Latest Posts

Zakat perniagaan


ZAKAT PERNIAGAAN

Ramai yang masih tidak tahu cara untuk mengira zakat perniagaan. Rata-rata merasakan zakat dikira dari keuntungan syarikat. Jadi sepatutnya dikira dari akaun untung & rugi (profit & loss accounts) syarikat.

Hakikatnya, zakat mesti dikira dari aset & liabiliti syarikat.

Cara pengiraan zakat perniagaan adalah seperti berikut:-

Kira jumlah aset/harta semasa syarikat:-
Kemudian tolakkan dengan
Jumlah liabiliti/tanggungan semasa

Jadi akan dapat nilai aset semasa bersih, jika sampai nisab zakat, pada tahun 2017 = RM12,680, zakat akan dikenakan sebanyak 2.5% dari jumlah aset/harta semasa bersih.

Contoh:-

ASET/HARTA SEMASA.                                                      RM

▪️ Jumlah tunai di tangan dan di bank (Simpanan biasa, current account, deposit tetap & deposit berstruktur)      xxxx

▪️ Penghutang/Hutang belum terima dari pelanggan.        xxxx

▪️ Stok barang Jualan                                                       xxxx

☆ Jumlah Aset Semasa (A)                                              XXXX

TOLAK:-

LIABILITI/TANGGUNGAN SEMASA

▪️ Pemiutang/Hutang belum bayar kepada pembekal.      (xxxxx)

▪️ Tunggakan operasi / akrual (contoh sewa kedai, gaji pekerja, utiliti dan sebagainya yang belum dibayar)                                                              (xxxx)

▪️ Cukai perniagaan semasa belum dibayar.                      (xxxx)

☆ Jumlah Liabiliti Semasa (B)                                        (XXXX)

JUMLAH ASET SEMASA BERSIH (C = A - B)                         XXXX

♢ Zakat Perniagaan adalah 2.5% x C


Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Form BE (Penggajian)


FORM BE (PENGGAJIAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda dah dapat EA form dari majikan? Dan dah buat e-filing untuk form BE ke?

Kalau belum lebih baik anda prepare awal2 sebab kalau anda dapat refund tax, selalunya anda akan dapat refund awal dalam sebulan selepas anda submit form BE.

Form BE ni anda akan nyatakan nilai tahunan gaji yang anda dapat dari majikan anda. Anda boleh rujuk EA form untuk submit form BE ni.

Tarikh akhir untuk submit Form BE adalah 30 April ni.

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Form E


FORM E

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda sudah submit form E? Form E ni form majikan yang mana dalam form E ni ada details mengenai senarai pekerja, gaji pekerja, elaun, bonus, epf, socso etc. Nilai semua adalah untuk setahun.

Jangan lambat submit form E ya. Kalau lambat min penalty dari LHDN adalah RM200.

Semoga tak terlewat ya.
Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Form B


FORM B

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang dah bulan April. Masih ada ke yang belum start buat akaun dan kira cukai untuk perniagaan sendiri?

Untuk perniagaan sendiri individual atau perkongsian boleh prepare form B. Form B adalah borang untuk individu yang ada perniagaan di Malaysia untuk submit ke LHDN.

Last date submit form B ni 30/6 tiap tahun. Jadi kalau terlewat submit akan kena 10% penalty dari nilai cukai yang kita kena bayar.

Semoga tak terlewat ya.
Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Bekerja dari rumah dan cabarannya

Sekarang zaman sudah berubah, bilaman internet menguasai perhubungan antara dunia. Untuk mencari rezeki dan bekerja, bukan hanya perlu keluar ke tempat tertentu. Tapi juga boleh dilakukan dari rumah sahaja. Cuma cabaran bekerja dari rumah memang agak banyak juga, terutama untuk memberi faham kepada orang lain tentang budaya kerja yang kita lakukan. Kerana rata-rata orang biasa berfikir kerja mesti di luar rumah, jika duduk di rumah maknanya tiada kerja.
.
Awal-awal dahulu aku merasa tersinggung sekali dan stress bila orang asyik tidak memahami. Bila nak apa-apa, nak ke mana-mana terus je telefon nak minta segera. Sebab? Kononnya aku kan hanya duduk di rumah, jadi boleh je nak buat sesuka hati.
.
Lama kelamaan aku mula faham, mereka beranggapan begitu sebab aku sendiri tidak cuba memberi kefahaman kepada mereka. Bahawa kerja di rumah sama seperti kerja di pejabat, ada waktu kerjanya dan perlu disiplin. Jauh di sudut hati, aku ingin sekali budaya kerja di rumah ini dihormati dan disegani. Bukan semua orang duduk di rumah hanya duduk sahaja, makan tidur. Ada orang yang berusaha sama seperti orang yang bekerja di luar rumah, berusaha untuk mendapatkan pelanggan setiap hari, berusaha untuk menyiapkan artikel dan lain-lain hanya untuk mendapatkan sesuap nasi.
.
Apa yang aku belajar daripada pandangan orang tentang semua ini ialah ~ aku sendiri yang perlu memberitahu dan bertegas tentang budaya kerja aku. Aku perlu nyatakan bahawa aku juga bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang, cuma bezanya pejabat aku di rumah. Dan pendapatan aku dikira harian, berbeza dengan pendapatan bulanan orang yang makan gaji di luar. Aku juga makan gaji, dengan pejabatku sendiri, dengan perniagaanku sendiri.
.
Dua cabaran besar bekerja di rumah ialah DISIPLIN dan MASA. Jadi aku akan pastikan aku punya jadual kerja sendiri yang boleh menjadikan aku mengatasi kedua-dua cabaran di atas. Jauh di sudut hati aku percaya, aku juga BOLEH BERJAYA hanya dengan bekerja dari rumah. Dan aku akan berusaha untuk mengembangkan perusahaan aku ini ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi. Masa rehat aku juga sama seperti masa rehat orang yang bekerja di luar rumah dan aku akan tetapkan slot itu. Maksudnya aku hanya boleh keluar atau membuat kerja lain pada waktu rehat sahaja. Di waktu bekerja aku masih tetap kena bekerja dan menyiapkan segala kerja.

waritahati
5 April 2018

My Brain Dump

Pernah terbaca sebelum ini cara-cara untuk brain dump mengosongkan fikiran kemudian menyusun kembali apa yang penting untuk dibuat. Saya ada kongsikan cara-caranya sebagaimana yang disarankan oleh penulis tersebut DI SINI.

Jadi, di bawah ini antara senarai yang ada di dalam kepala saya saat ini. Saya tuliskan satu demi satu tanpa sebarang pengelasan terlebih dahulu. 

- labelkan / manage whatsapp bisnes.
- siapkan database customer bulan Jan 2018 (whatsapp/beli)
- buat fb group premium BS
- masukkan / invite cust yang dah buat belian bulan Jan 2018.
- buat template sistem point.
- masukkan rekod belian cust 2015-2018 dan masukkan point reward.
- siapkan jadual posting Feb 2018.
siapkan template gambar dan video untuk posting.

Ok, itu antara senarai Brain Dump saya yang perlu saya siapkan. Sekarang, mari kita mulakan dengan menyusun kesemuanya satu demi satu ikut keperluan ~ mana yang nak dibuat dahulu, mana yang nak dibuat kemudian.

EA Form


EA FORM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada ke yang xtau EA form tu apa? EA form ni borang yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja. Dalam borang ni ada details mengenai nilai gaji setahun berapa, nilai elaun setahun berapa, caruman epf portion pekerja 11% berapa, manfaat berupa barangan (benefits in kind) berapa etc. Semua dalam nilai setahun.

Kepada majikan, jangan lupa sediakan EA form kepada pekerja ya. Sebab nanti senang pekerja nak submit e-filing untuk personal tax pula atau form B (borang penggajian).

Walaupun perniagaan anda kecil, anda kena bersedia untuk bagi EA form kepada pekerja.

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Penalty / Denda


PENALTY / DENDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berniaga ni memang seronok sebab kita nampak rezeki depan mata kita. Dan kalau rezeki dah depan mata pun boleh jadi bukan rezeki kita sebab rezeki tu berlalu dari kita.

Bila dah berniaga jangan lupa untuk uruskan dokumen untuk buat akaun dan cukai serta audit bagi Sdn. Bhd. Baru tadi client datang jumpa admin kata nak tutup company kena bayar RM berapa. Last siap audit akaun tahun 2014.

Jadi untuk siapkan semua akaun, cukai dan audit dan bayaran lain-lain dah dalam RM10k.. Penalty seorang director RM4k lagi.. Company status dormant (tak aktif).

Admin hanya boleh bagi pandangan pada clients, selebihnya clients kena berbincang sesama director untuk elak makin banyak kena penalty.

Tu baru director kena penalty RM4k seorang, belum ambil kira lagi lewat submit ke SSM..

Tak salah nak buka Sdn. Bhd. cuma kena ada strategi dan cara yang betul untuk selamatkan company.. Tu saja untuk sharing kali ni.

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
#bisnesplan2018

Staff entertainment (vacation)


STAFF ENTERTAINMENT (vacation)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ni dah start cuti sekolah jadi ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

Apa kata kali ni anda bawa semua staf anda untuk bercuti. 2 hari 1 malam pun boleh. Untuk hilangkan stress kerja je.

Semua kos yang terlibat semasa anda bawa staf pergi bercuti boleh dijadikan perbelanjaan syarikat dan boleh tolak cukai. Kerana perbelanjaan ini dibenarkan.

Staf dapat benefits dan anda pun dapat benefits juga.

Selamat bercuti.
Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax