di sebalik kisah

Waktu kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...

11:37 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama tak meng'update' blog damaiyanghilang ni..maklum sajela, musim cuti sekolah.. sibuk menguruskan hal ehwal anak-anak sedara yang balik bercuti di rumah..tak terkejar nak menulis blog.. :) banyak perkara yang nak ditulis, tapi banyak perkara juga yang dah terlepas.. antaranya isu fatwa pengharaman yoga, cerita kegemaran terbaru rakyat malaysia terjun bangunan, beras yang dah turun harga..ops!!ni dah masuk bab kerja pula dah...hehe...
Jadi, hari ni nak cerita tentang sesuatu yang waktu kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan..apakah ia???
Aiseyman, dah macam main teka-teki pulak dah..duk melayan anak sedara main teka-teki, dah terikut sama..hehe...jadi macam seronok lak ye...orang kata kadang-kadang teka-teki ni boleh menajamkan minda.Betul ke??Tapi soalan tadi tu memang soalan bocor la..semua orang pun dah tau jawapannya..pe dia???API...ya, betull...
Kebetulan petang tadi membakar sampah-sarap dengan anak-anak sedara..duk tengok diorang leka bermain bermain dengan asap, nampak macam teruja sangat je..gembira semacam je waktu mula-mula nak nyalakan api tu..tapi bila dah nyala besar, semua duk pakat2 lari..dah tak tahan nak terus menghidu asap yang pekat dan tebal..mula2 tu aroma asap tu macam sedap gak la, lama2..erm..dah tak lalu...
Agak-agaknya daripada kes bakar sampah la, orang dolu-dolu boleh mencipta bidalan tentang api ni kan..api diumpamakan sebagai kawan masa tengah kecil, masa baru nak nyala... tapi bila dah besar, dah boleh membakar..dah mula menjadi lawan kepada manusia yang menganggapnya kawan tadi...
Erm...agak-agak la kan, kalau manusia macam tu gak ke??waktu kecil menjadi kawan, bila dah besar menjadi lawan.. @ nak lagi tepat, kita tukar jadi cam ni...waktu susah, menjadi kawan..bila dah senang mula melupakan kawan...isk....isk...isk...Agak-agak la kalau dapat kawan yang macam tu, pe kita nak buat?????????

1 comments:

di sebalik kisah

Layan aje la... (",)

11:50 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments

Arakian kisahnya, setelah di'tag' oleh tuan koboi dengan soalan-soalan cepu gangsanya...
Maka, di bawah ini hamba perturunkan jawapan-jawapan yang sesuai agar tidak menyinggung atau menyakiti mana-mana pihak...Layankan aje la…!!

5 benda di dalam beg hamba:
* buku nota kecil @ buku catatan
* pen drive
* telefon bimbit nokia 2250 warna hitam
* pen hitam daripada jepun (pen kesayangan, hadiah daripada abang hamba)
* kunci kereta...kunci pagar...kunci pintu rumah

5 benda di dalam dompet hamba:
* ic & lesen kelas D (wajib ada..pe2 hal, senang bw b’bincang dgn jpj..hehe)
* duit kertas & duit syiling
* kad-kad yg kadang2 b’guna & kadang2 jd hiasan je
(CIMB, Maybank, Bank Islam, The Store Card, TF Card, USM alumni card)
* resit-resit harian (daripada mesin ATM & tuan-tuan punya kedai)
* gambar

5 barang kesukaan di dalam bilik hamba:
* bantal (mesti lebih dari sebiji) & selimut
* bahan-bahan bacaan sebelum tidur (majalah, buku dll..)
* koleksi diari (tahun ni dah tak berfungsi sangat sebab dah ada blog..e-diari)
* cermin
* album gambar zaman dolu-dolu

5 perkara yang hamba ingin lakukan:
(antaranya la..sebenarnya banyak lagi...)

* kaf.ha.wau.ya.nun.
* jumpa seseorang (selepas 10 tahun...erm..)
* cuti-cuti jepun (selepas simpan duit untuk haji & umrah)
* belajar kungfu dengan jackie chan (erm...agak2 boleh ke???)
* miliki tanah & rumah sendiri

5 perkara yang hamba sering lakukan:
(antaranya juga..sebetulnya banyak lagi..)

* 8pagi- 5petang: pergi kerja
* melayari internet (blog, email, ym, friendster, jurnal dll...)
* menonton tv (rancangan kesukaan je la…)
* masak & makan
* melancong dalam mimpi ZZzzzz.....
Demikianlah telah tersurat apa yang hamba rasakan jawapan yang bersesuaian dengan soalan-soalan yang dikemukakan.. Berdenyut juga tempurung kepala hamba untuk memikirkan jawapannya...Apa pun, terima kasih juga untuk tuan koboi yang telah membuatkan urat-urat saraf hamba bekerja dengan lebih aktif untuk minggu ini...
Pe daa pencinta damai mengarut ni...???????

4 comments:

di sebalik kisah

pening maa...!!!

11:30 PM Rashidah Abd Hamid 6 Comments

menyukai dalam diam..
menyukai dalam terang..

menanti dalam diam..
menanti dalam terang..

membenci dalam diam..
membenci dalam terang...

diam..terang..diam..terang....aiyaa...apa ini amoi??manyak pening maaaa...!!!

6 comments:

di sebalik kisah

Misteri...

9:40 AM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Siapakah DIA???

Bagaimana DIA mengenali SAYA???

isk..isk...ni yang tak best nie..betul2 jadi misteri... :(

2 comments:

isu semasa

Sajak video kematian

9:30 PM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

..rentetan isu 'hangat' buletin utama 8-11 Nov 2008...

Transkrip Video "Sajak Kematian" - malaysiakini

*Talkin...
Bismillahirrahmannirrahim...

Wahai hamba Allah... engkau kini telah kembali kehadrat Allah...

Wahai hamba Allah... setelah kami meninggalkan mu nanti... akan datang kepadamu dua makhluk... janganlah engkau takut dan bimbang... kerana mereka juga hamba Allah sepertimu... mereka akan mendudukkanmu... (latar belakang bacaan surah Yaasiin) dan bertanyakanmu -
siapa Tuhanmu..?
apa agamamu..?
siapa imam pemimpinmu..?
apa kiblatmu..?
siapa saudaramu..?

Hai hamba Allah... janganlah takut... jawablah dengan tenang... dan dengan lidah yang fasih lagi jelas...
Allah Tuhanku...
Islam agamaku...
Muhammad Rasulullah Imam pemimpinku...
Ka'abah kiblatku...Orang-orang Islam saudaraku...

*bunyi tapak kaki...
*malaikat...
Marobbuka... Marobbuka... (menjerit)MAROBBUKA...!!!

Wahai hamba Allah... mari kemari... kekampung asalmu... pulanglah dari kemaraan... apa yang kau bawa haaa..? apa yang kau bawa..?
Busuk..! busuk..!
Jijik, jijik...
Kenapa badan kau sebusuk ini...???
Apa yang kau buat sepanjang hidupmu..?
Cakap..! cakap..! CAKAP...!!!

*hamba Allah...
Saya derhaka dengan Tuhan... saya tak peduli Tuhan... (sambil mengerang)saya belakangkan Tuhan... saya...saya...saya...langgar apa saja dari Tuhan...

*malaikat...
Tapi sekarang... (menjerit)ENGKAU TAK DAPAT LARI LAGI DARI TUHAN BUKAN...???

*hamba Allah...
(mengerang menjerit)TUHAN...!!! TUHAN...!!! ampunkan aku...

*malaikat...
Apa lagi kerja engkau didunia..?

*hamba Allah...
(merintih)Saya sombong... tamak... hasad... pemarah... dendam... besar diri...... tinggi diri... saya berlagak bagai tuan... tidak membawa watak hamba Allah......

*malaikat
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

*malaikat...
Boleh engkau sombong sekarang..?

*hamba Allah...
Tuhan...... ampunkan saya...

*malaikat...
BUSUK...!!! BUSUK...!!! APA LAGI YANG KAU BAWA...???

*hamba Allah...
(terketar-ketar)saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........

Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam...

*malaikat...
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

RASAKAN...!!! RASAKAN...!!!

*hamba Allah...
(merintih menjerit memohon ampun...)

baca lagi di:
http://perisik-rakyat.com/2008/11/transkrip-video-sajak-kematian.html

p/s:barangkali dunia kian terbalik..ibu bapa & pak menteri risau bila ank2nya & rakyatnya jadi insaf selepas menonton video ini..tp tdk pernah risau bila ank2nya & rakyatnya terpengaruh dgn video2 negatif yg lain..serta video yg mendidik ke arah negatif dalam diam..erm...

3 comments:

monolog

PERJALANAN INI

11:55 PM Rashidah Abd Hamid 6 Comments

Perjalanan ini...
Entah di mana
dan bagaimana akhirnya?????

6 comments:

monolog

.......kosong & sepi.....???

9:00 AM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Kadang-kadang...
Sukar kita akui...
Sebenarnya kita sendirian...
Walaupun ramai insan yang menemani...
Kadang-kadang...
Tanpa kita sedari...
Rupanya kita masih punyai teman...
Sedang diri terasa bersendirian...
*Sepi itu indah*

2 comments:

monolog

Bagaikan Melukut Di Tepi Gantang??

6:00 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments




4 comments:

promosi

GADIS MELAYU...

11:30 PM Rashidah Abd Hamid 6 Comments

Gadis Melayu merupakan sebuah program realiti TV terbaru terbitan TV9. Program ini bertujuan untuk mencari seorang gadis yang berketurunan melayu, mewarisi sifat-sifat dan tradisi masyarakat melayu serta mempunyai kebijaksanaan akal fikiran. Seramai 10 orang gadis melayu yang akan dipilih untuk menyertai program ini.
Gadis-gadis ini akan diuji menerusi sesi pembelajaran yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kemahiran berkomunikasi, penjagaan diri dan penampilan, masakan, seni mempertahankan diri dan kebudayaan.
Setiap orang daripada mereka akan dihakimi oleh 3 orang juri tetap iaitu Toh Puan Noraini, Prof. Dr. Nik Safiah Karim dan Ustazah Siti Nor Bahyah. Program ini dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal Fahrin.
Pada akhir program ini seorang daripada 10 gadis melayu ini akan dinobatkan sebagai GADIS MELAYU dan menjadi ikon kepada TV9.
Ni ayat promosi program realiti GADIS MELAYU yang tertera kat web tv9..Sy berkesempatan la tengok rancangan ni tadi..erm, 1st time tengok nmpk cam o.k..tp biasala, setiap perkara tu pasti ada pro dan kontranya..bila saya melayari internet tentang rancangan ni, ramai juga la yang komen.. ada yang positif & begitulah sebaliknya..
Saya tak nak bagi komen lebih2..cuma pada saya, apa yang baik dari rancangan ni boleh dijadikan tauladan dan apa yang tidak elok itu dijadikan sempadan..mungkin dari rancangan ni, kita boleh berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik...
Dalam sesi terakhir tadi, sesi penjurian..i like this part..bila ustazah siti bahyah tanya pendapat salah seorang finalis tentang jatidiri...
"Apa pendapat saudari tentang jatidiri??"
"Pada pendapat saya, jatidiri itu bermaksud kekuatan dalaman..Iaitu kekuatan yang menentukan siapa kita walau di mana kita berada."
Erm..i like the quote..SIAPA KITA WALAU DI MANA KITA BERADA... :) :)

6 comments:

monolog

Mungkin bicara bisu ini lebih baik...

10:39 PM Rashidah Abd Hamid 5 Comments

"Saya baru nampak the true colour of .......... yang pada kebiasaannya bukan macam ni."

Ayat tu membuatkan saya berfikir...merenung lama...mengingati dan mungkin menyesali apa tak pernah saya bayangkan akan terjadi...tetapi telah pun terjadi...

"Iye la, mungkin memang awak dah lama pendam rasa tak puas hati tu..tapi apa-apa pun, tak elok kan marah-marah..Awak yang saya kenal sebelum ni bukan macam ni kan..."

Lagi antara ayat-ayat yang terasa 'pedihnya' untuk diterima..tapi itulah hakikatnya...Jika luaran @ fizikal yang sakit, senang kita nampak..Senang kita rawat, senang kita sembuhkan...tapi jika dalaman @ hati serta jiwa yang sakit...kita tak nampak..Malah kadang-kadang kita tak tahu bagaimana nak dirawat dan disembuhkan...

Sememangnya kita perlukan orang lain untuk tengok kita, nasihatkan kita dan tegur kita bila kita buat salah...sebab selalunya kita tak nampak salah diri kita sendiri...betul kan..? Thanks a lot frenz...(",)

Mungkin bicara bisu ini lebih baik...lebih tulus...tidak terasa disakitkan dan tidak juga menyakitkan...Ya...mungkin............

Do I need a space????????????

5 comments:

monolog

Hidup menjadikan kita berubah @ Kita berubah demi meneruskan kehidupan?????

11:11 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

"Sekali air bah, sekali pantai berubah." Itu peribahasa ciptaan nenek moyang kita dahulu, kalau situasinya sekarang... agak2 boleh tak nak ubah jadi camni.. 'Sekali air bah, berkali-kali pantai berubah.' Huhuhu...maksudnya bila sekali dah mula berubah, erm, dah susah nak kembali semula pada identiti diri yang asal. Betul ke??? :(

Nak pinjam sat lagu S.M. Salim (Dulu Lain Sekarang Lain)...sape2 yang tau lagu ni, boleh la nak tolong nyanyikan tapi kat bawah ni guna lirik yang berbeza..melodi je yang sama.. :)
............dulu lain, sekarang lain
dulu lemah-lembut
sekarang dah 'asyik berangin'...
dulu lain, sekarang lain
dulu ceria sokmo
sekarang dah 'asyik pening'
dulu lain....
sekarang dah lain...........
Tak termampu rasanya untuk menjadi persis ikan yang kekal tawar walaupun hidup di dalam laut yang masin. Mungkin banyak faktor penyumbangnya, tetapi diri sendiri yang goyah tetap menjadi penyebab dominan yang menjuarai 'carta alasan'.Dulu mana pandai nak marah2, cakap pun perlahan je..siap jadi tukang pengubah episod negatif kepada yang positif lagi...tapi sekarang ni... erm... sudah pandai nak marah2...sudah pandai nak sindir2..sudah pandai nak bercakap sinis.. pendek kata, apa2 yang tak pandai dulu...sekarang dah jadi pandai..huhuhu.. :(
Ayat keramat "Ramai saudaraku yang baik telah dipijak" tu kadang-kadang betul-betul mempengaruhi pemikiran & perbuatan..Mungkin selama ini terasa diri bagai dipermainkan, diperkotak-katikkan hanya kerana bersikap lemah-lembut..Mungkin la kot...Natijahnya, hari ini dah jadi macam hari 'hangin satu badan', dah jadi hari 'melepaskan geram sedunia'... isk...isk...isk... :(
Kalau QC balik rumah ni, 'confirm' dah kena tazkirah 2 hari 2 malam.. huhu.. Mungkin ada kaitan juga la kot, hati ni dah lama tak diberi peringatan & makanan rohani...Sesungguhnya benarlah kata alim ulama:
"Hati manusia ibarat satu wadah, berlumba-lumbalah syaitan & malaikat untuk memasukinya.. Jika kita tewas pada kebaikan, maka akan bermaharajalela lah kejahatan dan sifat mazmumah di dalam hati kita..."
Just like my heart???? Oh....NO...!!!!!!
I'm LOST....losing a way to find MYSELF...can anyone help me???
-mencari jalan kembali-

2 comments:

Tazkirah

Pabila manusia BERBANGGA dengan kesalahan...

11:45 PM Rashidah Abd Hamid 4 Comments

Dunia & kemodenan...Barangkali arus kemodenan yang melanda menjadikan ramai manusia terus hanyut..terlupa jati diri, terlupa paksi agama yang pernah dipelajari...

Ramai manusia yang barangkali sedar dirinya melakukan kesilapan...berada di jalan yang salah... tetapi ramai juga yang tidak mahu menerima TEGURAN...bahkan ada pula yang merasa BANGGA dengan melakukan kesalahan dan kesilapan itu berulang-ulang kali...

Sememangnya bukan semua manusia dilahirkan untuk terus berada di jalan kebenaran... namun sampai bilakah mahu memejam mata, menutup telinga pada sinar perubahan dan cahaya-cahaya keinsafan...Dan sampai bilakah mahu membiarkan diri terus terpenjara dalam lorong-lorong kegelapan....???????

erm.................

4 comments: