Tips Zyan

Tips Pemasaran

4:36 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum.. terima kasih dan selamat datang..
Saya akan kongsikan sebarang tips terutama mengenai pemasaran di group ini...
Antara ketereran saya dalam marketing ialah menggunakan fb blog video seo dan juga email. Haha

Boleh telegram personal sy jika ada soalan.. sy akan pilih mana yang saya boleh bantu dulu.. terima kasih


Tip 1: Channel Marketing ada banyak 
Fokus 1 atau 2 sahaja dulu.. tak perlu nak tamak sangat buat banyak channel.. belajar dan fahamkan betul-betul bagaimana nak guna channel tersebut.. fokus 100%

Tip 2: Untuk orang baru FB adalah channel yg paling sesuai
Free dan juga berbayar. Untuk fb ads.. sila datang kelas yang berkaitan...maaf saya tak buat kelas fb ads.. 😄😄😄

Tip 3 : Bagi yang tiada modal.. profile fb juga adalah senjata marketing yang hebat
Buktinya saya sendiri pernah jual macam-macam kat profile fb..ebook video servis sambal sim kad cari agen.. kumpul lead.. anda datang ke group telegram ni pun saya guna profile saya sahaja.. maka sedialah untuk kene spam.. saya akan spam banyak-banyak dalam group ni 😈😈😈😈

Tip 4 : mindset, betulkan  mindset anda.. 
Aku yakin aku boleh buat.. aku yakin boleh jual.. aku yakin boleh dapat!! Kalau minda anda katakan tidak boleh sebelum bermula.. segala kempen atau cubaan anda untuk promosi hanya sia-sia.. mindset ni ibarat akar.. kalau akar tak kuat.. rapuh.. mcm mana pohon kayu yang besar tu nak berdiri walau lebat buahnya serta bunganya?? Nampak?

Tip 5 : Perancangan 
Berapa ramai yang buat perancangan untuk pemasaran.. kalau perancangan kawin bukan main awal lagi buat.. 😑😑 

Nak promosi pun kena ada planning baik.. kalau saya.. saya akan tuliskan di atas nota.. apa proses yang akan saya lakukan.. tindakan.. dan lain-lain... terutama yang melibatkan pemasaran berbayar.. contoh fb ads.. kalau main buat je.. takde apa-apa planning.. tu yang ramai merungut kenapa kos tinggi.. kenapa takde sale.. cuba kalau ada planing..  kos tinggi nanti nak setel macam mana.. kalau takde sale nak setel macam mana.. semua tu kene ada perancangan.. ok jelas? Hmmm... macam cakap sorang-sorang.. krik krik~~

Tip 6 : mindset lagi
Promosi sebab nak sebarkan nilai.. nak sebarkan bantuan pada orang yang memerlukan.. anda ada produk yang boleh bantu orang.. maka anda kena cepat-cepat sebarkan supaya masalah dia segera selesai.. kalau anda lambat nanti masalah dia makin teruk.. 

Bukan promosi sebab nak penuhkan akaun bank.. kalau niat sekadar nak penuhkan akaun bank.. lambat hasilnya.. tak caye? Terpulang la mau percaya atau tidak.. 😌😌😌😌😌


Untuk permulaan.. tip-tip yang saya kongsikan lebih kepada asas sahaja.. tambahan pula group ni masih baru dan masih ramai yang belum pernah buat pun promosi.. nantikan tip-tip seterusnya... 

Nak bantu saya tambah ahli group ini? Supaya saya lebih bersemangat nak kongsi.. promosikan link group ini di halaman social anda :

Telegram.me/zyan007 

😊😊😊😊

Cara nak kongsi mudah sahaja

copy paste ayat ni dibawah:

Mahu belajar tips promosi online? 

Ada telegram tak? 

Bukak link ni : telegram.me/zyan007

Ada 1001 tips PERCUMA menanti di group tersebut..  


====

Simple copywriting kat atas ni.. ada beberapa unsur emosi yang anda akan nampak kalau perasan..


Tip 7 : Hardsell vs softsell .. hahaha.. lama tak cite bab ni.. 

Hardselling = marilah beli produk saya.. mari mari!! (Cakap kuat2) 

Softseling = rilek lu.. aku jual nanti bila ko dah ngam dengan aku.. (cakap dalam hati) 

Nampak tak? 

Ramai yang terlalu menjual... perasan tak kenapa kat group atau kat newsfeed fb ada yang post iklan tapi krik krik jer? 

1) sebab tak menarik
2) sebab dia terlalu menjual 

Cara nak setel masalah ni pun ada 2 biasanya

1) bagi offer yang menarik
2) buat softselling

Softselling ni kita kena la kenal2 dulu.. tanya apa masalah dia... apa yang kita bole bantu.. 

Dah ngam baru tanya.. berminat x? 

😏😏😏

Kalau saya buat kelas pasal bisnes di fesbuk mcm mana nak buat minimum 2k sebulan dengan yuran RM100 berapa ramai yang nak? 😊😊😊


Opss.. 

Tengok ada kalangan anda yang dah tertarik... cuba kalau dari awal lagi saya buat offer ini.. anda bukak je channel ni terus nampak offer pasal kelas tu.. mesti rasa nak leave je channel.. kalau saya pun menyampah.. hmmm. Cukup lah tips malam ni.. saya nak sambung buat video case study saya.. byee..

0 comments: