Latest Posts

Lesson & Test


Kerana ada Hikmah buat HAMBANya..samada ade yang SYUKUR atau KUFUR..UJIAN yang SAMA tapi cara selesaikan dan hasilnya BerBEZA..



Syukur , 
Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam
Syukur , 
Allah mengurniakan kita dengan satu bulan yang penuh barokah 
Syukur , 
Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan
Syukur , 
Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahnya 
Syukur ,
Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini ..
Ramadhan al Mubarak 

Alhamdulillah 

Mudahnya selesaikan masalah


MUDAHNYA SELESAIKAN MASALAH

Fahami ini:
Dengan izin Allah, masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.

Contoh: 
Hilang duit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan dapat duit yang hilang itu semula. Sakit, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan sembuh. Gagal, pasti ikut fikiran kita masalah itu akan selesai dengan lulus/berjaya hal yang gagal itu.

Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah.

Masalah akan selesai ketika Allah mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini. Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.

Di sinilah kita mula rasa bahagia. Lalu saat ini kita sudah tidak kisah lagi dengan duit yang hilang jumpa atau tidak, bila kita akan sembuh, bila kita akan berjaya. Yang ada ketika ini adalah semangat dan kekuatan untuk terus berusaha.

Berusaha mencari rezeki. Berusaha untuk berikhtiar berubat untuk sembuh. Berusaha untuk berjaya.
Yang ada pada kita dalam wilayah kemanusiaan ini hanyalah berusaha. BUKAN MENENTUKAN. Di saat inilah kita nanti mampu memahami ilham dari Allah sehingga mungkin kita tidak jumpa duit yang hilang kembali tetapi menerima rezeki yang lebih banyak. 

Mungkin kita akan lambat sembuh namun sembuhnya kita akan benar-benar sembuh malah menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bersyukur.

Mungkin kita tidak berjaya dalam hal yang kita gagal itu namun kita berjaya di dalam hal yang lain yang mana ia lebih baik.

Fahami ini.... fahami aturan Allah dan hidup yang diaturkan Allah ini.. maka kita setiap hari pasti akan bahagia biar pun apa jua yang berlaku kerana hidup kita sememangnya sentiasa ada ujian-ujian.

Hidup ini memang susah. Ini hakikat. Tidak perlu ubah hakikat ini dengan mengatakan hidup ini mudah. Kita merosakkan fikiran kita dengan hal yang tidak benar.
NAMUN jangan berhenti sekadar hidup ini susah. Harus juga sedar sambungannya... HIDUP INI SUSAH NAMUN AKAN MUDAH SEANDAINYA DIRI BERGANTUNG TOTAL 100% KEPADA ALLAH SWT

Wallahualam...semoga bermanfaat ya

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

Sedekah Dhuha

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat sahabat yang dikasihi dan sifu sayangi semua..
apa khabar hari ini, sihat..?? 
Dah sarapan ka..??
Dah selesai dhuha dan bersedekah di awal pagi..??


Bismillah....

"Barangsiapa yang bergembira atas datangnya Ramadhan, Allah telah mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR. an-Nasa'i)

Terlebih dahulu...

Saya yang jahil, hina lagi kerdil dengan penuh ikhlas hati dan rendah diri ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala khilaf dan salah. 

Atas kelemahan kata-kata; lisan mahupun tulisan. Atas kekurangan laku; menyakiti mahupun membawa kerugian. Semoga dengan kemaafan diri ini, Allah swt mempermudahkan untuk bertemu & merasai nikmat keindahan tetamu yang penuh barakah ini, Ramadhan Almubarak . 

Semoga dengan kemaafan ini lebih eloklah ukhwah kita semua dan moga ia jua membawa redha Ilahi. 

Selamat meraikan kedatangan Ramadhan Almubarak dan semoga kita mendapat kebaikan & merasai nikmat hingga hujung Ramadhan : Rahmat - Pengampunan - Dijauhkan api neraka. Aamiin

Solat Dhuha
Solat dhuha bukanlah untuk kita ingat pada 'duit' 'kaya' 'nasib baik' 'magnet rezeki' 

Tapi untuk kita ingat pada Allah yang *memberi rezeki*.

Jom Dhuha !

Bagi sahabat-sahabat yang sudah membuka pili air TAHAJJUD awal pagi tadi, jom kita sama-sama tadah pula dengan baldi DHUHA ya..

“Apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah rezeki Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Jumu’ah: 10)

Dalam hidup kita ni, kita boleh cari rezeki seluas air di lautan, kita boleh mencari pengaruh atau networking seluas padang pasir, tapi biarlah hidup kita kita dapat merasai nikmatnya. Hidup kita ini untuk dinikmati seadanya dan bukannya untuk ditangisi.

Nikmat bersilaturrahim dengan Maha Pencipta dan sesama insan, nikmat hidup berkasih-sayang. Ikutlah apa yang digariskan dalam SOP Al-quran, ikut sunnatullah. Kalau tak semuanya hanya jadi debu-debu berterbangan sahaja dan kita akan kepenatan.

Contoh :- 
Kalau dalam sharing ayat al-Quran di atas Allah gariskan kita untuk solat dulu sebelum bertebaran keluar mencari rezeki di atas muka bumi Allah ini, berikan masa sekurang2nya 2 rakaat dua untuk Maha Pemberi Rezeki sebagai tanda syukur dan terima kasih.


Tips Perniagaan 1 : Strategi Perniagaan Kencang Gaya AB Rahman bin Auf


Tips Perniagaan 1 : 
STRATEGI PERNIAGAAN KENCANG GAYA AB RAHMAN BIN AUF

Kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. 

Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. 

Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?

Strategi 1 - Jual Unta dengan Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, ini bermakna beliau langsung tiada untung. 

Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf. Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab “Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.

Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.

Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.

Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.

Selain strategi 1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu? Insyaallah kita akan share 3 lagi strategi tersebut, dengan syarat teman-teman semua siapkan 1 task iaitu :-

SILA RELATEKAN STRATEGI 1 dengan nature bisness teman-teman semua, dan share di sini, sifu nak lihat sama ada mesej yang nak disampaikan di sebalik strategi ini sampai atau tidak..boleh boleh.. In Sya Allah sifu akan touch-up apa mana yang perlu nanti. JOM KITA AKTIFKAN OTAK KANAN masing-masing..



Pelaburan : Mencipta Passive Income


Dalam ilmu FAST Quadrant sifu, salah satu topik PELABURAN : Mencipta Passive Income
Biasa kita dengar pakar kekayaan selalu mengatakan bahawa orang kaya atau orang yang telah mencapai kebebasan kewangan (financial freedom) haruslah memiliki 2 kekayaan iaitu :-

1. Kekayaan wang
2. Kekayaan waktu

Berapa ramai setuju dengan sifu..??

Jadi, apabila di kalangan kita hanya memiliki salah satunya sahaja maka kita tidak tergolong di dalam circle orang kaya dan kebanyakan orang kedua-duanya pun takder. 

Banyak wang tapi tiada waktu, ini bererti kita orang yang terlampau sibuk dan tidak pernah menikmati hartanya, sedangkan banyak waktu tapi tidak punya wang, sudah jelaslah tu, pasti kita dikategorikan sebagai PENANAM BUAH ANGGUR YANG BAIK..(Menganggur)

Untuk mencapai hal tersebut, kita harus mempunyai "Wang bekerja untuk kita" atau tanpa bekerja kita tetap punya pendapatan, inilah yang disebut sebagai PASSIVE INCOME..Dalam silibus ilmu MSP, satu daripada 5 level income yang digali daripada Potensi Insan adalah Income Passive, selain daripada Income Harian, Bulanan, Moderate dan Legacy.

Jadi, jika kita menjadi pekerja sesuatu perniagaan kemudian menerima gaji bulanan itu bukannya dipanggil passive income kerana kita harus bekerja untuk mendapatkannya..Dan itu kita panggil sebagai ACTIVE INCOME.

Contoh :-
Ketika kita melakukan pelaburan atau investment berupa pembelian rumah, kemudian rumah tersebut kita sewakan, hasil sewa setiap bulan itu yang kita terima itulah dipanggil sebagai passive income. Atau business networking atau agent takaful, hasil komisyen setiap bulan itu yang kita terima itulah dipanggil sebagai passive income. Selain daripada itu passive income berasal dari jenis usaha lain seperti dividen, royalty dan sebagainya.

Faham dan boleh follow setakat ini..

Robert Kiyosaki yang cukup famous denga quadrant EBSI, Bapak Kaya Bapak Miskin (Rich Dad, Poor Dad) mengatakan passive income minima 3 kali lebih besar daripada perbelanjaan kita. (Sebab itu ikut ILMU TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW, di Lampu Merah adalah TOTAL EXPENSES, di Lampu Kuning adalah Income perlu kita dapatkan 3x Expenses bulanan)

Contoh :-
Jika kita mempunyai expenses bulanan sebanyak RM1000 sebulan untuk memenuhi seluruh keperluan. (Lampu Merah), PASSIVE INCME kita secara minima adalah sebanyak RM3000 (Lampu Hijau), barulah kita ini dikategorikan mencapai Financial Freedom. Bab ini, sifu sangat sokong 300% dengan Kiyosaki..

Tapi di sini sifu nak tambah nilai spiritual atau kerohanian yang tidak ada dalam Quadrant EBSI Kiyosaki khas untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad iaitu meminta kepada Yang Maha Kuasa.

Baik, sekarang jom kita gunakan itu untuk PELABURAN LANGIT. 

Ada tak agama kita mengajarkan kepada kita untuk menciptakan PASSIVE INCOME..?? 
Cer jawab

Baiklah, sifu teruskan ya. Benar agama sudah mengajarkan kepada kita untuk menciptakan passive income, bahkan lebih daripada itu sebenarnya. Agama mengajarkan kepada kita PASSIVE INCOME KEKAL ABADI yang kita nikmati dunia hingga akhirat nanti. 

Pesan Nabi, ada 3 jenis pelaburan passive income atau kekal abadi yang boleh lakukan adalah :-

1. Amal Jariah
2. Ilmu Yang Bermanfaat
3. Anak Soleh yang selalu mendoakan orang tuanya

Pernah dengar kan..???

Kali ini sifu nak sentuh passive income yang ke-3 untuk penghargaan kepada anakanda sahabat tribe kita yang terpilih menjadi imam solat terawih di malim nawar tadi tu.

Anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya. Kerana itulah Nabi memerintahkan kepada para umatnya untuk bernikah dan memiliki keturunan, kerana boleh mendapatkan pahala yang kekal abadi dengan menghasilkan anak yang soleh. Ini tidak ada dikupas oleh Kiyosaki.

Selain itu juga, orang yang telah bernikah akan mendapat rezeki yang melimpah ruah dan keutamaan amal sebagaimana yang telah Nabi pesan kepada seluruh umatnya iaitu :-

1. "Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu."

2. "Solat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga adalah lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka perawan."

Jangan salah anggap...seorang anak dapat memasukkan kedua orang tuanya masuk syurga juga dapat menghantarkan kedua orang tuanya masuk neraka apabila kita tidak mampu mendidiknya dengan baik.

Habis tu, akan timbul satu persoalan, bagaimanakah caranya kita baru dapat menghasilkan anak yang soleh..??? Cuba jawab

Bagaimana caranya kita menghasilkan anak yang soleh? Untuk itu sebenarnya Allah sudah menggariskan dan menjelaskan di dalam Al-Quran, nasihat Luqman, Si Ahli Hikmah, tentang bagaimana pendidikan yang harus kita didikkan kepada putera-puteri kita :-

a) AKIDAH atau TAUHID - "Wahai anakku, janganlah engkau menpersekutukan atau menduakan Allah."

b) BERBAKTI PADA ORANG TUA - "Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya."

c) IHSAN - "Wahai anakku! Sungguh jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, Nescaya Allah akan memberinya (Balasan)

d) SOLAT - "Wahai anakku! Dirikanlah Solat"

e) AMAR MARUF NAHI MUNGKAR - "Suruhlah manusia berbuat kebajikan dan cegahlah mereka dari berbuat kemungkaran."

f) SABAR - "Bersabarlah terhadap apa yang menimpamu"

g) BUDI PEKERTI YANG LUHUR - "Janganlah kamu sombong, angkuh, sederhanakanlah dalam langkahmu dan lunakkan suaramu"

Apakah kita telah melakukan pendidikan kepada putera-puteri kita sesuai dengan perintah Allah tersebut? Kalau belum, jom mari kita sama-sama Niatkan dan wujudkan pendidikan yang telah diperintahkan oleh Allah tersebut.

Semasa di Indon, pernah berbual dengan seorang jutawan sufi. 

"Kamu jangan jadi kebanyakan orang, sudah berjaya tapi tidak amalkan lagi ibadat seperti dia sedang gagal dulu. 

Masa gagal, rintihannya pada Allah seperti tiada nyawa. Tapi bila sudah berjaya kenapa rintihan dia tidak seperti ketika sedang sedang  gagal?

Kamu bilang bila kamu sudah berjaya. Rezeki sudah diberkati?"
...

Kata-kata ini menggegarkan jiwa.


The Power of Niat


THE POWER OF NIAT

Islam mengajar kita untuk memulakan sesuatu perkara dengan dimulakan dengan NIAT dalam apa jua lapangan dan keadaan sekalipun. Nabi berpesan "Segala amal itu bergantung pada Niatnya, dan setiap orang hanya mendapat sesuatu sesuai dengan niatnya."

Mulailah dengan Niat, mulailah dengan MISSION (misi), sesuatu yang kita letakkan paling awal namun paling menentukan hasil akhirnya, kalau silibus pengajian omputeh ini bermakna :-

- Mulailah dengan Visi (Vision)
- Mulailah dengan Gambaran Besar (Big Picture)
- Mulailah dengan Impian (Dream)
- Mulailah dengan Cita-cita atau Tujuan (Goal)
- Mulailah dengan Perancangan yang Strategic (Strategic Plan)
- Mulailah dengan Doa.

Dari zaman dahulu hingga sekarang, orang-orang besar telah mengatakan pentingnya visi, impian, tujuan dan cita-cita. Bukankah terciptanya HAWA kerana visi seorang ADAM..??

Dalam soal Rezeki kita sebagai seorang hamba Allah, Islam sifu suka rumuskan dan menggunakan kaedah seperti di atas, ianya bermula dengan MISSION kita apa, perbetulkan NIAT, mulakan dengan LILLAHI TAALA, educate people dan help people dalam erti kata lain MEMAKMURKAN INSAN & MENGINSANKAN MANUSIA DENGAN ILMU. Bila IKHLAS & lakukan dengan Ar-RAHIM (kasih sayang), maka dari situ datangnya REDHA Allah, bila jadi macam tu barulah datangnya sifat Ar-Rahman Allah yang Maha Pemurah, barulah datangnya pelbagai nikmat dari pelbagai sumber yang tidak disangka sangka, barulah datangnya COMMISSIONnya..

Kerana THE POWER OF NIAT itulah Nabi pernah berpesan, "Mimpi itu adalah 1/40 kenabian." Tanda-tanda seorang Nabi itu ada 40 tanda dan saat ini 39 tanda tiada lagi dan hanya diberi 1 tanda sahaja itulah MIMPI, IMPIAN atau cita cita.

Cita-cita ini adalah "Mesin Pembangkit Tenaga" yang akan menjadi "Emotional Drive" untuk maju dan merupakan hasrat yang akan menggerakkan manusia untuk merealisasikannya. Kemajuan dunia tercipta berkat impian orang-orang yang berjiwa besar. 

Brian Tracy mengatakan, "Semua orang yang berjaya adalah orang yang berimpian dan berjiwa besar." Mereka membayangkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan, ideal dalam segala hal, dan seterusnya mereka bekerja setiap hari menuju impian mereka yang jauh, yang menjadi maksud atau tujuan. Abraham Lincoln pernah mengatakan "Anda boleh menjadi apa sahaja jika Anda bertahan pada keinginan itu dengan satu tujuan."

Seorang PENCARI TUHAN sangat YAKIN bahawa MAAKRIFAT ALLAH HANYA AKAN TERZAHIR PADA CITA-CITA YANG BESAR..KERANA ITU TANDA KITA YAKIN ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA SEGALA-GALANYA..CHIF OF UNIVERSE.

Tahukan kalian semua..??
Mekah, Kota Suci yang telah diziarahi oleh berjuta-juta manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu dikurniakan keistimewaan oleh Yang Maha Kuasa sebagai jawapan Visi, Misi dan Doa Nabi Ibrahim untuk membuat tempat yang sepi, tandus dan tidak memiliki tanaman menjadi negeri yang aman, tenteram, makmur dan selalu dikunjungi manusia.

Dari dulu, sifu selalu memegang kata-kata hikmah dari salah seorang guru yang berbunyi begini

"Gantungkanlah impian kamu itu setinggi langit, walaupun tdak tercapai kamu telah bersama bintang."

Para ahli sedunia bersepakat mengatakan bahawa impian mestilah dituliskan pada selembar kertas agar seluruh alam semesta bersatu padu untuk merealisasikannya sepertimana VISION BOARD.

Ini kerana DAKWAT YANG PUDAR ITU LEBIH BAIK DARIPADA INGATAN..

Wallhualam..semoga bermanfaat.


Jom Jadi Orang Kaya


JOM JADI ORANG KAYA

Bismillah....

Ramai orang ingin kaya dan cuba mengikut pelbagai kaedah orang yang sedia kaya. Tapi ada satu perkara yang orang kaya sendiri tidak perasan mengapa mereka kaya dan hal ini tidak pernah dilihat oleh orang yang ingin mengikut jejak langkah mereka.

Apakah perkara itu? 
Perkara itu adalah NIAT mereka. Saya yakin mereka yang kaya meletakkan niat kaya itu bukan no.1 tetapi meletakkan apa yang mereka lakukan haruslah dapat memberikan manafaat buat orang lain sebagai niat yang utama. Kerana itu orang kaya yang sebegini akan benar-benar kaya iaitu cukup keperluan dan bahagia.

Kita mungkin tidak pernah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh seorang manusia yang kaya raya. Begitu juga dengan sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq. Kita lebih mendambakan tokok-tokoh Non-Muslim seperti sebagai tokok seorang manusia yang kaya raya.

Saudara, kita sedia tahu Nabi Muhammad sentiasa bersedekah dan membantu orang miskin. Lalu apakah baginda orang miskin? Kita hanya tahu bahawa baginda tidak ada rumah besar dan harta yang peninggalan yang banyak. Apakah baginda miskin?
Seandainya baginda miskin, pasti baginda tidak akan mampu sentiasa bersedekah dan sentiasa menyelesaikan masalah kewangan sahabat yang lain. Namun apa yang ada dalam jiwa baginda adalah membantu yang lain lebih daripada mengumpul harta benda untuk kegunaan sendiri. Baginda sebenarnya orang yang sangat kaya.

Mari kita lihat pula Abu Bakar As-Siddiq. Beliau sangat kaya. Kalau miskin, bagaimana mungkin beliau mampu memerdekakan berbelas-belas hamba dengan bayaran yang sangat mahal. Contohnya memerdekakan Bilal bin Rabah dengan nilai yang jika dinilaikan hari ini bersamaan dengan ratusan ribu ringgit.

Seandainya berbelas orang? berapa jutakah wang yang beliau ada? Apakah beliau sekadar orang kaya yang biasa-biasa? Sudah pasti beliau adalah orang yang sangat kaya raya pada zamannya.

Namun sikap pemurah beliau bukanlah bermakna beliau membuang harta. Tetapi beliau faham kehendak Allah bahawa harta yang banyak itu perlu diagihkan kepada yang lain. Beliau faham sebagai Wakil Allah bagaimana nak menguruskan dan mentadbir rezeki sebaik-baiknya.

Sikap pemurah itu adalah hasil keyakinan pada Allah bahawa Allah pasti akan beri lagi banyak keperluan yang diperlukan kepada beliau.

Seharusnyalah kita umat Nabi Muhammad kena letak baginda sebagai Role Model dalam segala aspek kehidupan. Itu namanya mengikut sunnatullah yang ingin kaya menjadikan Nabi Muhammad SAW serta sahabat baginda sebagai tokoh utama di dalam mengejar kekayaan.

Kayalah... Allah tidak melarang kita untuk mengejar kekayaan. Namun kekayaan yang dikejar itu harus benar dan caranya juga harus mengikut landasan yang telah ditetapkanNya.

Niat dan bantulah yang lain dalam keadaan apa jua rezeki yang ada. Pasti nanti dikayakan Allah. Bukan niat untuk jadi kaya terlebih dahulu kemudian baru ingin membantu yang lain. Selalunya orang yang ingin kaya dahulu baru ingin bantu yang lain pasti tidak membantu setelah kaya kerana diri tidak pernah dilatih untuk memberi. Lalu orang ini takut untuk melepaskan hartanya.

Niatlah... mohonlah pada Allah agar jiwa kita ini benar-benar bersih bersama niat untuk membantu yang lain. Kemudian jalankan niat kita dengan benar-benar membantu walaupun dengan rezeki yang ada sekarang ini. Di sinilah bukti bahawa niat kita benar-benar datang dari jiwa. Bukan rekaan fikiran.
Pasti nanti dikayakan kita oleh Allah SWT. Pasti.

SFY
Selasa, 23 Mei 2017
Temerloh, Pahang
7.35 pagi

Online Business Person


Bismillah..
Assalamualaikum semua. Dah selesai dinner semua ka? Persediaan Ramadhan semua macam mana semua..

Berapa ramai dalam tribe ini adalah ONLINE BUSINESS PERSON..???

Boleh share tak business apa, berapa lama, dan apa cabaran paling besar untuk generate income dari dari online business..??
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian Kes 1 :

NK @ Nizam Kamal :
NK Pun Online Business....
Cabaran? Nak Dapatkan "TRUSTED"
Detailnya ~ 
ONLINE....ALAM MAYA
Kita Tidak Dikenali...Jadi, BAYANGKAN....Adakah Pelanggan Mudah Nak MEMBELI Dari Kita Yang TIDAK DIKENALI...
So, Ada Caranya Untuk MUDAH Berniaga Di ONLINE....
Boleh SIFU Beri TIPS....

Sifu Farihan Yahya :
Tips dia mudah jer, 1 bulan 1x CONVERT lah ALAM MAYA kepada ALAM REALITI, database ada simpan tak semua pelanggan tu, berapa banyak dah..??

NK @ NIZAM KAMAL :
Maksud 1 Bulan 1x CONVERT Tu Macam Mana Sifu?

1x CONVERT Pelanggan?
Berapa Ramai? 
Kurang Faham...😅

Database...Boleh Sifu Beri Tips Cara Simpan Database Yang Paling Baik & Bersistem?

Farihan Yahya :
Sekarang NK running business macam mana, share dengan sifu, tengok dari sudut mana boleh touch up.

NK @ NIZAM KAMAL :
Business Online NK Hanya Create Agen

Farihan Yahya :
TRUST itu dari segi pelanggan atau Agent..??
dari segi sales tidak ada masalah atau ada masalah..??

NK @ NIZAM KAMAL :
Kalau Dalam Isu NK, Agen Restock Slow
Ini Ada Kena Mengena Dgn Client Agen..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian Kes 2 :

AYU :
Saya online bisnes jgak.

Farihan Yahya :
Apa challenging dalam online business awak..??

AYU :
Saya buat blog sifu. Kalau fb, memang jarang dapat sales lah, melainkan dari kawan2.  Challenging saya time nak closed sale tu.

Farihan Yahya :
Apa tujuan awak semua benda ini..??
Berikan 3 sebab atau konsep awak buat semua benda ini..??

AYU :
Saya buat blog sebab 
1. Saya kerja, jadi bila buat blog, saya boleh minimize kan masa utk saya promo produk

2. Blog bersifat kekal lama. Entry lama pon kadang2 ade prospek tanya

3. Saya boleh fokus terus target market

Farihan Yahya :
Business grow atau tak dari bulan ke bulan..??

AYU :
Grow, tapi slow..
Kadang2 statik

Farihan Yahya :
Berapa banyak database dah kumpul..??

AYU :
Maksudnya kastemer punya details kan..  Dalam 50 sifu

Farihan Yahya :
Tujuan kita buat semua ini satu jer untuk DATABASE MINING...DATABASE IS KING seperti nama, phone dan email..Bila kita tak ada database orang beli 1 kali lah, dan macam mana business nak grow kalau sistem dan database management kita tak buat..

3 KONSEP DALAM SALES & MARKETING
1. Untuk dapatkan new customers dan tarik ramai orang
2. Untuk buatkan orang beli barang kita banyak
3. Untuk multiply dan grow kan business kita

Baik, sifu tanya berapa banyak database dah direkodkan..??

AYU :
Dalam 50 sifu. Tak termasuk active downline

Farihan Yahya :
Berapa semua total..??

AYU :
Kalau ikut rekod, yang masih folow, 74.. Yang tak folow dalam 30 lebih..  Folow tu maksudnya tak keluar dari radar,  tak keluar group ..  Yang tak folow tu maksudnya dah keluar dari group, tapi saya still in contact..

Farihan Yahya :
Natures business Ayu apa, 5 level Income apa ya, boleh listkan kat sifu.

AYU :
Saya buat shaklee sifu.. Ok..  5 level income

Income Harian : untung runcit sales
Income Bulanan : gaji kerja hakiki &  bonus shaklee
Income Moderate : satay kebab, satay ikan. 
Income Pasif : shaklee
Income Legacy : sedang bina dengan shaklee

Farihan Yahya :
Income Harian tu, untung runcit sales dari shaklee ka, hari-hari ada ka..??

AYU :
Aah,saya anggap shaklee sebab,  Sejak amalkan sop 555, Alhamdulillah bulan lepas, memang setiap hari ade income masuk. Setiap hari orang bank in sifu.. Bulan ni sendu sikit.. 
Boleh ke gitu sifu?
Ke saya salah faham 😬😬

Farihan Yahya :
Income Harian ini perlu masuk hari-hari seperti kedai makan, shaklee itu terletak dalam kategori income bulanan.

AYU :
Huwaaaaaa..  Memang tak de lah kalau gitu sifu.. Saya takde biz lain dah 😬😬
Yg moderate tu pun tolong oder bila kawan2 nak je.. Aduii

Farihan Yahya :
Income Bulanan itu makan gajilah

AYU :
Jadi saya ada 2 income bulanan. 1 gaji, 2 shaklee

Farihan Yahya :
Ekonomi downtrend for 3 years bermula 2017-2019..Ia mengulangi keluk ekonomi pada 1997-1999..sebab itu TREND business bermula tahun ini adalah 178, networking, maksimakan POWER OF TRIBE dan DATABASE sebaik mungkin.. Ayu nak kerja penat ka tau nak kerja senang..??

AYU :
Mesti nak senang sifu

Farihan Yahya :
Jap sifu draft Blueprintnya, nak ka..??

AYU :
Nak..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian Kes 3 :

Alimi Othman :
Semoga tiada halangan berjumpa sifu 
Sedih kenapa byk sgt halangan😭

Income Harian : untung runcit sales biz online 
Income Bulanan : sewa rumah
Income Moderate : kelas di telegram & ebook
Income Pasif : Bitcoin
Income Legacy : tak tahu lagi. hihi

Farihan Yahya :
Flow & Konsep SM

CikPuan Alimi cuba gunakan Otak Kanan utk kupas daripada Blueprint di atas tu..
Yang mana dah LOCK nak jumpa sifu sila salin siap-siap flow ini, bila F2F sifu explain details ya

Alimi Othman :
Alamak 😁 kurang faham
Faham cuma konsep dari fb kumpulkan database dan masukkan dalam group/telegram.

Farihan Yahya :
Cuba relatekan bagaimana sifu BANGUNKAN funnel marketing sifu bermula TribePublic 769SAFT —-> IMQ Academy..kalau yang celik sudah ada ilmu dari situ, sistem sudah disediakan.

Alimi Othman :
Oh dari tribe public 769saft, sifu kumpulkan ke IMQ academy. Ini yang betul-betul fokus nak follow aplikasi ilmu yang dikongsikan di tribe. Mereka ini ialah pembeli ebook sifu.

--------------------------------------------------------------------------------------

Farihan Yahya :
Benar itu, SOP Blueprint nya begini :

STEP 1
=======
Daripada FB personal @ pages, kita bukan menjual di situ. Kita buat DATABASE MINING di mana setiap orang PM nak tahu, call atau WA, sifu akan collect database seperti nama, email dan phone number..
Ini yang ramai daripada kita terlepas pandang perkara ini, kena ingat, kita berada dalam Zon 2 ikut ilmu MSP di mana more kepada Softselling, Story telling. Zaman hardselling dan pushing dah habis dah. Bila kita ada database, kita boleh jual berkali kali..Tanpa database hanya 1x tu lah..lepas tu hilang.

STEP 2
======
Database dari FB lead tadi, semua sifu bawa ke Tribe Public 769SAFT..Di sini sifu akan banyak spend masa (70% masa) utk build relationship, sharing pelbagai ilmu. Kenapa sifu guna phone..?? sebab satu-satunya orang takkan tinggal walau masuk toilet adalah phone..Dan respons adalah cepat utk latest info kita sharing, walaupun SILENT READER..di sini kita panggil ZON STRANGERS

STEP 3
======
Daripada public tribe 769SAFT itulah tapisan kedua untuk masuk ke IMQ Academy, iaitu Universiti Maya dengan membeli passport Ebook untuk melihat komitmen dan serius untuk berjaya. Di sini 24/7/365 sifu akan respons secara details dan cuba selesaikan belenggu kehidupan masing masing..Di sini fasa pembangunan FUNNEL MARKETING sudah bermula dari PROSPECT —-> SALES..

STEP 4 dan seterusnya —> kena jumpa sifulah bagaimana nak tukar FUNNEL MARKETING tadi menjadi MESIN DUIT utk Multiply Business Growth.

Faham Faham
----------------------------------------------------------------------------------------------
Alimi Othman :
Faham..tapi sifu macam mana nak dapat database dari FB personal?

Farihan Yahya :
3 step di atas Alimi dah siap ka..??

Alimi Othman :
Dah, saya dari @poweromarketing 👉 masuk @suribizzacademy. 

Tapi step 1 tu di fb, saya buat share link telegram untuk tarik orang join. Takde pula saya collect nama, phones, email, alamat.

Farihan Yahya :e
Ok..Step 1 tertinggal

Sepertimana sifu bagitahu, sekarang kita berada di zaman Zon Kitaran 2 iaitu SOFT SELLING, STORY TELLING, orang suka melihat apa yang berlaku BEHIND THE SCENE. Jadikan FB itu tempat bercerita tentang dari buka mata hingga tutup mata...relatekan dengan nature of business awak..Those yang PM nak bertanya lebih lanjut, buatlah sesuatu untuk dapatkan  database seperti nama, email dan phone..Yang lain tu kemudian..

Alimi Othman :
Oh, maksudnya kena buat skrip ya? Saya jarang minta orang pm, saya minta diorang masuk link telegram atau wasap je terus 😁

Farihan Yahya :
Buatlah sesuatu untuk trigger depa PM di FB, bila PM tu dapatkan database untuk diinvite dalam telegram atau wasap terus..make sure database especially phone number simpan..buat Excel format, nak mudah save sahaja terus dalam gmail contact.

Alimi Othman :
Baik faham dah 😊
Ramai je komen di beberapa post..tapi saya tak pernah kisah nak pm mereka.
Terima kasih bagi idea.

Farihan Yahya :
Apa yang faham tu, cuba share.

Alimi Othman :
Dah kena asah otak fikir ayat dan CTA untuk prospek komen pm.
Kemudian dalam masa sama, siapkan skrip untuk send mesej kepada mereka yang pm, reply mesej kemudian kena kumpul database. 
Dari database juga boleh buat broadcast through whatapps

Fastabiqul Khairat


Assalamualaikum dan selamat pagi....
Syukur kerana masih dipinjamkan dengan baki umur yang ada ini, untuk sama-sama kita FASTABIQUL KHAIRAT.

Menghampiri RAMADHAN tahun 2017 dah kita ni banyak cerita yang kita lalui samada indah atau sebaliknya. 

Dalam mengejar impian (taqdir yang sudah disiapkan) sememang kita lupa itu hanya tayangan cerita. Cuba check KEPERLUAN VS IMPIAN kita, jadikan ianya selari sebab selagi kita ada nyawa banyak tangunggjawab dan hak yang perlu ditunaikan. Jangan tanya apa hak saya, tanyalah diri sendiri sudahkah kita tunai hak kita. Sememangnya manusia dalam kerugian melainkan yang sujud bertaqwa dan bepesan-pesan pada jalan kebaikkan. In Sha Allah.