Latest Posts

Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ya Allah...
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

Ya Allah...
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat.. 
satukan hati diantara kami dan jauhi sifat dengki di kalangan kami
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana.
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Kenapa impian dan doa tidak tertunai?

Bismillah... 

Kenapa Impian dan Doa tidak tertunai?

Jawapan: Allah menantikan masa dan kesediaan hambaNya melalui detik zon impian dengan keredhaan dan amanah yang ditanggung si fulan tersebut. Ini dipanggil jalan takdir Qada' dan Qadarnya disiapkan awal awal lagi. 

Bagaimana?
Insan tersebut mula mulanya adalah Awalludin Makrifatullah. Mengenal Allah dan firqah tauhid yang betul. Belajar Tauhid.

Kemudian proses kenal diri kepelbagaian sudut. Ikutlah cara seni, cara ilmu biological ke? Ilmu teknikal ke? Ikutlah apa bidang sekali yang penting melalui Fiqh yang betul dan istimbak pada jalan Syarie tidak melanggar batas.

Proses matang ini barulah menyusun jalan kemakmuran. Satu impian selari dengan usaha + ada manfaat semua manusia sekali + redha Allah + redha ibubapanya + kemajuan bidang yang dipilih + KESEDIAAN DIRI BILA SAMPAI IMPIAN? + HASILNYA KESUDAHAN DI MANA? + AMANAH NANTI BAGAIMANA? 

Di sini barulah manusia faham kenapa dia layak dan kita tidak berhak. Jalan kemampuan manusia dan potensi juga berbeza. 

Usaha juga diperlukan untuk mengikut jalan sunnatullah. Berjaya atau tidak tak pe, dapat pengalaman untuk persediaan kejayaan besar di depan hari. Cuma jangan putus asa. 

Semua berbalik pada diri sendiri dan atas redha Allah sebenarnya. 

Jika buat setakat ala kadar, adatnya dapat ala sekadar mampu jelah.

Perjanjian Alastu

Baiklah, sempena hari jumaat nie, sifu kupasa PERJANJIAN ALASTU yang dikisahkan dalam Surah 7 ayat 172. Cer share kat sini sat tafsirnya boleh, sama-sama kita ambil ibrah.

Oh ya, lupa pula sifu nak pesan di sini
Sifu bukan mentafsir ya ayat Al quran
Manusia mana mungkin dapat mentafsir Ayat Al quran,
Apa yang kita boleh buat adalah ambil IBRAH DAN PENGAJARAN
Kefahaman semua dari Allah
Semua dengan izin dan kehendak Allah
Sebab itu sifu reprogramming dan resetting WIFI dulu diri masing2 nie ya

Bismillahirrohmanirrohiim

Al-'A`rāf:172 - Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Tajuk PERJANJIAN ALASTU inilah yang mukaddimah dalam bengkel bengkel sifu adakan sebelum ini.

PERJANJIAN ALASTU ini adalah peristiwa awal kejadian manusia yang Allah firmankan dalam Al quran dalam bentuk perjanjian antara Tuhan dan Jiwa (Rohani), Jiwa yang baru merupakan suatu KESEDARAN, di alam ketuhanan. Peristiwa perjanjian ini sudah diinformasikan dalam surah 7 ayat 172 itu.

Itu adalah peristiwa perjanjian antara Tuhan dan Jiwa. Jiwa mengakui bahawa Allah itu Tuhan, bukan hanya diakui tapi kena disaksikan. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang yang akan menjadi manusia di muka bumi, yang diharapkan oleh Allah untuk menjadi seorang KHALIFAH.

Ketika sperma (sifat Ar Rahman) terpancar dari tulang sulbi anak Adam, maka dipanggillah jiwa jiwa itu utk berjanji, dan setelah disempurnakan kejadian atau bentuk fiziknya maka Allah meniupkan ruhNya (jiwa yang telah berjanji tersebut). Boleh rujuk Surah 38 ayat 72 tentang Roh bukan dicipta tapi ditiupkan.

Ketika sperma terpancar tadi dari tulang sulbi anak Adam, maka ratusan juta sperma akan bersaing antara satu sama lain untuk sampai terlebih dahulu ke Ovum (sifat Ar Rahim). Di tengah jalan banyak yang mati.

Bagi yang telah berjaya meloloskan diri, hanya sebahagian kecil sahaja mereka berlumba lumba menuju ke ovum. AKHIRNYA HANYA SATU SPERMA SAHAJA YANG MENANG DAN MEMASUKI OVUM. SANG SPERMA ITULAH KITA SEMUA YANG SEDANG MEMBACA CORETAN INI.

Maka alangkah malu kita yang semulajadi adalah seorang WINNER, SANG TERPILIH dari ratusan juta tetapi kemudian memilih untuk menjadi LOOSER di dunia ini.

Pada masa jiwa tadi dipisahkan dari keESAan Allah, jiwa tadi merasakan suatu yang baru, Jiwa merasa dia sudah menjadi satu entiti dan mempunyai kesedaran sendiri.

Jiwa yang dimaksudkan di sini adalah masih dalam bentuk kesedaran yang belum ada bentuk-bentuk. Kerana terpisah dan mempunyai kesedaran sendiri, maka Allah memberi suatu perjanjian (ALASTU) supaya nanti jiwa kita tidak menuntut.

Kunci dari alastu adalah Jiwa (KESEDARAN) tersebut sudah mengenal siapa yang akan disembahnya di dunia nanti. Jadi kesaksian bererti bahawa Jiwa yang terpisah tadi sudah memiliki kesedaran sendiri dan dia harus MENGENAL ASALNYA. Itulah sebab kita sebut DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI (innalilahi wainna illahirojiun). Selama ini kita main sebut jer, usul pangkal sebutan itu kita tidak selusuri.

Pada ayat Surah 7 ayat 172 jelas beritahu kita, pengakuan akan ketuhanan Allah atau KESEDARAN HIDUP BERTUHAN bukan hanya sekadar di bibir mulut dengan menjawab "Ya betul" tetapi dikuatkan oleh penyaksian mata "kami menjadi saksi".

Contoh, Ramai yang kata "Ya Betul" Allah WUJUD, tapi kita masih katakan masih ada keAKUan seperti Aku hebat, ini hak Aku dan sebagainya. Kalau bersaksi, di situlah akan hadir konsep REDHA DAN PASRAH. Inilah dinamakan Kalimah syahadah.

Jiwa yang telah bersaksi tadi beerti Jiwa yang sudah siap siaga untuk menghadapi segala macam pancaroba di dunia, tidak boleh lalai sehingga membuatkan Jiwa itu melalaikan kesaksiannya dan gagal untuk menjadi wakil Allah di dunia. Pada hakikatnya Jiwa yang turun ke dunia itu mempunyai tugas dan amanah yang harus dipikul iaitu sebagai KHALIFAH.

Kita adalah makhluk yang paling sempurna dengan misi dan tugas yang sempurna pula, iaitu menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi. Untuk menjalankan amanah tersebut manusia harus kenal dengan Si Pemberi Amanah. Samalah juga nak belajar Numbering, kena harus kenal dulu dengan Si Pencipta Numbering itu.

Manusia harus dapat mengenal kembali Tuhannya, kerana pada awalnya Allah telah memperkenalkan diriNya kepada manusia. Kemudian manusia telah membenarkan perkenalan tersebut iaitu seperti apa yang diabadikan Allah dalam Surah 7 ayat 172.

TETAPI SETELAH LAHIR KE DUNIA, KEBANYAKAN MANUSIA MELANGGAR PERJANJIAN ALASTU TADI, MENYEMBAH BUKAN LAGI KEPADA TUHAN YANG TELAH PERNAH DIA KENAL SEBELUMNYA

MANUSIA BERGANTUNG BUKAN LAGI KEPADA TUHAN TAPI KEPADA MAKHLUK, LEADER DAN SEBAGAINYA

Analogi mudah :-
Kita melanggar peraturan lalu lintas, langgar traffic light. Kan kena saman. Saman itukan masalah.

Begitulah hidup kita seharian, bila TIDAK ADA KESEDARAN HIDUP BERTUHAN, macam-macam masalah akan datang, macam-macam buat tak jadi, jiwa kusut tidak ada ketenangan, bergaduh sesama makhluk dan banyak lagi.

Panjang pula sifu coret di sini ya, inilah adalah FASA SIDDIQ - QUARANT PERTAMA DALAM MODEL POTENSI KEHIDUPAN SAFT. Semoga bermanfaat. Inilah sebab utama Tribe#769 ini diwujudkan, sebab MODEL POTENSI DIRI SAFT dicipta.

HANYA YANG JIWA TENANG AKAN KEKAL DI TRIBE INI
YANG TAK TENANG AKAN LEFT SEBAB BERLAWANAN DENGAN DALAMAN DIRI IAITU SIFAT KEAKUAN
ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

Dari sudut kupasan ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al Quran

7 : 172

7: 172...1 (1+7+2 =10=1)
89
8

8 itu amanah, tanggungjawab

Apa amanah kita itu..??
1 mengembalikan jiwa jiwa itu balik kepada KESEDARAN HIDUP BERTUHAN

Sahaja Aku berkongsi ilmu pagi ini kerana Allah Taala.

Kecantikan dalaman akan menentukan kecantikan luaran

Bismillah.
Assalamualaikum dan selamat pagi

Bagaimana RASA sekarang setelah follow SOP mulakan Task 1 dan Task 2, jiwa tenang tak?

KETENANGAN JIWA ADALAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITULAH NERAKA
KEHIDUPAN DUNIA INI ADALAH CERMIN KEHIDUPAN KITA DI AKHIRAT

Pernah dengar kan, orang baca talkin kat kubur tu, Tuk Imam baca mcm nie.."WAHAI NAFSU NAFSU MUTMAINNAH..."

Nafsu Mutmainnah inilah JIWA YANG TENANG (pintu syurga)
Nafsu Amarah inilah JIWA YANG RESAH (pintu neraka)
Berusahalah kenal diri, berusaha kembali kepada jiwa yang tenang

Itulah dia pembuka kalam al quran kita iaitu, dalam surah Al baqarah
ALIF, LAM, MIM
Ulangkaji di sini



KEMBALI KEPADA TUHAN DULU. Ilmu metafizik sains numbering itu hanya sebagai pakaian luar untuk mencantikkan apa yang di dalam sahaja tu. KECANTIKAN DALAMAN AKAN MENENTUKAN KECANTIKAN LUARAN

Faham faham

Tadi, sifu consult ada satu hamba Allah nie, pening tak tahu nak buat apa, selepas berhenti kerja dan sebagainya.
Sifu bogelkan dia habis habisan, provide teknikal survivor, rajah insan, kitaran tawaf untuk cari jalan keluar dari belenggu kehidupan, cari kekuatan dan kelemahan, backup business nak harung 2017 dan 3 tahun ke hadapan, sediakan 5 level income dan sebagainya.

Ini antara kita akan belajar terperinci di IMQ ENTREPRENEUR ACADEMY.

4 modul (Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh)






Untuk teman-teman yang baru menyertai tribe sifu ini, sedikit pengenalan, Model SAFT - Membongkar Potensi Diri, Business dan Kerjaya berpaksikan 4 Sifat Nabi iaitu SIDDIQ, AMANAH, FATONAH, TABLIGH.

Selesai Bab 1, akan disusuli dengan Model FAST - Pengurusan Kewangan & Bagaimana Rezeki Melutut ke Kaki Anda juga berpaksikan 4 sifat Nabi iaitu FATONAH, AMANAH, SIDDIQ, TABLIGH


Semoga silaturrahim kita di sini berpanjangan bersama Sifu di sini ya.

Perkongsian rasa dari Nur Diyana : 
Thanks Allah
Thanks sifu farihan

Sahaja aku berkongsi RASA kerana Allah taala

Sejak saya masuk dalam tribe ini satu perubahan yang saya tak sedar adalah saya tak sabar tunggu masuk waktu dan saya solat di awal waktu.. Hari ini baru saya perasan bila saya solat di awal waktu masa seolah-olah terhenti sebab ada banyak masa yang berbaki untuk selesaikan semua pekara..

Dulu asyik cakap tak cukup masa sahaja.. sebenarnya masa cukup 24 jam tu.. kita yang tak pandai guna..

Saya bersyukur sangat.

Huraian dari Sifu Farihan Yahya :
Diyana, DEMI MASA SESUNGGUHNYA MEREKA DALAM KERUGIAN. MASA siapa yang pegang.

La Tataharraku Zarratun Illa Biiznillah. Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya. Mana mungkin bersilaturrahim kita di tribe ini tanpa izin dan kehendakNya. SOP yang sifu beri itu semua utk reprogramming dan resetting WIFI CONNECTION kita dengan Maha Pencipta. Semua ini akan Sifu kupas mendalam FAST QUADRANT - Quadrant ke2 iaitu AMANAH tentang PELABURAN LANGIT...DHUHA, TAHAJJUD, semua dalam tu..bagaimana nak buat REZEKI MELUTUT KE KAKI KITA

Perkongsian rasa Nur Diyana :
Allahuakbar.. betul sifu.. saya asalnya tak sabar nak baca tafsir so saya ambil wudhuk dulu.. sebab saya nak tahu apa yang Allah nak bagi tahu saya.. lame2 jadi biasa asyik nak berwudhuk .. itu je puncanya untuk saya tak sabar nak tunggu waktu solat.. hari ini baru terperasan ..

Huraian Sifu Farihan :
REZEKI YANG PEGANG ALLAH, YANG NAK BERI PUN ALLAH. YANG NAK TARIK PUN ALLAH..YANG NAK PERMUDAHKAN PUN ALLAH..ALLAH JER YANG TAHU KAT MANA TERSELITNYA REZEKI KITA..KITA CARI KAN PENAT, LETIH, FRUST, SEMUA ADA, TIKAM SANA TIKAM SINI. JIWA TAK TENANG, WAVE ENERGY BERTEBARAN DAN AKAN MENARIK LAGI ENERGY NEGATIF DATANG KEPADA KITA.

KITA JANGAN SIBUK BUAT KERJA TUHAN..KITA BUAT KERJA KITA SEBAGAI SEORANG HAMBA, SELEBIHNYA ITU TAWAKKAL DAN SERAH PADA ALLAH

Soalan Nourawinda :
Assalamualaikum sifu..saya tak faham yang sifu cakap JANGN BUAT KERJA TUHAN..kita buat kerja kita sebagai hamba..boleh sifu bagi pencerahan..terima kasih sifu☺️

Jawapan sifu Farihan Yahya :
Yang kurnia rezeki itu Allah
Rezeki kita sudah ditetapkan sejak azali sejak lahiriah di Loh Mahfuz lagi. Berdoa itu sebagai tanda syariat kita sebagai seorang hamba. Sebagai hamba Allah, kita buatlah amalan amalan wajib dan sunat sebagai tanda kita ini lemah, tiada daya tiada kuasa.

Kalau tak akan timbul keAkuan, riak, takbur, ujud di mana merasakan kejayaan atau rezeki itu sebab usaha Aku, ilmu Aku, skill Aku dan sebagainya.

Inilah kaitan bagaimana di FASA SIDDIQ, sifu bawa kaedah metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al quran untuk membongkar kebenaran dan membenarkan

Bab paling best bila pada yang dah beli EBOOK sifu tempoh hari, kelas akan dimulakan insyaallah selepas raya cina. Selepas pola pola dalam diri dikeluarkan buka tafsir, segala masalah akan Allah jawab melalui Al quran.

Yang mana dah attend 2 hari bengkel MSP sifu boleh membenarkan statement sifu ini.

Baik sifu explain sikit kenapa kita kena wajib 2.5% bayar zakat dari INCOME kita setiap awal bulan. satu hari kita ada 24 jam kan..cer tolong calculate kat sifu 2.5% daripada 24 jam berapa hasilnya

0.6 jam

6 jam itu purata kita solat 17 rakaat sehari semalam. Jadi selebihnya 28 jam lagi itu kita buat apa..?? Itulah antara sebab kenapa kita perlu keluarkan zakat setiap awal bulan.

Soalan :
Sifu bagi contoh, Puan Mazni nak income berapa sebulan, tell me the truth

Jawapan Puan Mazni :
RM 20K

Huraian sifu :
Baik, simple

RM20,000 sebulan
Jadi 2.5% daripada RM20,000 = RM500
jadi setiap awal bulan, 1hb RM500 perlu dibuang dekat zakat (investment)
Dengan berbekalkan PELABURAN DARI LANGIT TAHAJJUD, DHUHA, SEDEKAH, 10% lagi dari usaha kita
Lihat sahaja rezeki datang melutut ke kaki tepat nilai RM20,000
Di sini IMAN kalian akan teruji..??

Tiada institusi kewangan yang menjanjikan 700% pulangan dalam sebulan melainkan apa sudah tertulis dalam Al quran. Nanti sifu sharekan ayatNya,

Baik, semua sila buat berapa yang kalian mahu income dalam sebulan dan berapa perlu dibayar zakat..??

Soalan Puan Mazni :
Allahu... Terima kasih Sifu atas ilmunya. Saya terima Lillahi Taala.

Macam sekarang saya bayar zakat akhir bulan. Maknanya tukaq jadi awal bulan. Based on projection income kita betul?

Jawapan Sifu Farihan Yahya :
Tukar awal bulan, lihat sendiri FLOW bagaimana Allah susun duit tu sampai melutut kepada kita

WAJIB - Solat 5 waktu, zakat, puasa
INVESTMENT - solat solat sunat, tahajjud, dhuha, sedekah

HANYA YANG SUDAH MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU

sifu melalui fasa ZERO TO HERO, HERO TO ZERO, now ZERO TO HERO utk bangkit. Minum kopi, sila RASA sendiri PAHIT KA, MANIS KA, PAYAU ka

Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH.

Nukilan terjemahan Al Hikam - Sheikh Ibu Atho'illah.

Allah mengubah2 keadaanmu dari sedih ke gembira, dari sihat ke sakit, dari kaya ke miskin, dari terang ke gelap supaya engkau mengerti yang engkau tak akan terlepas bebas dari hukum ketentuanNya dan terus berdiri diatas landasan...

لا حولاولا قوة الا با الله...
Supaya kamu tidak bersedih dari apa yg terlepas dari tanganmu dan tidak bergembira dengan apa yang diberikan kepada mu.

Faham faham

Kewujudan

Assalamualaikum kekasih2 Allah 🙋🏻🙋🏻

Selamat Menunaikan Sunat Tahajjud

“ . . . Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat dan IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu di atas lidahmu wahai hambaku.

 . . Jangan sekali-kali ada rasa di dalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu. Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.”


#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#26JAN

" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com

bit.ly/NubisPotensiBisnes

S.A.F.T (Model Potensi Diri)





Ini antara akan sifu share di tribe ini dan di Academy sifu.

2 Quadrant Model SAFT
(Modul Seni Bina Kehidupan)

FASA 1 : SIDDIQ (Membongkar kebenaran dan membenarkan)
Membongkar energi Asma
Menyingkap tabir alam diri
Aktiviti "Mata Jiwa" dalam melihat kehidupan
Mengetahui sumber kepada sumber kekayaan
Membongkar Potensi Diri, Business dan Kerjaya

FASA 2 : AMANAH (Kekuatan Dalamam Menarik Kejayaan Luaran)
Menyingkap Rahsia Minda dan Rasa Positif
Mengaktifkan ZON WIFI diri
Membina GELOMBANG MAGNETIK diri
Aktivit Zon RASA JIWA

Surah At-Tin 95 ayat 4
"SESUNGGUHNYA KU JADIKAN MANUSIA INI SEBAIK BAIK KEJADIAN"

Tepuk tangan ke tanah naik bangunan
Pegang besi jadi kapal terbang
We all here born to be Champion, why we choose to be a LOOSER
Sebab kita hidup selama ini HANYA HIDUP BERAGAMA dan bukannya HIDUP BERTUHAN

Ikut jer SOP sifu beri seperti tahajjud, dhuha, sedekah, Al quran dan sebagainya, itu semuanya PELAN TINDAKAN (FASA AMANAH).
Jangan banyak tanya dan soal
Sifu perkenalkan kepada kalian keupayaan ZON WIFI DIRI untuk diaktifkan.

Pada peringkat inilah, kalian diajarkan untuk memulakan pelan tindakan dengan MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH, kemudian memperlengkapkan sebelum melebarkan kepada HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.

Bila kita berjaya MENDAHULUKAN SAYANG DAN CINTA kepada Allah, tidak ada kebimbangan lagi di dalam dunia ini dalam menelusuri kehidupan yang sementara ini sebelum kita pulang ke destinasi kita yang kekal abadi. Semuanya bila semangat telah dibangunkan dengan kesedaran, dan diri dipenuhi dengan RASA SYUKUR setiap saat.

Allahu Akhbar
Selama ini hubungan dgn Allah dan manusia jua kejap on kejap off kejap ok kejap K.O

Wifi line tak cantik, kejap ada line kejap tidak kan
Sepertimana musim hujan lebat nie
Begitu juga dengan kita
Kita lebih menjaga hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah kita abaikan

Follow the system & focus on circle of control

FOLLOW THE SYSTEM & FOCUS ON CIRCLE OF CONTROL

Sifu rasa dah lama tak sharing berkenaan hal ini. Lately nie ada banyak pm personal sifu banyak keluhan, luahan, kemarahan, tak puas hati, merajuk dan macam2 lagi yang sifu dapat dari tribe sifu. Selalunya sifu memang tak tau macam mana nak respond and kadang2 sifu boleh jawab sabar & sorry je. Buat Tahajjud, zikir, baca Al quran, sedekah untuk cuci hati dan sebagainya.

Dalam Al quran Surah Ar Raad ayat 28 jelas dah bagitahu kita semua "HANYA INGAT KEPADA ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENANG". Sebab itu kat tribe sifu nie, sifu suruh istiqamah buat tahajjud, dhuha, 7 getaran kesyukuran. 

Fokus

All of us here termasuk sifu banyak focus on circle of 'CONCERN' dari circle of 'CONTROL'. Bila kita too much on concern kite akan jadi stuck & sakit hati, marah, merajuk then tak gerak, rase diri tak dihargai & macam2.

Apa yang sifu boleh katakan di sini adalah nak bagitau kita 'JANGAN SIBUK BUAT KERJA TUHAN' fokus on apa yang kita boleh buat dan patut buat.

Yang paling penting kita tak boleh control REZEKI yang Allah nak bagi. So setiap kali anda semua rasa nak give up atau marah tanya diri sendiri - u all marah tu sebab benda tu circle of control atau circle of concern.

Kalau circle of concern then sit & relax ok. Muhasabah Diri banyak banyak....

Sebab rezeki tu dari DIA. Kalau tertulis bukan rezeki memang bukan rezeki kita. 
Allah knows better. Things happen for reason.
Apa yg kita boleh buat teruskan usaha & terus bersangka baik dengan MAHA KAYA

#bukanmarahnasehat

Sekian Tazkirah Asar dari PU sifu farihan😜👍

Sedekah

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bagi kita peluang untuk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?

Mari kita baca jawapannya...
----------------------------------
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*

*Satu*
Sebagaimana firman Allah, "...Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." (surah al Munafiqun:10)

👳✏️Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

👳✏️Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya."

*Dua*
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

*Tiga*
Bersedekahlah utk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

*Empat*
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

*Lima*
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

*Enam*
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.