Urus Akaun Cukai Perniagaan
Cash flow (aliran tunai)
CASH FLOW
Baru berniaga?
Seronok rasanya dah ada bisnes sendiri kan. Tak kiralah, besar mana perniagaan tu, online atau ada kedai, kat kawasan mana pun tak penting, tapi soalannya adakah bisnes anda buat duit?
Kalau betul buat duit, nampak tak mana duitnya?
Ada simpanan?
Ada nampak berapa jumlah sales sebulan?
Ada rekod sales dan perbelanjaan?
Ada 5 masalah utama yang peniaga baru hadapi bila mereka mula berniaga?
1) Tak cukup modal untuk pusingan dan tambah stok.
2) Tak nampak dan tak ‘rasa’ mana duit bisnes.
3) Tak tahu dengan jelas berapa jumlah sales dan perbelanjaan bisnes.
4) Sentiasa tak cukup duit nak bayar bil-bil, supplier dan lain-lain.
5) Sentiasa ambil duit bisnes untuk perbelanjaan sendiri atau keluarga.
Kalau anda peniaga baru dan anda tak tahu pun apa bendanya CASHFLOW, serta anda dah rasa atau sedang hadapi 5 masalah dia atas, itu maknanya anda tak tahu nak urus cashflow business anda.
Bahasa mudahnya, CASHFLOW ni umpama oksigen. Kalau manusia tak bernafas, maknanya tak hidup. Sama la juga dengan business. Kalau tak jaga CASHFLOW, lambat laun business pun akan…MATI!
Jadi, kalau anda teruskan macam ni, kami tak dapat nak jamin bisnes anda boleh tahan sehingga lebih dari setahun! Kalau mampu bertahan pun mesti akan penuh hutang, dalam keadaan yang teruk, tak boleh berkembang, anda sendiri pun akan banyak masalah.
Kami tahu semua ni sebab kami dah jumpa banyak bisnes yang hadapi masalah macam ni.
Mula-mula bangga bila mengaku ada bisnes, tapi selepas beberapa bulan berniaga, rupa pun dah tak terurus sebab dah terlampau serabut dengan masalah bisnes dan bisnes yang tak buat duit.
Ingat perkara ni! Cashflow ialah OKSIGEN kepada Bisnes anda...tanpa cash flow yang terurus bisnes anda akan berada dalam keadaan koma dan tercungap-cungap tak cukup Oksigen! Bayangkan ikan dalam aquarium yang tak cukup air - macam tulah usahawan yang tak jaga cashflow! TERCUNGAP!
2018 ni, kami sarankan anda jadikannya tahun anda berbisnes dengan betul dan buat duit!
Anda mesti boleh nampak dengan jelas berapa sales anda sebulan, dan berapa perbelanjaan serta berapa untungnya. Untuk capai matlamat ni, anda perlu tahu macam mana nak urus cashflow, macam mana nak rekod semua perbelanjaan dan pendapatan, macam mana nak ‘allocate’ duit untuk perbelanjaan bisnes dan kenapa anda sebagai usahawan perlu ambil gaji sendiri - WALAUPUN, anda seorang je pekerja, walaupun anda berbisnes dari rumah, walaupun anda berbisnes online je…
Kalau anda serius nak bawa bisnes anda menjadi lebih besar...pastikan bisnes anda dapat OKSIGEN yang cukup. Baru senang dia nak membesar!
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
#sharing
0 comments:
Post a Comment