motivasi
erm...
20 Syawal 1429H
Salam ceria buat semua...
Apa khabar anda semua hari ini??Ada bagus??OK??Alhamdulillah, moga hari ini anda mulakan dengan fizikal yang sihat, rohani yang sihat, jasmani & minda yang sihat...
Kepada yang tak berapa nak sihat, rungsing, susah hati, berduka lara....mari kita kongsikan bersama secebis coretan tentang kehidupan...Chewah!!! hehehe..
Anda bersedih kerana apa??Kecewa??Marah??Erm..sesuatu yang pasti, yang harus anda ketahui ialah kenyataan bahawa "Hidup memang penuh dengan begitu...begini..." Mengecewakan, dikecewakan, melukakan, dilukakan...Ya, rentetan perjalanan hidup sememangnya begitu. Anda tak mungkin dapat lari daripada semuanya..
Namun, bukan bermakna anda harus mengalah pada masalah.. Tiap dugaan yang datang, harus didepani...Tiap cabaran yang menimpa, harus diatasi...Sesukar mana sekalipun, seberat mana dugaan sekalipun...Kehidupan tetap perlu diteruskan..Betul kan??
Jika cebisan kenangan semalam terasa begitu menyakitkan... LEPASKANLAH... Biarkan segalanya pergi. Jangan dibebani perasaan dan fikiran dengan sesuatu yang bukan menjadi milik kita lagi..
Jika terselit rasa marah, tak puas hati, kecewa dengan orang lain... MAAFKANLAH... Leraikan segala ikatan kemarahan dan ke'tidak senangan' yang ada kerana sesungguhnya itu bukan sahaja terbaik untuk mereka malah untuk diri kita juga..
Tutuplah segala catatan diari semalam jika ianya menyakitkan...Pandanglah hari esok dengan senyuman kerana hanya sebuah senyuman diperlukan untuk menceriakan hari yang suram...
Lepaskan segala bebanan di jiwa, kosongkan segala persoalan yang berkecamuk di minda...
Yakinlah bahawa pelangi hari esok akan tetap bersinar selagi kita masih mahu memandangnya dengan sinar pengharapan.
Tika diuji, teruslah bermuhasabah mengkoreksi kelemahan dan kealpaan diri...Barangkali ujian yang mendatang sekadar untuk mengingatkan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan kebenaran kehidupan. Barangkali juga dugaan yang menimpa menjadi penebus dosa-dosa yang kian tidak disedari oleh pelakunya..
Bukankah dalam kalam cinta-Nya, Rabbul Izzati telah berfirman,
"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya....."
(Surah al-Mu'minuun:ayat 62)
"Maka sesungguhnya selepas kesusahan pasti ada kesenangan... Dan sesungguhnya selepas kesusahan pasti ada kesenangan..."
(Surah al-Insyirah: ayat 5-6)
erm...life & love...someone always get hurt in it....
0 comments:
Post a Comment