Latest Posts

Tangan Nyata & Tangan Ghaib


Berapa ramai nak tahu yang hakikatnya dalam urusan menjemput rezeki ini kita sebenarnya memerlukan dua tangan iaitu untuk membuka pintu syurga dunia (kekayaan) & membuka pintu syurga akhirat dan menggengam pelaburan langit...iaitu dengan TANGAN NYATA dan TANGAN GHAIB..??

1. TANGAN NYATA - dapat dilihat, adalah tangan milik manusia yang kita sebut sebagai ikhtiar

2. TANGAN GHAIB - yang tidak dapat dilihat, adalah ibadah yang diajarkan oleh Allah melalui perantara baginda Rasulullah SAW bagi kita untuk menjemput rezeki melutut ke kaki. Apabila kita 'ACTIVATE' kan, maka kesannya akan terasa dunia dan akhirat. Semua ini diabadikan dalam SOP Buku 555

Dalam apa jua keadaan sekalipun, apa jua perkara pastikan ada pasangan barulah sempurna sepertimana firman Allah dalam Al-quran iaitu:-

"Aku ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan untuk menTauhidkan dan menESAkan Allah"

Yang ini ramai kita sebagai hamba Allah Mudah lalai dan lupa, kita terlalu fokus kepada TANGAN NYATA dengan mengenepikan TANGAN GHAIB..sebab itulah kita kepenatan dan keletihan dalam soal mencari rezeki.

Seni Tangan Ghaib ini terdiri daripada 5 iaitu :-
1. Ibu Jari :- Sedekah
2. Jari Telunjuk :- Solat Tahajjud
3. Jari Tengah :- Silaturrahim
4. Jari Tengah :- Solat Dhuha
5. Jari Kelingking : - Zikir

Dengan Tangan Ghaib, insyaallah WANG PASTI MELUTUT DI KAKI ANDA
kerana ianya pelengkap kepada Tangan Nyata iaitu usaha dan Ikhtiar

Kalau para usahawan sudah familiar dengan Teori Bapak Kaya, Bapak Miskin Quadrant EBSI (Tangan Nyata)
maka Quadrant FAST (Tangan Ghaib) adalah pelengkapnya sepertimana Jasmani pasti ada pasangannya Rohani. Kalau tak jadilah bangkai bernyawa kita.

Faham Faham

Kajian Kes : Corong Emas & gps rajah insan


Selamat Petang semua...

Dah selesai ka semua TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW, lampu hijau masing masing, untuk awal bulan 5 nie..??

Alhamdulillah....istiqamah sahaja dan lihat sahaja Keajaiban Zakat dan Sedekah..so far macam mana yang masih kekal istiqamah ikut TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW masing-masing?

Syuhada Fahruzi :
Alhamdulillah makin ikut makin banyak dapat..last month meningkat 2x ganda..nanti saya share dgn sifu graf nya..

Farihan Yahya :
So far, graf selepas balik dari Program MSP tempoh hari, menaik secara konsisten atau macam mana, balancekan dengan SOP Buku 555 tu

Syuhada Fahruzi :
Saya start ikut sop 555 since bulan 2..dan for the 1st time selama masuk tahun ke-2 dalam dunia pekerjaan bayar zakat..ikut je flow sifu ajar..

Alhamdulillah..sedekah tiap hari dan zakat awal bulan..saya fikir2 balik inilah sebenarya jawapan rezeki saya.

Walaupun kalau dalam buku 555..sedekah harian jalan..tapi income harian kosong mostly, tapi alhamdulillah banyak sangat rezeki saya dapat daripada pelbagai sudut yang bukan daripada segi wang ringgit.

Income bulanan saya terus menaik dengan cara saya berkongsi rezeki (saya perlu tambah pekerja) untuk dapat lebih lagi..

Alhamdulillah syukur..

Farihan Yahya :
Setelah KENAL DIRI, mesin "CORONG DUIT EMAS" dah siap ka belum..??

Syuhada Fahruzi :
Otw tengah ikut step by step sifu

Farihan Yahya :
Bentangkan

Syuhada Fahruzi :
Maaf lmbat sifu..settlekan urusan dgn adik😅

Saya sekarang ikut mesin corong emas bersama kak seri untuk dapatkan corong emas personal.

Jadi,flow dia

Tribe diva & premium class&personal coaching&MSP 2 hari 1 malam

Jadi, di antara celahan corong akan masuk personal punya corong emas

Saya dah try buat personal punya tribe tapi nampak tak boleh pergi jauh😅. So gerak secara berdua dengan kak seri . At the end, saya dah kak seri sama2 dapat ikut flow gps rajah insan.

Farihan Yahya :
Bergerak dalam jemaah, lengkap melengkapi antara satu sama lain...kan dah belajar gabungan potensi diri antara kamu berdua tu, perlu buat apa tahun ini..


7 Sunnah Hebat !


7 Sunnah Hebat !

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Carilah aku di sana, dan tolong bawaku ke syurga


CARILAH AKU DI SANA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA.

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya , dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu.

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata ," Jika hang tidak nampak aku di syurga, bertanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik, "In shaa Allah, In shaa Allah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga."

Kami menangis bersama, entah berapa lama ...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya ...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah; Ya Rabb! Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami ..."

Maka Allah berfirman," Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah."
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat²ku , 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat ..

Carilah sahabat² yang senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama. 

Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing² hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga.

Semaklah diri, apakah ada teman yang sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah.

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga.

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat.”

Pejamkan mata, berfikirlah, siapa agaknya antara sahabat² kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama² ke syurga.

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini ?

Wallahu a'lam

Fenomena angka 19 dalam al-Quran


FENOMENA ANGKA 19 DALAM AL QURAN

"Di atasNya ada sembilan belas...Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai satu perumpamaan."
(Surah 74 ayat 30-31)..turunnya Surah 74 ini menandakan KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW...

Rupa2nya di dalam Al quran terdapat ratusan fenomena serba 19. Mengapa 19..?? Sudah tentulah hanya Dia-lah Yang Maha Mengetahui.

Yang jelas, angka 19 itu terdiri dari angka 1 dan angka 9, di mana angka 1 merupakan bilangan pertama dan terkecil. Manakala angka 9 merupakan bilangan terakhir dan terbesar.

Mungkin ini menunjukkan sifat2Nya, iaitu Maha Awal (1), Maha Esa (1), Maha Akhir (9) dan Maha besar (9)..sebagai contohnya jumlah surah dalam Al quran adalah 114. (atau 19 x 6).

Inilah yang diperjelaskan dalam Bengkel ASAS METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN, menyingkap RAHSIA DIRI DAN KAITAN NUMBERS dan kaitan dengan diri kita dengan bersandarkan Al Quran..

Memahami bacaan yang luas & kitaran secara mendalam


MEMAHAMI BACAAN YANG LUAS & KITARAN SECARA MENDALAM

Tarikh lahir biasa:
Watak dan karekter overall puluhan ribu manusia lahir setiap hari. Kita tak pilih tarikh lahir untuk dilahir tapi sudah ditakdirkan. Overall paten analisis.

Dalaman Tarikh Lahir:
Paten impian dan siapa dimudahkan urusan maka dia bertuah. Jatuh naik sehingga menjumpai diri sendiri kebiasannya pada average 40 tahun. Semoga Allah buka hidayah kita semua. Semuanya bermula dengan Iqra'. Belajar pelbagai bidang jika berpeluang.

4 digit IC:
Sesetengah orang didaftarkan lewat dan tarikh lewat sebab zaman PerangJepun dulu. Cuma no ic sahaja sebagai paten analisis sosiologi di negara tersebut. Baik kerjaya, bidang Industri dan hal kemanusiaan yang lain.

Waktu lahir:
Kitaran perubahan landasan siang dan malam mengikut bulan. Membentuk zon kitaran dan energy alam. Seterusnya membentuk karekter manusia ditambah gen kedua ibubapa.

Kitaran Hijrah:
Harian Jumat sampai Khamis membentuk zon turun naik manusia secara aturan perbulanan dan nombor harian.

Seeloknya bacaan mesti melalui semua analisis semua di atas belum dikira gen ibubapa kiri dan kanan pola manusia.

Pasti semua di atas selari. Itu yang terbaik dan ketepatan membaca 16 digit sekaligus. Ditambah wajah dan bahasa tubuh manusia. Pelbagai gaya bahasa, code bentuk muka dan cara berjalan dan aras belakang manusia. Kaki manusia menunjukkan keturunan dan keluarga. Banyak lagi penelitian yang perlu dipelajari jika ingin menjadi Pendidik Kemanusiaan dalam MSP. Ini hanya serba sedikit asas melalui Tahap Mengenal Diri Sendiri. Ke arah menjadi Insan baik dan hambaNya. Bidang lain Sifu share di lain hari. InshaAllah.

Tentang Sedekah


Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan di dalam pemberiannya daripada mengambil.

Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada point nombor 17 hingga 19.

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menjuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan In Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia di dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat di dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Israk Mikraj : Rasulullah yang ummi


ISRAK MIKRAJ : RASULULLAH YANG UMMI

Sempena Isra’ dan Mikraj yang baru kita lewati ini marilah kita berkongsi tentang sifat Rasulullah, rasul yang kita kasihi. Tahun lepas saya membawakan 2 pengajaran yang boleh diambil dari Isra’ dan Mikraj. Tahun ini kita melihat sifat Rasulullah yang selalu disalah ertikan.

Ummi. pengertian yang sekadar kita memahami sebagai tidak tahu membaca dan menulis (buta huruf).
Dan ia terus difahami sebegitu sejak kita diperkenalkan bahawa Nabi Muhammad yang kita kasihi itu Ummi.
Lalu Ummi juga dijadikan alasan sebagai mengukuhkan bahawa agama yang dibawa Rasulullah itu benar kerana mana mungkin Rasulullah yang ummi mampu menghasilkan agama sendiri.
Rendahnya kita meletakkan Rasulullah SAW dengan pengertian ummi yang sebetulnya diri kita tidak mengerti makna sebenarnya. Kita menafsirnya dari hal bahasa tanpa melihat di sebalik sesuatu yang sebenarnya sangat tingginya kelebihan ummi yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Lihatlah respon Rasulullah ketika Baginda menerima wahyu yang pertama. Ketika Jibril meminta Baginda untuk membaca (Iqra), baginda berkata “aku tidak tahu”.
Apakah yang kita fahami di sini “tidak tahu” itu sebagai ummi kerana Rasulullah SAW tidak tahu membaca?
Kita meletakkan Rasulullah jauh rendahnya tanpa kita sedari.
Kita melihat kerendahan Rasulullah SAW tanpa kita sedari di dalam peristiwa wahyu pertama ini.
Jawapan “aku tidak tahu” difahami kerana Rasulullah itu ummi sebab itu Baginda tidak tahu membaca setelah diminta oleh Jibril untuk membaca.

Sebenarnya apa yang kita tidak sedari adalah sejak wahyu pertama lagi Rasulullah SAW memberikan contoh kepada kita kelakuan yang sewajibnya kita ada di dalam hidup kita seharian atas rahmat Allah SWT.
Jawapan “aku tidak tahu” jelas merupakan penyerahan secara total baginda Rasulullah SAW pada Allah SWT. Baginda berkata “aku tidak tahu” kerana Baginda hanya mengikut kehendak Allah SWT.
Mengikut apa mauNya Allah.
Sikap ini adalah sikap dasar atau basic yang harus dimiliki oleh seseorang yang tidak tahu kemudian ingin tahu. Sikap seorang anak murid kepada guru.
Sikap seorang hamba kepada khaliqnya.
Kerana inilah modal yang kita miliki yang kita punyai. MODAL TIDAK TAHU.

Dengan sikap dan pengakuan seperti ini (tidak tahu) kepada Allah SWT, kita akan dituntun menjadi sedar penuh kepada Allah SWT oleh Allah SWT sendiri. Apabila kita sudah sedar penuh pada Allah, maka kita akan mudah, rela senang hati akan ikut segala kehendak Allah SWT. Setelah kita senang mengikut kehendak Allah SWT maka Allah SWT akan menuntun kita daripada satu keadaan ke keadaan yang lain, dari satu suasana ke suasana yang lain dan dari satu pengetahuan ke pengetahuan yang lain.

Bukankah tuntunan Allah SWT ini yang kita selalu mohon dalam setiap solat kita?
“KepadaMulah kami sembah dan kepadaMulah kami minta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Inilah ketinggian umminya Rasulullah SAW di dalam hidup berTuhan seorang hamba Allah SWT yang paling dikasihi Allah SWT yang selalu kita perendahkan tanpa sedar dengan memahami bahawa ummi itu menunjukkan Rasulullah SAW tidak tahu membaca dan menulis.

Rasulullah SAW hanya mampu melakukan segala tugas hanyalah dengan Nama Allah SWT mengatas nama Allah SWT. Kerana itu Rasulullah SAW mampu membaca setelah Jibril mengajarkan Baginda “Bacalah dengan nama Tuhanmu.” Jika tiada dengan nama Tuhanmu, Rasulullah SAW memberi jawapan tetap sama iaitu “Aku tidak tahu.”

Semoga pencerahan ini membuatkan kita tersedar bahawa umminya Rasulullah bukanlah sesuatu yang rendah martabatnya. Ia merupakan satu kesedaran yang seharusnya dicontohi bahawa kita ini tidak tahu apa-apa melainkan semuanya atas kehendakNya Allah SWT. Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendak Allah SWT.

Semoga kita sentiasa sedar yang kita ini memerlukan Allah SWT di dalam menuntun hidup kita ini di dalam hidup berTuhan. Ikut atas kehendakNya.

Semoga ada manafaat daripada artikel ini untuk semua. Amin.

Sifu Farihan Yahya
1hb Mei 2017 @ 9.38 pagi
Kemaman, Kuala Terengganu

----------------------------------------------------------
Ahmad Humaidi Ismail :
Soalan saya sifu, adakah Rasulullah S.A.W itu UMMI sehingga akhir hayat Baginda?

Farihan Yahya :
Apa yang Tuan faham dengan perkataan "UMMI" dari sharing di atas tu. Ambil kisah itu letak pada diri sendiri...cuba..??

Ahmad Humaidi Ismail :
Fahaman umum UMMI tak tahu membaca dan menulis.

Farihan Yahya :
Benar kefahaman orang awam, yang tersirat di sebalik yang tersurat apa dia..?? Baca berulang-ulang kali dan cuba faham..ianya related dengan apa yang selalu kita diskusikan di sini.

Ahmad Humaidi Ismail :
Kelebihan Baginda UMMI mudah mematahkan hujah mereka yang Baginda mungkin mencipta agama sendiri dan mencedok pengetahuan kitab agama terdahulu dan syair arab.

Maknanya Baginda tiada KEAKUAN langsung.
Apa Baginda cakap dan sebut adalah WAHYU Allah semata-mata. Ini yang tersirat.

Farihan Yahya :
Alhamdulillah, faham dah tu. Daripada kisah di atas apa yang kita dapat simpulkan SIKAP yang baginda warisi kepada umatnya untuk diteladani dan sebagai bekal untuk ke destinasi seterusnya adalah :-

1. Tiada KEAKUAN
2. Berserah diri secara total
3. Tawadduk dan rendah diri
4. Buat sesuatu kerana Allah Taala
5. REDHA atas ketentuan dan aturan Allah

Ahmad Humaidi Ismail :
Alhamdulillah..semua dengan hidayah Allah..'aku tidak tahu' sifu.


Calling call


Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi teman teman semua...ke mana hari ini semua di hari cuti umum nie..

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah ya.

Bismillah...

Sesibuk mana pun kita bekerja, ambil tahu orang yang kita sayang. Tak salah sekadar 1‐2 minit sehari call anak2 di rumah, suami/isteri di pejabat @ di mana-mana saja.

Kita ingin diingati & diambil tahu tetapi kita jarang mengambil tahu. Walaupun ia nampak simple sampaikan mungkin bagi kita ia tidak kisah kerana memang kita tetap sayangkan mereka, tetapi sebenarnya hanya 1‐2 minit ambil tahu, mampu membuatkan orang yang kita sayang bahagia.

Begitulah juga dengan Tuhan, apa yang ada dalam SOP Buku 555 adalah 'calling call' dengan DIA, supaya senantiasa diingati & diambil tahu.

Wallahualam...