di sebalik kisah

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

16 Syawal 1429H
"Sesetengah orang hanya 'lalu' sahaja dalam hidup kita...Dia tidak akan selamanya berada di sisi kita. Namun kehadirannya meninggalkan kesan dan mengajar kita erti kehidupan..Itulah juga sebabnya mereka hadir..."
Ya...sesungguhnya tiada satu apapun yang kekal dalam hidup ini. Bertemu...berpisah...sudah menjadi lumrah kehidupan..Malah, pertemuan dan perpisahan itu akan sentiasa menemani setiap fasa kehidupan kita..Meninggalkan cebisan-cebisan kenangan terindah yang hanya tersimpan di benak memori..
Barangkali yang agak lama bersama kita, selalu menemani kita hanyalah ahli keluarga terdekat.. Tapi bila sampai masanya, mereka juga akan pergi meninggalkan kita..Dan juga bila telah tertulis takdirnya, kita juga akan turut pergi meninggalkan segalanya...
Begitulah putaran kehidupan..Bertemu...Berkawan...Berpisah...segalanya sesuatu yang pasti berlaku..Sesuatu yang lumrah..Jika yang menjadi kawan itu telah agak rapat, punyai keserasian, pastinya pemergiannya ditangisi. Pastinya pemergiannya dirasakan ibarat suatu kehilangan..
Namun, patah tumbuh hilang berganti..Yang pergi bakal diganti dengan yang baru..
Buat yang pergi akibat tuntutan tugas, bertukar tempat kerja...Selamat maju jaya diucapkan.. Moga terus cemerlang di tempat baru, suasana baru, bertemu rakan sekerja yang baru...tetapi moga-moga tidak akan melupakan yang lama-lama...hehhe..
Buat yang pergi akibat tuntutan peribadi, bertukar status...Selamat berbahagia diucapkan..Moga terus ceria menempuh fasa baru dalam kehidupan, status yang baru, tanggungjawab yang baru.. Mungkin kesempatan berkawan baik hanya sampai di sini...

0 comments: