motivasi

MERAJUK PADA YANG SUDI...

10:30 AM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

12 Syawal 1429H

Betul ke kenyataan tu??Dalam buku Dr. H.M Tuah "Jangan Tidak-tidak" ada kisah pasal merajuk ni..lebih kurang ada 5 bab juga Dr. Tuah membincangkan pasal hal-hal rajuk merajuk ni.. Jom baca sikit-sikit ye.. nak baca sepenuhnya, kena dapatkan buku tersebut di pasaran.. (chewah! promosi ni..)

***********************************************************
Satu lagi penyakit sesetengah daripada kita, bukan semua, sesetengah, kuat merajuk. Alahai, kalau masa muda-muda merajuk syok juga dipujuk, tapi kalau dah tua-tua asyik nak merajuk je, gelilah..

Ikut adat, orang kaki merajuk tak cemerlang. Jenis kememeh, tak tahan uji, tak kental jiwa, tak bulat hati. Orang macam ni macam mana nak cemerlang hebat kan?? Sikit punya hal nak menangis, sikit punya hal nak berasa jauh hati, sikit punya hal kecik hati. Itu macam manyak susah looo...
Soalannya, macam mana nak depani orang kaki merajuk ni??
Pertama, kita nak kena tahu dulu sebab apa manusia jadi merajuk. Dia merajuk mesti ada sebab, mesti ada sesuatu. Kedua, baru kita cari penyelesaiannya.
Okey, orang kaki merajuk puncanya tak ada lain mahu dipujuk. Dia mahu dipujuk je, sebab syok kalau dipujuk. Kalau dipujuk rasa macam diambil peduli, disayangi, diberi perhatian, ada orang tengok, ada orang sebut. Betul tak??
Kan ada orang kata merajuk pada orang yang sayang, yang sudi...Cuba merajuk pada orang yang tak sayang, buat penat jelah...buang bateri jelah...
Sebab itu orang merajuk bila dia tahu orang sayang kat dia, orang beri perhatian kat dia, ada orang tengok dia dan ada orang sebut kat dia. Barulah dia nak merajuk. Merajuk pun ada taktik juga tau..
Jangan jadi pungguk rindukan bulan sebab bulan tak akan jatuh ke riba, jangan bazirkan waktu merindui pelangi sebab pelangi tak mungkin dimiliki.
Sebab kedua, orang merajuk sebab nak benda, nak sesuatu. Contoh, isteri merajuk sebab nak gelang, selagi tak dapat gelang muncungnya panjang sedepa..
Sebab ketiga, orang merajuk sebab dah memang jenis kememeh, jenis memang suka merajuk. Dah jadi hobi...Pernah jumpa??
Selepas kita tahu 3 punca orang merajuk sekarang kita bincang cara mengatasinya.
Punca pertama, minta dipujuk.Orang merajuk semata-mata nak dapatkan perhatian. Fahamilah, maka luangkanlah sedikit masa untuk memujuk. Nak memujuk, jangan pula serta-merta, biar dulu sejam dua, kalau serta-merta kurang berkesan.
Kalau boleh jangan biarkan saja. Seksa merajuk ni. Bayangkan orang merajuk, nak senyum tak boleh, nak ketawa apatah lagi. Ada apa-apa yang lucu simpan sajalah dalam mulut. Nak ketawa 'segan'. Kesian, kan??
*********************************************************
Heheheheh...anda merajuk hari ini????
Tersenyumlah, kerana senyum ialah hadiah utama bagi melapangkan hati dan menceriakan penerimanya...

2 comments:

koboi said...

agak-agak tuan empunya blog ni kuat merajuk tak?

Anonymous said...

suruh la koboi malaya pujuk.. haha..hehe..huhu..slmt hari raya.