Latest Posts

Kenal potensi diri melalui warna otak?

Berapa ramai di sini belum kenal Otak tu warna apa dan bagaimana cara pemprosesan data dan maklumatnya..??

Dalam cabang mengenal potensi dan karakter diri ni banyak, selain koding numbering, melalui fingerprint, cara penulisan, jenis darah, dan juga Brain Colour, ini juga antara silibus ilmu hikmah yang sifu nak kongsi di Tribe ilmu SAFT ini,

Mudah untuk diaplikasikan dalam membina kerjasama berpasukan, memahami pasangan dan orang-orang sekeliling kita..

Berapa ramai nak tahu..??

Pernah kita bengang dengan rakan sekerja kita ka, agen kita ka buat tindakan macam siput sedut..?? Buat keputusan makan masa berminggu2 lamanya..?? Relax jer macam takder perasaan..?? Dan suka buat silap..??

Berapa ramai pernah berada dalam situasi sebegitu...

Semua ada dalam ini,

Siapa Nak Ebook Best Ini ?

✅ Rahsia Ilmu Hikmah
✅ Bongkar Potensi Diri
✅ Jemput Rezeki Melimpah Ruah

Download sekarang di :

Berlindung dari 4 perkara


Download :

*السَّلاَÙ…ُ َعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ*

*Salam Pagi Salam Kasih Sayang  Buat Saudara2-ku yang Dirahmati Allah.Didoakan Moga Allah hindarkan kita dari sifat riak takbur ujub dan jauhkan kita dari sifat mementingkan diri dan khianat sesama sendiri.*
*Insha Allah...*
*Aamiin ya Rabbal Alamiin..*

۞اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ۞

"Carilah teman baik yang bisa mendekatkanmu kepada Allah, kerana berteman dengan orang soleh perlahan-lahan akan membantu mempengaruhi peribadimu ke arah yang lebih positif" [Habib Quraisy Baharun]

Download :

Pengajaran Aidil Adha

Bismillah...

Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman semua

masih dalam mood raya ka hari ini..

Apa program hari ini..???

PENGAJARAN AIDIL ADHA

Ketika kamu mencintai yang lain lebih daripada mencintai Allah,
kamu mungkin diuji Allah sepertimana Nabi Ibrahim diuji Allah mengorbankan anak baginda Nabi Ismail.
Ketika Nabi Ibrahim sangat-sangat mencintai Ismail sehingga sibuk dengan Ismail maka ketika itu Allah meminta Nabi Ibrahim menyembelih anak baginda.

Di sinilah pengajaran besar di dalam menyambut Aidil Adha.
Bukan pengajaran yang selalu kita dengar iaitu harus berkorban untuk yang lain selain Allah.
Seharusnya MENGORBANKAN YANG LAIN kerana Allah. Mengorbankan bukan bermakna membuang. Tetapi tidak terikat dengan yang lain selain Allah SWT.

Mengorbankan wang bukan tidak perlu mencari wang. Tetapi berusaha mencari wang untuk menjalankan amanah Allah.. bersedekah, berzakat, memberi nafkah etc.

Mengorbankan anak isteri bukan membunuh atau meninggalkan mereka tetapi memastikan cinta kepada anak dan isteri tidak menghalang untuk lebih mencintai Allah. Lebih mengutamakan Allah pasti Allah Yang Maha Kasih Sayang memberikan rasa kasih dan sayang kita sesama anak isteri/suami kita.

Mengorbankan pangkat bukan membuang pangkat tetapi memastikan pangkat tidak membuatkan kita sombong, bongkak serta salah guna kuasa.
Mengorbankan masa bukan buang masa.
Tetapi menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk menjalankan amanah Allah SWT dengan bekerja, mencari nafkah, membantu mereka yang memerlukan, berkongsi ilmu etc.

Inilah yang dilatih di dalam penyembelihan korban. Bersedekah binatang korban untuk diberikan kepada fakir miskin. Melepaskan diri dari keterikatan harta benda untuk membantu yang susah.

Inilah pengajaran Aidil Adha yang utama. Mengorbankan yang lain agar perjalanan kita ke Allah tiada halangan/hijab.
Pengorbanan ini memerlukan kita sentiasa kembali ke Allah... masuk ke wilayah sedar Allah SWT.

Yang nak masuk syurga adalah diri kita, bukannya binatang yang dikorbankan itu.

BUKAN BERKORBAN UNTUK YANG LAIN SELAIN ALLAH.
Semoga kita semua mampu benar-benar melepaskan diri dari keterikatan dunia dan sentiasa menyedari Allah SWT setiap saat dengan mengorbankan dunia dalam erti kata sebenar.
Kita mampu menyedari Allah SWT setiap saat dan akhirnya di suatu masa kita diminta kembali secara abadi, kita tahu ke mana harus kita pulang.

Salam Aidil Adha....

Semoga bermanfaat untuk semua.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

Rezeki dan Memberi Manfaat kepada orang lain


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Tambahan perkongsian tentang rezeki DI SINI 

Mudahan hari ini dapat terus memberi manfaat pada yang lain


Datang Ke Allah


DATANG KE ALLAH

labaik allahuma labaik....
bukan ketika pergi menunaikan haji sahaja.

Ia harus ada dalam kesedaran dalam diri kita setiap saat. Kita datang ke Allah.

Cuba sekarang.... dalam duduk diam....
sedar kuat pada Allah.... katakan padaNya...

Ya Allah..
llahuma labaik, labaik la sharika “labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, Innal hamda wann’imat laka laka labaik, Innal hamda wann’imat laka wal mulk, la sharika lak”

aku datang kepada MU ya Allah, aku datang.
Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau, aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala nikmat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau.

Maka datangnya kita bukan masa haji sahaja.
Haji itu untuk kita jalani setiap saat hidup ini.
Kerana itu Haji adalah rukun Islam..... Islam..
hanya satu-satunya cara hidup yang diterima Allah.
Mari praktikkan....
jangan sekadar baca untuk mengenangkan saat haji.
Harus diamalkan terus dalam kehidupan ini.

Ya Allah.... aku datang ya Allah.... aku datang.
Bukan datang ke Mekah.
Bukan datang ke Kaabah.
Bukan datang ke safa dan marwah. Bukan datang ke arafah.
Bukan datang ke Mina.
Bukan datang ke jamratul.
Tetapi datang ke Allah.

Haji itu sama seperti syahadah.
Sama dengan solat.
Sama dengan puasa.
Sama dengan zakat.

Ibadah melatih untuk datang semula...
yakni pulang ke Allah.
Agar diri mampu pulang dengan benar di saat pulang abadi nanti.
Agar ketika pulang yang benar yakni mati... diri tidak terikat dengan apa yang dimiliki.
Inilah haji mabrur.
Yang mampu membawa kita agar sedar Allah setiap saat. Agar mampu runduk... rendah hati dan tunduk padaNya.

Inilah syahadah yang benar.
Yang membenarkan hanya Allah adalah Tuhan dan menafikan yang lain.
Dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya.

Inilah solat yang khusyuk pada Allah.
Bukan pada bacaan.
Bukan pada suara.
Bukan pada makna.
Bukan pada penglihatan.
Tapi hanya pada Allah.
Tunduk dan patuh lalu rukuk dan sujud meleburkan hati yang ego.

Inilah puasa.
Melemahkan jasad yang mengikat jiwa.
Melepaskan tarikan nafsu yang hanya ingin ke tanah. Makanan dari tanah.
Kebendaan dari tanah.
Wanita dari tanah.
Anak-anak dari tanah.

Inilah zakat.
Agar jiwa tidak terikat dengan apa yang dimiliki.
Mampu memberi dalam apa jua nilai harta.
Sikit atau banyak.... terus sedekah.... terus berzakat.
Jiwa yakin dengan aturan rezeki Allah.

Labaikllahumalabai....
ya Allah aku datang ya Allah... aku datang

Semoga bermanfaat untuk semua.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

Limpahan Rezeki


Doa Limpahan Rezeki
.
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ رَبَّÙ†َا Ø£َÙ†ْزِÙ„ْ عَÙ„َÙŠْÙ†َا Ù…َائِدَØ©ً Ù…ِÙ†َ السَّÙ…َاءِ تَÙƒُÙˆْÙ†ُ Ù„َÙ†َا عِÙŠْدًا Ù„ِØ£َÙˆَّÙ„ِÙ†َا ÙˆَØ¡َاخِرِÙ†َا ÙˆَØ¡َايَØ©ً Ù…ِÙ†ْÙƒَ ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†َا ÙˆَØ£َÙ†ْتَ Ø®َÙŠْرُ الرَّازِÙ‚ِينَ
.
Ertinya :
.
“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.”
(QS. Al-Maidah/5: 114)
.
Download Magnet Rezeki
➡️ http://bit.do/magnetrezeki769
Download sekarang di :
➡️ http://1.hikmahdiri.com/now/admin2


Makna Aidul Adha dalam kehidupan


SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN
'Bunuh rasa ingin dunia,
Hadir rasa ingin Dia
Bunuh sifat kebinatangan dalam diri
Bunuh rasa pemilikan

Download sekarang :
➡️ http://1.hikmahdiri.com/now/admin2

Apa hikmah di sebalik ibadah korban? 

Persaudaraan...keiklasan..silaturahim..tanda syukur

Lagi...??

Bismillah...

"... Makna Aidul Adha dalam kehidupan ..."

Setiap kita adalah "IBRAHIM", dan setiap Ibrahim pasti punya "ISMAIL".

Ismail-mu mungkin harta-mu...
Ismail-mu mungkin pangkat-mu...
Ismail-mu mungkin gelaran-mu...
Ismail-mu mungkin égo-mu...
Ismail-mu mungkin sifat-sifat kebinatangan dalam diri-mu

"ISMAIL"-mu adalah SESUATU yang KAU SAYANGI dan KAU PERTAHANKAN di dunia ini...

Ibrahim tidak diperintah Allah utk membunuh Ismail, Ibrahim hanya diminta Allah untuk MEMBUNUH RASA KEPEMILIKAN terhadap Ismail.

Kerana HAKIKAT-nya Semua Adalah MILIK ALLAH.

Semoga Allah SWT menganugerahkan KESHOLEHAN Nabi Ibrahim dan KEIKHLASAN Nabi Ismail kepada kita semua, agar kita boleh mencontohinya dalam kehidupan kita ... !!!

Semoga kita tidak merendahkan dan menghinakan orang lain dengan harta, pangkat & gelaran yang kita miliki ...

Kerana di hadapan Allah, hanya KETAQWAAN dan AMALAN kita yg diterima-Nya

(Hikmah Hari Raya Qurban)

Ketenangan Hati

Saat aku merasa kosong dan tidak berdaya
Aku mengerti Engkau telah memberiku
Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri
Saat aku merasa lemah longlai dan tidak punyai apa2
Aku tahu betapa selayaknya aku merasa begitu
Kerana pemilik kepada segalanya hanyalah Engkau sahaja
Aku hanya sebuah bongkah tanah kosong
Yang tidak memiliki apa2
Jika tidak dipinjamkan olehMu

Semoga hati ini mampu melihat segalanya
Dengan redha dan lapang dada
Melihat keindahan di sebalik setiap yang berlaku
Melihat nikmat di sebalik setiap ujian yang datang
Melihat kegembiraan dan keindahan
di sebalik setiap perjalanan hidup

Ya syakur
Ya Rabbi
Ya Rahman
Ya Rahim
Engkaulah Yang Maha Memiliki
dan Maha Memberi

Semoga aku bakal bertemu
Ketenangan hati
Yang hakiki

Selamat Hari Raya Idul Adha


Assalamualaikum....

Saya mengambil kesempatan pada 10 Zulhijjah ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.

Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T.

Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya doakan kita semua beroleh rahmat Allah sebanyak-banyaknya tanpa henti.

Aamiin.

Semoga mengambil hikmah daripada ibadah Korban
Tuhan buatkan syariat sebagai satu persoalan
Jawapannya terletak pada hakikat atau hikmah yang tersirat

Ikat Ilmu dengan catitan,
Pelihara ilmu dengan amalan,
Sebarkan ilmu dengan lembaran,
Hayati “ILMU HIKMAH” dalam kehidupan !

Download Hikmah Diri :
➡️ http://1.hikmahdiri.com/now/admin2

Macam mana sambutan hari raya korban tahun nie

Meriah,..??

Beraya di mana ..??

Ingatlah Dua Perkara :
KEBAIKAN orang lain kepada kita dan KESALAHAN kita kepada orang lain.

Lupakanlah Dua Perkara :
KEBAIKAN kita kepada orang lain dan KEJAHATAN orang lain kepada kita.

*Salam Aidil Adha 1438H, Mohon Maaf Zahir & Batin.*