Latest Posts

Madain Saleh


🌷Madain Saleh🌷

Di dalam al-Quran, telah banyak disebut tentang kehancuran bangsa-bangsa(kaum) yang tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Di antaranya adalah bangsa ‘Ad (umat Nabi Hud), kaum Tsamud (umat Nabi Saleh), bangsa Madyan (umat Nabi Syu’aib), kaum Nabi Luth dan banyak lagi.

Kaum Tsamud iaitu umat Nabi Saleh AS adalah anak cucu dari keturunan kaum ‘Ad. Mereka bukan sahaja terkenal dalam bidang keusahawanan, malah, memiliki kepakaran dalam bidang seni pahat, ukiran dan pertukangan. Kota bekas peninggalan kaum Tsamud ini terletak di Al-Hijr (Madain Saleh) iaitu 440km di sebelah Utara Madinah yang mana ia kini telah menjadi salah satu kota warisan dunia. Pada Julai 2008, pihak UNESCO, telah mengesahkan kota tua Madain Saleh ini sebagai salah satu situs warisan dunia (World Heritage Site). 

Bagaimana hebat dan kuatnya  kaum Tsamud ini, mereka tetap dihancurkan kerana mereka tidak mahu beriman kepada Allah SWT dan tidak mengakui bahawa Nabi Saleh adalah seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka. 

Sebelum mereka dihancurkan oleh Allah, kaum Tsamud ini diperintahkan untuk menyembah Allah SWT dan menerima ajaran Nabi Saleh. Namun, mereka enggan berbuat demikian. Ketika diuji oleh Allah dengan seekor unta betina, mereka pula berpakat lalu membunuhnya. 

“Dan wahai kaumku! Inilah unta betina dari Allah, sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah ia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun yang akan menyebabkan kamu ditimpa (azab). Maka mereka membunuh unta itu, kemudian dia (Saleh) berkata, bersukarialah kamu semua di rumahmu selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan.” (QS Hud ayat 64-65).

Mereka dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir yang dahsyat sehingga meruntuhkan bangunan-bangunan tempat tinggal mereka. Begitulah, kerana keangkuhan dan kesombongan mereka, Allah hancurkan sepertimana yang telah berlaku ke atas kaum ‘Ad iaitu umat Nabi Hud AS.

“Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Tsamud.” (QS Hud ayat 67-68).

Sekiranya antum berpeluang ke kota tua Madain Saleh ini, tanamkan di hati rasa takut dengan azab Allah dan sedih sehingga mengalirkan airmata melihat segala kesan-kesan kebinasaan yang masih tersisa untuk dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran bahawa sesungguhnya tiada satu kuasa di dunia ini mampu menandingi kuasa Allah SWT...

“Janganlah kalian memasuki daerah umat yang diazab itu kecuali sambil menangis. Jika kalian tidak bisa menangis, jangan memasuki daerah mereka. Jangan sampai azab yang menimpa mereka, menimpa kalian.” (HR. Bukhari 433).

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat kita semua manfaatkan bersama.

Lembah Hunain


Antara gambar tempat yang menjadi saksi kepada peperangan Hunain di Lembah Hunain, MashaAllah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslim melawan kaum Quraisy yang terdiri dari bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Nasr dan Bani Jusyam. Perang Hunain ini merupakan balas dendam kaum Quraisy kerana peristiwa Fathul Makkah. Jarak antara tempat ini dengan Miqat Ja'ranah lebih kurang  40km.





Sticker dapur

Cantik kan kalau kat dapur semua berlabel cantik. Senang nak cari, tak yah la buka satu2 bekas tupperware tu. Hihi.

Ok, ni antara senarai sticker dapur yang ada dalam pasaran. Nanti boleh la buat dan print sendiri.

Senarai sticker dapur :
1. Gula
2. Kopi
3. Ajinomoto
4. Susu
5. Milo
6. Cukup rasa
7. Horlicks
8. Nescafe
9. Garam
10. Teh
11. Cili kering
12. Garam halus
13. Gula merah
14. Gula melaka
15. Garam kasar
16. Serbuk kunyit
17. Serbuk kari
18. Serbuk kurma
19. Serbuk ikan bilis
20. Serbuk kayu manis
21. Serbuk jintan manis
22. Serbuk jintan putih
23. Serbuk ketumbar
24. Serbuk lada putih
25. Serbuk cili
26. Serbuk lada hitam
27. Beras putih
28. Beras basmathi
29. Pulut Hitam
30. Pulut merah
31. Barli
32. Tepung suji
33. Tepung gandum
34. Badam
35. Tepung jagung
36. Tepung penaik
37. Oregano
38. Tepung rangup
39. Tepung kastard
40. Spageti
41. Makaroni
42. Kacang dhal
43. Fettucini
44. Pasta
45. Kacang hijau
46. Bijirin
47. Bihun
48. Kacang merah
49. Nestum
50. Tepung beras
51. Buah pelaga
52. Jintan manis
53. Belacan
54. Bawang tumis
55. Ketumbar
56. Bunga lawang
57. Jintan putih
58. Sup bunjut
59. Kulit kayu manis
60. Asam jawa
61. Halba
62. Suhun
63. Lada hitam
64. Rempah
65. Asam keping
66. Udang kering
67. Cili boh
68. Kismis
69. Kerisik
70. Cendawan
71. Bijan
72. Gajus
73. Rempah kerutuk
74. Biji labu
75. Bawang goreng
76. Keju
77. Serbuk kari ikan
78. Serbuk kari daging
79. Kacang tanah
80. Biji sagu
81. Mayonis
82. Rempah kuzi
83. Buah keras
84. Agar-agar
85. Oat

Ok, boleh la pilih dari senarai di atas dan sesuaikan dengan dapur masing-masing. Mana yang selalu guna, mana yang tidak. 

Selamat membuat sticker dapur. 

Getaran Kesyukuran 02/40 (September 2018)

Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "

Aku bersyukur pagi ini sempat juga mengerjakan Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh kerana terlewat bangun. 

Aku bersyukur dapat memulakan hari bersarapan bersama suami sebelum dia pergi kerja. 

Aku bersyukur dapat menonton dan mendengar kupasan ilmu dari Ustaz Elyas Ismail dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, topik pagi ini sangat menarik tentang disiplin ilmu dan ulamak.

Aku bersyukur malam tadi dapat mengemas kotak First Aid yang ada di rumah dan menyisihkan ubat-ubat yang telah luput agar tidak termakan secara tidak sengaja.

Aku bersyukur semalam dapat melaksanakan hampir separuh dari rutin SOP 555, moga terus istiqomah untuk hari-hari seterusnya. 

Aku bersyukur semalam sempat memasukkan order dari pelanggan untuk set sedondon Officewear Maleeq Maleeqa walaupun hampir terlewat kerana tarikh tutup pada hari yang sama.

Aku bersyukur semalam dapat selesaikan bayaran saman DBKL untuk kesalahan parking pada tahun 2015, jadi nama aku telah tiada dalam senarai saman tersebut. Dapat diskaun juga, hanya bayar RM30 sahaja dari jumlah saman sebenar RM100. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
7/9/2018
Shah Alam, 9.09pagi

Kejayaan Pagi 02/40 (September 2018)

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

*Syukur Alhamdulillah*, pagi ini dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Qabliah Subuh

#769SAFT
#gengtahajud


#gengdhuha

Getaran Kesyukuran 01/40 (September 2018)

Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "

Aku bersyukur pagi ini berjaya bangun serta dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud, Taubat dan Witir setelah sekian lama ditinggalkan. 

Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.

Aku bersyukur dapat memulakan semula getaran kesyukuran di pagi hari untuk melatih diri sentiasa bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Aku bersyukur semalam dapat menemani suami ke program berkaitan komputer yang menjadi minatnya serta dapat serba sedikit menambah pengetahuanku tentang bidang tersebut.

Aku bersyukur semalam dapat makan sedap dan terima pelbagai 'free gift' di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bersempena dengan program yang dihadiri bersama suami. 

Aku bersyukur semalam diumumkan sebagai Top 3 dalam senarai agen Harash Collection untuk bulan Ogos 2018.

Aku bersyukur semalam dapat mengetahui jumlah keseluruhan jualan sepanjang Jan-Ogos untuk jenama Harash Collection. Walaupun purata bulanan agak menurun sedikit berbanding tahun lepas, namun masih melayakkan aku untuk menerima salah satu anugerah tahunan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
6/9/2018
Shah Alam, 7.08pagi

Kejayaan Pagi 01/40 (September 2018)

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

*Syukur Alhamdulillah*, pagi ini dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Witir
Istighfar 100x


#769SAFT
#gengtahajud
#gengdhuha

Dipilih Tuhan

Aku dipilih Tuhan untuk berada di jalan ini. Pernah juga aku terfikir, aku terjebak ke dalam dunia peniagaan ini secara kebetulan. Ah! tapi aku tahu tiada kebetulan dalam hidup. Semuanya telah tertulis dan tersurat oleh Tuhan, kita sebagai manusia hanya menjalankan dan melaluinya sahaja.

Minggu ini hati berperang hebat di dalam, dengan pelbagai rasa. Dalam usaha untuk menjadikannya kuat (walau acap kali tertewas juga). Merintih di dalam diri saat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan kerana masih belum diizinkan. Antara kuat dan lemah, masih cuba berdiri. Antara bersemangat dan putus asa, masih cuba bertahan.

Terbaca status seorang rakan ~ katanya orang bisnes kena rajin banyakkan solat sunat. Kerana majikan kita cuma Tuhan dan kita kena usaha menjadi pekerja yang paling dikasihi. Barulah ada peluang diberi gaji lumayan, dinaikkan pangkat dan diberi ganjaran.

Aku kira itulah jawapan sebenarnya kenapa aku berada di jalan ini. Kerana Tuhan sayangkan aku dan mahu aku sentiasa dekat dan berusaha mendekatkan diri pada-Nya. Tuhan tidak mahu aku jauh, lupa dan lalai dalam menjalani kehidupan. Jadi aku juga kena berusaha menjadi pekerja cemerlang di bidang ini. Walaupun jalan ini sebenarnya sangat berliku, dan aku tahu aku banyak kali tewas untuk melaluinya sendiri..namun mungkin ada sesuatu yang menanti di hujung perjalanan lorong ini. Ada cahaya indah, ada cahaya kejayaan yang menanti di hadapan sana yang aku juga tidak tahu berapa jauhnya. Tuhan, bantulah aku untuk melaluinya.

Rashidah Hamid
10 Ogos 2018, 7.26pm
Shah Alam, Selangor

Renungan tujuan sebenar al-Quran


RENUNGAN TUJUAN SEBENAR AL-QURAN

Tujuan sebenar al-Quran diturunkan bukan untuk dihafal sehingga berjuzuk-juzuk atau dilagukan tanpa faham yang menjadi kepercayaan ramai orang termasuk para bijak pandai. Perlu difahami semula bahawa tujuan sebenar turunnya al-Quran ialah untuk kita mengkaji dan memahami TAFSIRNYA bagi mendapat PEDOMAN dan PETUNJUK sebagai syarat memperoleh RAHMAT dari  al-Quran.

Oleh itu, tidak ada kebanggaan kepada penghafal al-quran jika mereka hanya menghafal tanpa memahami dan tidak mempraktikkan isi al-quran dalam kehidupan seharian. 

Ù‡ٰذَا بَصَائِرُ Ù„ِلنَّاسِ ÙˆَÙ‡ُدًÙ‰ ÙˆَّرَØ­ْÙ…َØ©ٌ Ù„ِّÙ‚َÙˆْÙ…ٍ ÙŠُّÙˆْÙ‚ِÙ†ُÙˆْÙ†َ
(Al-Qur'an) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. [QS. Al-Jasiyah: Ayat 20]

Pedoman -> Petunjuk -> Rahmat