Latest Posts

Tip 30 & Tip 31

Selamat pagi 😊

Tip 30
=====

Dah baca tip 29?

Jom sambung yang ni pulak...

Dah bagi free.. anda kena la rilek.. emosi kena jaga... jangan terus kenalkan produk... jangan terus bagi offer.. 

Contoh di atas tu mini magazine.. penuh dengan info-info menarik pasal jubah muslimah.. 

Sama juga kalau anda beri free consulting untuk bakal investor ke.. untuk yang nak amik insurance ke.. tenang je.. tak payah la menggelabah sangat.. rilek.. tarik nafas hembus.. 😂😂

Point kat sini ialah bertenang.. 

Nampak mudah kan? 

Tapi tak ramai buat... asyik nak menjual jer..

Bosan... 

Ada tak saya kerap pos pasal cari agen kat canel ni?

Takde kan? 

Tapi dah beribu transaksi masuk kat akaun saya dari agen baru yang datang cari canel ni.. 

Kejap lagi saya sambung.. saya sibuk menjahit sekang ni.. sebab baju back support tu ada cust yang tak muat.. so kene cipta pelekat tambahan kat bahagian pinggang..


Tip 31
====
Buat Pelanggan atau bakal pelanggan anda KETAWA.

Bila mereka dah suka anda percaya anda.. apakata tambah lagi perencah.. buat mereka ketawa.. supaya dinding yang menghalang mereka dari mengenal anda sebelum ni habis roboh semua... 

Tipu lah kalau anda tak pernah bergelak ketawa dengan kawan2 anda... 

Kenapa tuan Safuan borhan kadang kala update status yang  boleh buat gelak sampai sakit perot dibuatnye...? semua tu ada tujuan die.. bukan saje-saje... hmm harap dia tak baca tips yang ni sebab semalam dia kate dah leave canel ni..  so boleh bahan dia kat sini banyak sikit.. 

Dengan cara ini bukan sahaja memudahkan anda mendapat jualan.. malah lebih mudah untuk dapat repeat order..

Bukan itu sahaja.. pelanggan atau bakal pelanggan anda berebut-rebut lagi nak kenal anda... 😁

Tips seterusnya.. bagaimana nak buat iklan online yang berkesan tapi dengan cara tidak terlalu menjual... nantikan...  ❤️ 

Tapi pendapat peribadi saya.. cara ini lebih sesuai untuk produk yang mahal.. kalau produk bawah harga 100 anda buat iklan biasa-biasa ayat biasa-biasa pun boleh dapat sales dengan banyak.. just kena main split test iklan je..

Sebelum saya sambung lagi tips pemasaran.. 

Saya nak anda kaji dan lihat lagi siapa potensi pelanggan anda...

Saya amik contoh baju back support saya ni..

Mula-mula saya cuma fikir orang yang ada masalah sakit belakang ni cuma yang kerja pejabat & drebar sahaja...

Tapi lepas tanya pelanggan yang dah beli... ada yang..

.. cikgu...
...askar...
... kerja currier..
.. kerja ofshore..
.. repair aircond..
..mekanik... 

Yang terbaru siapa sangka.. orang yang rajin pergi seminar atau kelas pun sangat perlu baju sokongan ni.. 

Kemudian timbul lagi idea baru macam mana nak buat iklan... ubah lagi ayat follow up.. guna lagi channel pemasaran lain dengan targeting baru.... hasilnya sangat luar biasa...

Jangan lupa korek data - data penting pelanggan anda sedia ada... 

Macam mana nak korek? 

TANYA..
😎😎

Asas Pemasaran : Tips 29


Tip 29
=====
Sambungan untuk strategi.. beri percuma.. bukan main bagi je.. 

1) Anda kena mahir terhadap produk/servis anda. 

Supaya anda boleh berkongsi ilmu atau apa sahaja lagi yang berkaitan dengan niche produk anda..

Saya bagi contoh la senang ye.. katalah anda ada buka butik baju muslimah.. 

Anda boleh offer percuma buku panduan penjagaan baju muslimah.. anda pasang 10 orang edar buku tu kat akak-akak yang bertudung labuh yang lalu-lalu kat kawasan jalan tar.. 

Mereka pun baca la kat rumah.. banyak betul tips-tips menarik dalam buku tu.. mereka dapat ilmu baru..sambil belek-belek buku anda sambil tu mereka tersenyum-senyum.. 😊 

Kat buku tu pandai-pandai la selit offer ke ape.. 

Lepas ni kalau mereka rasa nak beli baju muslimah.. pasti akan teringat butik anda.. 

NAMPAK? hmmm

Tu baru 1.. 

Jap lagi sambung.. nak bagi makan ikan kat taman…

Jap.. bukan buku yang tebal-tebal tu ye.. 😅😅  agak la.. buku yang simple dan seswaaii..haa.. mini magazine ke.. urgh.. tu kann contoh 😏😏

Perkongsian Ilmu oleh tuan safuan borhan... 

Buat rujukan sy ...  saje bookmark masuk canel ni.. 
🙈 .. 


Tips Pemasaran 28


Tengah taip tip yang ke 28 iaitu sambungan tip sebelum ni.. nantikan...  get redi ye uolls..

Tip 28
=====
Maaf lambat.. hujan kat luar.. sejuk sampai perot masuk angin…

ok sambung…

Macam mana nak menjual tapi tak nampak sangat menjual..

Teknik yang palingggg mudah sekali yang boleh digunakan oleh semua orang ialah : 

Beri Sesuatu secara Percuma! kenapa?

Rujuk tip 27 : sebab kita tak mahu prospek kita fikir yang kita penjual

ye lah.. kalau anda dapat sesuatu secara percuma dari seseorang, adakah anda fikir dia sebagai penjual? Mestilah tak kan?

Hmm… tp nak bagi percuma apa? 😁 

Jangan tanya saya… tapi tanyalah diri anda sendiri..
Apa yang aku boleh beri percuma kat bakal pelanggan aku.. 

cuba fikirkan!

Kalau anda bisnes agen pelaburan.. anda boleh beri consultan percuma
Kalau anda bisnes sabun.. anda boleh beri sabun percuma 
Kalau anda jual kek.. anda bagi la kek percuma

Fikir.. fikir! kalau tak boleh bagi produk free bagi la sesuatu yang bernilai juga free.. 

Tapii….

Nak beri percuma.. pun ada strateginya..  

Nantikan tips 29 esok.. tunggu… 😊😊

Rujuk latest wall post sy & tolong tekan butang share boleh tak? 😂 

https://www.facebook.com/zyanfb/posts/10207499071942248


Terima kasih
Saya doakan anda kaya & berjaya!!

Tips Pemasaran 27


Bagaimana cara menjual yang tak nampak menjual? 
Malah buat orang tak sabar nak beli... 

Tak salah pun buat iklan untuk hasilkan jualan...
Tapi.. anda kene tahu orang tak suka iklan.. malah kita sendiri pun tak suka tengok iklan kan 😁 kecuali kalau kita betul-betul nak sangat produk tu.. 

Sebab tu la bila kita sendiri buat iklan yang nampak 1000 orang tapi yang beli kadang cuma 2-3 itupun kalau ada la.. kalo takde nangis.. 😂  pastu nak naikkan sale kene bagi nampak pada 5000 - 1,000,000 orang baru sale meningkat... tapi pada masa yang sama.. kos iklan pun meningkat.. hmmm...

Jadi... 

eh belum cukup 2k members.. 

Jap tunggu... rilek lu... 😂


Alhamdulillah dah lebih 2k terima kasih banyak yg sudi share.. nanti saya sambung tips.. sambil-sambil tu yang belum baca laporan percuma bagaimana nak elakkan dari terbeli lambakan stok yang tak terjual.. sila download ye 👇

Jemput baca...
[ File : laporanpercuma.pdf ]

Bagi yang dah baca.. ini bukti kes 4 yang saya maksudkan dalam laporan  berkenaan.. saya bukan suke-suke tulis .. huhu.. sebagai motivasi👇


Dikala orang lain sibuk guna fb ads..beliau ambil pendekatan lain.. guna mudah.my tambahan pula beliau memang dah biasa dengan kaedah cod.. ini yang saya maksudkan dalam tips sebelum ni cara bersaing dengan betul.. 

Sila rujuk tip 22 pasal persaingan.. 

Ada buat rujukan ke tak ni? 😡

Cara betul rujukan adalah rujukan yang anda dah tulis sendiri setelah anda faham sesuatu info... sebaiknya tulis dengan jari tangan anda... catat segala point penting yang anda rasa penting dalam bisnes anda.. 

Tak perlu copy semua.. tak perlu tulis semua... dapat? 


Tip 27
=====
Sambungan… 

Bagaimana kita nak menjual dengan cara tidak menjual?
Dan bagaimana nak buat prospek tak sabar untuk beli dari anda?

Jawapannya adalah softselling..

Ooo.. Tapi softselling macam mana? 

Anda perlu buat prospek merasa yang anda ni “BUKAN PENJUAL”

Tapi lebih kepada penasihat.. pembeli maklumat.. seorang kawan…

Contoh paling mudah.. siapa perasan dalam channel ni apa yang saya jual?

Jawapan : Peluang perniagaan (Jadi agen back support)

kenapa saya buat laporan percuma di atas? 

Supaya anda anggap saya sebagai penasihat.. pada hujung laporan tu saya ada letak link jika ada yang berminat… 

sama lah juga kenapa channel ni dihasilkan
supaya anda tak nampak sangat saya menjual.. 

cuba kalau dari mulaaa lagi saya bagi tahu saya sedang mencari agen? Pasti nak tekan butang join pun anda menyampah… 

Alhamdulillah memang saya ada menerima agen baru walaupun tak semua saya terima sebab ada yang tak validate dulu.. 😊 

Kalau anda lihat channel sebelah pun ada yang ajak join bisnes kodi2 , haha.. Pastu ada channel yang jual ebook.. ada yang buat group pastu offer coaching..ada yang buat kelas… yang kumpul lead.. 

Masing-masing ada strategi untuk menjual tanpa menjual.. 

Untuk tip 28 saya akan dedahkan bagaimana nak buat teknik ni dengan lebih teliti dan bagaimana anda boleh aplikasikan teknik ini dalam bisnes anda! 

Tunggu 2.3k member jap…  😘 

Anak itik menumpang mandi
Tapi terlupa nak bawa baldi
Kalau anda rasa happy
Harap sudi share channel ini 

😁😁😁   

Terima kasih.

Jika anda tak meremang bulu roma... maka anda kurang faham sepenuhnya... so baca lah tips2 dari awal ye dan jangan lupa salin isi-isi penting yang anda boleh apply dalam bisnes.. 

Oh ye.. ada yang tanya sy buat kelas ke? Maaf.. saya tak boleh bagi komitmen lagi buat masa ni... kalau ada saya inform ..

Pengenalan (Part II)


Pengenalan (Part II) 

FACEBOOK VS INSTAGRAM

Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada page, walaupun mereka dah like pada page sesetengah peniagan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama muncul di newsfeed mereka.

Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu. 

Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan. 

Dalam Instagram, mereka Cuma follow kedai atau kaun yang mereka berminat sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka. 

Contoh mereka cuma follow akaun-akaun instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.

Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.

Tidak seperti facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Jadi, jangan risau sebab MEMANG boleh berniaga dan buat duit dalam Instagram.

Saya ada beberapa rakan yang langsung tak tahu pasal FB marketing dan lain2, dan 100% bergantung pada IG, dan pendapatan mereka konsisten 4 angka sebulan, dan buat secara part time. Ada tu yang surirumah sambil2 jaga anak. 

Walaupun audience bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat. 

Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan RELA untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu memang apa yang mereka minat.

Dapat sesuatu?

Pengenalan (Part I)

Pengenalan (Part I)

Saja nak bagi refresh bagi rakan-rakan yang masih baru nk guna IG.

Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka lebih suka dan selalu masuk.

Jawapan mereka.. Instagram.

Jadi, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke?

Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat status kosong. 

Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih ke Instagram. 

Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini. 

Tetapi, kita kena faham satu perkara.

Saya ulang.  

Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak IKLAN. Atas bawah tengah tepi semua iklan. 

Mudah kata, orang LARI dari Facebook sebab tak mahu lihat IKLAN. 

So, Kesimpulan utk Tips hari ini :

- ada cara terbaik untuk post dalam IG supaya tak nampak macam iklan
- ada cara walaupun kita post iklan, orang tetap suka
- kena faham sekali lagi..orang lagi dari Facebook sebab nak LARI dari iklan yang terlalu banyak.. jadi jika anda masih lagi beriklan sana sini dalam Instagram, potensi untuk pelanggan lari tu pun tinggi (pelanggan unfollow)
- guna cara softsale dalam beriklan dalam IG

Dapat sesuatu?

😍

Tips Pemasaran 25-26


Tip 25
======
Iklan dah jalan
Contact prospek dah masuk
Proses jualan pun berlaku
Duit pun dah banyak masuk

Tapi.... lepas kira2.. 

Dari kos iklan RM1k untung bersih tinggal RM100 je..

Tepuk dahi 🙈🙈

**** krik2~ 

Pernah berlaku?  

Kalau ada untung RM100 tu kira ok lagi.. kalau rugi .. menangis la dulu.. tak salah pun menangis ni.. 😂😂

Tapi rilek lah.. tengok lah contact yang masuk tu...

Yang dah beli tu boleh beli lagi...
Yang belum beli tu boleh beli..

Jawapannya tak lain tak bukan..

👉👉 Follow up lerrr..

Macam mana follow up yang betul? 

Nanti saya sambung pada tip seterusnya...

Yang pasti sekarang jangan takut untuk follow up.. prospek takkan berubah jadi buaya & makan anda bila anda buat follow up.. 😏😏😏

===========================================
Saya ada menerima soalan berkaitan email, blog, google dan lain2 .. 

Buat masa ni saya kongsi mana yang paling mudah nak apply dulu..

Tu semua mungkin tip yang ke 600 atau 700 nanti.. rilek luu... errmmmm...

Anda juga digalakkan menapis maklumat yang diperoleh dalam canel ni.. cuba sesuaikan dengan situasi anda sekarang..

======================================

Tip 26
======
CARA FOLLOW UP 

Sebelum tu anda kena tahu kenapa nak follow up antaranya: 

1) Nak tingkatkan sale
2) Nak cover kerugian
3) Nak menjalin hubungan yang panjang.. ❤️❤️

Setiap tujuan follow up adalah berbeza.. pastikan anda jangan salah skrip.. 

Apakah skrip utk no 1?

Mat salleh panggil upsale.. paling femes orang dok bagi contoh mekdi lepas order dia tanya nak fries ke atau apa2 lagi.. 

Anda boleh buat perkara yang sama.. katakan anda jual baju back support anda boleh upsale dengan produk lain contohnya gel amani ke.. prokas ke.. minyak lintah ke.. 

Buat sebelum cust nak bayar atau selepas bayar.. terpulang.. anda kena test sendiri.. 

Tanya je.. encik berminat tak nak tambah minyak sakit badan? Hanya tambah RM1juta je cik.. harga asal RM10juta.. tapi disebabkan encik pelanggan kami...tu yang kami bagi murah.. haa.. pandai-pandai la goreng ayat lagi.. 

Bagaimana pula dengan no 2? 

Kita nak cover kerugian ni.. simple..

Tanya je atau offer diskaun, offer free gift... atau kita boleh mintak dia tanyakan kawan2-kawan dia dan kita bagi produk tu free atau komisen sebagai ganjaran.. letak la syarat ketat sikit.. nak bagi free minimum 5 orang.. haa.. dapat idea?

No 3 membina hubungan dengan pelanggan sedia ada..

Tanya je apa perkembangan.. buat jadi kawan...pastu mintak rekemenkan ke.. macam-macam lah yang anda boleh fikirkan...  

======

Percaya tak kalau saya kata hanya dengan follow up sahaja anda dah boleh lupakan fb ads? Atau iklan2 berbayar yang lain? 

Tak caye? buat dulu....😎😎

Tujuan utama follow up tu kalau pusing macam mana pun sebenarnya untuk naikkan lagi profit juga.. sengaja saya asingkan jadi 3 kategori agar nampak lebih tersusun senang nak explain 😂


Ni skrip yg saya guna kalau pelanggan senyap:

Salam cik, maaf mengganggu.. dalam rekod kami cik pernah berminat nak dapatkan produk kami. Boleh saya tau cik masih berminat atau ada apa-apa soalan nak tanya lagi? Saya sedia membantu. Terima kasih


Ini pula skrip kalau pelanggan nak bayar tapi x bayar2 lagi.. haha.. :

Maaf cik. Dah buat pembayaran? Takut terlepas pandang.. sebab stok produk tak banyak.. kalau sudah bagi tahu kami ye..


Sekadar pesanan...

Jika anda ingin membeli page yang sudah ada likers.. 

Pastikan anda tahu:

1) Dari mana datangnya likers
2) Apakah nama page sebelum ditukar nama
3) Siapakah likers page

Anda dah tahu semua tu baru lah anda proceed payment untuk beli page tersebut.. 

Bukan ape.. 

Kalau likers anda ada sejuta pun tapi yang like bot atau fake profile pun tak guna juga.. 

Cara terbaik.. buat page dari mula.. buat iklan like.. makan kos tapi puas hati.. 

Sekian.. sekadar pesanan di malam jumaat... 😊😊😊

Tengah tunggu 2k members channel ni tak sabar nak sambung lagi tips.. 

Sebenarnya memang saya nak anda rujuk balik tips-tips kat atas tu.. mana la tau ada yang terlupa & terlepas pandang kan.. 🙈🙈🙈


Tips Pemasaran 22-23


Selamat pagi uols... 😂😂 

Sape kat sini dah bangun?

Tip 22
====
Bagaimana nak bersaing dengan pengiklan yang lain?

Walaupun kita menggunakan channel marketing yang sama dengan orang lain.. Tak semestinya kita menggunakan kaedah penyampaian yang sama juga..

Paham ke?

Ok katalah kebanyakan pengiklan atau pesaing kita banyak menggunakan iklan gambar produk, kita gunalah gambar yang orang sedang guna produk tu ke.. gambar muka orang terkejut sebab guna ke.. gambar awek comel ke.. gambar ada orang utan tengah sengih2 ke.. cuba cari apa kelainan yang anda boleh sampaikan...

Itu lah cara sebenar untuk anda bersaing.. kalau orang buat A anda pun bulat-bulat buat A itu bukan bersaing tapi lebih kepada berlumba.. 

Cara terbaik ialah kita “mengasingkan” diri kita dari kelompok-kelompok merketer yang menggunakan kaedah yang sama penyampaian yang sama.. 

Yang banyak merungut kenapa iklan dah banyak habis tapi takde sambutan…boleh jadi ini antara faktornya.. audience dah bosan dengan iklan yang sama walaupun dari penjual yang berbeza.. 

Contoh iklan video yg unik dari biasa.. pandai dia masukkan unsur jenaka dalam iklan… mudah.my pun ada tiru… tgk video ni..😂😂😂

https://youtu.be/u9vbXpMKz6I

Mahu belajar lebih mendalam pasal fb ads ni saya cadangkan datang kelas anjuran virus marketing.. 

https://www.facebook.com/safuanborhan/posts/10206354232987713?pnref=story

Saya takde dapat komisen apa-apa bagitau pasal kelas Encik Safuan Borhan ni.. yang saya tau dia memang betul-betul terer pasal fb marketing.. dia ada jual produk kampeni dia sendiri..ada team.. ada run iklan untuk klien.. klien pun ramai berpuas hati dengan die.. dan sekarang dia buat kelas.. itu lebih baik dari belajar dengan orang yang anda tak tahu pun apa yang dia jual...

Tip 23
=====
FOKUS FOKUS FOKUS!!! Buat apa sahaja kene fokus.. kalau tak boleh fokus 100% pun at least PEKA dengan apa yang berlaku.. Dalam pemasaran juga anda kena FOKUSSS... pastikan anda berada di track yang betul.. ikut PLANNING.. 

Berapa ramai kat sini yang tak perasan tip fokus ni sebenarnya tip yang ke 24.. kerana tip sebelum ini adalah 23 tapi saya taip tip 22 .



Saya pernah berada dalam situasi brader ni.. stok saya tak terjual.. modal dah keluar lebih 4 angka. Saya pun tak nak agen saya jadi macam saya dulu..saya tahu bagaimana perasan bila dah keluar modal tapi stok tak terjual.. di kalangan anda pun pasti PERNAH. KAN?? 

I feel you bro 😭😭😭


Kes yg sama... insyaAllah petang atau malam saya share pasal produk validation... hari ni sibuk handel stok utk agen.. maaf..

[ File : laporanpercuma.pdf ]

Saya share dalam bentuk PDF, sb panjang sangat nak taip kat sini tak muat pula... lagipun anda boleh buat rujukan di kemudian hari... 😊 harap baca ye.. penat kot saya taip dekat 3 jam juga tu.. 😰

Agak penat hari ini..maaf tak dapat kongsi banyak tips..

Tips Pemasaran 20-22


Tip 20 : Ada orang kata buat iklan kt FB masyuk.. 
Iklan kat email masyuk.. iklan kat adword masyuk.. 

Walaupun yang kata tu.. 
otai tahap dewa putra gunung semanggol sekalipun

Hakikatnya…

“Selagi anda tak buat anda takkan tahu.. anda kena buat.. tapi buat lah dengan ILMU.. ”

Setiap channel marketing tidak sama.. Ada produk yang boleh dijual di FB tidak sesuai di jual menggunakan email.. 

Ada yang bila jual kat FB tak laku tapi bila guna Adword laku pula.. 

Sebab itu Tuan Bukhari Ramli dan Tuan Faisal Abdullah sangat tekankan kita kena KENAL pelanggan kita... di mana mereka berada.. lingkungan umur.. jantina.. etc..

Jelas?

Berkenaan video yang saya tunjuk mengenai data location by state/city di keyword planner tu pun tidak menjamin jualan anda akan meningkat jika anda guna pada fb ads…. 

Kalau setakat nak jadikan sebagai petunjuk boleh la.. yang data kat keyword planner tu yang orang taip di google.. 

Manakala yang beli di FB pula boleh jadi tak pernah buat carian pun.. tak pernah rasa nak beli produk.. ada yang nampak iklan kita baru terfikir nak beli..

Nampak?

Sebab itu saya kata.. nak jadikan petunjuk bole la atau untuk melihat ada permintaan atau tidak.. 

Hmm.. kalau ada yang buat kelas berbayar ajar pasal google data guna kat fb ads sile tarik telinga die..  😂😂
👆contoh gambar iklan text tak lebih 20% yang menarik

Tip 21
=====
Jangan suka hati naikkan bajet iklan anda.. adoii...

Kalau iklan dah jalan... lepastu takde ape respon...takde komen like pm wasap  .. jangan lah naikkan bajet..  

Dah tau iklan tu takde sambutan pegi naikkan bajet dah kenape?? 😂😂

Bila waktu paling afdzal naikkan bajet? 

1) Jika iklan langsung tak gerak
2) Bila iklan tu dah mula nampak respon positif dari audience.. 
3) Bila anda "yakin" iklan anda boleh bagi roi berganda

Bab "yakin" ni hanya anda sahaja yang boleh tentukan sebab anda yang jual.. anda yang tahu apa yang sedang berlaku.. sebab anda yang buat iklan.. anda yang tahu sambutan iklan anda.. 

Let say.. anda run RM30 sehari.. jualan takde tapi yang wasap 3 orang.. dalam kes ni saya akan naikkan RM60 untuk lihat bagaimana resultnya.. 

Kalau jumlah wasap meningkat lepas tu mula ada sale.. saya naikkan bajet kepada RM200 sehari dan seterusnya..

Tip 22
=====
Ada kalanya.. anda dah buat macam-macam pun tapi iklan tak jalan..
Respon takde.. petunjuk apa pun takde.. 

Nasihat sy : TUKAR PRODUK 

Tak payah buang masa.. 
Sebab itu pemilihan produk sangat-sangat penting.. 

Saya yang mencari agen untuk baju back support pun saya akan tanya dulu dia ada buat validation atau tak.. kalau dia tak buat lagi saya takkan terima.. walaupun dia ada duit untuk bayar saya sampai 100 pcs sekalipun..