Nota Bisnes

Ingat 1 perkara ini jika masih belum mula bisnes

11:46 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TIPS BISNES HARI INI

Kalau belum mula bisnes dan buntu nak buat bisnes apa, ingat satu perkara: 

Pilih untuk jual produk yang sudah sedia ada demand (permintaan) tinggi di pasaran.

Jangan sesekali fikir untuk cipta satu produk baru yang belum (atau kecil) permintaannya. 

Terus sahaja pilih produk/servis yang memang ada permintaan. Yang memang membantu menyelesaikan masalah ramai pihak. (Contoh; tudung/baju yg ironless) 

Orang bisnes perlu sentiasa letakkan diri di tempat pengguna/customers. Perlu fikir, kalau anda jadi customer, produk macam mana yang anda betul-betul perlu & servis layanan yang macam mana yang anda mahukan. 

#elsajidashare

0 comments:

Tips Niaga Instagram

12 Formula untuk tingkatkan organik reach di facebook

1:03 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Siapa yang bijak menggunakan fungsi viral facebook secara ‘NATURAL’ tanpa menipu like, tanpa paksaan rakan-rakan anda, pasti buatkan anda terpaksa terima hasil sebaran yang kempen yang ‘DASYAT’ menghampiri 95% reach sekiranya anda tahu formulanya.

Di bawah saya ringkaskan 12 Formula yang saya pernah gunakan untuk tingkatkan reach hingga ke 95% secara organik dan tentunya anda tidak perlu keluar duit walau satu sen pun.

1- Pilihan gambar A atau gambar B.
Ini merupakan rahsia terunggul yang saya masih simpan hinggalah ke hari ini.
Pernah saya kongsikan kepada owner-owner produk fizikal strategi viral ini, macam biasalah siapa yang gunakan strategi ini pasti akan dapat reach organik yang melampaui normal.

Baru-baru ini saya ada menonton Filem The Social Network yang pasti anda tahu menceritakan kisah pengasas Facebook, saya ada perasan first Viral Photo yang di post Mark Zukerberg iaitu:

Dua gambar gadis.
Gadis A atau gadis B

Soalan yang ditulis Mark Zukerberg pada status gambar itu,
Which girl is hot ?

Keesokan harinya, post facebook itu telah menjadi viral, terlalu banyak orang komen.
Akibatnya lebih ramai orang mendaftar akaun facebook.

Ya anda juga boleh tiru MZ. Saya dah buat, Tuan Muhammad Fadhli dah buat, dan ada juga telah mencuba.

Nak tahu cubalah. Tak kena duit pun.

2- Isi tempat kosong.
Saya masih ingat zaman sekolah rendah, saya dan rakan-rakan kelas memang suka soalan isi tempat kosong terutamanya isi satu perkataan sahaja. Saya pernah lihat Tuan Raja Kamil juga pernah gunakan strategi ini, saya juga selalu gunakan strategi ini.

Contohnya:

Saya sanggup ______________ untuk hilangkan resdung.

Siapkan dengan gambar yang menarik.

Anda pasti terkejut ramai akan komen, dan tiba-tiba wall atau fanpage anda akan
jadi lebih aktif dan meriah.

Walaupun post ini diulang-ulang sebulan sekali, namun formula ini masih berikan ‘kick’ untuk viralkan fanpage anda.

3- Teka-teki.
Saya memang sukakan sesuatu yang mencabar, jangan terkejut.
Fan saya juga merupakan golongan yang pantang dicabar.

Untuk viralkan sesuatu kempen saya pernah gunakan strategi teka-teki.

Sebagai contoh:

“Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang sentiasa terbuka, tapi tak boleh tutup”

Siapa yang boleh jawab sila komen di bawah saya ada jawapan, kemudian PM
admin berikan jawapan.

Surprise ! jika betul jawapannya Admin berikan diskaun 10%.

Hasilnya ? Phew memang menggoncang jiwa.

4- Cadangan hadiah atau FREE gift.
Memang tidak pernah mengecewakan saya. Formula minta fan anda komen cadangan
FREE gift atau hadiah yang bakal mereka terima jika beli produk anda.

Memang selalu akan CASH in RM7 ribu ke RM10 ribu dalam masa 2-3 hari sahaja.

5- Cadangan nama.
Sekiranya anda ada anak kucing atau apa-apa sahaja pet, anda boleh minta fan anda cadangkan nama yang sesuai dengan gambar pet anda tu.

Cubalah pasti, enggagement meningkat.

6- Cadangan harga.
Saya pernah meminta fan saya memberikan pendapat produk apa yang mereka suka syarikat kami hasilkan, dan saya tanya sekali cadangan harganya, memang pelbagai komen dan cadangan diberikan. Memang viral.

Dapat juga dua dalam satu, Viral pun dapat, Info pun dapat, paling best, saya dah tahu kalau nak keluarkan produk tersebut, harga apa yang pastinya dibeli fan-fan saya.

7- Teka perkataan.
Saya sukakan fan saya aktif, saya selalu post di wall gambar yang mengandungi
abjad-abjad dan bahagian paling best ialah, mereka perlu jadikan perkataan sebanyak mungkin.

Anda hanya perlu tanya,

"Apakah perkataan yang boleh anda hasilkan daripada gambar ini"

Pasti tidak pernah mengecewakan reach anda. Apabila reach anda meningkat, segala post promosi anda di fanpage pasti juga dilihat oleh mereka.

Walla, jualan juga meningkat.

8- 3 perkataan pertama yang anda nampak.
Saya pernah kongsikan gambar perkataan-perkataan yang banyak, dan minta salah seorang rakan. Beliau mahukan fanpage kembali aktif, walaupun hanya mempunyai 50 Like, dan TAT hanya 3 orang, setelah beliau letakkan post ini, segalanya berubah,

Dia menerima 8 komen dan 7 like pada post viral ini.
Anda pasti terfikir
”Memang kah post begini senang dapat komen. Bukannya boleh dapat sale pun ”

Ini merupakan strategi viral. Di bawah strategi viral ini anda postkan satu posting khas untuk promosi. Pastinya reach post promosi meningkat secara mendadak.

Bak kata Nike, Just Do It. Buat dulu baru tahu.

9- Berikan 2 sebab kenapa.
Saya selalu gunakan post ini untuk tarik komen yang banyak. sebagai contoh anda boleh gunakan:

”Berikan 2 Sebab Kenapa Jadi Begini. Gadis Bertudung DiPeluk Penyanyi KPOP ”

Ini merupakan contoh sahaja, saya ingin berikan gambaran mengapa post begini pasti menjadi Viral. Anda boleh gunakan kreativiti untuk aktifkan fan-fan anda yang sudah lama tidur.

Cubalah.

10- Susunan yang betul.
Post ini merupakan soalan yang melibatkan gambar. Saya pernah postkan gambar susunan puzzle dan minta fan susunkan mengikut susunan yang betul.

Ringkaskan susunan supaya mereka boleh komen mengikut abjad seperti

Susunan ABC ke ACB ke BAC ke BCA ke CAB ke CBA, mereka akan komen dengan pilihan masing-masing.

11- Berapakah jumlah.
Selalunya ia merupakan gambar, berapa jumlah binatang ke, berapa jumlah segitiga, berapa jumlah segi empat dan sebagainya.

Mereka akan berikan jawapan mereka.
Pasti Viral. Minta mereka share untuk ajak kawan-kawan turut serta komen.

12- Baca nombor yang mempunyai maksud (seperti kod)
Gabungan nombor dan digit ini mampu sebenarnya menghasilkan perkataan yang boleh dibaca oleh minda anda.

Sebagai contoh:

54Y4 530R4N6 54H4J4 Y6 80L3H 84C4 1N1
K0M3N D184W4H
54Y4 530R4N6 Y6 H384T

Gunakan kreativi anda pasti membuahkan hasil.

Ini tips mahal
Selamat mencuba!
😊

Kalau anda rasa tips ini berguna,
Bantulah kawan2 lain dengan sampaikan mesej ini juga kepada mereka

Buat yang baru nak mula niaga melalui instagram, channel ini sangat sesuai

0 comments:

Mendampingi Tuhan

Bawalah hati & jasad memasuki rumah-Nya

1:56 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah. 

Pernah tak bila masuk ke masjid, lagi-lagi sewaktu imam sedang membaca AlQuran, hati terus terasa sayu? Sekelip mata, saat kaki melangkah masuk ke masjid, rasa seolah-olah hilang semua masalah. Atau sekurang-kurangnya akan terasa betapa kecilnya masalah yang kita sedang hadapi.

Ketenangan dalam hati yang Dia beri ketika berada dalam masjid sungguh tak tergambar dan tiada di mana-mana tempat selain rumahNya. Sungguh, hatta laungan ALLAHUAKBAR dari imam juga bisa menggetarkan hati. 

Mungkin hati kita gembira, saat kita bawa ia dekat kepada Pencipta. Mungkin setelah sekian lama hati kita rindu akan suasana di masjid, yang penuh dengan momen istimewa antara seorang hamba dengan Tuhannya. 

Kerana itu, 

andai terasa beratnya ujian yang Dia beri, andai masalah duniawi memberi tekanan kepada diri, 

pergilah ke rumahNya untuk bercerita segala kisah kepada Dia. Bawalah hati & jasad memasuki masjidNya. InshaAllah di sana kita akan temui satu ketenangan. 

Percayalah, hati kita terlalu rindu kepada Sang Pencipta. 


#elsajidashare

0 comments:

Nota Bisnes

7 Kesilapan dalam berbisnes yang perlu dielakkan

8:09 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TIPS BISNES HARI INI

Kesilapan dalam berbisnes (yang membawa kepada kepada kejatuhan sales & rezeki tak berkat) - sharing oleh Felinna Nadea

1) Testimoni palsu

2) Testimoni tak tutup aurat

3) Jatuhkan pesaing lain

4) Jual produk tiruan

5) Tipu customer

6) Tindas peniaga lain (main harga)

7) Melabur dalam sesuatu yang syubhah. (Yang tak pasti halal/haram sumbernya)

0 comments:

Tips Niaga Instagram

Jangan asyik nak menerima je..mula memberi dahulu

3:19 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


JANGAN ASYIK NAK MENERIMA JE..MULA MEMBERI DAHULU

Lumrah dunia, manusia akan rasa terhutang budi bila ada orang dah tolong dia atau beri sesuatu kepada dia. Setuju?

Untuk marketer, Cialdini dalam bukunya ada mengatakan “Anda harus yang pertama mulakan dahulu. Beri sesuatu dulu, boleh jadi informasi, ilmu atau sampel percuma. Berikan pengalaman positif kepada pelanggan, dan mereka akan beriya-iya juga hendak membalas budi anda nanti.”

Prinsip ini menerangkan kenapa sampel percuma tersangat lah efektif dalam dunia pemasaran. 

Anda mesti perasan kan, bila pergi Tesco atau Giant, selalu ada jer amoi-amoi atau kakak yang tersenyum manis nak bagi anda cuba sampel percuma mereka, boleh jadi hotdog, nugget atau pun air yogurt. 

Memang ramai yang ambil kesempatan nak makan percuma, tapi anda perasan tak, ramai juga yang membeli apa yang dicubanya itu? 

Anda rasa syarikat yang bagi sampel percuma tu rugi ke?

Mesti lah TAK kan… Lagi UNTUNG ada lah.

Nah

Baca

Dah hadam, apply 😊

0 comments:

motivasi

3 TIPS MEMULAKAN HARI DENGAN POSITIF

8:08 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah. 

TIPS TIGA S UNTUK MEMULAKAN HARI DENGAN POSITIF 

1) Solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh.

2) Senyum selepas solat. Sambil berzikir sambil senyum. Untuk tarik aura positif ke dalam diri.

3) Syukur. Kerana diberi peluang untuk terus bernafas, diberi peluang untuk berhijrah menjadi diri yang lebih baik dari semalam, dan kerana diberi peluang untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Hari yang bermula dengan solat, senyum & syukur inshaAllah akan lebih berharga berbanding hari-hari yang bermula tanpanya. :)

0 comments:

Tips Niaga Instagram

14 TIPS PENTING UNTUK BISNES ONLINE DI INSTAGRAM

1:28 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


NEW UPDATE TIPS BISNESS ONLINE
🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉🎊

1- PEMILIHAN PRODUK JUALAN
Sebaik-baiknya produk yang digunakan setiap hari oleh pelanggan seperti baju @ tudung @beauty & health produk.
Ikuti prkembangan apa yang mnjadi trend / famous di kalangan pelajar/remaja.

2- AMBIL GAMBAR DENGAN CANTIK
Aspek ini tersangatlah penting & harus dititikberatkan. Pastikan gambar yang diupload kemas/ cantik / clear / lighting yang trbaik. Elakkan guna gambar yang blur kabur & berserabut.

3- BINA BLOG
Apabila memulakan perniagaan, anda harus menceritakan di khalayak orang luar tentang produk yang anda jual. Create your own blog & kongsi testimoni customer dan sebagainya.

4- PROMOSI @ HAPPY HOUR @ SALE
Penting! Bila produk anda kurang mendapat sambutan, buat tindakan. Anda sendiri bertanggungjawab tentang produk yang anda jual. Lakukan promosi pada waktu2 khas @ sempena hari2 khas.
Ini penting sebab customer sekarang sudah cermat membanding harga dan tahu buat pilihan yang bijak.

5- URUSAN BISNESS & PERIBADI
Pleaseeeeeee. Ini pom aspek penting. Jadikan igshop anda sebuah "kedai online" yang professional. Jangan campurkan urusan @ gambar produk yang dijual dengan personal. Sesekali upload pasal tips @ kata2 dan sebagainya.

6- AKAUN TRANSFER ONLINE
Ok dalam bisness online, semuanya menggunakan internet @ smartphone. Segalanya di hujung jari anda. Make sure korang kena ada account online seperti maybank2u @ cimbclicks dan sbgainya. Ini memudahkan anda apabila customer buat payment, check straight online. Tak payah pergi atm. hehe

7- CONTEST / GIVEAWAY 
Sesekali lakukan contest @ giveaway @ tag&win. Peraduan2 seperti ini amat penting dalam menarik perhatian pelanggan. Niatkan bagi sebagai hadiah dan pilih beberapa orang pemenang. 

8- DROPSHIP
Haaaaaa. Ini pon penting. Untuk yang tak berkemampuan nak pegang barang @ ready stock sendiri, please carik dropship yang benar2 dipercayai. Ada jugak kadang supplier menipu@ghaib. Please  jujur. Don't be a scammer.

9- CATAT URUSAN BISNESS
Ini penting. Start hari pertama meniaga, sampai skrg. Korang kena catat urusan jual beli. Apa yang untung apa yang rugi . Dari situ boleh perbaiki & cari jalan nak majukan bisness.

10- PROFILE 👑👰👸😍
Profile means your profile pic for igshop. Mestilah menarik sebab ni akan jadi "tanggapan pertama" untuk customer or follower nak buy product.
Caption bio haruslah pendek/padat/senang difahami & meliputi seluruh igshop. Igname plak disarankan yang mudah cute comel ringkas. Jangan berbelit2 & terlalu bnyak ( _ )

11- PRIVATE? ☝️🙅🙅💆
Dinasihatkn igshop jangan lah private sebab ini akan menyebabkan bila follower hashtag, igshop korang tak kan naik. Jangan risau tentang pencuri follower. Yakinlah rezeki itu milik Allah ye sayang.

12- HASHTAG #⃣#⃣👬👭
Tersangat-sangatlah penting. Better hashtag banyak2 & kekadang hashtag untuk isu semasa pom ok. :) 

13- LIKE FOR LIKE 😘😍😑
Korang. Sesekali online tu, rajinkan diri untuk like picture follower2 korang ok? Try buat.. U like pic2 banyak2, In Sya Allah one by one follower u akan meningkat. ☺️

14- PRICE DON'T PRIVATE 💸💴💰
Ni pon penting. Disarankan, jangan amalkan upload pic tanpa price. Ni akan buat customer feel like "malasnya nak kena save no" haaaaa
Letak je dulu harga ok? Then baru la buat caption "nak harga terbaik watsapp/telegram" 

Goodluck on your bisness
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga dipermudahan urusan
Dapat rezeki yang berkat

0 comments:

Tips Niaga Instagram

Yakinlah rezeki ditentukan Allah

7:12 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Sesiapa yang yakin rezekinya ditentukan Allah, maka janganlah bimbang dan bersedih.

Antara penyebab dimurahkan rezeki: 
- Sentiasa beristighfar 
- Sentiasa berselawat 
- Solat dhuha 
- Menyambung hubungan silaturrahim 
- Bersedekah 
- Bersyukur dengan apa yang ada 
- Bersangka baik dengan Allah atas segala ketentuanNya..

Salam jumaat 💞

0 comments:

Mendampingi Tuhan

Prinsip Pareto dalam kehidupan manusia

4:42 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Banyak perkara dalam dunia ini bergantung kepada Pareto principle iaitu teori 80:20. Bererti secara kasarnya, 80% result sesuatu perkara, dipengaruhi oleh hanya 20% penyebab. 

Contoh pertama: 

80% income sesuatu bisnes datang daripada 20% customer sahaja. Bermakna 20% customer tersebut yang selalu banyak membeli & berulang kali membeli. 

Contoh kedua: 

80% kebahagiaan kita untuk sesuatu hari itu datang daripada 20% daripada aktiviti harian kita iaitu solat/zikir/ibadah. 

Contoh ketiga: 

80% result bagus peperiksaan kita datang daripada 20% usaha luarbiasa kita pulun study. 

Apa yang kita boleh pelajari dari teori ini? 

Dalam aktiviti harian kita, hanya 20% perkara yang kita lakukan yang akan datangkan kegembiraan & kepuasan kepada kita. Jom kita cek balik, sebenarnya apa perkara yang kita lakukan hari-hari yang memang buat kita bahagia? Kita luangkan berjam-jam mengadap FB, tapi adakah kita rasa bahagia daripada aktiviti tersebut? 

Mungkin dah tiba masanya untuk kita tumpu kepada perkara yang benar-benar memberi kita kepuasan dalam hidup ini. Selain daripada mengingati Dia, antara perkara yang boleh membuat kita rasa bahagia adalah dengan memberi. Berilah apa sahaja yang kita mampu. Material, kata-kata, pertolongan, senyuman etc. :) 

Selamat memanfaatkan setiap detik waktu dalam hidup kita. 💕

#elsajidashare

0 comments:

Tips Niaga Instagram

First Impression

7:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Salam Semua, Malam ni kita start sembang pasal fb ads.

Tapi sebelum kenal fb ads. Kita kenal yang simple2 je dulu. Jangan Berangan Nak Terus Skip Gi Advance kalau yang simple ni pun tak kuasai.

So. Malam ni kita cakap paSal perkara asas yang wajib kita ada sebelum kita buat fb ads. Topik Fb ads yang teknikal kita bincang next time okay.

Sebelum buat fb ads, kita kena jaga satu perkara ni iaitu FIRST IMPRESSIONS. 

Ape tu FIRST IMPRESSiON?

Cuba tengok kedai2 tepi jalan atau restoran. Satu Kedai dihias cantik2 & nampak meriah. Satu lagi tak dihias & nampak suram. Agak2 mana yang menarik minat anda untuk singgah? Mesti yang nampak meriah kan. Begitu juga dengan FB Ads. Kita kenalah 'hias' page kita supaya nampak meriah.

Apa yang kita patut buat untuk nampak meriah? Hah... Meh saya share yea.

1) Post Minimum 10 Post kat page.
- Supaya nampak page kita meriah & penuh dengan aktiviti
- Antara 10 post tu, letakkan post berbentuk testimoni, sharing tips, iklan, gambar2 aktiviti bisnes & sebagainya.

2) Mintak Kawan2 like page anda
- Siapa lagi nak support kalau bukan member sendiri kan? Hehe
- Walaupun tak ramai, at least akan timbulkan 1st Impression yang menarik.

3) Design Cover Page Cantik2
- Ni ibarat signboard kedai anda, Bila Cantik & Menarik, mesti orang tertarik untuk stop kan?
- Jangan Lupe letak sekali No whatsapp anda sekali (supaya orang boleh trus whatsapp kita kalau dia berminat)

Amacam? Setakat ni saya share 3 je & semuanya ZERO COST marketing! Dari 1st Impression ni lah akan buatkan orang start admire kita & jadi follower kita.

Make sure buat 3 perkara ni dulu ye sebelum kita masuk teknikal FB ads. Kalau buat 3 perkara ni pun dah fail terutama yang no 3 tu, sorry to say. 

So, terus buat yee. Selamat Mencuba!

0 comments:

Tips Niaga Instagram

Apa nak buat kalau belum berjaya?

4:47 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Mari saya kongsikan beberapa tips daripada Dr Azizan:



Satu per satu ya semua☺️
لإن شكرتم لأزيدنكم
Kan?

Bangun malam tu penting, lupakah kita dari mana datangnya rezeki?💕

Alhamdulillah 3×
Ucapkan alhamdulillah banyak2 every morning


Ayat quran berkenaan sedekah ni banyak yang amat
Akan saya kongsikan sebentar lagi ya


Ya, salam

0 comments:

Tips Niaga Instagram

3 tips dapatkan jualan

7:04 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat pagi 😊😊😊

Minggu ini  masih lagi hari hari gaji satu Malaysia. Jadi gunakan masa ini sebaik mungkin untuk buat sales In Sya Allah. 

1. Niatkan mudah-mudahan apa yang kita jual membantu mengembirakan dia, membantu orang tutup aurat dengan lebih baik, bantu dia cari telekung untuk buat hadiah dan sebagainya.

2. Ingat jangan hardselling. Buat cerita menyeronokkan berdasarkan caption yang beridea bernas supaya orang yang membaca tu berfikir dari setakat scroll je:
        ~Ade tak sesiapa tengah cari hadiah untuk mak/kakak/adik/tunang/isteri
        ~Suka tak bila rasa selesa walaupun pakai jubah ...
Dan lain lain

3. Cara jawab PM
-PM sis!
-Cara jawab permulaan ;
"Hi sis saya siti, terima kasih kerana berminat dengan jubah/telekung bla bla bla. Boleh tau sis berminat warna apa ya dan size apa yang sis selalu pakai?😊😉"
- Jawapan yang sopan santun In Sya ALLAH membantu anda close sale berhelai-helai sebab cust senang berinteraksi dengan anda.
- Kalau dia diam je takpe. Praktis make perfect. Saya pun dari 10 orang 1-2 yang close sampai 2-4 pasang. Bila orang tak respon tu Allah suruh belajar sabar ya. Kalau semuanya mudah kite tak belajar erti susah. Huhu 😊😊

Semoga bermanfaat. 😊
Semoga murah rezeki anda semua 😊

0 comments: