Latest Posts

Kejayaan Pagi 06/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 8x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Fajar

Al Mathurat Pagi

#769SAFT
#gengtahajjud

Getaran Kesyukuran 05/40

Ali Imran auay 135 (3:135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah; dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

Aku bersyukur pagi ini tersedar dengan sendiri untuk bangun mengerjakan Solat Tahajjud walaupun tanpa jam loceng kerana telefon dicas semalam.

Aku bersyukur dapat meneruskan rutin kejayaan pagi dan mengahbiskan bacaan mathurat pagi.

Aku bersyukur semalam telah siap membungkus kesemua 47pcs set baju famili dalam kotak dan plastik Pos Laju walaupun posmen/kurier CTSI tidak datang mengambil parcel.

Aku bersyukur malam tadi dapat peluang sertai group whatsapp pusat Wanita Berdaya Kota Anggerik untuk mengetahui aktiviti mereka dan turut serta pula selepas ini.

Aku bersyukur semalam suami membeli Pizza Hut untuk menu makan malam kami, sedapnya sup cendawan.

Aku bersyukur petang semalam sempat menonton rancangan Halaqah yang membincangkan tentang Hari Kiamat di TV9.

Aku bersyukur panas badan suami semakin surut, moga suami cepat sembuh sepenuhnya dari demam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
1/10/2017
Shah Alam, 7.53pagi

Kejayaan Pagi 05/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 8x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Zikir Munajat
Selawat 100 x
Bismillah 33x
Solat Sunat Fajar

Al Mathurat Pagi

#769SAFT
#gengtahajjud

Getaran Kesyukuran 04/40

Al Baqarah ayat 196 (2: 196)
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masijd Al- Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Aku bersyukur dapat mendengar bacaan surah-surah Juzuk Amma bacaan Imam Mishari Rashid Alafasy yang memberi ketenangan di pagi hari. 

Aku bersyukur semalam ada rezeki makan ketam masak lemak cili padi yang kami suami isteri beli di Pasar Malam tempoh hari. 

Aku bersyukur semalam dipermudahkan urusan dapat ke Sungai Buloh untuk mengambil tempahan 47 helai baju Armada Couture yang telah siap di kedai Muslimah Attire. 

Aku bersyukur semalam menerima tempahan baju baru H22 Closer dari salah seorang pelanggan yang pernah membuat belian sebelum ini.

Aku bersyukur dapat menimba ilmu mengenali diri dan Tuhan dalam group telegram Metafizik.

Aku bersyukur diberi idea untuk membuat posting di instagram dan facebook untuk design baru H22 Closer, moga mendapat lebih banyak tempahan lagi.

Aku bersyukur semalam mendapat berita gembira, semua peserta yang terpilih ke program Level Up secara automatiknya layak ke Daya e-Usahawan pada hujung bulan Oktober ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
30/9/2017
Shah Alam, 7.50pagi

Kejayaan Pagi 04/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Qabliah Subuh
Istighfar 100 x
Selawat 100 x

#769SAFT

Getaran Kesyukuran 03/40

Al Anbiyaa ayat 108 (21:108)
Katakanlah : "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"

Aku bersyukur pagi ini dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud dan Witir walaupun telah agak terlewat bangun daripada jam loceng yang dikunci.

Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.

Aku bersyukur badan suami walaupun masih panas tapi telah berkurang sedikit dari malam tadi, semoga dia cepat kebah dari demamnya.

Aku bersyukur dapat berkhidmat kepada suami sewaktu dia sedang kesakitan, demam panas, sakit urat dan batuk sejak dari semalam.

Aku bersyukur semalam pelanggan yang buat belian 47pcs set baju Armada Couture telah menyelesaikan baki bayarannya.

Aku bersyukur semalam dapat order lagi untuk tempahan customade untuk 43pcs set baju Halal Love premium oleh cikgu di Jerantut. 

Aku bersyukur atas rahmat dan kasih sayang Allah, betapa sesugguhnya Allah Maha Baik dan Maha Pemurah terhadap hamba-hambaNya. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
29/9/2017
Shah Alam, 9.43pagi

Kejayaan Pagi 03/40

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud x 2 rakaat
Solat Sunat Witir x 3 rakaat
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Qabliah Subuh
Al Mathurat pagi

#769SAFT
#gengtahajjud

Urutan juz pada al-Quran


URUTAN JUZ' PADA AL-QUR'AN:

Juz' 1 – 1.AlFatiha 1. – 2.AlBaqarah 141
Juz' 2 – 2.AlBaqarah 142 - 2.AlBaqarah 252
Juz' 3 – 2.AlBaqarah 253 - 3.Al Imran 92
Juz' 4 – 3.AlImran 93. - 4.An Nisaa 23
Juz' 5 – 4.AnNisaa 24. - 4.AnNisaa 147
Juz' 6 – 4.AnNisaa 148 - 5.AlMa'idah 81
Juz' 7 – 5.AlMa'idah 82. - 6.AlAn'am 110
Juz' 8 – 6.AlAn'am 111. - 7.Al A'raf 87
Juz' 9 – 7.Al A'raf 88. - 8.Al Anfal 40
Juz' 10 – 8.AlAnfal 41. - 9.AtTauba 92
Juz' 11 – 9.AtTauba 93. - 11.Hud 5
Juz' 12 – 11.Hud 6. - 12.Yusuf 52
Juz' 13 – 12.Yusuf 53. – 14.Ibrahim 52
Juz' 14 – 15.AlHijr 1. – 16.AnNahl 128
Juz' 15 – 17.Al Isra 1. - 18.Al Kahf 74
Juz' 16 – 18.Al Kahf 75. – 20.Ta Ha 135
Juz' 17 – 21.AlAnbiyaa 1. - 22.Al Hajj 78
Juz' 18 – 23.AlMu'minun 1 - 25.AlFurqan 20
Juz' 19 – 25.AlFurqan 21. - 27.AnNaml 55
Juz' 20 – 27.AnNaml 56. - 29.AlAnkabut 45
Juz' 21 – 29.AlAnkabut 46 - 33.Al Azhab 30
Juz' 22 – 33.AlAzhab 31 - 36.Ya Sin 27
Juz' 23 – 36.Ya Sin 28. - 39.AzZumar 31
Juz' 24 – 39.AzZumar 32. - 41.Fussilat 46
Juz' 25 – 41.Fussilat 47. - 45.AlJathiya 37
Juz' 26 – 46.Al Ahqaf 1. - 51.Az Zariyat 30
Juz' 27 – 51.AzZariyat 31. - 57.AlHadid 29
Juz' 28 - 58.AlMujadila 1. - 66.AtTahrim 12
Juz' 29 - 67.AlMulk 1. - 77.AlMursalat 50
Juz' 30 - 78.AnNabaa 1. - 114.AnNas 6

Getaran Kesyukuran 02/40

Surah al Aadiyaat ayat 1-5 (100:1-5)
"Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi, maka ia menerbangkan debu, dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh."

Aku bersyukur hari ini berjaya juga mujahadah untuk bangun Solat Tahajjud walaupun perasaan malas menguasai diri.

Aku bersyukur Kak Ngah Akma telah mula buat posting di instagram baru yang akan membantuku dalam pemasaran perniagaanku.

Aku bersyukur telah mula mendapat idea dan mula menulis semula di facebook peribadi untuk aku mulakan pemasaran Personal Branding diriku di media sosial.

Aku bersyukur suami mendapat rezeki dari jualan komputer kepada rakannya untuk membeli barang dapur kami.

Aku bersyukur dapat menyelesaikan kesemua bayaran untuk pinjaman kereta vivaku dan sekarang sedang menunggu geran sampai ke CIMB Shah Alam (Dari cawangan Kuantan).

Aku bersyukur dapat meneman suami minggu ini membuat 2 belian monitor dan laptop serta barang2 komputer di Plaza Alam Sentral, menjadikan masa2 berharga yang kami luangkan bersama.

Aku bersyukur terpilih sebagai salah seorang peserta dalam program Level Up anjuran pihak MDEC untuk aku meningkatkan lagi ilmu bisnes serta mengembangkan lagi perniagaanku.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
28/9/2017
Shah Alam, 9.14pagi