Latest Posts

Metafizik sebagai signboard


Soalan : Ilmu dunia seperti metafizik ka, fb marketing ka, financial ka duduk di ruas mana, kalau dah faham??

Jawapan : Ruas ke-2 sifu.

Soalan : Alhamdulillah, boleh bagi justifikasinya?

Jawapan : Pada pandangan saya kerana ia berkait dengan ikhtiar, usaha  untuk asbab kita mendapat rezeki. 

Dia begini, numbering ini seumpama signboard. Kalau kalian nak pergi ke destinasi, nak ikut sigboard pun boleh, tak nak ikut pun takpa, tak khurafat dan berdosa besar pun.

Cuma lambat atau cepat jer sampai ke destinasi, paling tak pun makan buah langsat kan. 

Yahudi kaji sistem binari kod 01 hingga terciptanya GPS, kita tahu guna jer.

Metafizik umpama signboard, kan mudah. Tidaklah kita terkial-kial nak memilih dan daripada situ kita nampak dan rasa apa yang Allah bagi kita terlalu banyak sebenarnya dan yang bestnya kita akan nampak DIA sahaja.

Hadis Qudsi,
Aku ciptakan sesuatu untuk mengenali akan daku di atas segala sesuatu.

Number ka, waima kita sendiri pun Allah cipta tiada lain tiada bukan melainkan untuk mentauhidkan dan mengEsakan DIA.

Surah 51 ayat 49, jelas firman Allah:
"Aku ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan adalah untuk mentauhidkan dan mengesakan aku."

Kita sebagai hamba Allah tidak boleh lari dari kekuatan dan kelemahan. Bila kita sedar kita ada kelemahan banyakkan istighfar dan muhasabah diri. Bila kita tahu kita ada kekuatan, polish dan gunakanlah sebaiknya untuk memakmurkan insan dan mengajak mereka kembali hidup bertuhan.

Numbering atau kod system ini adalah salah satu kaedah untuk kita kenal pasti kekuatan, kelemahan, potensi dan sebagainya. Yang Mencipta semua ini pun Allah. Kalau Allah cipta dah tentu untuk nyatakan dia.


Ilmu 3 Ruas

Sebelum tidur, sila hadam ILMU 3 RUAS nie baik-baik..

ILMU 3 RUAS

Lihat jari kalian, setiap jari kita ada 3 ruas, as a manusia normal. Jadi bila satu tangan ada 5 jari tu bermakna ada 15 ruas. Yang mana terlebih ruas dan terkurang itu luar biasa insannya.

Baik, setiap jari mewakili peringkat usia sepertimana yang sifu selalu ajar dalam siri-siri kelas MSP sebelum ni.

Jari kelingking = umur 0-10 tahun (kanak-kanak)
Jari Manis = umur 11-20 tahun (remaja)
Jari Tengah = umur 21 -30 tahun (kemuncak hidup)
Jari Telunjuk = umur 31 - 40 tahun (dewasa)
Ibu Jari = umur 41 - 50 tahun (masa sedar diri & buat amal jariah)
Benjolan tulang keluar di ibu jari = 51 - 60 tahun (terlebih usia itu usia bonus untuk kuatkan amal ibadah)

Apa yang sifu nak share tentang ruas ini adalah tentang setiap peringkat umur kita tadi tu, WAJIB bawa bersama 3 ruas ini, Allah tak jadikan itu sia-sia melainkan ada asbab musababnya.. Yang cerah minda dan jiwa akan memahamilah perkara ini.

Baik, apakah rahsia di sebalik 3 ruas ni?

Ruas pertama @ paling atas atau ikut kajian sains dipanggil Ruas Tulang Distal adalah AWALUDDIN MAKRIFATULLAH (Mengenal Tuhan). Rasulullah SAW sendiri pun sehingga umur 40 tahun membawa Awaluddin Makrifatullah, mengajak manusia hidup mentauhidkan dan mengesakan Allah.

Ruas kedua @ Tengah atau ikut kajian sains dipanggil Ruas Tulang Tengah adalah Ilmu Feqah / Ilmu Keduniaan / Ilmu Syariat yang menjadi garis panduan kehidupan supaya tidak menimbulkan kemasalahatan masyarakat. Dengan bahasa mudahnya, selagi kaki berpijak di bumi yang nyata, kena ikutlah garis panduan. Selepas umur 40 tahun, barulah baginda Rasulullah diturunkan Al Quran sebagai Modul, SOP itu adalah terletak pada sunnatullah itu sendiri iaitu diri Baginda Rasulullah.

Ruas ketiga @ paling bawah atau mengikut kajian sains dipanggil Ruas Tulang Proximal adalah Tasawwuf / Hakikat iaitu menundukkan hati, bertawadduk hanya pada Yang Esa. 

Ilmu 3 ruas yang paling basic dalam kehidupan ini kena dibawa seiring dengan peringkat usia, andai dipisahkan tidak sempurnalah seseorang hamba Allah umpama dipisahkan jasad dengan nyawa...

Contohnya, andai dia beriman sekalipun ulang-alik masjid dan sebagainya tapi hati dipenuhi dengan sifat ego, hasad dengki, ke"Akuan" besar, merasakan diri itu sudah sempurna ahli syurga dan suka menjatuhkan hukum atas individu lain. Allah SWT akan benci dan menyampah lalu berakhirnya di neraka. Semuanya lengkap melengkapi antara satu sama lain. Rukun Islam (syariat) itulah letaknya pada Ruas ke-2, dan Rukun Iman (hakikat) terletak pada Ruas ke-3. Semuanya dimulakan dengan awaluddin makrifatullah. Kita tak kenal siapa yang kita sembah, jadi kita sembah siapa sebenarnya dan bagaimana amalan kita...??

Bila hati kita bertawadduk pada Yang Esa, Allah merestui maka alam pun merestui maka apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian semuanya akan menjadi mudah mudah sahaja. 

Bila hati kita ego, keAkuan besar, Allah akan menyampah maka alam sekeliling juga menyampah, semuanya akan jadi sukar dan sangkut sana sini.

Semoga bermanfaat, dan jaga ilmu basic kehidupan ini baik baik. 

Rahsia Nombor 786


Bismillah...

Soalan : Kenapa Restoran Mamak ada letak 786?

Jawapan : Blok Metafizik Sanantan Ayurveda di tanah Hindus juga mengira bermula zaman Kod Hamurabbi atau sanskrit hampir sama dengan coding komputer. Kebanyakan Jurutera Software Design IT jenama besar seperti Google, Facebook, Twitter, Java, IBM, HP di lembah Silicon adalah warga India.

Ada juga bawaan coding dari segi spiritual Islam mazhab belah Imam Hanafi dari falak bulan dan bintang kiraan huruf Arabic + nombor. Hasil tambah, bermaksud pembuka dan tarikan. Ada juga mengira Al Fatihah coding Arab totalnya 786.

Berbalik pada nombor dan cara kehidupan Restoran Mamak 786 ini. 

7 adalah tempat manusia lepak, tempat sosial dan tengok bola, singgahan segera, tarikan laju.

8 adalah servis laju. Teh tarik one, roti telur one, one, one dan sangat laju. Ambik order semacam berlari. 24 jam non stop hardworking. Dalam industri makanan, servis kelajuan adalah penting. Lapar kan.

6 adalah rezeki, tempat manusia makan, tempat jumpa client, tempat borak MLM lah, tempat mudah cari makan.

Coding dan wave adalah 786 mewakili kelakauan dan cara kehidupan Restoran Mamak. Tidak perlu taksub pada nombor tapi wajib memahami maksud nombor adalah paling utama. Ornag beriman sentiasa di hadapan dalam bidang pengkaji ilmu kemanusiaan. 

Bila dah faham baru kita bersifat neutral dalam perlbagai lapangan bidang ilmu. Fundamental + Teknikal + Accuracy + Permasalahan dan sifat sosiologi bidang tersebut.

Berterima kasihlah kita semua kepada Allah, sifu tak layak menerima ucapan terima kasih itu. Sifu ni hanya sarung bernyawa sahaja. Meminjam kudarat, iradat, sama', basar, ilmu, kalam, hayat milikNya sahaja. 

Sahaja aku berkongsi ilmu di sini hari ini, kerana Allah Taala.

Kalimah dalam bismillah

Soalan : Bismillahirrahmanirrahim ni ada berapa huruf dan berapa total numberingnya, cer jawab semua sikit.
Jawapan : Kalau tak salah 19 huruf ada yang kata tersembunyi satu.

Huraian Jawapan :
Benar itu, sifat 20 semuanya ada apada kalimah Bismillahirrahmanirrahim, ibu atau kunci segala ilmu. Kan bernbetuk kunci itu kalimahnya.

19 - syariat (nyata)
1 - hakikat (tersembunyi)

Kalimah bismillahirrahmanirrahim ada total numberingnya adalah 786 berdasarkan huruf hijaiyah.

Metafizik bukan sains palsu/khurafat

Perihal ilmu metafizik adalah dikuasai oleh asalnya cedekiawan Islam. Fasa third sekunder ilmu barulah dikuasai blok Eropah.

Artikel ini ditulis sebahagian kecil dalam bidang ini. Itupun hanya orang celik sahaja memahami. Mungkin 0.03% manusia. Untuk fasih seperti sifu pastikan anda habis blok fundamental + teknikal ilmu. pastikan lebih 40 bidang berlainan fasanya. Takut takut anda tidak hadam maka anda menghukum hal lain lagi. Buku di bawah khas metafizik kesihatan dan bioplasma aura manusia karya Ibnu Sina.

METAFIZIK BUKAN SAINS PALSU/KHURAFAT
Daripada : Wan Ahmad Fayshal

Ini kitab yang dihadiahi oleh isteri masa menikah beberapa tahun yang lalu. Kami kesal melihat orang Melayu ditipu orang Melayu atas nama metafizik - satu ilmu yang agung dan amat luhur - bak kata Shaykh al-Ra'is Ibn Sina, metafizik atau dalam istilah falsafah Islami-nya "Ilahiyat" adalah bidang ilmu yang mengesahkan/menetapkan asas-asas keilmuan yang lain (tashih mabadi' sa'iri'l-'ulum) seperti fizik, matematik etc.

Metafizik dalam tradisi keilmuan Islam membicarakan hakikat wujudnya Tuhan dan sifatNya. Bicara tentang asbab yang empat (al-'ilal al-arba'ah) yang merupakan teras kepada apa yang kita guna dalam pelajari ilmu-ilmu lain khususnya sains tabi'i.

Ini belum kita sentuh bagaimana ilmu metafizik menjadi teras kepada ilmu aqidah Islam dan tasawwuf yang mulia. tapi sayang dalam kepala orang awam istilah metafizik telah dinistakan menjadi tilik nasib, kuasa-kuasa psychic.

Kembalilah kepada tradisi keilmuan Islam. Penat ulama' kita seperti Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, Jami tulis berjilid kitab metafizik untuk memsistematikkan ilmu-ilmu yang mengenal diri kita agar kita mengenal Allah SWT seperti yang layak kita kenali.

Model 769 SAFT - Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh
Peringkat nak kenal diri baru duduk dalam quadrant pertama iaitu SIDDIQ baru...
3 quadrant lagi itu akan menyusul kemudian.

Back To Basic


Bismillah... cara bangkit. Teknikal juga banyak. Usaha pula kena bersistem. Istiqamah, bukan sistem numbering itu yang ubah nasib kalian, tapi Allah jua.

Ini kaedah sahaja, nak guna takpa, tak mahu guna pun takpa
Tapi org yang dah guna, dah berjaya dah hidup mereka

Kita yang duk kata tahyul, khurafat dan sebagainya duk takuk lama lagi yang tak berkesudahan.

Hakikat dan Pelajaran yang Perlu Dihadam dan membuang Ego.

Back To Basic
= = = = = = = =

Anda perasan kan, kejiranan anda air muka tidak bahagia. Kedai dan premis dah banyak tutup. Hilang sorang demi sorang. Survival perniagaan.

Kenapa? Kita semua terlibat riba'. Percukaian mengakis nilai kewangan dan rantaian perniagaan yang betul. Orang bisnes boleh dikatakan banyak berhutang. Semuanya loan baik Islamik ataupun konvensional. 

Back to Basic.
Balik semula mengenal diri dan rantaian ekonomi sebenar. Belajar satu persatu kenapa dan sebab? Laluan ilmu dalam bisnes :

1. Pengurusan baik admin + HR + Financial + Operasi + Organisasi
2. Branding Power.
3. Sales and Marketing. Target dan KPI yang tepat.
4. Sistem 4 SOP.
5. 5 Star Income. Kena keluar lah cari ilmu.

Menangis. Yer, bila kita ego mencari ilmu. Tidak bergerak sebab kita banyak bertangguh dan tidak bertindak. Ilmu Metafizik hanya merungkai dan cara membuat back up, semuanya balik pada diri sendiri dan betul ke kita dengan Allah Taala. Menyalahkan keadaan tidak menyelesaikan masalah. Masalah adalah dugaan diri sendiri.

Ekonomi Downtrend


Bismillah.

Standby awal awal dengan 5 Star income.
Orang Bisnes mesti faham tahun 1977, 1987, 1997, 2007, 2017...

Biarlah orang lain melalak bagai, kita buatlah sesuatu untuk bangkit dan bangun semula. Numbers tidak pernah menipu tetapi manusia selalu tertipu.

Jika traders mereka buka major chart apa jua division trend merah zon W1,MN. Semua orang boleh faham.

Bersediakah kita semua? Harap buatlah sesuatu. Belek semula modul MSP asas, advanced, superbrands, trading, property, numbers, human coding, marketing, 9 on 9, master supaya sel otak berhubung semula. Asbab Iqra' dan sedikit ikhtiar. 

Cara bangkit, teknikal juga banyak. Usaha pula kena bersistem. Istiqamah, bukan sistem numbering itu yang ubah nasib kalian, tapi Allah jua.

Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayangNya dan rezeki luas. 

Sifu Farihan Yahya

Zon Kitaran Tahunan


Bismillah.

Masalah market tepu? Apa perlu buat dan teknikal metafizik? Dah habis duit iklan dan fasa media juga tak bergerak?

Cuba check psychology jualan 279. The End of Marketing is Branding. 2 adalah hebahan/media/komuniti, 7 adalah database follow up ---> 9 adalah Penjenamaan.

Macam mana Penjenamaan nak berada di level teratas. 9 + 1 = 1 betulkan pengurusan team dari A-Z. 1 juga bermaksud Trust (kepercayaan).

Macam mana nak ada Trust? Kita lihat sejarah Dakwah Rasulullah saw dan para sahabat. Dakwah terbit nahu asal memperkenalkan secara ilmu/info/seni pemahaman mudah/seni kemanusiaan/kepuasan level tinggi atas kesedaran.

Jika dipaksa beli? Tanpa kefahaman dan kebaikan. Branding dan Trust drop.

2017.2517. Media sosial dan flexible mengurus database, pengurusan tip top dan kuasa gandaan pengaruh. Sambil online kena keluar memberi latihan dan equilibrium pada pasaran.

Kita berada di zaman Zon kitaran tahunan 2 iaitu 2017. 2 itu bermakna zon media hebahan sosial, softselling, networking. Sebab tu Mat Salleh dah mulakan langkah 10 tahun awal, kita yang duk guna fb, whatsapps, insta, twitter dsb.

Yahudi sudah design kita menggunakan otak kiri lebih dengan memperkenalkan sistem pendidikan sekular. Kita menulis dari kiri ke kanan. Sebab itu kita jadi follower sampai mati, iman + tauhid kita pada Allah lari ntah ke mana dan sebagainya..

Sistem pendidikan Islam sebenar bertersakan awaluddin makrifatullah dengan tulis jawi mula dari kanan ke kiri, itulah sunnatullah. Dalam hidup ini, buatlah apa pun, langgar je sunnatullah, semuanya jadi debu-debu berterbangan sahaja.

Metafizik, pernomboran, metafisiologi


Soalan A : Benarkah metafizik ini khurafat?
Jawapan Sifu : Apakah yang tuan faham tentang word "METAFIZIK" itu sendiri?
Jawapan A : Menilai/meramal suatu nasib/bisnes melalui tarikh lahir. Word metafizik saya kurang pasti.

Huraian jawapan dari sifu :
Kena faham maksud "Metafizik" itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat justifikasi dan mendengar tamsilan orang ramai. 

"Metafizik" - sesuatu cabang ilmu Allah yang tidak dapat diukur oleh batas fikiran manusia. Ilmu falak juga dikategorikan oleh ilmu metafizik, adakah wajar kalau kita jatuh hukum mengatakan "ilmu falak" itu juga khurafat?

Ilmu Allah ini luas cabang ilmunya ibarat ranting -ranting pokok, asal berpaut pada dahan (Akidah Tauhid) yang betul tidak ada salah dan silapnya. Penamat segala ilmu adalah berbalik kepada Tuan Empunya ilmu itu sendiri iaitu Allah. Kalau belajar ilmu hebat sekalipun, tak berakhir seperti yang sifu katakan di atas tu, tiada kesudahannya.

NLP, MINDPOWER, juga di antara kategori ilmu metafizik juga. Kita tidak berada dalam bidang ilmu itu walau sesaat pun, tidak pernah menghadiri kelas depa pun tidak wajar kita menilai ilmu orang lain dari sudut kaca mata luaran sahaja.

Soalah B : Adakah metafizik terbatas pada penomboran dan warna atau semua fizikal dan lain2 struktur dan bentuk?

Huraian jawapan dari sifu :
Ilmu metafizik ada 99 cabang bidang ilmu kemanusiaan, metafizik sains penomboran islamik berasaskan al quran adalah kajian pattern 1 juta manusia. Difu sudah mengajar ini di Indonesia, Brunei, seluruh semenanjung Malaysia, pattern adalah sama.
Sifu sudah belajar block metafizik yang lain seperti Feng Shui, Numerologi dan sebagainya penamatnya adalah Al quran itu sendiri.
Numbering ini adalah asalnya 99 asmaul husna terbahagi kepada 9 kumpulan, yang dalam setiap 1 kumpulan ada 11 asma. 

Soalan C : Apa beza dengan metafisiologi?

Jawapan dari sifu : Metafisiologi adalah cabang ilmu yang di luar kotak pemikiran manusia yang fokus kepada perawatan. 

Soalan D : Perkataan meta itu sendiri bermaksud beyond thinking, betul?

Jawapan dari sifu : Benar, meta itu beyond thinking. Ulama sufi panggil ilmu hakikat. Mat salleh panggil metafizik. 
Metafizik ini adalah empangan ilmu, pecahan kecilnya itulah brain color, NLP, fingerprint, numbering, tulisan tangan dan sebagainya.