Urus Akaun Cukai Perniagaan
Pendapatan lain-lain
PENDAPATAN LAIN-LAIN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali ni admin nak share tentang pendapatan lain-lain yang mana tak ada kaitan dengan pendapatan dari bidang perniagaan yang anda jalankan.
Bila anda dah mula masuk dalam perniagaan, anda akan sentiasa memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan perniagaan anda.
Antara pendapatan lain-lain adalah :
- buka akaun simpanan tetap (fixed deposit) akan dapat dividen
- aset yang ada disewakan kepada individu lain seperti bangunan kedai
- lori untuk kegunaan perniagaan anda, akan anda sewakan bila tak digunakan
Pendapatan lain-lain ni akan dikenakan cukai pada kadar penuh (kadar % cukai semasa).
Untuk elak dari dikenakan cukai penuh, anda boleh tambah bidang dalam aktiviti perniagaan yang anda jalankan. Kalau Enterprise tambah pada bahagian aktiviti perniagaan (boleh buat di ssm) dan kalau syarikat sdn. bhd. anda kena tambah kod bidang (boleh refer company secretary anda).
Bila anda buat dengan cara yang betul maka bila anda didatangi oleh ahli audit LHDN anda tak perlu risau sebab dah ada hitam putih mengatakan anda menjalankan aktiviti berkenaan kerana semenjak LHDN aktif buat audit luar, banyak perniagaan yang sangkut dibahagian pendapatan lain-lain ni. (sangkut dimaksudkan adalah akan ada pelarasan dan akan dikenakan penalti terhadap nilai tersebut jika anda tersalah kira dan sebagainya)
P/s dividen dari simpanan tetap (fixed deposit)memang akan dikenakan cukai dan tak dapat di elak kan. 😊
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
0 comments:
Post a Comment