monolog
Nak pinjam sat lagu S.M. Salim (Dulu Lain Sekarang Lain)...sape2 yang tau lagu ni, boleh la nak tolong nyanyikan tapi kat bawah ni guna lirik yang berbeza..melodi je yang sama.. :)
Hidup menjadikan kita berubah @ Kita berubah demi meneruskan kehidupan?????
"Sekali air bah, sekali pantai berubah." Itu peribahasa ciptaan nenek moyang kita dahulu, kalau situasinya sekarang... agak2 boleh tak nak ubah jadi camni.. 'Sekali air bah, berkali-kali pantai berubah.' Huhuhu...maksudnya bila sekali dah mula berubah, erm, dah susah nak kembali semula pada identiti diri yang asal. Betul ke??? :(Nak pinjam sat lagu S.M. Salim (Dulu Lain Sekarang Lain)...sape2 yang tau lagu ni, boleh la nak tolong nyanyikan tapi kat bawah ni guna lirik yang berbeza..melodi je yang sama.. :)
............dulu lain, sekarang lain
dulu lemah-lembut
sekarang dah 'asyik berangin'...
dulu lain, sekarang lain
dulu ceria sokmo
sekarang dah 'asyik pening'
dulu lain....
sekarang dah lain...........
Tak termampu rasanya untuk menjadi persis ikan yang kekal tawar walaupun hidup di dalam laut yang masin. Mungkin banyak faktor penyumbangnya, tetapi diri sendiri yang goyah tetap menjadi penyebab dominan yang menjuarai 'carta alasan'.Dulu mana pandai nak marah2, cakap pun perlahan je..siap jadi tukang pengubah episod negatif kepada yang positif lagi...tapi sekarang ni... erm... sudah pandai nak marah2...sudah pandai nak sindir2..sudah pandai nak bercakap sinis.. pendek kata, apa2 yang tak pandai dulu...sekarang dah jadi pandai..huhuhu.. :(
Ayat keramat "Ramai saudaraku yang baik telah dipijak" tu kadang-kadang betul-betul mempengaruhi pemikiran & perbuatan..Mungkin selama ini terasa diri bagai dipermainkan, diperkotak-katikkan hanya kerana bersikap lemah-lembut..Mungkin la kot...Natijahnya, hari ini dah jadi macam hari 'hangin satu badan', dah jadi hari 'melepaskan geram sedunia'... isk...isk...isk... :(
Kalau QC balik rumah ni, 'confirm' dah kena tazkirah 2 hari 2 malam.. huhu.. Mungkin ada kaitan juga la kot, hati ni dah lama tak diberi peringatan & makanan rohani...Sesungguhnya benarlah kata alim ulama:
"Hati manusia ibarat satu wadah, berlumba-lumbalah syaitan & malaikat untuk memasukinya.. Jika kita tewas pada kebaikan, maka akan bermaharajalela lah kejahatan dan sifat mazmumah di dalam hati kita..."
Just like my heart???? Oh....NO...!!!!!!
I'm LOST....losing a way to find MYSELF...can anyone help me???
-mencari jalan kembali-
2 comments:
apapun apa yang berlaku pada setiap orang pasti ada hikmahnya, semoga semua makhluk ciptaan Allah yang dah sah lemahnya ni dapat mempelajari sesuatu yang berfaedah kepada diri dan orang lain juga.....sabar aje la....dik non..
thanks a lot sis..insyaallah,moga2 mampu b'sabar utk hari2 berikutnya.. :)
Post a Comment