promosi
GADIS MELAYU...
Gadis Melayu merupakan sebuah program realiti TV terbaru terbitan TV9. Program ini bertujuan untuk mencari seorang gadis yang berketurunan melayu, mewarisi sifat-sifat dan tradisi masyarakat melayu serta mempunyai kebijaksanaan akal fikiran. Seramai 10 orang gadis melayu yang akan dipilih untuk menyertai program ini.
Gadis-gadis ini akan diuji menerusi sesi pembelajaran yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kemahiran berkomunikasi, penjagaan diri dan penampilan, masakan, seni mempertahankan diri dan kebudayaan.
Setiap orang daripada mereka akan dihakimi oleh 3 orang juri tetap iaitu Toh Puan Noraini, Prof. Dr. Nik Safiah Karim dan Ustazah Siti Nor Bahyah. Program ini dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal Fahrin.
Pada akhir program ini seorang daripada 10 gadis melayu ini akan dinobatkan sebagai GADIS MELAYU dan menjadi ikon kepada TV9.
Ni ayat promosi program realiti GADIS MELAYU yang tertera kat web tv9..Sy berkesempatan la tengok rancangan ni tadi..erm, 1st time tengok nmpk cam o.k..tp biasala, setiap perkara tu pasti ada pro dan kontranya..bila saya melayari internet tentang rancangan ni, ramai juga la yang komen.. ada yang positif & begitulah sebaliknya..
Saya tak nak bagi komen lebih2..cuma pada saya, apa yang baik dari rancangan ni boleh dijadikan tauladan dan apa yang tidak elok itu dijadikan sempadan..mungkin dari rancangan ni, kita boleh berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik...
Dalam sesi terakhir tadi, sesi penjurian..i like this part..bila ustazah siti bahyah tanya pendapat salah seorang finalis tentang jatidiri...
"Apa pendapat saudari tentang jatidiri??"
"Pada pendapat saya, jatidiri itu bermaksud kekuatan dalaman..Iaitu kekuatan yang menentukan siapa kita walau di mana kita berada."
Erm..i like the quote..SIAPA KITA WALAU DI MANA KITA BERADA... :) :)
6 comments:
Adik,
Asalkan kita tahu apa yang kita buat itu betul, lakukanlah sepenuh hatimu...mungkin kita pernah lakukan kesilapan yang besar dalam hidup kita, jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan ulanginya, kita perlu memperjuangkan hak kita.
Hidup ini perjuangan.
noor:
kakak...thanks a lot..
thanks 4 being a good listener, a good frenz, a good teacher..
thanks 4 everything..
may Allah bless you always.. :)
SOLEHA
HAHAHA
SALEHA, NAMA YG SESUAI TUK GADIS MELAYU (SOPAN, PEMALU, PENDIAM)
hatiku terhempas di batu:
jgn le interprim kan nama tu kat cni lak...heheh...
siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada memikat..kalaulah memang tak mungkin aku tertarik..kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuhhh..(",)
rektor:
cam jamal abdillah la...heheh.. :)
Post a Comment