Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 2x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Bismillah 33x
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud
#gengdhuhu
Abasa ayat 24 (80:24)
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya).
Aku bersyukur pagi ini dikejutkan oleh Allah untuk bangun mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, walaupun lintasan kesedaran yang pertama itu aku abaikan dan hanya bangun pada jam 5.00pagi.
Aku bersyukur semalam menerima tempahan 29pcs set baju World's Best daripada pelanggan.
Aku bersyukur semalam dipermudahkan urusan semasa shooting video untuk pembukaan program Daya eUsahawan anjuran MDEC.
Aku bersyukur semalam dapat peluang berkenalan dengan usahawan lain, boleh bertukar2 cerita dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan.
Aku bersyukur semalam walaupun awalnya agak sesat sedikit mencari lokasi tempat video dijalankan, namun akhirnya Allah temukan pula dengan rakan2 yang turut sama mencari dan akhirnya kami sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Aku bersyukur pagi ini dapat mendengar bacaan Quran yang merdu dari Syaikh Misyari Rashid alAfasi, terasas tenang dan damai dalam jiwa.
Aku bersyukur semalam dapat tengok video program Daya eUsahawan tahun lepas dan ada gambar aku terselit lagi dalam video tersebut sebagai pendorong untuk aku terus maju dalam bidang perniagaan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
4/10/2017
Shah Alam, 7.02pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 2x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud
Al-Ankaboot ayat 46 (29:46)
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadanYalah, kami patuh dengan berserah diri.
Aku bersyukur pagi ini masih dipinjamkan usia untuk meneruskan kehidupan di dunia walaupun tidak sedar untuk bangun mengerjakan Solat Tahajjud.
Aku bersyukur pagi ini dapat nikmat minum susu panas yang memberi kesegaran kepada tubuh badan.
Aku bersyukur semalam telah selesai menguruskan penghantaran parcel tempahan Armada Couture kepada pelanggan di Sabah melalui kurier Pos Laju.
Aku bersyukur semalam dapat bawa suami buat rawatan bekam untuk mengeluarkan angin2 dalam badan dan mengurangkan sakit kepala yang dialaminya.
Aku bersyukur semalam dapat makan Nasi Ayam Lemon di Pak Li kopitiam untuk makan tengah hari.
Aku bersyukur semalam selesai mebuat bayaran deposit untuk tempahan 44pcs set baju HP06 yang ditempah oleh pelangganku.
Aku bersyukur petang semalam dapat keluar ke Pasar Malam dan membeli barang-barang dapur.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
3/10/2017
Shah Alam, 7.10pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud
Ar-Ra'd ayat 11 (13:11)
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penajganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesugguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mgnubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melondungi mereka selain daripadaNya.
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
2/10/2017
Shah Alam, 7.45pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 8x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud
Ali Imran auay 135 (3:135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah; dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Aku bersyukur pagi ini tersedar dengan sendiri untuk bangun mengerjakan Solat Tahajjud walaupun tanpa jam loceng kerana telefon dicas semalam.
Aku bersyukur dapat meneruskan rutin kejayaan pagi dan mengahbiskan bacaan mathurat pagi.
Aku bersyukur semalam telah siap membungkus kesemua 47pcs set baju famili dalam kotak dan plastik Pos Laju walaupun posmen/kurier CTSI tidak datang mengambil parcel.
Aku bersyukur malam tadi dapat peluang sertai group whatsapp pusat Wanita Berdaya Kota Anggerik untuk mengetahui aktiviti mereka dan turut serta pula selepas ini.
Aku bersyukur semalam suami membeli Pizza Hut untuk menu makan malam kami, sedapnya sup cendawan.
Aku bersyukur petang semalam sempat menonton rancangan Halaqah yang membincangkan tentang Hari Kiamat di TV9.
Aku bersyukur panas badan suami semakin surut, moga suami cepat sembuh sepenuhnya dari demam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
1/10/2017
Shah Alam, 7.53pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 8x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Zikir Munajat
Selawat 100 x
Bismillah 33x
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud