cerpen

MISTERI GULA IV.

6:51 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

“Ini beerti gula yang dikeluarkan oleh kilang-kilang gula berada di pasaran,” tegas Menteri Polis mengakhiri suratnya.

Menteri Perkilangan rasa sungguh tercabar. ‘Ada sesuatu yang tidak kena,’ fikirnya. Tidak pernah dalam khidmatnya menghadapi kesulitan seperti ini. Ditambah rungutan orang ramai, betul-betul menghairankannya.

‘Ke manakah perginya gula?’ bisik hatinya.

Kehairanan itu dilaporkan kepada Ketua Menteri dan kabinet. Menteri Perkilangan memohon pandangan mereka menyelesaikan masalah kekurangan gula.

“Galakkan rakyat bancuh kopi guna gula merah,” kata seorang menteri.

“Hentikan pengeluaran kuih-muih berasaskan gula,” cadang menteri yang lain.

“Usahakan penanaman kelapa dan nipah untuk tambah pengeluaran gula,” cadang pula menteri yang lain.

Semua cadangan itu ditolak oleh Ketua Menteri. Katanya, “Tidak praktikal.”

Setelah seharian memerah kepala mencari idea menyelesaikan masalah gula, akhirnya mereka bersetuju larangan import gula ditarik balik dan tidak dimonopoli oleh satu syarikat. Kementerian Jual-Beli Barangan diberika tanggungjawab mengeluarkan Lesen Jual-Beli Gula (LJBG) dan permit import (AP) gula. Menteri Jual-Beli Barangan pun mengeluarkan segera lessen LJBG dan AP. Maka, berkapal-kapal gula dari Brazil dibawa masuk.

Anehnya, orang ramai tetap juga merungut. Katanya, gula masih sukar diperoleh. Demikian, kilang-kilang berasaskan gula, masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Katanya, gula-gula masih tidak mencukupi.

“Saya terpaksa mengunjungi kedai demi kedai, untuk membeli gula,” kata Che Aini.

Sekali lagi masalah kekurangan gula dibawa ke kabinet. Rakyat mohon yang amat sangat agar kerajaan menyelesaikan segra masalah kekurangan gula kerana kata rakyat, dua bulan lagi musim perayaan tiba. Permintaan terhadap gula akan meningkat.

Sehari suntuk berbincang, Ketua Menteri pun mengumumkan bahawa masalah kekurangan gula tidak dapat diatasi. Katanya, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula sebanyak 10 sen sekilo.

“Semoga kenaikan ini akan mengubah cara hidup rakyat dan rakyat tidak bergantung pada gula lagi,” ujar Ketua Menteri. “Kenaikan 10 sen ini tidak membebankan kerana masih di bawah paras siling dan terendah dibandingkan dengan negara-negara Arab,” pujuk Ketua Menteri.

Keesokannya, orang ramai terkejut apabila melihat berjujuk-jujuk lori bercap kilang gula parkir di depan Kedai Borong Pengedar.

“Apa hal lori-lori ini?” Tanya Che Aini kepada Tuan Pekedai.

“O… awak tidak tahu ke? Sekarang gula sudah sampai. Awak boleh beli banyak gula,” jawab Tuan Pekedai.

“Eh, peliknya,” kata Che Aini. “Dari mana gula-gula ini datang?”

“Tidak tahu,” jawab Tuan Pekedai. “Tadi, pukul 5.00 pagi sudah ada lori di sini.”

“Ah, tak kisahlah dari mana. Janji kita dapat gula,” sampuk seorang pembeli.

Ramai yang datang membeli gula. Syarikat-syarikat yang dulunya ditutup kerana ketiadaan gula, kini berduyun-duyun datang membeli gula.

Di pejabat, Che Aini menelefon para pengedarnya, memaklumkan bahawa bekalan donat akan sampai esok.
...dah abis...
...meraikan hari-hari terakhir mengira stok gula.. :)

0 comments: