Tips Pemasaran Instagram
Pengenalan (Part II)
Pengenalan (Part II)
FACEBOOK VS INSTAGRAM
Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada page, walaupun mereka dah like pada page sesetengah peniagan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama muncul di newsfeed mereka.
Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu.
Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan.
Dalam Instagram, mereka Cuma follow kedai atau kaun yang mereka berminat sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka.
Contoh mereka cuma follow akaun-akaun instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.
Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.
Tidak seperti facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan.
Jadi, jangan risau sebab MEMANG boleh berniaga dan buat duit dalam Instagram.
Saya ada beberapa rakan yang langsung tak tahu pasal FB marketing dan lain2, dan 100% bergantung pada IG, dan pendapatan mereka konsisten 4 angka sebulan, dan buat secara part time. Ada tu yang surirumah sambil2 jaga anak.
Walaupun audience bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat.
Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan RELA untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu memang apa yang mereka minat.
Dapat sesuatu?
0 comments:
Post a Comment