Urus Akaun Cukai Perniagaan

Hati-hati bila akaun pengarah di bahagian aset!!

2:08 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HATI-HATI BILA AKAUN PENGARAH DI BAHAGIAN ASET!!

Akaun ni selalunya akan wujud bila pengarah guna duit (pinjam) syarikat. Dan baki lejer adalah ASET iaitu positif.

Bilamana syarikat tak kenakan interest kepada semua jenis pinjaman kepada pengarah maka syarikat kena kira interest mengikut kadar berian pinjaman purata (average lending rate).

Cara kira interest ni berdasarkan nilai baki akhir bagi setiap bulan.

Selagi tak bayar habis, selagi tu akan dikenakan kiraan interest.

Interest ni adalah pendapatan lain-lain bagi syarikat yang mana akan dikenakan cukai terus terhadap nilainya.

Dibawah ni admin share jadual kadar interest tu tapi jadual ni sehingga June 2017.

[ File : Jadual interest to director 06 2017.pdf ]

Semoga bermanfaat.

#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun
#celikcukai

0 comments: