Urus Akaun Cukai Perniagaan
Zakat perniagaan
ZAKAT PERNIAGAAN
Ramai yang masih tidak tahu cara untuk mengira zakat perniagaan. Rata-rata merasakan zakat dikira dari keuntungan syarikat. Jadi sepatutnya dikira dari akaun untung & rugi (profit & loss accounts) syarikat.
Hakikatnya, zakat mesti dikira dari aset & liabiliti syarikat.
Cara pengiraan zakat perniagaan adalah seperti berikut:-
Kira jumlah aset/harta semasa syarikat:-
Kemudian tolakkan dengan
Jumlah liabiliti/tanggungan semasa
Jadi akan dapat nilai aset semasa bersih, jika sampai nisab zakat, pada tahun 2017 = RM12,680, zakat akan dikenakan sebanyak 2.5% dari jumlah aset/harta semasa bersih.
Contoh:-
ASET/HARTA SEMASA. RM
▪️ Jumlah tunai di tangan dan di bank (Simpanan biasa, current account, deposit tetap & deposit berstruktur) xxxx
▪️ Penghutang/Hutang belum terima dari pelanggan. xxxx
▪️ Stok barang Jualan xxxx
☆ Jumlah Aset Semasa (A) XXXX
TOLAK:-
LIABILITI/TANGGUNGAN SEMASA
▪️ Pemiutang/Hutang belum bayar kepada pembekal. (xxxxx)
▪️ Tunggakan operasi / akrual (contoh sewa kedai, gaji pekerja, utiliti dan sebagainya yang belum dibayar) (xxxx)
▪️ Cukai perniagaan semasa belum dibayar. (xxxx)
☆ Jumlah Liabiliti Semasa (B) (XXXX)
JUMLAH ASET SEMASA BERSIH (C = A - B) XXXX
♢ Zakat Perniagaan adalah 2.5% x C
Sila rujuk www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/zakat-perniagaan/ utk keterangan lanjut.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
0 comments:
Post a Comment