Info Umrah Tanah Suci

Banjaran Uhud

7:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments



*Kelebihan Solat Jenazah*

Semasa ziarah Madinah melalui Jabal Uhud kelihatan bukit yang berwarna kemerah-merahan yang mempunyai  panjang sekitar 5 km dari utara Madinah.

Lalu teringat akan sabda Rasulullah SAW
‎عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ  مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ 
‎ . رواه اِلْبُخَارِيِّ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirat. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. [Hadis riwayat Bukhari]

Masyaallah...besarnya pahala yang Allah janjikan, jelas digambarkan ganjaran sebesar jabal uhud. Menyempurnakan solat jenazah ini tidaklah sesukar mana. Rukunnya hanyalah:

1.  Niat

‎ أصلى على هذا المَيّت أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ لله تعالى

Sahaja aku solat ke atas mayat ini 4 takbir kerana Allah Taala

2.  Berdiri bagi orang yang mampu
3. Takbir 4 kali
4. Membaca al-Fatihah  selepas takbir pertama.
5. Selawat ke atas nabi SAW  selepas takbir kedua.
6. Doa bagi jenazah  selepas takbir ketiga.

Bila berada di Haramain, hampir setiap waktu selepas solat fardhu , imam akan melakukan solat jenazah ini. Perkara yang mudah, cubalah jangan ditinggalkan. 

Setiap kali solat jenazah di sini, mohonlah moga Allah matikan kita di tempat yang mulia, dalam keadaan yang mulia (husnul khatimah) serta disolatkan oleh ramai orang-orang yang mulia. 

Allah SWT berfirman:

‎وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا  ۚ  وَاللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 11)

Mati itu suatu yang pasti...

Wallahua'lam

‎جمعة مباركة

0 comments: