Analisa karakter diri mengikut juz diri dalam al-Quran

Pengenalan tentang ilmu huruf

12:01 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


PENGENALAN TENTANG ILMU HURUF

Ilmu huruf ini adalah suatu ilmu yang umum. Kemudian ia diklasifikasikan kepada bahagian-bahagian tertentu mengikut disiplin setiap ilmunya.

1. Dalam Ilmu Tauhid, akidah perbahasan tentang huruf adalah dikaitkan dengan sifat kalam makhluk dan sebagainya.

2. Dalam Ilmu Feqah, perbicaraan tentang huruf adalah berkait rapat dengan soal-soal bacaan sembahyang, batal solat dengan satu huruf yang memberi makna dan sebagainya.

3. Dalam Ilmu tasauf, ia berkait rapat dengan isyarat-isyarat dan makna-makna huruf yang manifestasinya amatlah mendalam, kaifiat zikir berdasarkan huruf dan sebagainya. Perbicaraan dalam tribe ini juga sebenarnya adalah sangat berkait rapat dengan ilmu tasauf kerana ahli-ahli tasauflah yang mempelopori bidang ini (Al-Hikmah).

4. Dalam Ilmu Tajwid pula, huruflah merupakan perkara asas pembelajarannya, perbicaraan tentang makhraj huruf tidak asing lagi dalam tajwid al-quran dan pelbagai bentuk bunyi huruf, hukum-hukum bacaan dan sebagainya.

Begitulah, setiap ilmu mempunyai kaitan yang nyata dan hubungan yang erat dengan huruf-huruf hijaiyah itu.

0 comments: