Info Umrah Tanah Suci

Perkuburan Baqi'

9:05 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments




🌷 Perkongsian 🌷

Bagi jemaah lelaki umrah ataupun haji, bolehlah rebut peluang keemasan ini... untuk mengiringi jenazah hingga ke perkuburan Al Baqi’...

Rasulullah SAW bersabda:  “Barang siapa yang menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya bukit Uhud”

Mengiringi jenazah adalah salah satu daripada lima hak seorang muslim terhadap saudaranya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

0 comments:

Info Umrah Tanah Suci

Sejarah Hari Raya Aidiladha

7:19 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Inilah tugu berwarna putih yang ditanda, tempat di mana Nabi Ismail A.S disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim A.S.

Sejarah Hari Raya AidilAdha dimulakan dengan mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim A.S. Dalam mimpinya, Nabi Ibrahim diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S. Padahal, Nabi Ibrahim baru dianugerahkan keturunan setelah sekian lama dalam penantian. Namun, Allah telah memerintahkan dirinya untuk menyembelih anaknya sendiri. 

Akan tetapi, Allah memerintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail bukanlah tanpa alasan. Allah sebenarnya sedang menguji kesabaran dan ketaatan iman yang dimiliki Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim bermimpi yang berupa wahyu dari Allah untuk menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail. Namun, erti dari mimpi tersebut sebenarnya ialah Allah ingin menguji Nabi Ibrahim untuk mengetahui sejauh mana kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim terhadap Allah SWT.

Sebelum diberi mimpi yang berupa wahyu untuk menyembelih anaknya, Nabi Ibrahim pernah berjanji pada Allah, bahawa kesanggupannya walau apapun yang diperintahkan Allah termasuk menyembelih putranya.
Kini, para jamaah haji dapat melihat tempat penyembelihan Nabi Ismail yang akhirnya diganti dengan seekor kibas dengan sebuah batu atau tugu yang bercat putih. Tugu yang berada di sebuah bukit di Mina itu hanyalah sebuah lambang dari tempat yang dipilih oleh Nabi Ibrahim pada waktu itu.

“Tempat penyembelihan Nabi Ismail kini dilambangkan dengan batu bercat putih, penjelasan singkat berdasarkan tafsir-tafsir di dalam Al Quran, tugu yang sekarang dipasang dan boleh dilihat oleh para jamaah haji/umrah yang sudah pernah ke tanah suci. Itu merupakan suatu simbol dari proses penyembelihan yang dilaksanakan di tempat itu. Sewaktu penyembelihan (nabi Ismail), tiada sebarang tanda, hanya sekarang sahaja ditanda sebagai simbol dari proses penyembelihan Nabi Ismail yang pernah dilakukan di situ dulu.


0 comments:

Info Umrah Tanah Suci

Banjaran Uhud

7:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments



*Kelebihan Solat Jenazah*

Semasa ziarah Madinah melalui Jabal Uhud kelihatan bukit yang berwarna kemerah-merahan yang mempunyai  panjang sekitar 5 km dari utara Madinah.

Lalu teringat akan sabda Rasulullah SAW
‎عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ  مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ 
‎ . رواه اِلْبُخَارِيِّ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirat. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. [Hadis riwayat Bukhari]

Masyaallah...besarnya pahala yang Allah janjikan, jelas digambarkan ganjaran sebesar jabal uhud. Menyempurnakan solat jenazah ini tidaklah sesukar mana. Rukunnya hanyalah:

1.  Niat

‎ أصلى على هذا المَيّت أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ لله تعالى

Sahaja aku solat ke atas mayat ini 4 takbir kerana Allah Taala

2.  Berdiri bagi orang yang mampu
3. Takbir 4 kali
4. Membaca al-Fatihah  selepas takbir pertama.
5. Selawat ke atas nabi SAW  selepas takbir kedua.
6. Doa bagi jenazah  selepas takbir ketiga.

Bila berada di Haramain, hampir setiap waktu selepas solat fardhu , imam akan melakukan solat jenazah ini. Perkara yang mudah, cubalah jangan ditinggalkan. 

Setiap kali solat jenazah di sini, mohonlah moga Allah matikan kita di tempat yang mulia, dalam keadaan yang mulia (husnul khatimah) serta disolatkan oleh ramai orang-orang yang mulia. 

Allah SWT berfirman:

‎وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا  ۚ  وَاللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 11)

Mati itu suatu yang pasti...

Wallahua'lam

‎جمعة مباركة

0 comments:

Info Umrah Tanah Suci

Pemandangan Kota Makkah - dahulu dan sekarang

12:43 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Pemandangan yang paling sukar untuk kita bayangkan di tanah suci Mekah.
















0 comments:

Info Umrah Tanah Suci

Operasi kereta api laju Haramain

6:53 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments





MADINAH - ARAB SAUDI . Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud merasmikan operasi kereta api laju Haramain di sini hari ini.

Baginda menaiki perjalanan sulung pengangkutan itu bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad Salman dari Jeddah ke Madinah.

Perjalanan itu mengambil masa dua jam dan tiba di Madinah jam 4.25 petang waktu tempatan.

Kereta api laju Haramain ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober dan dibina untuk memendekkan perjalanan jemaah mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ia meliputi lima stesen iaitu Makkah, Jeddah, Lapangan Antarabangsa King Abdul Aziz, King Abdullah Economic City di Rabigh dan Madinah.

Keretapi laju ini bergerak pada kelajuan 320 kilometer sejam melibatkan laluan sepanjang 450 kilometer.

Ia dilengkapi landasan kembar elektrik sepenuhnya dan projek ini bernilai SR37.5 bilion (RM41.3 bilion).


Harga tambang tiket sehala kelas pelancong dari Stesen Sulaimaniyah di Jeddah ke Makkah berharga SR20 (RM22.05) manakala tambang untuk kelas bisnes adalah SR25 (RM27.57).

Tambang tiket untuk perjalanan antara Makkah dengan Madinah adalah SR75 (RM82.71) bagi kelas pelancong dan SR125 (RM137.85) bagi kelas bisnes.

Tiket kelas pelancong antara Jeddah dengan Madinah berharga SR63 (RM69.48) manakala tambang kelas bisnes adalah SR105 (RM115.79).

Lembaga pengarah Pertubuhan Kereta Api Saudi (SRO) yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan Nabeel Al-Amoudi, meluluskan harga tambang itu setelah mencapai persetujuan dengan konsortium Saudi-Sepanyol - Al-Shoula Group, yang merupakan pengendali projek berkenaan.

Ketua Pengarah Projek Kereta Api Laju Haramain, Mohammed Fida berkata stesen kereta api Jeddah seluas 766,000 meter persegi, boleh menampung seramai 25,000 penumpang dalam masa sejam.

Katanya, Stesen Makkah Rusaifah, terletak 4 kilometer dari Masjidil Haram, mempunyai kawasan seluas 503,000 meter persegi dengan kapasiti seramai 20,000 penumpang sejam.

"Stesen Madinah, yang terletak 9 kilometer dari Masjidil Nabawi, boleh menampung kapasiti 4,000 penumpang dan seluas 268,000 meter persegi," katanya.

0 comments:

Info Umrah Tanah Suci

Lokasi kerusi roda di belakang bukit saffa/marwah

8:38 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bagi jemaah yg memerlukan kerusi roda / Pinjam boleh lah ambil di sini...atau bagi yang ingin Wakaf Wheel Chairs pun di sini juga untuk kegunaan jemaah haji dan umrah...lokasinya untuk pengetahuan jemaah di luar masjidlilharam belakang bukit saffa/marwah...sebelahan majidilharam jer..boleh tanya orang..keluar ikut pintu bab as salam gate ( lihat layout peta di atas pintu no 6 ) insyaallah terus jumpa beratus2 kerusi roda waqaf untuk kegunaan jemaah insyallah. Lokasi untuk mengambil kerusi roda wakaf percuma di Masjidil Haram.  Kawasan yang terkepung itu.  

Untuk mengambil kerusi roda di situ jemaah boleh menunjukkan "kad jemaah" dan boleh menggunakannya selama mana selagi berada di tanah suci.  Kad akan di kembalikan apabila kerusi roda dikembalikan.

Tahniah bagi para pewaqaf...
Bayangkan bertapa hebatnya pahala yang akan diraih apabila RIBUAN tetamu Allah datang untuk mengerjakan Umrah & Haji dan mereka mengunakan Kerusi Roda yang anda Wakafkan?

Ramai dari mereka yang mengerjakan Umrah & Haji semestinya mereka pasti akan mengunakan kerusi roda bertujuan bertawaf, bersa’i dan Ibadah yang lain.

Jika putaran kerusi roda, diberikan 1 pahala misalnya. Bayangkan jika seorang itu mengunakan kerusi roda dan berpusing 7 pusingan di sekeliling Ka’bah. Sudah semestinya ANDA yang mewakafkan kerusi roda tersebut juga mendapat pahala yang sangat banyak.

Selain itu, dengan berwakaf sebenarnya kita juga berusaha untuk mencari keberkatan dalam hidup. Yang penting adalah tujuan kita berwakaf dalam mencari keredhaan Allah di samping keikhlasan kita untuk menyebarkan sedekah bagi manfaat diri dan orang lain.

Jangan lupa memasang NIAT untuk diri atau sesiapa sahaja di kalangan orang yang kita sayangi dan cintai sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Niat sangat penting agar pahala dari wakaf itu dapat mengalir terus sebagai amal jariah dan sampai ke sisi orang yang kita niatkan.

Insyallah moga bermanfaat...

0 comments: