cerpen

MISTERI GULA I.

8:40 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

MISTERI GULA.
Sehingga kini tidak seorang pun tahu ke mana perginya gula. Tiba-tiba sahaja tidak ada di pasaran. Orang ramai merungut, dalam radio, dalam tv, dalam surat khabar mereka bertanyakan pasal gula.

“Ini tentu Tuan Pekedai yang sorok,” tuduh Che Aini, pengusaha Syarikat Donat Bainun.
Kata Che Aini, sejak gula tiada, perusahaan donatnya merosot teruk. Pengeluaran donat menjunam menyebabkan dia rugi berjuta-juta ringgit. Setiap hari dia diserangi pertanyaan daripada para pengedar. Mereka bertanyakan sebab bekalan donat tidak sampai, menyebabkan pelanggan setia dan separuh setia, kata pengedarnya, marah-marah.

“Ada pelanggan mengugut akan memulaukan donat jika bekalan donat tidak dipulihkan,” kata pengedar itu.

Lantas Che Aini memanggil semua pengedar Donat Bainun dan beri penjelasan. Katanya, bukan syarikat tidak mahu mengeluarkan donat, tetapi syarikat terpaksa menghentikan sementara pengeluaran donat disebabkan bekalan gula tidak diperoleh.

“Oleh itu, tuan-tuan tenteramkan para pelanggan masing-masing,” kata Che Aini. “Saya yakin masalah ini sementara sahaja,” tegas Che Aini.

Serentak dengan pertemuan itu juga, Che Aini mengadakan sidang akhbar. Hasilnya amat positif. Serangan telefon daripada pelanggan berkurangan. Kebanyakan pelanggan berseru harap agar Syarikat Donat Bainun terus beroperasi.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, bekalan gula masih belum pulih. Hanya sedikit sahaja dijualkan untuk kegunaan rumah tangga. Banyak syarikat berasasan gula terpasa ditutup buat sementara.
Demikian juga nasib Tuan Pekedai. Katanya, para pengedar dan para peruncit setia dan separuh setia menuduh Tuan Pekedai menyorok gula. Jika Tuan Pekedai terus menyorok gula, ugut mereka, mereka akan beralih ke Tuan Pekedai lain, menyebabkan Tuan Pekedai berkali-kali merayu.

“Jangan macam itu. Bukan saya ta mahu jual gula. Gula tidak sampai,” pujuk Tuan Pekedai. “Kita sudah pesan tetapi tidak sampai. Awak susah saya lagi susah,” jelas Tuan Pekedai lagi.
“Kenapa tiba-tiba gula tiada?” Tanya Peruncit.
“Itu kena tanya kilang. Atau baca akhbar. Saya tidak tahu.”

Che Aini sepakat dengan syarikat-syarikat berasaskan gula, menghantar memorandum mengadu masalah ketiadaan gula kepada Menteri Perkilangan. Mohon Menteri Perkilangan campur tangan agar bekalan gula di pasaran pulih.

Menteri Perkilangan dan pegawai bertanggungjawab perihal ehwal gula bergegas ke Kilang Gula, bertanyakan sebab bekalan gula tiada di pasaran. Tauke Gula menggaru-garu kepala mendengar pertanyaan menteri.

“Kami keluar gula seperti biasa,” tegas Tauke Gula. “Hari-hari lori datang angkut gula,” tegas Tauke Gula lagi.
Menteri dan pegawainya tidak percaya.
“Mengapa gula tiada di pasaran?”
“Itu saya tida tahu. Kami keluar gula saja.”
“Awak sorok gula?”
“Tidak, Datuk. Tidak.”
....bersambung...

0 comments: