dari dalam diri

Bila kemahuan hati & minda tidak selari.

11:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Waktu dia tersilap
Kita risau
Ingin mencari jalan kembali
Saat itu
Kewarasan minda mengatasi kemahuan hati...

Waktu kita tersilap
Dia gusar
Tidak betah membiarkan segalanya lagi
Namun saat itu
Kewarasan minda
Tak mampu mengatasi kemahuan hati...

huhuhu..... :(

0 comments:

isu semasa

Nasib Si Pembaling Kasut.

11:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Muntadar ditahan oleh pihak berkuasa selepas kejadian membaling kasut. - AFP

PERBICARAAN kes wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang menggemparkan dunia kerana tindakannya membaling kasutnya ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, bermula dengan kawalan ketat pada Khamis lepas.

Muntadar mendapat sanjungan meluas terutamanya di dunia Arab apabila kasutnya nyaris-nyaris mengenai kepala Bush pada satu sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, semasa lawatan perpisahan Bush ke Iraq sebelum meninggalkan White House. Walaupun tindakan Muntadar ini dilihat oleh AS dan Barat sebagai sesuatu yang salah dan menghina namun beliau telah dianggap sebagai wira oleh penduduk Iraq dan kebanyakan penduduk Islam dan dunia. Beliau telah dianggap hero bagi umat Islam dan mencatat sejarah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini membaling sepasang kasut yang dipakainya terhadap Bush, seorang pemimpin besar dunia.

Muntadar bukanlah orang kenamaan atau pemimpin politik. Beliau hanyalah seorang wartawan Iraq yang ditugaskan membuat liputan sidang media Bush di Baghdad baru-baru ini. Muntadar ditugaskan untuk membuat berita tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila beliau pula menjadi bahan berita dan disebarkan ke seluruh dunia. Dalam adat budaya Iraq, melempar kasut adalah satu penghinaan yang amat teruk. Maka Bush telah dihina dengan sangat jijik oleh seorang warga Iraq namun bagi mereka tindakan ini merupakan satu langkah yang tepat sesuai dengan apa yang telah dilakukan kepada dunia Islam.

Hakikatnya Muntadar sudah melampaui tugasnya sebagai seorang wartawan yang bertanggungjawab menulis berita dan dari segi perundangan beliau tidak boleh lari dari dibicarakan. Semasa memberi keterangan di mahkamah, Muntadar mempertahankan tindakannya dengan berkata, beliau menjadi terlalu marah dan tidak dapat mengawal perasaan apabila beliau melihat Bush mula berucap pada satu media di sini pada 14 Disember lalu.

"Saya hanya nampak Bush dan seolah-olah sesuatu yang hitam kelihatan pada mata saya.

"Sebaik sahaja Bush mula bercakap mengenai 'kemenangan dan kemajuan' di Iraq, ketika itulah saya melakukan apa yang saya lakukan," katanya di kandang tertuduh.

Sebelum sidang media itu, Muntadar menceritakan, beliau melihat pasukan keselamatan AS memeriksa wartawan Iraq dengan cara yang memalukan sebelum mereka dibenarkan memasuki bilik persidangan. Perbicaraan itu bermula pada pukul 10 pagi ini (3 petang waktu Malaysia) dengan puluhan penyokong yang berhimpun melaung-laungkan nama Muntadar dan menuntut beliau dibebaskan. Peguam bela dalam hujah pembukaan mereka berkata, protes luar biasa yang dilakukan oleh Muntadar itu tidak menyalahi undang-undang dan tuduhan terhadapnya patut digugurkan.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Hakim Mahkamah Jenayah Pusat, Abdul-Amir al-Rubaie menangguhkan perbicaraan kepada 12 Mac ini, dengan menyatakan maklumat lanjut diperlukan mengenai lawatan Bush. Menurut hakim itu, mahkamah memerlukan masa untuk mendapatkan kepastian daripada Kabinet Iraq sama ada lawatan Bush itu "rasmi atau tidak rasmi."

Muntadar yang ditahan sejak kejadian tersebut boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing, iaitu tuduhan yang difailkan terhadapnya oleh pendakwa raya. Jika Muntadar dibebaskan, ini sedikit sebanyak menunjukkan sistem kehakiman bebas dari pengaruh pihak tertentu dan dia akan berterusan dianggap sebagai wira.

Sebaliknya jika dia didapati bersalah, sistem perundangan akan mendapat malu kerana dituduh oleh rakyat negara ini dan masyarakat Islam seluruh dunia sebagai lidah barat dalam sisitem kehakiman.

Kini nasibnya terletak ditangan hakim malah perbicaraan ini pastinya bakal mencatat ujian bersejarah bagi sistem kehakiman Iraq, waima apa pun Muntadar sendiri akan terus dikenang dalam sejarah dengan tindakan beraninya itu.
-Utusan Malaysia Online-

.....erm....inilah dunia...yang lemah menjadi mangsa & teraniaya...

0 comments:

monolog

KALAULAH...

10:00 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments


Kalaulah...

Kemarahan itu boleh selesaikan segalanya

Dah lama saya marah...

Tapi hakikatnya

Kemarahan tak mampu untuk buat apa-apa

Malah hanya menambah sakit di dalam jiwa.......

1 comments:

dari dalam diri

Satu Pilihan.

10:40 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bila kita punyai pilihan untuk berkata "TIDAK",
tetapi
kita masih memilih untuk berkata "YA"...

Erm..sukarnya membetulkan sebuah kesilapan..
Mungkin tersedar bahawa kita berada di jalan yang salah..
tapi...
Tidak tahu bagaimana caranya untuk berhenti..
@ sekurang-kurangnya mencari jalan 'u-turn' untuk kembali...

0 comments:

dari dalam diri

mari mengeja

8:17 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

sin.dal.ya.ha.nya. ra.alif.sin.alif. ha.alif.ta.ya. ba.wau.kaf.nun. mim.nga.alif.lam.ha. cha.wau.mim.alif. ta.ra.alif.sin.alif. ba.alif.ga.alif.ya.kaf.nun. alif.syim.ya.qaf. dal.pa.ra.sin.alif.lam.ha.kaf.nun. alif.syim.ya.qaf. ta.ra.lam.ya.ba.ta. dal.nga.nun. pa.lam.ba.alif.ga.alif.ya. alif.ya.sin.wau. ya.nga. mim.nun.wau.nun.ta.wau.ta. kaf.pa.dal. pa.nun.ra.alif.nga.nun. mim.wau.nga.kaf.ya.nun. ta.qaf.dal.ya.ra. ta.wau.ha.nun. sin.dal.nga. ba.ra.ba.ya.cha.alif.ra.alif.

2 comments:

isu semasa

Pantun 4 kerat I

9:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments


Orang Hilang &Negaraku

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Makin tenat makin sengsara
Kes orang hilang di mana-mana
Hingga wakil-wakil rakyat pun terlibat sama...

Si penculik dan yang diculik
Punya matlamat dan impian masing-masing
Tak dapat cara baik, dicuba cara jelik
Kita di bawah kekal terkontang-kanting...

Seminggu dua diculik, akhirnya dipulangkan
Dengan rupa baru dan pendirian berbeza
Maka terpampanglah di berita muka depan
Taktik lapuk yang sukar sekali untuk diterima dan dipercaya...

Bilalah akan berakhir segalanya
Kalah menang yang dapat diterima dengan hati terbuka
Bukan merampas dengan cara sebaliknya
Di mana erti pejuang sebenar, itu pengecut namanya...

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Moga rahmat Tuhan akan terus menaungi kita
Walau pelbagai onar dan dugaan melanda
Erm..sehingga berjumpa lagi di pantun 4 kerat II...

:)

2 comments:

dari dalam diri

Kawan susah, Kawan senang.

6:30 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Bila kawan susah, kita patut tolong. Tolong dengan sebenar-benar tolong, sedaya mungkin untuk ditolong..Yelah, pada kita "THAT'S WHAT A FRIEND FOR"...

Bila kawan senang, kita mungkin tak penting lagi..jadi kita harus sedar diri, tidak mengharap diri dihargai..Maybe, "THAT'S WHAT A FRIEND THINK"...

Dua Tiga Kucing Berlari
Mana Nak Sama Si Kucing Belang
Kawan Ketawa Mudah Dicari
Bila Menangis Ku Ditinggal Seorang
isk...isk...isk...kesian.....
nak tisu tak????........

2 comments:

isu semasa

Berita vs Ramalan Cuaca

11:59 PM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

Berita..berita..berita...
Erm..bukan xboleh nak dipercaya, tapi kadang2 lebih banyak yang palsunya..Barangkali apa yang benar dari berita tv pada hari ini hanyalah kes kemalangan yang berlaku, kalah menang bola sepak..Isu2 hangat yang lain tu kadang2 jadi macam ramalan cuaca je..Pembaca berita baru je sebut di tempat kita diramal cerah, tup2 kat luar hujan turun mencurah-curah..apa kes??
Macam tu la, bila isu2 'goreng pisang panas' masuk berita, kadangkala hanya jadi ramalan @ kisah yang diputar belitkan sahaja. Bila stesen2 tv di bawah pengaruh 'ikan2 jerung' tertentu, kita yang jadi 'ikan bilis' ni pun dah naik menyampah nak dengar & ambil tahu. Bukan sekarang baru diajar, sejak zaman nordin ahmad dolu lagi..kalau tak, mana mungkin wujudnya kenyataan "sultan adil sultan disembah, sultan zalim sultan disanggah"..Jangan nanti episod drama sultan Mahmud mangkat dijulang berulang kembali di zaman yang kononnya rakyat sudah merdeka ini..
Ntah di mana erti merdeka bila ketelusan, kejujuran & kebenaran hanya menjadi mainan.. Tersembunyi & disembunyikan di sebalik kepalsuan, kesalahan & pengkhianatan.. Dah macam main sembunyi2 lak ye..
Almaklum la, memang pun 'bapak segala ikan jerung' yang nampak macam jinak di luar tapi ganas dalam diam suka nak main sembunyi2..Dah jadi hobi dia agaknya, simpan & sorok puak2 ikan yang tak ngam, tak 'yes man' dgn dia..semuanya disorok di tempat kelahiran, dalam perut yang tak berapa nak aman.. bila dah sampai masa, dah cukup sabun pencuci, otak di'brain wash' cukup2..erm..selang seminggu dua, puak2 yang disorok pun akan keluarlah dengan wajah baru, rupa yang berbeza. Dah turut sama jadi spesies jerung lagaknya.
Jika yang mendengar & melihat terus percaya membabi buta dengan wajah yang kononnya tak tahu apa2..erm...bak kata nabil "lu pikir sendiri la" nak jadi apa...
Ai...dunia...dunia...bila harta & takhta menjadi raja, seringkali akal & maruah diri menjadi terhina..

3 comments: