di sebalik kisah

Layan aje la... (",)

11:50 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments

Arakian kisahnya, setelah di'tag' oleh tuan koboi dengan soalan-soalan cepu gangsanya...
Maka, di bawah ini hamba perturunkan jawapan-jawapan yang sesuai agar tidak menyinggung atau menyakiti mana-mana pihak...Layankan aje la…!!

5 benda di dalam beg hamba:
* buku nota kecil @ buku catatan
* pen drive
* telefon bimbit nokia 2250 warna hitam
* pen hitam daripada jepun (pen kesayangan, hadiah daripada abang hamba)
* kunci kereta...kunci pagar...kunci pintu rumah

5 benda di dalam dompet hamba:
* ic & lesen kelas D (wajib ada..pe2 hal, senang bw b’bincang dgn jpj..hehe)
* duit kertas & duit syiling
* kad-kad yg kadang2 b’guna & kadang2 jd hiasan je
(CIMB, Maybank, Bank Islam, The Store Card, TF Card, USM alumni card)
* resit-resit harian (daripada mesin ATM & tuan-tuan punya kedai)
* gambar

5 barang kesukaan di dalam bilik hamba:
* bantal (mesti lebih dari sebiji) & selimut
* bahan-bahan bacaan sebelum tidur (majalah, buku dll..)
* koleksi diari (tahun ni dah tak berfungsi sangat sebab dah ada blog..e-diari)
* cermin
* album gambar zaman dolu-dolu

5 perkara yang hamba ingin lakukan:
(antaranya la..sebenarnya banyak lagi...)

* kaf.ha.wau.ya.nun.
* jumpa seseorang (selepas 10 tahun...erm..)
* cuti-cuti jepun (selepas simpan duit untuk haji & umrah)
* belajar kungfu dengan jackie chan (erm...agak2 boleh ke???)
* miliki tanah & rumah sendiri

5 perkara yang hamba sering lakukan:
(antaranya juga..sebetulnya banyak lagi..)

* 8pagi- 5petang: pergi kerja
* melayari internet (blog, email, ym, friendster, jurnal dll...)
* menonton tv (rancangan kesukaan je la…)
* masak & makan
* melancong dalam mimpi ZZzzzz.....
Demikianlah telah tersurat apa yang hamba rasakan jawapan yang bersesuaian dengan soalan-soalan yang dikemukakan.. Berdenyut juga tempurung kepala hamba untuk memikirkan jawapannya...Apa pun, terima kasih juga untuk tuan koboi yang telah membuatkan urat-urat saraf hamba bekerja dengan lebih aktif untuk minggu ini...
Pe daa pencinta damai mengarut ni...???????

4 comments:

koboi said...

ada gambar?? teng3 gambar sapa la tu agaknya ye????? keh3

could be someone @ anyone... erm...

Anonymous said...

kaf.ha.wau.ya.nun tu apa ye cikgu? hehehe.

Anonymous said...

layan cite "the legend of bruce lee" tiap2 mlm kt 8tv pas berita cine.. hahaha..