Latest Posts

Ilmu

ILMU

Suatu ilmu itu tidak akan datang jika ia bukan milik Allah. Belajarlah sebanyak manapun ilmu jika qasad atau niat hanya nak pada tingginya pangkat atau gred.

Jangan kita sesekali ingat ilmu itu akan datang biarpun kita diPUJI malah diPUJA seisi muka bumi tapi ingat balik yang ilmu itu milik Allah. Ingat. NIAT itu utama. Sama-sama kita perbetulkan dan perbaharui NIAT kita ya.

Bismillah...
Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul. 
Ulangkaji di sini

Waktu damai permintaan tadi, buka pili air, tadah berapa baldi hari nie tu?
Untuk teman-teman yang baru join tribe ini, sifu share sikit ya tentang PILI AIR & BALDI
Ulangkaji di sini

Ini semua kaedah untuk reprogramming dan setting semula diri kita agar wave dan connection dengan Allah, baik. Wifi On 24 jam. Senang nak tarik nikmat2 Allah yang baik-baik.

Ada apa-apa soalan boleh tanyakan di sini ya, sifu akan cuba menjawab semua persoalan satu persatu.

Semoga berlapang dada kita semua ya di dalam menimba ilmu. Ilmu Allah ini terlalu luas, rantingnya banyak, asal berpaut pada nan satu dan bawa kembali kepada Tuan segala ilmu In Sya Allah dapat keberkatan.

Tahajjud
Dhuha
7 getaran kesyukuran
Sedekah

Ini semua kaedah reprogramming dan resetting diri, betulkan semula WIFI CONNECTION dengan Maha Pencipta.

HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU

Yang nak buka hati dan permudahkan prospek berurusan dengan kita Allah
Yang nak tutup hati dan sukarkan prospek berurusan dengan kita pun Allah
Kita jangan sombong dan berlagak macam bagus dengan Allah sudahlah, dengan menidakkan kuasa Allah dan amalan amalan sebegini di sebalik pencetus kejayaan.

Faham faham

Nombor-nombor

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). 3:23

Ini pesanan khas utk warga tribe kita yang masih bertarung dengan diri dlm tribe ini utk berlapang dada dan menerima ilmu baru. Especially related numbers dengan Al quran.


Yang mana beli Ebook akan dapat faham ini, Model Potensi Kehidupan berteraskan 4 sifat Nabi iaitu SIDDIQ, AMANAH, FATONAH, TABLIGH.

Persoalan SIAPA AKU sebenarnya mendekatkan makhluk dengan pencipta. Untuk menjawab persoalan ini, kita mestilah kena memahami peringkat kehidupan agar kita jelas tentang hidup kita.

Di tribe ini sebenarnya secara tak sedar kita belajar untuk berunding antara ego sendiri, dan dengan ego orang lain. Ini adalah baru merupakan FASA SIDDIQ (1 daripada 4 Fasa dalam SAFT Quadrant) iaitu menentukan identiti. Dari sinilah juga seseorang akan dapat menentukan tujuan hidup di dunia ini.

Phytagoras tegas berkata :-
Dunia ini tercipta di atas kekuasaan nombor-nombor. Keseluruhan alam semesta dicipta oleh corak-corak Matematik. Dan semua perkara boleh dijelaskan dengan melalui nombor yang bersamaan dengan getaran alam semesta. Numbering inilah yang menentukan personaliti kita, takdir dan tuah seseorang individu.

Al Quran tegas berkata :-
Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan mereka berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran. (Surah 103 : ayat 1 - 3)
Masa itulah numbers.

Sifu Farihan tegas berkata :-
Numbers itu adalah seumpama signboard di atas highway. Highway itulah jalan-jalan kehidupan yang perlu kita lalui.
Nak ke destinasi dengan cepat, tidak sesat dan tepat, pakailah waze, pakailah GPS.
Nak guna pun takpa, tak mahu guna pun takpa
Takder cacat cela dan khurafatnya
Kalau tak nak guna signboard, itu namanya bodoh sombong.
Sampai juga ke destinasi tu.
Tapi mungkin lambat dan makan buah langsat banyak.

Sifu WAJIBKAN semua dalam tribe nie menggunakan dua tagline ini di wall FB masing masing boleh, sama-sama kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan memakmurkan insan, boleh

Kami adalah group gabungan #7networkcircles + #769SAFT

Jangan lupa gunakan kedua-dua Tagline ini
Kenapa sifu bergabung dengan CikPuan Lady Boss bergabung tribe, lihat sini

Tahun nie tahun networking, kita besar dan bergabung tribe

2017..2517..78..6
Networking + service = Duit
Platform media hebahan sosial seperti telegram, whatsapps, flicker, tweeters, facebook dan sebagainya tempat untuk membina networking.

Dhuha dan tasbih

Assalamualaikum.
Semoga pintu rezeki kita sentiasa terbuka luas.
Jom kita amalkan doa diwaktu pagi ini.

*اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً*
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa.

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Soalan : 
Tadah baldi belaka dah ka sini nie. Berapa baldi tadah hari ni?

Jawapan :
Alhamdullilah sifu. Hari ni dpt 6 baldi je. Pastu baby dok teriak cari mama die dah 😅😅
2 baldi aje.
6 baldi sifu
Alhamdulillahh 4 baldi je Sifu.
16 baldi kat sekolah tadika tadi 😁
Saya 12 baldi harini. #alhamdulillah..
Alhamdullilah hari ni saya dapat tadah 12 baldi. Ya Allah Ya Syakur.


Teacher Zaliah Hassan :
Allah. Sorry Sifu. Menjamu anak2
Baldi in my term, pemahaman saya rezeki
Saya ngajar 16 kids tadi
Rezeki buat saya
Abundance Kasih sayang, masa, tenaga, suara

Sifu Farihan Yahya :
Terkejut juga sifu tadi 16 baldi
Ingat 16 rakaat dhuha tadi 😜

Teacher Zaliah Hassan :
INI boleh when my kids not around. Insyallah saya cuba.
Ya Allah
Dari pemahaman saya.. Rezeki jugak tu
Kasih sayang thru children
Is pure and honest 😁❤️

Sifu Farihan Yahya :
Benar juga tu...sambil jaga 16 kids tu, mulakan jer dengan bacaan doa dhuha sama-sama kanak kanak tu beramai ramai

Dhuha ini bukan soal nak tarik rezeki, itu adalah untuk sedekah kepada setiap sendi-sendi dalam tubuh kita untuk seharian bekerja

Setiap rukuk dan sujud Solat dhuha itu selepas bacaan kebiasaan tu sambung dengan tasbih :
SUBHANALLAH
ALLHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

Berapa ramai praktis dhuha seperti sifu mention kat atas tu
Kalau bz bekerja, takper yang penting jangan tinggal doa dhuha itu kalau tak sempatlah.

Puan Rafidah :
Saya biasa buat zikir ni 10x lepas solat dhuha. Baru doanya. Kalau time tak kerja boleh la panjang2 sikit zikir.

Tuan Faiz Ridzuan :
Alhamdulillah.
Semakin meningkat jemaah dalam tribe ni.
367 members

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, Dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Nasrani, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik " { 3:67 }

Sifu Farihan Yahya :
Alhamdulillah, biasakan diri numbering + Al quran
Lama lama numbering itu lebur dalam Al quran dengan sendirinya

Kenali malaikat, jin, iblis dan syaitan dalam diri

Kenapa sifu kata hati kita hitam, kita banyak dosa
Sifu nak share satu ilmu

Berapa ramai nak KENAL MALAIKAT, JIN, IBLIS, SYAITAN dalam diri kita tu, bila kenal senang nak KAWAL....betul kan..berapa ramai nak KENAL..??

Ini penting, selagi tak KENAL IBLIS, SYAITAN, JIN macam mana kalian nak halang daripada duk bisikkan WAS WAS, RAGU RAGU, BOLEH KER, MUNGKIN dan sewaktunya..

Baik,
Kita kalau nak kenal mana polis, bomba, nurse dan sebagainya kenal pada pakaian beruniformnya.
Maka jika kita nak kenal mana malaikat, iblis jin dan syaitan kena kenallah pada sifat sifatnya.
Bila dah kenal, jadi kena berusahalah tukar dengan sifat Allah

MALAIKAT
Tenang dan ingat Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bila kita Niat Kerana Allah Taala, walau tak buat lagi terus dicatit di suratan amalan kebaikan. Kalau tidak dimulakan dengan Niat kerana Allah Taala, malaikat akan hold dulu, bila buat baru catit. Praktis mulakan hari Niat kerana Allah Taala.

JIN
Perangai jin dalam diri nie rasa diri hebat, bagus, ego, keAkuan

IBLIS
Perangai iblis nie suka melaga lagakan orang

SYAITAN
Perangai busuk hati, hasad dengki, cucuk sana cucuk sini

Surah 51 ayat 21
WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Dalam Al quran, sifat NAMRUD, FIRAUN, IBLIS, SYAITAN semua ada dalam diri bukannya ada di luar.

Sekarang dah kenal kan, bersepah tak makhluk itu di sekeliling kita nie atau dalam sifat itu dalam diri kita sendiri.

Bila terdetik sahaja dalam diri sifat IBLIS, SYAITAN, JIN
cepat-cepatlah beristighfar atau zikir ingat pada Allah

Selalu sifu pesan, setiap hari kita bangun tidur sepanjang hari kita akan dipimpin oleh rahmat Allah atau melalui malaikat, atau IBLIS, JIN, SYAITAN. Bunuh depa bertiga nie dengan PERBETULKAN NIAT KERANA ALLAH TAALA.

Allah ilhamkan sukma dan kefasikan, pilihlah jalan mana yang kalian nak pilih dengan menggunakan akal yang waras.

Mengharap vs angan-angan

Surah 17:57

Kalimah MENCARI JALAN  dalam ayat ini bererti  mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan melakukan ibadah dan mencintaiNya.

Ada 3 sendi iman iaitu Cinta, Rasa Takut dan Berharap.

Tentang Pengharapan ini Allah telah menjelaskan dalam firmanNya, Surah 18:110 & Surah 2:218.

Apa beza mengharap dan angan-angan?

Mengharap disertai dengan usaha dan tawakal.

Manakala, berangan-angan disertai dengan kemalasan dan tidak bersungguh-sungguh berusaha.

Ilmu Tauhid-Feqah-Tasawuf

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [5:07]

Perjanjian yang dimaksudkan dalam surah ini, ianya berkait dengan PERJANJIAN ALASTU. In Sya Allah pagi nanti selepas sarapan sifu kupas bab ini ya.

Mulakan dulu Subuh dengan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh diikuti dengan Solat Subuh. Allah sudah janjikan DUNIA DAN SEISI ALAM utk para hambaNya.

Sifu tahu di mana virus dan penyakit yang ada dalam setiap diri mereka yang berada di tibe #769SAFT ini, dah tahu penyakit, senanglah nak bagi penawarnya. Buang perangai Ego aku ini dah terlajak warak dan sebagainya ya. Sama-sama kita menempuhi fasa mujahadah dan muraqabah diri.

Pesanan guru Almarhum Tuan Guru Hj. Salleh Musa,
"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allahlah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa..

Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah akan bantu.."

Inilah RAHSIA ILMU 3 RUAS JARI yang sifu share sebelum nie. Ulangkaji ILMU 3 RUAS

Kalian nak istiqamah, kena sungguh sungguh minta dengan Allah waktu sujud terakhir dalam solat.
Bukan hanya setakat di bibir.
Tanpa izin dari Nya, takkan ada apa-apa perubahan.
Mintalah pada DIA, mana pernah DIA tak beri.
Dahulukan DIA atas segala sesuatu.
DIA akan mendahului kita di atas segala sesuatu.

Allah itu Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Penyayang
DIA nak tolong kita, tapi diri kita ini terlalu banyak dosa, hati kita hitam termasuklah diri sifu sendiri yg fakir ini.
Baju yang teramat kotor, perlu dicuci dengan clorox baru selesa nak pakai kan.
Bila diri kita cuci daripada dosa, barulah senang nak sambut dari Allah apa sahaja.

Benar, bisikan syaitan dalam diri akan berbunyi begini :
"TAK PAYAH NAK BUAT TAHAJJUD, DHUHA, SEDEKAH ITU SEMUA, SEBELUM NIE KAU TAK BUAT PUN MELIMPAH RUAH JUGAK REZEKI KAN"

Betul Allah beri sebab DIA tak pernah tak beri apa yang kita minta, tapi berapa lama boleh bertahan berada dalam genggaman kalian. 
Kejap ada kejap hilang macam tu jer, singgah sekejap jer.

Faham faham

Kolam Jiwa dan Doa

Assalamualaikum kekasih2 Allah 🙋🏻🙋🏻

Selamat Menunaikan Fardhu Isyak

✔️ KOLAM JIWA

Kolam Jowa harus dijaga dan dicuci setiap masa dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang - orang di sekeliling kita. Buatlah amal yang sedikit kalau sukar untuk buat yg banyak asalkan tidak tinggalkan lansung.

✔️ D O A

Apa yang kalian fikir . . cakap .. rasa dan buat itu semuanya adalah doa. Ianya #Magnet yg sangat kuat. Berfikirlah yg baik2 , bercakap yg baik , rasa yang baik2 dan buat yg terbaik, hanya yg terbaik akan dtg menghampiri kita.

#TIPSBISNES
#ROADMAP2017
#23JAN
.
" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com

Telegram Percuma :
bit.ly/NubisPotensiBisnes

Menambah Nilai dan Kejayaan

Assalamualaikum kekasih2 Allah 🙋🏻🙋🏻

Selamat Menunaikan Fardhu Maghrib

✔️ MENAMBAH NILAI ( VALUE ADDED )

Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari #Wang Ringgit. Keluar dan bantu seramai yang boleh dan boleh dimulakan dari keluarga sendiri terlebih dahulu.

✔️ K E J A Y A A N

Untuk mencapai kejayaan, anda mesti berjayakan orang lain terlebih dahulu . Anda akan paham proses ni hanya selepas anda mula melakukannya . Selamat bertindak


#TIPSBISNES
#ROADMAP2017
#23JAN

.
" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com

Telegram Percuma :
bit.ly/NubisPotensiBisnes

Lintasan pertama dan kedua

Soalan : 
Apa yang dimaksudkan dengan lintasan pertama dan kedua?
Mcmana nak bezakan?

Jawapam :
Detik hati Puan Iza. Instinct
First instinct. Macam detiknya hati nak tgk tafsir. Right on time.
That one

Huraian sifu :
Lintasan Yang pertama itu ilham yang pertama akan terlintas di minda kita. Yang kedua itu bila terdetik di hati BOLEH KER, MUNGKIN, dan sewaktu dengannya. Ini dinamakan penyakit Was Was..Was Was itu bisikan syaitan. Rujuk Surah An Nas.
Biasakan jadi amalan baca Surah An Nas sbg zikir harian selepas solat 5 waktu.