Latest Posts

Tips untuk rezeki lancar, wajib lakukan 4 perkara ini di pagi hari


TIPS UNTUK REZEKI LANCAR, WAJIB LAKUKAN 4 PERKARA INI DI PAGI HARI

1. LAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Waktu paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud adalah 1/3 malam iaitu antara 3.00 hingga 4.00 pagi.

Rasullullah SAW bersabda,
"Ketika kalian tidur, syaitan akan membuat 3 lilitan di tengkuk kalian. Di setiap lilitan itu, syaitan akan mengatakan bahawa malam masih panjang, tidurlah. Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu lilitan, kemudian ia berwuduk, lepas lagi ikatan yang seterusnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan solat, maka lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas." (HR Bukhari)

Jika kita bangun dan melaksanakan Solat Tahajjud, maka akan mempengaruhi motivasi kerja.

2. MEMBACA DOA PAGI HARI
Berdoa dan berharap kepada Allah SWT semata untuk meminta ampun, memohon kebaikan akhirat dan kebaikan dunia agar dilancarkan segala urusan rezeki.

Rasulullah SAW bersabda,
"Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. lalu Dia berkata "Siapa yang berdoa kepadaKu, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni". (HR Bukhari & Muslim)

Amalkan DOA waktu pagi ini yang menjadi amalan harian sifu :-
"Wahai Dzat Yang Maha Pengasih, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih. Wahai Dzat pemilik Arsy yang agung. Wahai Dzat yang Maha Mengadakan dan Maha Membangkitkan. Wahai Dzat Yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu yang dikehendaki. Aku memohon kepadaMu dengan cahaya WajahMu yang memenuhi tiang-tiang Arsy-Mu, dengan KekuasaanMu yang Engkau menciptakan sekalian makhlukMu, dengan RahmatMu yang meliputi segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Engkau. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku lancarkan segala urusan rezeki ku hari ini. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku, Aku ini lemah tiada daya tiada kuasa, melainkan dengan izin dan aturanMu".

3. BERSEDEKAH DI PAGI HARI SELEPAS SUBUH
Sedekah sebenarnya boleh dilakukan dalam apa jua waktu apa pun, namun adalah lebih afdal jika dilakukan pada awal pagi. Ini kerana setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari.

Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa,"Ya Allah berikanlah ganti pada mereka yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berikanlah kerugian dan kebankrupan bagi mereka yang enggan untuk berinfaq". (HR Bukhari dan Muslim)

4. MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA
Apa yang istimewanya melaksanakan Solat Dhuha ini..??

Rasulullah SAW bersabda,
"Engkau memberishkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat dhuha sudah mencukupi". (HR Abu Dawud)

Solat Dhuha 2 rakaat, maka setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan bila kita menunaikan solat dhuha 4 rakaat maka Allag akan menjamin atas rezeki kita.

Kalau 4 hal ini kita sukar untuk lakukan setiap awal pagi, maka usah salahkan pada orang lain andai rezeki tidak ada kelancaran sangkut sana sini.

Wallahualam....

Ujian itu untuk menguji kekuatan





Bismillah...Assalamualaikum dan Selamat Pagi, apa khabar hari ini..?? Semua sihat ka..??

Maaf, sifu entertain alumni Program MSP sifu tadi di bilik sebelah, untuk bergabung business sesama mereka dan sifu advise mereka untuk bergerak dalam keadaan berjemaah sepertimana apa yang Allah beritahu dalam Surah At-Taubah ayat 41..dan sediakan 5 Star Income untuk survival hidup zaman sekarang yang begitu mencabar.

[ Video ]
You Think You'r Hot by Mufti Menk - later kita bawa keluar ilmu dapatan dari video ini.

Siapa yang sudah selesai menonton video Mufti Menk ini, keluarkan point-point penting dan ilmu dapatan untuk muhasabah diri kita bersama. Adalah menyamai dengan apa yang kita diskusi di sini..

Ahmad Humaidi Ismail :
Ilmu dapatan:
1) Jangan bangga diri..kalau kita hebat, ingatlah ade orang lain lagi hebat..orang hebat bila dia merendahkan diri.
2) Nak bangga diri hanya bila kita telah terima kitab amalan di tangan kanan di hadapan mahkamah Allah.
3) Berlagak sombong tak berkaitan dengan apa yang dipakai..tapi hati yang memakai..apa rasanya..adakah rasa sombong atau merendah diri.
4) Tanda hebat seorang itu bila dia dekat dengan Allah makin merendah diri (Taqwa)
5) Sombong itu bila tak menerima kebenaran dan menghina orang lain.


Apa maksudnya..?? Cuba kongsikan di sini.

Segala Ujian Hanya Untuk Uji Keimanan
Untuk menguji sejauh mana kita beriman dan bertaqwa padaNYA.

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

(Al-Nahl 16:43)

5 kisah istimewa tentang Hari Pertabalan Sultan Muhammad V


Ahmad Humaidi Ismail :
MUHAMMAD

1446 tahun yang lalu, tahun itu dinamakan TAHUN GAJAH. Tanggal ISNIN 20 atau 22 APRIL  itu - MUHAMMAD (s.a.w) dilahirkan @ MAULIDURRASUL.

1395 tahun yang lalu, setahun sebelum HIJRAH.. tanggal 27 REJAB itu - MUHAMMAD (s.a.w) melalui pengalaman ISRA' MIKRAJ.

========================
Perhatikan TAKDIR ALLAH ini!!
========================

Tahun 2017 ini, ISNIN 24 APRIL ALLAH TAKDIRKAN jatuh bersamaan dengan TARIKH 27 REJAB 1438 - Negaraku MALAYSIA meraikan PERTABALAN DYMM YDP AGUNG ke 15 .

Apa Istimewanya??!

1. Nama DYMM YDP AGUNG kita ini - Sultan MUHAMMAD V.

*sama seperti nama Baginda Rasulullah s.a.w.

*negara kita belum pernah ada Agung yang bersama Muhammad.

*dan Sultan Muhammad V satu-satunya sultan yang menggunakan nama rasmi yang paling ringkas.

2. Tarikh Pertabalan iaitu 24 April 2015 bertepatan pada 27 REJAB 1438.

*APRIL adalah bulan RASUL MUHAMMAD s.a w. dilahirkan.

* REJAB adalah bulan RASUL MUHAMMAD s.a.w Israk Mikraj.

* lebih menarik untuk tahu Sultan Muhammad V juga lahir di bulan REJAB iaitu pada 25 REJAB 1389H.

* perhatikan KEBETULAN ISTIMEWA ini juga.. jika Sultan Muhammad V lahir pada 25 Rejab, maka bermaksud ia adalah 2 hari lepas iaitu pada sabtu 22 APRIL 2017 @ 25 REJAB 1438H. FAKTA SEJARAH MENULIS.. Nabi MUHAMMAD s.a.w. LAHIR pada 20 atau 22 APRIL!! Lalu, tahun 2017 ini menyaksikan bahawa Ulangtahun KELAHIRAN HIJRI DYMM YDP Agung jatuh bertepatan dengan tanggal MAULIDURRASUL dalam kalendar masihi. Kebetulan??!

* lebih-lebih menarik lagi.. Sultan Muhammad V juga lahir pada HARI ISNIN - SAMA seperti Baginda Rasulullah s.a.w.
.
.

3. Usia DYMM YDP AGUNG Sultan Muhammad V saat pertabalan hari ini 24 April 2017 adalah 47 TAHUN. Jika kita rujuki AL QURAN (kitab untuk Rasulullah MUHAMMAD s.a.w.) yang terbina dari 114 SURAH, kita akan dapati SURAH ke 47 adalah SURAH MUHAMMAD!!

kebetulan??

4. DYMM YDP AGUNG Sultan Muhammad V adalah Agung ke 15. Jika kita guna kaedah diatas, tatkala merujuki Al Quran yang ada 114 surah.. SURAH KE 15 adalah SURAH AL HIJR. Surah ke 15 ini memiliki 99 ayat.

* sepanjang Al Quran hanya ada 1 SURAH iaitu surah Al Hijr ini yang ada 99 ayat!! Angka 99 ini sinonim dengan 99 NAMA ALLAH @ ASMAULHUSNA

* jika kita susun dan campurkan NO SURAH & JUMLAH AYAT iaitu Surah 15 : 99 Ayat, maka :

15 + 99 = 114 !!

sama seperti JUMLAH SURAH AL QURAN!
Bukankah kita rujuki klu nombor2 yang muncul dalam diskusi ini dengan AlQuran yang ada 114 surah?

KEBETULAN??

5. 27 REJAB adalah hari ISRA' MIKRAJ. Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:
‘ro’ (R),
‘jim’ (J) &
‘ba’ (B).

seolah:

R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)

Allah sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN NAJM ayat 6-18

PERISTIWA ISRA' disebut kisahnya di dalam AL-QURAN pada SURAH 17 ayat 1. Manakala kisah MIKRAJ pada SURAH 53 ayat 6-18. Kemuncak KISAH MIKRAJ terdapat pada ayat 14 PADA KATA 'SIDRATIL MUNTAHA' yang merupakan DESTINASI akhir peristiwa Mikraj.

Dari kedua fakta KOORDINAT ANGKA ini kita mendapat PERTUNJUK ANGKA untuk diselidiki @ kaji; yakni angka 1 (dari ayat 1 Surah 17 - Al Isra') dan angka 14 (dari ayat 14 surah 53 - An Najm).

* Dari petunjuk angka tadi: ISRA' - 1 dan MIKRAJ - 14, maka TATKALA menyusun angka ini SEBARIS :

1 & 14

hasilnya adalah 114.

Kembali BERTEMU 114!!

KEBETULANKAH??!!

* tatkala kita campurkan kedua angka ini:

1 & 14
1 + 14 = 15

angka 15 membawa kita kembali bertemu SURAH AL HIJR yang ada 99 ayat tadi!!

Kebetulan??
inilah KEKUNCI KEISTIMEWAAN 7 yang cuba digambarkan dari fakta sebelumnya tadi iaitu KOORDINAT DYMM YDP AGUNG sebagai AGUNG KE 15 yang ditabal di bulan REJAB ini.

menarik bukan?!

Kebetulan??! Tidak!! ia KEISTIMEWAAN atas KETETAPAN TUHAN buat yang mahu MELIHAT dan KONGSIKAN kehebatan aturan Tuhan.

Sekian 5 kisah ISTIMEWA tentang Hari Pertabalan Sultan Muhammad V

Daulat Tuanku!

Kongsikan agar MALAYSIA tahu!!
Bukan kebetulan biasa.. tapi PERTUNJUK istimewa!

Ahmad Humaidi Ismail : Mohon pencerahan sifu.

Farihan Yahya :
Orang Yang Beriman tidak ada istilah KEBETULAN, dalam kamus hidupnya...semuanya sudah SURATAN dan atas kehendak dan aturan Tuhan. Baginda juga adalah merupakan ahli sufi di bawah didikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz...inilah antara kandungan dalam Ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-Quran..

La Tataharraku Zarratun Illa Biiznillah...."Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya"

Bilamana berlaku kekeliruan, balik kepada Al-Quran dan Sunnnatullah, In Sya Allah ada jalan penyeleseaiannya.


Kisah murid dan kasut lelaki fakir


Allah Allah .. Sangat terkesan dengan kisah ini . Membahagiakan orang adalah salah satu asbab membuat kita juga bahagia . Menyakiti hati orang membuktikan hati kita yang sakit sebenarnya . #SemogaAllahSayang

**
Assalamualaikum

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya menyusuri ladang.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya :
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya !”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab :
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu. 

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya. 

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!

Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali untuk memastikan dia bukan bermimpi. Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi bermunajat kepada Tuhannya :

“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang Mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan.

Guru yang mulia terus bersuara :
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu ?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya :

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil."

Gurunya pun berkata kepadanya :
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam :
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.
• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian.

Jadikanlah semua ini pelajaran wahai sahabatku !
Semoga bermanfaat !!

#769SAFT
#AuraBeautyEnergy
#AllahDuluAllahLagiAllahTerus

Di jalanMu hamba berdiri


BISMILLAH

DIJALAN MU HAMBA BERDIRI

Ya Ilahi Rabbi.
Ketika hamba menyedari,
Hidup ini tiada bererti tanpaMu.
Ku basahi mulut hamba
dengan takbir memuji.
Ku berusaha menggapai
cinta Mu kembali.

Hari-hariku terasa begitu
bermakna kerana Mu.
Dengan ketenteraman yang
Engkau berikan dihati.
Kesejukan yang mengalir,
melepaskan dahagaku,
Yang haus akan cinta.

Syahdu rindu bermekaran di hati.
Syair dan sanjungan
tercipta untuk Mu.
Sisa-sisa keruntuhan iman,
ku bangun kembali.
Rimbun keampunan Mu lah
yang kuharapkan.

Andai duniaku tanpa cinta Mu,
Gelaplah hati dan jiwaku.
Bila kesunyian hidup tanpa Mu,
Resah dan gelisahku tak kunjung reda.

Ya Allah.
Ku ingin selalu
dekat dengan Mu.
Berilah hamba cinta Mu
agar terang jalanku.

Ya Ilahi...
Berilah hamba waktu
untuk lebih mengenal Mu.
Sungguh ku hampa
tanpa tuntunan Mu.
Bimbinglah hamba
hingga pangkuan Mu.
Dan belailah hamba
dengan kasih sayang Mu.

Ya Rabbi...
Saat ku memanggil nama Mu,
Air mataku berlinang mengingatMu.
Diatas sajadah cinta,
Ku ungkapkan segala isi hatiku,
Bahawa sesungguhnya aku
benar-benar mencintai Mu.
Kan kulakukan apapun demi
memperoleh cinta Mu lagi.

Ya Allah...
Kuyakinkan diri berdiri dijalan Mu.
Walaupun aku jatuh dan tertatih,
Ku kan berusaha bangkit untuk
tetap menapaki jalan Mu...

Kalam Musafir

Mujahadatun nafsi


Bismillahhirrahmanirrahim

Tidak perlu bandingkan dirimu dengan orang lain .

Cukuplah bandingkan kepintaran diri mu dengan ayam jantan yang berkokok di pagi hari .

Lihatlah siapa yang terlebih dahulu bangun untuk mengingati Tuhannya .

Maka itulah yang lebih pintar .

- Imam al-Ghazali -

#769SAFT
#AuraBeautyEnergy

Allah SWT berfirman:

وَكَذٰلِكَ  نُفَصِّلُ الْاٰيٰتِ وَلِتَسْتَبِيْنَ سَبِيْلُ الْمُجْرِمِيْنَ
"Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa."
(QS. Al-An'am: Ayat 55)

MUJAHADATUNNAFSI.

Satu hari seorang teman datang pada Sheikh Abu Yazid Bustami untuk mengadu,

"Saya telah berpuasa setiap hari dan melakukan solat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperoleh keringanan batin seperti yang engkau ceritakan."

Sheikh Abu Yazid Bustami pun memotong kata-kata temannya,

"Kalaupun engkau melakukan solat dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya."

"Kenapa?" tanya temannya.

Jawab beliau,

"Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan serakah  menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah."

Teman itu lantas bertanya,

"Katakanlah padaku apakah ubatnya?"

"Ada ubatnya," kata Sheikh Abu Yazid, "Tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya."

Setelah dipaksa oleh temannya Sheikh Abu Yazid pun berkata,

"Pergilah ke tukang gunting rambut yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa diisi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, teriakkanlah seperti ini,

"Setiap anak-anak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari."

Selanjutnya pergilah ke pengadilan, Hakim dan Ahli Hukum, katakanlah kepada mereka,

"Selamatkanlah jiwaku."

Teman itu berkata,

"Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain."

Sheikh Abu Yazid berkata,

"Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi."

Sheikh Abu Yazid Bustami seorang Wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu Beliau perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan Hakim. Perintah itu memang berat, tetapi bagi Sheikh Abu Yazid tidak ada jalan lain lagi. Itulah cara 'mujahadatunnafsi' yang mesti dilakukan.

Begitulah pentingnya 'mujahadatunnafsi' untuk siapa saja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu tidak dapat dikalahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik dan hidayah ke dalam hati. Sebab benda yang berharga akan Allah letakkan di tempat yang mulia.

#KalamUlama

Konsep "Free Will"


KONSEP "FREE WILL"

Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir.” 
(QS:Al-Kahfi 18:29).

Ternyata Allah SWT memberikan kebebasan kepada kita untuk memilih samada ingin beriman atau tidak. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk membuat pilihan. Allah SWT tidak pernah memaksa samada kita ingin beriman atau tidak. Samada ingin mengikut segala perintah Allah SWT atau mengikut hanya yang mana kita rasakan perlu untuk kita.... terserah.

Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah memaksa kita untuk mengikuti baginda atau tidak. Surah Al-Kafirun jelas menunjukkan “bagi ku agama ku dan bagi kamu agama kamu” bermakna ini tiada paksaan untuk sesiapa sahaja samada orang kafir atau SUDAH MEMELUK ISLAM untuk beriman atau tidak. Namun ayat surah Al-Kahfi di atas tidak berhenti di sini. Keseluruhan makna ayat ini adalah:

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling tidak menyenangkan.” (QS:Al-Kahfi 18:29).

Setelah Allah SWT memberikan kita kebebasan memilih, namun mengapa Allah SWT mengancam kita dengan neraka yang menakutkan jika kita memilih kafir?
Mengapa tidak seimbang atau konsisten kebebasan yang Allah SWT berikan kepada kita?

Saudara,
Setiap dalam hidup ini sebenarnya memiliki pilihan yang disediakan oleh Allah SWT. Pilihan-pilihan ini akan menjadi sebuah takdir (Qada’) yang kita lalui dan setiap takdir pasti disertai dengan kadar atau akibat (Qadar).
Lakukan apa jua perkara, pasti ada akibatnya. Jika kita minum, akibatnya ada. Kita makan, kita mandi dan sebagainya. Ini aktiviti rutin dan sentiasa ada akibatnya.

Sama juga dengan pilihan-pilihan yang lain. Kita beli baju fesyen A, ada akibatnya. Fesyen B ada akibatnya dan lain-lain..
Begitu juga dengan undang-undang. Kita diberi kebebasan menggunakan jalan raya. Terserah untuk membawa laju atau perlahan. Namun semuanya ada akibatnya kerana adanya undang-undang di sana.

Apakah tujuannya undang-undang? Pasti untuk menjamin kesejahteraan kita.
Nah! Setiap yang Allah SWT sediakan, ada peraturan atau undang-undang yang Allah SWT tetapkan dan setiap peraturan tersebut pasti terbaik buat diri kita Cumanya bagi pihak kita, terpulang untuk memilih yang mana dan setiap pilihan yang kita lakukan pasti ada akibatnya.

**************
Insan berbeza dengan selain daripadanya. Insan diberi kebebasan di dalam membuat pilihan dan dibekalkan oleh Allah SWT dengan akal. Kerana itu Allah SWT menyediakan Syurga dan Neraka kerana kita diberikan kebebasan ini. Ganjaran yang Allah SWT sediakan juga memiliki pilihan. Terpulang samada kita ingin masuk syurga atau neraka. Allah SWT jelas melalui Nabi Muhammad memberitahu kita jalan-jalan untuk masuk syurga dan jalan- jalan masuk ke neraka. Sekali lagi, terserah untuk masuk ke mana.

Berbeza dengan selain daripada manusia iaitu haiwan, planet, tumbuhan dan lain-lain, mereka tidak diberi kebebasan oleh Allah SWT untuk memilih. Bumi tetap terus berputar. Tiada pilihan kepada bumi samada berhenti atau terus berputar. Mahu berputar terbalik dari sekarang atau tidak, tidak diberi pilihan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan matahari dan planet-planet yang lain.

Kucing tidak mampu memilih apa yang ia inginkan. Mata kasar kita melihat kucing memilih makanan namun sebenarnya semuanya tidak diberikan kebebasan kepadanya. Allah SWT tidak menyediakan akal kepadanya. Apa yang dipilih mengikut segala kehendak Allah SWT semata-mata. Tiada syurga dan neraka kepada selain daripada manusia kerana mereka tiada kebebasan untuk memilih.

*********
Ketika seseorang melakukan keburukan, sebenarnya tidak boleh menyalahkan takdir kerana kuasa memilih diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Allah SWT mengalirkan daya namun amat sedikit di dalam membuat pilihan. Namun atas “Rahmat” Allah SWT, ada pilihan-pilihan yang tidak diizinkan oleh Allah SWT kerana pilihan itu tidak baik untuk kita. Baik atau tidak baik bukan penilaian dari kita tetapi oleh Allah SWT. Walaupun akal kita mengatakan baik, namun tidak semestinya kerana akal kita terbatas.

****
Inilah namanya kehidupan berTuhan. Ada kebebasan ke atas sesuatu pilihan yang jelas dan tidak jelas kebaikan dan keburukannya. Apakah maknanya semua ini?
Inilah sebuah ‘permainan’ yang difirmankan oleh Allah SWT yang mana HANYA SATU kehendak Allah SWT iaitu Allah SWT meminta insan BERGANTUNG SECARA TOTAL (Allahu Somad) kepadaNya kerana Hanya Dia sahaja yang mengetahui segala-galanya termasuk pilihan yang terbaik. Bergantung total inilah “IMAN”. Ketika beriman, pastilah kita akan mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya kerana kita bergantung total kepadaNya

Kerana itu kita perlu sentiasa sedar akan Allah SWT disebabkan setiap saat kehidupan ini pasti terdapat pilihan-pilihan yang perlu kita pilih. Dan kita memohon kepada Allah SWT agar mengilhamkan kita pilihan yang terbaik di sisiNya.

SEDERHANA bukan konsep islam ini?
Mereka yang tidak beriman atau beriman hanya perkara-perkara yang tertentu (tidak seluruhnya), merupakan hamba yang sombong dengan Allah SWT. Mahu menggunakan akal sendiri di dalam membuat pilihan namun jelas akal itu terbatas.

Akhirnya pasti ada pilihan yang salah dan akibatnya pasti menyakitkan. Pilihlah apa pun pilihan namun pastikan sebelum membuat pilihan, tanyalah kepada Allah SWT terlebih dahulu.

Wallahualam..

Sifu Farihan Yahya
22 April 2017
Temerloh, Pahang

Warna aura diri


Soalan :
Betul ke kita ada warna aura kita sendiri? Macam mana nak tahu warna aura diri saya?

Apa itu cakra? Nah, disinilah kita akan belajar bersama- sama.

Pengertian cakra adalah titik pusat energi yang ada di dalam tubuh bioplasmik manusia. Ilmu pembelajaran tentang cakra berasal dari negara-negara timur. Negara barat pada awalnya tidak menganut kepercayaan ini, namun seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan, baik di bidang kesihatan, bela diri dan kedoktoran moden, orang- orang barat mulai banyak yang menyetujui dengan konsep adanya titik cakra dalam tubuh manusia. Bahkan, dengan kemajuan teknologi yang mereka miliki, mereka kini sudah menciptakan sebuah alat yang dapat melihat cakra dalam waktu yang sangat singkat. Cakra tidak lagi dapat dilihat dengan mata batik, tapi dapat dilihat dalam olah digital.

Cakra ini pada dasarnya tidak terlihat di dalam tubuh fisik karena letaknya ada pada tubuh bioplasmik (bio-plasmic). Apa itu tubuh bioplasmik? Tubuh bioplasmik adalah cetakan tubuh fisik manusia, yang benar-benar menyerupai tubuh fisik. Bio artinya artinya hidup, dan plasmik berasal dari kata plasma yang merupakan sebuah istilah untuk menyebut bahan keempat dalam pembentukan suatu unsur fisik, selain padat, cair dan gas. Wujud tubuh bio-plasmic inilah yang muncul ke permukaan tubuh fisik manusia, dan kemudian disebut dengan aura.

Cakra, energi tubuh, bioplasmik, aura.

Dalam tubuh manusia, kurang lebih terdapat 365 titik cakra. Akan tetapi, dari ratusan cakra tersebut, hanya tujuh yang dianggap sebagai cakra utama seperti 7 warna pelangi, yang dapat mewakili cakra lain yang jumlahnya ratusan.

Tentang Aura Warna ini juga ada dibicarakan dalam Al-Quran seperti di bawah :-
Pembuktian penyebutan Warna dalam Al Quran

1. Merah
Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya MERAH di waktu senja, (Q.S. Al-Insyiqaaq : 16)

2. Kuning Biasa
Dan sungguh, jika Kami mengirimkan angin (kepada tumbuh-tumbuhan) lalu mereka melihat (tumbuh-tumbuhan itu) menjadi KUNING (kering), benar-benar tetaplah mereka sesudah itu menjadi orang yang ingkar. (Q.S. Ar-Ruum : 51)

3. Kuning Tua
Mereka berkata: “Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya”. Musa menjawab: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang KUNING TUA warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya.” (Q.S. Al-Baqarah : 69)

4. Hijau Biasa
Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang HIJAU dan tujuh bulir lainnya yang kering.” Hai orang-orang yang terkemuka: “Terangkanlah kepadaku tentang ta’bir mimpiku itu jika kamu dapat mena’birkan mimpi.”(Q.S. Yusuf : 63)

5. Hijau Tua
Kedua syurga itu (kelihatan) HIJAU TUA warnanya. (Q.S. Ar-Rahmaan : 64)

6. Biru
(yaitu) di hari (yang di waktu itu) ditiup sangkakala dan Kami akan mengumpulkan pada hari itu orang-orang yang berdosa dengan muka yang BIRU muram; (Q.S. Thaahaa : 102)

7. Putih
Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis PUTIH dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.(Q.S. Faathir : 27)

8. Hitam
Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang HITAM pekat.(Q.S. Faathir : 27)

Subhanallah, Maha Suci Allah atas segala firman-Nya.

Ilmu Allah ini cabangnya terlalu luas, cabangnya banyak seumpama ranting-ranting kayu yang bercambah di dahan pokok.. Dahan kukuh itulah TAUHID. Tidak ada salah untuk belajar ilmu apa apa pun, asalkan penamatnya kena bawa balik semula kepada Al-Quran dan Maha Pencipta.

Di dalam al-quran itu sendiri bila kita kaji banyak terdapat ayat yang tersebar dalam beberapa surat yang menyatakan beberapa warna iaitu merah, kuning, hijau, biru, hitam, dan putih. Penelitian ini merupakan jenis penelitian kualitatif, dalam proses sifu mendalami ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-Quran ini, bila 1 hari 1 potong ayat, refer tafsir dengan huruf hiajiyah arab banyak akan kita temui. Nak ilmu apa semuanya ada dalam Al-Quran.

Dengan menggunakan kaedah atau cara berfikir tekstual yang ada dalam al-Quran dan kitab tafsir. Pendekatan yang digunakan iaitu pendekatan tematik/library research, iaitu pendekatan yang menunjukkan bahawa pelaksanaan penelitian yang dilakukan dengan cara mencari penjelasan yang ada di buku-buku dan kitab tafsir, serta lebih menekankan pada deskripsi secara tekstual. Metode pengumpulan data penelitian menggunakan metode library research atau kepustakaan.

Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa
(1) Dalam al-Qur‟an terdapat sebanyak 6 warna yang terdapat dalam 33 ayat yang tersebar dalam 22 surat.
(2) Warna-warna tersebut diantaranya: merah, kuning, hijau, biru, hitam, dan putih.
(3) Ayat yang menyebutkan warna dalam al-Quran secara umum menitik beratkan pada sesuatu yang menggambarkan pada sebuah objek tertentu.
(4) Pemberian simbol dengan menggunakan warna menggambarkan sebuah bukti adanya kemahakuasaan Allah swt atas makhluk-Nya.

Dari segi objeknya 
(a) simbolisasi dengan warna merah ditujukan pada gunung. 
(b) simbolisasi dengan menggunakan warna hijau ditujukan pada tumbuh-tumbuhan, tanaman, keindahan alam, penggambaran keadaan di surga dan dunia, 
(c) simbolisasi dengan menggunakan warna kuning di tujukan pada haiwan (sapi), tumbuh-tumbuhan. 
(d) simbolisasi dengan menggunakan warna biru di tujukan pada keadaan manusia ketika hari kiamat. 
(e) simbolisasi dengan menggunakan warna hitam di tujukan ketika keadaan hari kiamat, dan keadaan di neraka. 
(f) simbolisasi menggunakan warna putih di tujukan pada kemukjizatan pada Nabi Musa.

Dari segi maknanya
(a) simbolisasi dengan warna merah ditujukan pada gunung yaitu terdapat unsur-unsur
 yang mempengaruhi sehingga muncul warna merah.
(b) simbolisasi dengan menggunakan warna hijau ditujukan pada tumbuh-tumbuhan, tanaman, keindahan alam, yaitu terdapat unsur dzat hijau daun (kloroplas).
(c) simbolisasi dengan menggunakan warna kuning di tujukan pada hewan (sapi), yaitu dilihat dari segi umur antara muda dan tuanya sapi tersebut.
(d) simbolisasi dengan menggunakan warna biru di tujukan pada keadaan manusia ketika hari kiamat, yaitu sebagai balasan bagi orang yang berbuat dosa.
(e) simbolisasi dengan menggunakan warna hitam di tujukan ketika keadaan hari kiamat, dan keadaan di neraka, maksudnya yaitu penggambaran untuk orang yang berdusta dan menyombongkan diri.
(f) simbolisasi menggunakan warna putih di tujukan pada kemukjizatan pada Nabi Musa, maksudnya yaitu membuktikan kepada Firaun supaya beriman kepada Allah.

In Sya Allah ada kelapangan masa, sifu kupas detail tentang Bioplasmatic Warna ini dari sudut metafizik, dengan pembuktian dalam Al-quran..

Jangan risau sifu sudah siap Thesis setebal ratusan muka surat tentang WARNA sahaja dan implementasi warna dalam pelbagai aspek kehidupan manusia, seperti terapi image, kesihatan dan rawatan, penggunaan untuk Branding dan sebagainya. Dan juga dari pelbagai sudut pandangan budaya dan agama. Last but not least, Al-Quran IS THE PERFECT ONE & ONLY

Sharing sifu ini mukaddimah baru sahaja. Izinkan sifu berundur diri untuk bertugas dulu ya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Hidup berTuhan, ini yang benar


HIDUP BERTUHAN, INI YANG BENAR

Sekadar bercerita tentang diri sifu dengan seorang teman.
Kita selalu mengulang-ulang mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir sebagai zikir... ingat Allah SWT. Alhamdulillah ia cukup baik dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran pahala buat kita.
Sifu nak share satu cerita sebuah cerita benar dari pengalaman sendiri yang mana tasbih, tahmid dan takbir diucapkan dengan penuh asli, datang dari jiwa yang sebenar sehingga terungkapkan tasbih, tahmid dan takbir.

Seorang teman yang berada di Johor menghantar SMS kepada sifu apa yang beliau perlu lakukan di saat beliau berada di hospital. Isteri beliau mengalami sedikit masalah kesihatan.
Apakah ucapan zikir yang terbaik yang perlu dirinya lafazkan?
Apakah doa yang terbaik untuk beliau mohonkan?
Inilah soalan yang diajukan kepada sifu ketika beliau agak runsing dengan keadaan isteri beliau.
Lalu sifu membalasnya secara langsung.
Ilham mengalir terus di jiwa lalu fikiran menggerakkan jari-jari menaip butang-butang handphone membalas SMS.
Sifu tidak mengajar beliau ucapan zikir yang mana, doa yang mana.
Sifu katakan, cuba lihat manusia yang lalu di sana. Mereka sedang berjalan ke sana sini.
Semua itu sedang digerakkan oleh Allah SWT. Semuanya mengikut kehendak Allah.

DAN SEDARILAH ALLAH SEDANG MELIPUTI SEMUANYA.
Tidak ada yang engkar, tidak ada yang tidak mahu.
Semuanya sedang mengikut kehendak Allah. Lihatlah Allah di sana.
Lihatlah... sedar kepadaNya.
Beliau membalas... mudahnya... begitu sahaja ke? tidak perlu ucapan zikir? Tidak perlu berdoa?
Sifu membalasnya lagi. Ya... lakukan dahulu. Nanti saudara akan tahu sendiri.
Ketika beliau melihat orang di sekelilingnya itu bergerak melakukan hal masing-masing.... beliau sedar adanya Allah.... Yang sedang meliputi... sedar kepadaNya... lalu sendirinya terpancul dari mulut beliau... SUBHANALLAH.... ALHAMDULILLAH.... ALLAHUAKBAR....

Nah!!! inilah yang asli.
Ucapan yang sangat benar. Ucapan yang sangat jujur memuji Allah. Ucapan yang keluar sendiri.
Bukan ucapan yang sengaja dipaksa untuk diucapkan seperti selalu kita lakukan. Inilah yang Allah berfirman dalam Al-Quran dalam Surah 2 ayat 115 seperti apa yang kita bincangkan nanti dalam Modul 4 iaitu TABLIGH.


Semuanya itu benar-benar dari jiwa ketika sedang melihat bukan sekadar kuasa Allah tetapi beliau melihat sendiri adanya Allah SWT yang sedang meliputi. Sendiri merasakan terus. Ucapan itu hanyalah membenarkan apa yang dirasakan oleh jiwa. Ucapan itu sekadar bukti apa yang dialaminya saat itu. Terasa sungguh Maha Suci Allah. Bergetar pujian Allah. Tidak mampu lagi menyatakan selain Maha Besar Allah

Inilah suatu keadaan aslinya berzikir. Aslinya menyedari Allah SWT.
Ucapan tasbih, tahmid dan takbir pasti akan sendiri terpancul keluar tanpa ada paksaan.
Malah ucapan itu sangat meresap ke dalam diri kerana ia datang dari jiwa yang tunduk merendah sang hamba kepada Yang Maha Menciptakan.

Sifu menerima kembali SMS beliau.... “En Farihan.... terima kasih. Terlalu mudah untuk sedar ke Allah sebenarnya. Cuma kita kurang ilmu tentang ini sebenarnya”

Sekadar perkongsian sebelum masuk bertugas.

Sifu Farihan Yahya
21 April 2017
Temerloh, Pahang