cerpen

MISTERI GULA II.

9:01 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

“Kalau sorok gula, saya akan tarik lessen kilang awak,” tegas Menteri Perkilangan.

“Jangan, Datuk. Jangan, Datuk. Kita boleh kawan,” rayu Tauke Gula.

Tidak puas hati dengan jawapan Tauke Gula, Menteri Perkilangan mengarahan Pegawai-Pegawai Gula menggeledah Kilang Gula. Maka, bertebaranlah Pegawai-Pegawai Gula menyelak dan menyelongar segala tabir, longgokan guni dan bilik, hatta bilik tandas sekalipun. Namun, mereka tidak jumpa sebutir gula pun.

Menteri Perkilangan tetap tidak puas hati. Beliau mengarahkan Pegawai-Pegawai Gula memeriksa kawasan luar Kilang Gula. “Kot-kot ada gula tersorok di mana-mana,” katanya.

Sekali lagi Pegawai-Pegawai Gula bertebaran, menggeledah, menyelongkar segenap ruang di luar bangunan. Diselaknya guni demi guni yang bertimbun menanti diisi gula. Diintainya celah-celah pokok, dalam lori bawah lori, dalam kereta bawah kereta, pun tidak juga mereka jumpai gula.

Pemandu-pemandu lori kehairanan melihat tingkah laku Pegawai-Pegawai Gula, terbongkok-bongkok, terhendap-hendap mengintai dan menyelak segala benda di depannya. Tidak juga ditemui gula yang dicari.

Menteri Perkilangan memanggil Tauke Gula.
“Saya mahu semak Rekod Keluar - Masuk Gula,” katanya.

Ternyata, gula diangkut seperti biasa, beribu-ribu tan setiap hari. Lori-lori dan pemandu lori yang berkeliaran di kawasan kilang itu pun, sedang menunggu gula untuk diangkut.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Menteri Perkilangan membuat lawatan mengejut ke pasar-pasar raya. Bekalan gula di pasaraya juga berkurangan. Bekalan-bekalannya dijangka meruncing menjelang sambutan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.
Sementara itu, orang ramai pula menuduh Kementerian Perkilangan tidak turun padang memantau pengeluaran dan penjualan gula. Menteri dan kementeriannya membiarkan rakyat menderita kerana ketiadaan gula. Tiap-tiap hari akhbar melaporkan rungutan orang ramai kerana ketiadaan gula. Usahawan bumiputera juga dilaporkan kian ramai yang gulung tikar. Mereka terpasa menutup kilang kerana ketiadaan gula. Ramai yang menganggur kerana kehilangan kerja.

Presiden Pengguna Gula tampil membuat kenyataan ahbar, mendesak kerajaan mencari jalan memulihkan bekalan gula. Katanya, bahana krisis kenaikan harga minyak pada tahun 2008 masih belum pulih, kini datang pula malapetaka baharu ciptaan Menteri Perkilangan hingga mengancam ketenteraman rakyat.

Terkejut dengan kenyataan Presiden Pengguna Gula, Menteri Perkilangan membalas,
“Jangan fitnah saya. Saya bukan penyebab harga gula naik. Saya tidak ada kilang gula atau berniaga gula. Mungkin dia yang menyorok gula kerana dia yang berniaga gula.”

Presiden Pengguna Gula membalas,
“Menteri Perkilangan yang cadang harga gula naik.” Katanya.
“Sejak itu gula tiada di pasaran. Sekarang, hentikan cadangan naik harga gula kerana kenyataan Menteri Perkilangan mencetuskan panik pengguna menyebabkan pemborong sorok gula sehingga harga dinaikkan. Lagipun, musim perayaan tinggal beberapa bulan sahaja lagi,” tegas Presiden Pengguna Gula sambil menunjukkan keratan kenyataan akhbar Menteri Perkilangan.
...bersambung...

0 comments: