Latest Posts

Bagaimana memulakan bisnes tanpa modal?


TIPS BISNES HARI INI 

Soalan:

"Saya minat nak berbisnes tapi tak ada modal. Macam mana ye?"

Jawapan:

Jual barang orang. Dalam kata lain, jadi ejen dropship. 

Apa itu dropship?

- anda tak simpan stok
- anda tak perlu keluar modal
- anda tak perlu pos barang

Apa yang perlu anda buat?

Cuma promote barang & cari customer. 

Best kan? Anda dapat untung atas angin! 

Syarat utama untuk anda jadi ejen dropship:

MESTI ADA EFFORT

Anda dah tak perlu susah payah fikir tentang supplier kain, tailor, poslaju etc. Tapi anda mesti rajin ambil tahu updates company tersebut (yang anda jadi ejennya). Ambil tahu perkembangan stok. 

LEPAS JADI EJEN, NAK BUAT APA? 

Sebaiknya anda create page khas anda di instagram atau FB. Tanda anda serius dengan bisnes anda dan beri komitmen padanya meskipun ia bukanlah produk anda. Tapi ANDA MESTI ADA IMPIAN UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA! Sebab itu anda mesti bersungguh dan beri komitmen. 

MACAM MANA NAK CARI CUSTOMER?

Boleh mula cari kenalan terdekat dan promote secara offline kepada mereka atau invite mereka ke page anda. TAPI JANGAN PROMOTE DI GROUP WHATSAPP KECUALI DALAM GROUP WHATSAPP YANG MEMANG UNTUK BISNES. 

Boleh juga promote barang di group bisnes di FB. Sangat banyak. Anda perlu rajin cari. 

Promote di fb atau ig anda, guna hashtag yang berkaitan. 

LAGI PERKARA PENTING JIKA JADI EJEN:

Harga jual mesti sama dengan seller atas kita. JANGAN BERTANDING DARI SEGI HARGA tapi dari segi SERVIS. 

Beri pengalaman manis kepada customer supaya mereka tetap order dengan anda meskipun mereka tahu anda hanya ejen. Caranya? Layan customer dengan berhemah dan baik. 

KENAPA JADI DROPSHIP ADALAH ANTARA CARA TERBAIK UNTUK MULAKAN BISNES???

- tidak perlu modal
- tidak perlu susah payah simpan stok 
- tiada risiko kerugian
- anda boleh timba pengalaman buat bisnes sepanjang jadi ejen. 

Nak tahu: 

TIPS LAYAN CUSTOMER? 

TIPS NAK DAPATKAN FOLLOWERS IG? 

TIPS UNTUK ELAKKAN ORANG UNFOLLOW IG ANDA? 

TIPS MENULIS IKLAN? 

InshaAllah topik-topik tersebut akan dihuraikan kemudian. 😉 

Nor Sajidah Zulkafli
Founder www.elsajida.com

Be positive!!


BE POSITIVE!!! 

Nak baca satu cerita best? Tentang pentingnya kita untuk sentiasa berfikiran positif. :) 

Ada satu tempat berubat tradisional ni, raaamai orang berubat dengannya dan Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah. Dia tak ada beri ubat macam-macam, cuma ubat sapu untuk urut-urut sahaja. 

Untuk pesakit yg pernah doktor kata padanya "penyakit kamu ni dah tak ada ubatnya" pun alhamdulillah sakitnya semakin kurang walaupun lepas satu kali jumpa orang tu. Ajaibnya! 

Sebenarnya, orang tu tak amalkan ilmu sihir pun, tapi dia amalkan ilmu positif! Setiap kali ada pesakit datang berubat, dia akan berkata yang positif sahaja kepada pesakitnya seperti; 

"Sikit sangat sakitnya ni. Lepas ni kalau dah urut sikit, & jaga makan, inshaAllah hilanglah sakitnya tu..."

"Takde ape lah sakit ni. InshaAllah boleh sembuh. Esok lusa bolehlah berjalan..."

"Jangan risau. InshaAllah ada penawarnya."

Nampak tak? THE POWER OF POSITIVE THINKING. Bila orang tu sentiasa beritahu pesakit nya tentang harapan serta motivasi yang positif, dia sebenarnya sedang menyuntik semangat baru dalam diri pesakitnya. Dia membantu pesakitnya mengharapkan yang baik-baik sahaja dari Tuhannya. 

Satu perkara yang harus kita ingat, mind set yang positif itu adalah doa. Doa yang disulami rasa keyakinan kepada Tuhan. Kerana itu, sangat sangat sangat penting bagi kita untuk sentiasa berfikir positif. Tentang hampir semua perkara. Tentang takdirNya, tentang orang lain, tentang ujian yang Dia beri dan macam-macam lagi. 

Ucapkanlah yang baik-baik. Tulislah yang baik-baik. Fikirlah yang baik-baik. Dan berharaplah yang baik-baik. Itu semuanya doa. Doa yang pastinya akan terbang merentasi lapisan langit dan menuju Dia. Dia Maha mendengar segalanya, meski kata-kata itu hanya tersemat di jiwa dan tidak terlafaz di bibir. Bersangkalah yang baik-baik sahaja tentang Dia. 💕

"Jadilah manusia positif kerana dunia ini sudah terlalu penuh dengan aura negatif yang banyak merugikan manusia"

Nor Sajidah Zulkafli
norsajidahzulkafli.blogspot.com

Japanese people study Islam


Tadi jalan-jalan di ig, terjumpa ig orang jepun yang baru masuk Islam ni namanya @nurarisaMaryam. Rasa kagum dengan mereka yang rajin cari ilmu tentang Islam walaupun mereka belum muslim. Kadang2 kita ni, dah Islam pun tapi tak rajin pergi kuliah atau dengar talk tentang agama, sedangkan ilmu agama kita masih sangat sikit. 😭 Moga kita sama2 lebih gigih untuk pelihara iman & tambahkan ilmu tentang agama kita. :')

Harga produk


TIPS BISNES HARI INI

Harga: 

🌸 Secara etika, kita perlu menjual dengan harga pasaran. Macam mana nak tahu harga pasaran? Tengok standard produk tu dalam pasaran berapa RM harganya. Contoh: tudung bidang 60. Harganya standard dijual dalam RM35 ke atas. 

🌸 Kalau kita borong dari orang, atau jadi ejen, mesti jual ikut harga yang mereka jual atau jual lebih mahal. (Kecuali kalau buat sale/clearance). Jangan bersaing guna harga, tapi bersaing lah dengan cara memantapkan servis & kualiti barang kita. Give an awesome shopping experience to our customers.

🌸 Tak salah letak harga 2 (atau 3) kali ganda lebih dari harga kain, sebab dalam proses siapkan tudung tu (contohnya), bukan hanya ada kos kain. Ada kos minyak, tenaga, masa, marketing, idea, packaging etc. Dan harga tinggi BUKAN RIBA'. Riba' adalah bila orang berhutang pada kita & kita minta dia bayar lebih tinggi. Selagi mana orang sanggup bayar harga tertentu untuk beli barang kita, tak apa kita letak harga mcm tu. Tak salah dari sisi agama atau etika bisnes. Sebab kita memang tak paksa orang beli barang kita, mereka ada pilihan lain.  (Kecuali kalau kita jual barang keperluan seperti beras dan pakat ramai-ramai sesama peniaga utk naikkan harga. Yang ni memang salah)

🌸 Ada orang kata, dia jual murah untuk tolong orang susah. Okay, satu perkara penting kita perlu faham tentang bisnes; "kita berniaga dengan orang yang mampu beli & berduit. Untuk orang yang susah, kita buat kebajikan (contohnya sedekah)." 

Antara sebab kita tak boleh jual jauh lebih murah dari harga pasaran ialah: ia menzalimi peniaga-peniaga lain & will kill the market & pasaran tak akan berkembang. Ada banyak lagi kesan buruk nya. InshaAllah nanti saya akan kongsikan lagi. :) 

Nor Sajidah Zulkafli
Founder EL SAJIDA


Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi join channel ni walaupun masih kosong. :) 

Niat di hati kak jida, masa awal-awal buat bisnes ni, memang antaranya untuk kumpul ramai audience supaya kak jida ada platform untuk sebarkan ilmu atau apa-apa sahaja perkara bermanfaat yang ingin kak jida kongsi. 

Kak jida tengok zaman sekarang, ramai orang dari pentas dakwah yang gunakan channel tersebut sebagai platform untuk buat bisnes. Tapi kak jida nak buat yang sebaliknya; iaitu untuk guna pentas bisnes ni sebagai platform untuk sebarkan dakwah atau apa-apa sahaja yang bermanfaat. :) 

Kak jida memang suka share apa-apa yang kak jida tahu. Dari zaman belajar lagi, kalau lepas kelas je, mesti kak jida suka tulis di blog tentang apa yang kak jida belajar di kelas. Terutamanya tentang ilmu yang kak jida rasa ramai orang perlu tahu. Kalau baca buku apa-apa pun, kak jida suka share benda-benda best dari buku tu. 

Buat masa sekarang, kak jida belum ada peluang lagi untuk jumpa orang ramai atau buat halaqah sendiri. Kak jida masih mengumpul kekuatan untuk bercakap di hadapan ramai audience. 😅 Tapi kalau bab menulis, memang kak jida suka. Memandangkan kak jida setakat ni belum ada kesempatan untuk sharing secara live, kak jida guna secara penulisan. 

Harap bermanfaat untuk semua. ☺️

P.s.: Dalam channel ni, inshaAllah kak jida akan share tentang tips bisnes, perkongsian agama atau apa-apa bicara santai yang mungkin bermanfaat. InshaAllah bukan tentang bisnes sahaja :)

Nak letak nama apa?


Selamat pagi semua. Selamat beraya! Maruku mana maruku? Meh sikit!

Okay, minggu ni kita cover bab profile IG.

Ada sahabat kita tanya, nak letak nama apa yang sesuai?

NAK LETAK NAMA APA?

Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri?

Ada beberapa cara yang boleh digunapakai

👍  Kaedah 1 : 

Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama perniagaan anda.

Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama sendiri, gunakkan saja nama tersebut sebagai nama akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama perniagaan anda seterusnya membina follower sendiri.

👍  Kaedah 2 :

Gunakan nama produk

Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama produk sebagai nama akaun Instagram anda.

Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, buka untuk suka-suka. 
Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’ tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul follower berdasarkan produk jualan anda. 

👍 Kaedah 3 :

Jika anda sediakan perkhidamatan, boleh letakkan jenis perkhidmatan anda sebagai nama. Kaedah ini lebih mudah bagi follower kenal pasti apakah perkhidmatan yang anda tawarkan. Contoh : servisprintingmurah, servislipatbaju

Tips nama : 

Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih haruslah

- Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya
- Oleh kerana nama dalam Instagram Cuma boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan penggunaan underscore ( _ ) atau simbol pelik2
- Elakkan nama yang mengelirukan sama ada dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan Khalifh, Collections dengan Collection.

Ini membolehkan followers akan mudah nak ingat dan cari akaun kita nanti. Yelah, nanti dah lah nak sebut susah, terbelit-belit lidah, nak eja pun tak reti, macam mana mereka nak jumpa kedai kita?  Jadi, biar simple tapi orang senang ingat. 
Okay,esok lusa kita sambung lagi ye :)

Jiran bawah dah ajak main mercun ni. 

Byee 😍😍😍

Cabaran promosi produk


Terima kasih.. saya akan hubungi pemenang melalui PM... 

Cabaran seterusnya saya nak anda promot produk anda sendiri tanpa guna sebarang ads & gambar...

100% text sahaja..

Boleh? 

Saya nak lihat... 😊

Kenapa sy buat cabaran ini? Sebab saya nak tgk berapa ramai yang benar-benar faham apa yang dia jual & untuk siapa produk tu.. 

Letak hashtag : #zyandotmy untuk saya menyemak hasil kerja anda.. 

Hadiah : RM30 

Saya pilih 3 orang sahaja.. 😏😏

Cabaran berlangsung 48 jam sahaja dari sekarang.. hanya untuk yang berminat sahaja... 

Terima kasih ☺️☺️

Menanam jenama dalam minda pelanggan


Salam semua, lama tak update dalam channel ni.

Hujuug minggu memang saya jarang online, dan kebetulan minggu tadi balik kampung pula.

Alhamdulillah, saya tak tidak bekerja ini boleh lah balik weekdays. 

Okay, duduk kampung, tak ada apa yang boleh buat sangat, internet pun agak slow, last2 layan TV je lah, tiba-tiba teringat tentang topik kita minggu lepas.

Brand atau jenama kita berada di mana, biar mereka membesar dengan jenama kita. 

Penah dengar atau tonton rancangan Tom Tom Bak yang dikendalikan oleh Dato’ Aznil Hj Nawawi?

Okay, rancangan tu memanglah untuk kanak-kanak, dan telah bertahun-tahun dahulu ditayang di kaca televisyen, budak-budak yang tonton dahulu pun mungkin ada yang dah meningkat remaja sekarang, dah tak tonton rancangan-rancangan kanak-kanak, tapi, cuba bayangkan yang bila beberapa tahun akan datang, sewaktu usia kanak-kanak itu meningkat remaja, Dato Aznil Hj Nawawi muncul dengan satu program khas untuk remaja pula. 

Rasa-rasa siapa yang bakal tonton dahulu rancangan tersebut?

Jika tidak tonton pun, siapa yang bakal cepat tangkap atau perasan dengan rancangan tersebut.

Ya, remaja-remaja yang zaman kanak-kanak mereka asyik dan taksub dengan rancangan Tom Tom Bak tadi. 

“Aku ingat lagi Aznil ni, dulu masa kecik, aku selalu tengok rancangan dia.” 

Itu lintasan pertama yang bakal bermain dalam kepala mereka.

Sama seperti sebahagian dari anda, agak-agak kalau cerita Keluang Man nak dijadikan filem tahun hadapan, siapa yang nak pergi tonton dahulu?

Jadi, dapat gambaran jelas, bagaimana untuk menanam satu jenama sesebuah produk atau perniagaan dalam minda pelanggan dan biarkan mereka membesar dengan produk anda. Ini salah satu faktor yang membolehkan perniagaan anda bertahan lama. 

Orang sentiasa bersama jenama anda.

So, dalam tak kisah lah dalam platform mana sekalipun termasuk Instagram, kalau anda rasa sesuai untuk tanam jenama di kepala hotak audience, silakan, mungkin makan masa dan awal-awal tidak ada sebaang pulangan, tapi, ianya lebih pada pelaburan jangka masa panjang.

Okay, cukup lah bebel hari ni.

Tip 35

Tip 35
====
Produk baru, brand baru, apa langkah pertama?

Fokus memberi nilai dulu... jangan terus menjual.. buat orang kenal dulu.. mat salleh panggil awareness marketing...

Cara marketing yang sesuai:

1) Blog post - macam yang sifufbads buat.. orang yang tak pernah-pernah kenal pun bila baca post dia kat blog pun boleh jadi terus tertarik nak join seminar... 

2) Video - contoh anda jual makanan sunnah, share la video pasal “10 kebaikan” makanan sunnah, bukan video pasal makanan sunnah, kat hujung video letak lah logo brand anda atau nama page anda ke.. 

3) Status Facebook - Update page anda dengan tip menarik.. JANGAN MENJUAL… 

4) Bagi sesuatu percuma macam tips yang saya bagi sebelum ni.. 

Ingat.. untuk tahap ini, fokus pada EXXTRA KUALITI bukan KUANTITI.. 

Kita nak orang suka kita, brand kita, 

Kita nak orang SHARE perkongsian kita..

Biar bagi 1 atau 2 tapi orang suka, orang share, orang rekemen.. 

Daripada bagi 100 tapi krik krik jer~ 

Lihat salah satu blog post saya yang ini:

http://internetmudah.com/blog/perkara-yang-menyesal/

Hampir 3000 pelawat yang baca blog post yang itu sahaja hasil share dari rakan2 di facebook. dari situ yang tak kenal saya langsung, tiba2 terus jadi suka kat saya.. paling best.. dari pembaca terus jadi pembeli produk.. 

Padahal saya bukan selalu pun update blog tu.. 😁 

Belajar sesuatu pagi ni?

hmm.. baru 0.003% je sy share kat canel ni.. harap bermanfaat.. 

kalau anda kenal mana2 kawan atau bisnes owner bagi dia baca tip 35 ni… 👍👍  

Nantikan lagi tips seterusnya...

10 jam sahaja lagi cabaran akan tamat..

Boleh tgk kat fb..

search kt fb  #tipszyan 

Saya dah nampak antara calon yang menang malam ni.. 🤗🤗


Ada sebarang soalan boleh PM sy kt facebook .. 

Fb.com/zyanfb



30 minit lagi cabaran tamat 😏