Getaran Kesyukuran Diri

Getaran Kesyukuran 02/40 (September 2018)

9:10 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "

Aku bersyukur pagi ini sempat juga mengerjakan Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh kerana terlewat bangun. 

Aku bersyukur dapat memulakan hari bersarapan bersama suami sebelum dia pergi kerja. 

Aku bersyukur dapat menonton dan mendengar kupasan ilmu dari Ustaz Elyas Ismail dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, topik pagi ini sangat menarik tentang disiplin ilmu dan ulamak.

Aku bersyukur malam tadi dapat mengemas kotak First Aid yang ada di rumah dan menyisihkan ubat-ubat yang telah luput agar tidak termakan secara tidak sengaja.

Aku bersyukur semalam dapat melaksanakan hampir separuh dari rutin SOP 555, moga terus istiqomah untuk hari-hari seterusnya. 

Aku bersyukur semalam sempat memasukkan order dari pelanggan untuk set sedondon Officewear Maleeq Maleeqa walaupun hampir terlewat kerana tarikh tutup pada hari yang sama.

Aku bersyukur semalam dapat selesaikan bayaran saman DBKL untuk kesalahan parking pada tahun 2015, jadi nama aku telah tiada dalam senarai saman tersebut. Dapat diskaun juga, hanya bayar RM30 sahaja dari jumlah saman sebenar RM100. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
7/9/2018
Shah Alam, 9.09pagi

0 comments: