dilakukan pada kesempatan sementara. Daripada dia leka menari sehingga jam 12 tengah malam, adalah lebih baik dia menggunakan kesempatan itu bagi mencaritakan kepada putera raja siapa dirinya yang sebenar.

Begitu jugalah dengan kita. Daripada leka dihanyutkan penipuan dunia ini, lebih baik kita menggunakan kesempatan masa yang ada dan sementara ini untuk mencari keredhaan di sisi-Nya. Dalam cerita dongeng, Cinderella meninggalkan kasutnya di istana. Di alam realiti kehidupan kita, segala-galanya kita tinggalkan di dunia walau stokin buruk pun tak boleh dibawa. Kita pulang kepadaNya sehelai sepinggang seperti mana kita datang. Buatlah pilihan anda, iaitu sama ada mahu menjadi "Cinderella" yang bijak merancang, ataupun "Cinderella" yang berkejaran tidak cukup tanah sana dan sini apabila "masa itu" datang.

Jika ditanya cara menyimpulkan seluruh kehidupan di dunia ini, iaitu tawa ria, suka duka, kerjaya, keluarga dan segalanya dalam satu perkataan, maka jawapannya adalah SEMENTARA. Jika kita didendang kebahagiaan, buatlah persediaan untuk menghadapi saat duka.

Apabila kita berduka, yakinlah kelak kita tetap akan dapat keluar daripadanya. Jika insan mengerti hakikat fananya dunia ini, nescaya apa jua pun yang menimpa akan membuatkan dia senyum dan melangkah lagi.

Belajar sesuatu dari kisah Cinderalla ini, apa pilihan kalian semua..??