Tips Zyan

Tips pemasaran 8-13

11:01 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Maaf.. pagi ni saya tak sempat kongsi tip .. hampir setiap hari pasti saya akan melihat dan mengkaji bagaimana cara orang lain menjual.. 

Pagi ni saya melihat sendiri bagaimana mat salleh sorang ni jual sistem pemasaran dengan harga usd900+ (walau hakikatnya yang tau set up sendiri tak sampai RM300 pun)  

Macam mana beliau jual? 

Benda basic dan simple.. dia terangkan nilai dulu.. apa yang sistem tu boleh bantu pelanggan dan lain-lain.. 

Dia mulakan pengenalan diri >> kejayaan beliau >> masalah orang ramai >> dia provide solution >> baru bagi offer dan lain.. 

Guna cara ni.. jual produk apa pun pasti laku...

Tip 8 : Marketing tak perlu banyak songeh... keep it simple.. 

Tak perlu nak set up web canggih-canggih, gambar lawa-lawa, ayat gempak-gempak, baru nak buat marketing.. 

Buat jer.. sambil buat sambil tu kita akan perbaiki.. 

Dok pikir-pikir nak buat itu buat ini tapi tak gerak-gerak pun tak guna jugak... 😑😑😑😑😑

Tip 9 : Nak tahu promosi apa yang berkesan? Lihat apa yang orang lain buat dan berkesan.. 

Ikut dan tiru apa yang dia buat.. 

Tapi bukan tiru bulat-bulat.. tiru proses pemasaran.. tiru proses jualan.. 

Mat salleh kata funnel marketing...  

Kalau anda tahu yang Cik Maimon punya produk meletop sebad dia guna fb ads.. anda kene datang kelas pasal fb ads.. bukan kelas pasal perniagaan internet... 

Fb ads lain .. 
perniagaan internet tu lain...

Tip 10 : Nak main fb ads kene sedia untuk :

1) Rugi
2) Keluar duit 
3) Pantas merespon prospek
4) Rekod aktiviti iklan

Bukan sedia untuk kira untung je.. 

Ramai yang give up lepas rugi RM200-300.. sebad tu kene sedia dari awal...

Kalau bajet takat RM30-40 utk fb ads.. baik lupakan.. bertambah kecewa nanti...

Untuk kelas fb ads boleh datang  kelas Tuan Safuan Borhan, Tuan Firdaus Azizi atau kelas sifu fb ads.. pilih je mana yang berkenan... saya tak buat kelas jadi jangan tanya saya bila buat kelas 😑😑😑

Tip 11 : Dalam fb ads managers ada kempen adset ads

Setiap kempen  berlainan objektif

Ada yang nak buat kempen untuk sales, untuk kumpul like, untuk kumpul lead, click to website dan sebagainya.. 

Tips tambahan:

Satu kempen saya fokus 1 page & satu post page sahaja (kalau boost page) 

Saya tak letak 1 kempen tu banyak page atau pelbagai post page.. pening..

Memudahkan juga utk buat split test & monitor performance iklan

Takde pape.. saje nak show off

Tip 12 : Macam mana nak dpt kos rendah untuk fb ads? 

Jawapan: saya takde jawapan kukuh, yang boleh saya bagitau ialah split test

Kalau saya boleh kawal kos ads.... saya dah lama buat coaching RM5k seorang .. haha.. 

Tapi anda nampak sendiri kan kat gambar atas tu.. tak semua murah.. ada juga yang tinggi... kalau saya bole kawal pasti semua ads set tu kos dia rendah.. 

Tip tambahan : Jangan terlalu gembira sangat kalau kos rendah sehingga 0.0000001 sekali pun.. yang perlu dilihat ialah respon prospek iklan, lead & sales! (Lihat objektif kita) 

Nak sambung tips lagi? 

Lepas isyak saya sambung pasal split test.. nantikan.. 

Doakan saya tak lupa.. 😑


TIP 13 : CARA BUAT SPLIT TEST YANG BETUL

Ramai juga yang bertanya saya macam mana nak buat split test yang betul..

Yelah.. ramai yang keliru sebab tak tau nak test ape? 
Headline? Umur? Interest? Ayat Iklan? 

Jawapan : Test la guna data solid yang anda sudah ada.. 

Jika anda belum ada data yang solid, nak tak nak anda buat je iklan macam biasa, dapatkan lead atau customer.. biarlah iklan rugi untuk permulaan, sebab kita nak kumpul data pelanggan.. 

Dengan data tu lah kita guna untuk buat split test.. buat iklan yang lebih tergeted...

Katakan anda buat iklan baju tulang belakang, headline anda umum >> KERAP SAKIT BELAKANG? kami boleh bantu anda sekian sekian.. 

Bila anda dapat pelanggan rupanya ada customer wanita yang nak belikan untuk husband die.. 

Jadi anda boleh buat split test untuk ads baru:

Target wanita, married, umur (anda kena tanya die) dengan headline>> SUAMI KERAP MENGADU SAKIT BELAKANG? CUBA BAJU NI.. PASTI SUAMI lepas ni ehem hem... sekian sekian.. 

Macam tu lah.. itu baru  1 iklan split test...

Esok sy sambung bab split test dan headline.. sementara itu kalau anda nak belajar pasal headline ke ayat iklan ke.. ayat close sale.. anda cari Tuan Suffian Salahuddin .. beliau org paling layak untuk dipercayai.. kalau saya main belasah je tulis ayat.. tu yang kadang split test sampai rugi beribu...

Saje kasi panas..

0 comments: