Latest Posts

Staff entertainment (vacation)


STAFF ENTERTAINMENT (vacation)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ni dah start cuti sekolah jadi ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

Apa kata kali ni anda bawa semua staf anda untuk bercuti. 2 hari 1 malam pun boleh. Untuk hilangkan stress kerja je.

Semua kos yang terlibat semasa anda bawa staf pergi bercuti boleh dijadikan perbelanjaan syarikat dan boleh tolak cukai. Kerana perbelanjaan ini dibenarkan.

Staf dapat benefits dan anda pun dapat benefits juga.

Selamat bercuti.
Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Pendapatan lain-lain


PENDAPATAN LAIN-LAIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni admin nak share tentang pendapatan lain-lain yang mana tak ada kaitan dengan pendapatan dari bidang perniagaan yang anda jalankan.

Bila anda dah mula masuk dalam perniagaan, anda akan sentiasa memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan perniagaan anda.

Antara pendapatan lain-lain adalah :
- buka akaun simpanan tetap (fixed deposit) akan dapat dividen
- aset yang ada disewakan kepada individu lain seperti bangunan kedai
- lori untuk kegunaan perniagaan anda, akan anda sewakan bila tak digunakan

Pendapatan lain-lain ni akan dikenakan cukai pada kadar penuh (kadar % cukai semasa).

Untuk elak dari dikenakan cukai penuh, anda boleh tambah bidang dalam aktiviti perniagaan yang anda jalankan. Kalau Enterprise tambah pada bahagian aktiviti perniagaan (boleh buat di ssm) dan kalau syarikat sdn. bhd. anda kena tambah kod bidang (boleh refer company secretary anda).

Bila anda buat dengan cara yang betul maka bila anda didatangi oleh ahli audit LHDN anda tak perlu risau sebab dah ada hitam putih mengatakan anda menjalankan aktiviti berkenaan kerana semenjak LHDN aktif buat audit luar, banyak perniagaan yang sangkut dibahagian pendapatan lain-lain ni. (sangkut dimaksudkan adalah akan ada pelarasan dan akan dikenakan penalti terhadap nilai tersebut jika anda tersalah kira dan sebagainya)

P/s dividen dari simpanan tetap (fixed deposit)memang akan dikenakan cukai dan tak dapat di elak kan. 😊

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Entertainement (for tax)


ENTERTAINMENT (FOR TAX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin perasan ada segelintir peniaga yang susah untuk berbelanja demi kebajikan staf. Atau lebih familiar staf entertainment atau ada juga yang menggunakan term staff refreshments.

Contohnya belanja perubatan ke annual dinner ke annual lunch ke family day ke atau apa saja perbelanjaan yang diperuntukan untuk staf.

Semua belanja ni dibenarkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan cukai serta staff anda pun akan gembira dan setia dengan anda.

Jadi lepas ni tak perlu risau bila nak peruntukan untuk belanja staf ya cuma kena buat bajet supaya untung perniagaan dapat ditingkatkan.

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Goods and Service Tax (GST)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

GOODS AND SERVICE TAX (GST)

Mana-mana perniagaan yang pendapatan kasar dah cecah RM500k ke atas mandatori (mesti) untuk daftar gst.

Untuk mendaftar atau details mengenai ni boleh ke website kastam Malaysia atau pautan dibawah.


Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax


Buka akaun semasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ada ke yang belum buka akaun semasa untuk bisnes anda?

Tak apa, jangan risau.
Ni admin sharekan link kalau nak mohon buka akaun semasa untuk bisnes secara online. Deposit permulaan hanya RM1,000.


P/s mohon online ni tetap kena pergi bank untuk pengesahan ya. Tapi boleh dah jimat banyak masa kat situ.

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax

Cash flow (aliran tunai)


CASH FLOW

Baru berniaga?
Seronok rasanya dah ada bisnes sendiri kan. Tak kiralah, besar mana perniagaan tu, online atau ada kedai, kat kawasan mana pun tak penting, tapi soalannya adakah bisnes anda buat duit?

Kalau betul buat duit, nampak tak mana duitnya?
Ada simpanan?
Ada nampak berapa jumlah sales sebulan?
Ada rekod sales dan perbelanjaan?

Ada 5 masalah utama yang peniaga baru hadapi bila mereka mula berniaga?

1) Tak cukup modal untuk pusingan dan tambah stok.

2) Tak nampak dan tak ‘rasa’ mana duit bisnes.

3) Tak tahu dengan jelas berapa jumlah sales dan perbelanjaan bisnes.

4) Sentiasa tak cukup duit nak bayar bil-bil, supplier dan lain-lain.

5) Sentiasa ambil duit bisnes untuk perbelanjaan sendiri atau keluarga.

Kalau anda peniaga baru dan anda tak tahu pun apa bendanya CASHFLOW, serta anda dah rasa atau sedang hadapi 5 masalah dia atas, itu maknanya anda tak tahu nak urus cashflow business anda.

Bahasa mudahnya, CASHFLOW ni umpama oksigen. Kalau manusia tak bernafas, maknanya tak hidup. Sama la juga dengan business. Kalau tak jaga CASHFLOW, lambat laun business pun akan…MATI!

Jadi, kalau anda teruskan macam ni, kami tak dapat nak jamin bisnes anda boleh tahan sehingga lebih dari setahun!  Kalau mampu bertahan pun mesti akan penuh hutang, dalam keadaan yang teruk, tak boleh berkembang, anda sendiri pun akan banyak masalah.

Kami tahu semua ni sebab kami dah jumpa banyak bisnes yang hadapi masalah macam ni.
Mula-mula bangga bila mengaku ada bisnes, tapi selepas beberapa bulan berniaga, rupa pun dah tak terurus sebab dah terlampau serabut dengan masalah bisnes dan bisnes yang tak buat duit.

Ingat perkara ni! Cashflow ialah OKSIGEN kepada Bisnes anda...tanpa cash flow yang terurus bisnes anda akan berada dalam keadaan koma dan tercungap-cungap tak cukup Oksigen!  Bayangkan ikan dalam aquarium yang tak cukup air - macam tulah usahawan yang tak jaga cashflow! TERCUNGAP!

2018 ni, kami sarankan anda jadikannya tahun anda berbisnes dengan betul dan buat duit!

Anda mesti boleh nampak dengan jelas berapa sales anda sebulan, dan berapa perbelanjaan serta berapa untungnya.  Untuk capai matlamat ni, anda perlu tahu macam mana nak urus cashflow, macam mana nak rekod semua perbelanjaan dan pendapatan, macam mana nak ‘allocate’ duit untuk perbelanjaan bisnes dan kenapa anda sebagai usahawan perlu ambil gaji sendiri - WALAUPUN, anda seorang je pekerja, walaupun anda berbisnes dari rumah, walaupun anda berbisnes online je…

Kalau anda serius nak bawa bisnes anda menjadi lebih besar...pastikan bisnes anda dapat OKSIGEN yang cukup. Baru senang dia nak membesar!

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
#sharing

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)


SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA (SUPERB) - GERAN

Untuk usahawan yang baru bermula dan tak lebih dari 3 tahun dalam dunia perniagaan, anda boleh memohon geran ni.

Rujuk attachment 📎 dibawah atau klik pautan www.teraju.gov.my/skim-usahawan-permulaan-bumiputera/

Tips Urus Akaun Cukai Perniagaan, [07.03.18 12:11]
[ File : SUPERB-Eligibility-Criteria-Grant.pdf ]

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)


SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M)

Mana-mana syarikat yang join program SL1M dapat 'double deduction' dalam kiraan cukai syarikat dan perbelanjaan untuk program SL1M boleh 'claim' pada Human Resource Development Board (HRDF atau PSMB)

Jika anda mencari staf anda boleh rebut peluang ni.


Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax


Hati-hati bila akaun pengarah di bahagian aset!!


HATI-HATI BILA AKAUN PENGARAH DI BAHAGIAN ASET!!

Akaun ni selalunya akan wujud bila pengarah guna duit (pinjam) syarikat. Dan baki lejer adalah ASET iaitu positif.

Bilamana syarikat tak kenakan interest kepada semua jenis pinjaman kepada pengarah maka syarikat kena kira interest mengikut kadar berian pinjaman purata (average lending rate).

Cara kira interest ni berdasarkan nilai baki akhir bagi setiap bulan.

Selagi tak bayar habis, selagi tu akan dikenakan kiraan interest.

Interest ni adalah pendapatan lain-lain bagi syarikat yang mana akan dikenakan cukai terus terhadap nilainya.

Dibawah ni admin share jadual kadar interest tu tapi jadual ni sehingga June 2017.

[ File : Jadual interest to director 06 2017.pdf ]

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun
#celikcukai