Tips Pemasaran Instagram
Pengenalan (Part I)
Pengenalan (Part I)
Saja nak bagi refresh bagi rakan-rakan yang masih baru nk guna IG.
Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.
Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka lebih suka dan selalu masuk.
Jawapan mereka.. Instagram.
Jadi, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke?
Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan.
Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat status kosong.
Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih ke Instagram.
Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini.
Tetapi, kita kena faham satu perkara.
Saya ulang.
Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak IKLAN. Atas bawah tengah tepi semua iklan.
Mudah kata, orang LARI dari Facebook sebab tak mahu lihat IKLAN.
So, Kesimpulan utk Tips hari ini :
- ada cara terbaik untuk post dalam IG supaya tak nampak macam iklan
- ada cara walaupun kita post iklan, orang tetap suka
- kena faham sekali lagi..orang lagi dari Facebook sebab nak LARI dari iklan yang terlalu banyak.. jadi jika anda masih lagi beriklan sana sini dalam Instagram, potensi untuk pelanggan lari tu pun tinggi (pelanggan unfollow)
- guna cara softsale dalam beriklan dalam IG
Dapat sesuatu?
😍
0 comments:
Post a Comment