Getaran Kesyukuran Diri
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk :
Solat Sunat Tahajjud 2x
Solat Sunat Taubat 2x
Solat Sunat Witir 3x
Istighfar 100 x
Selawat 100 x
Solat Sunat Fajar
Al Mathurat Pagi
#769SAFT
#gengtahajjud
#gengdhuha
Al-Hujurat ayat 18 (49:18)
(Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.)
Aku bersyukur pagi ini dikejutkan oleh Allah untuk bangun mengerjakan qiamullail setelah banyak hari tidak melakukannya.
Aku bersyukur pagi ini dapat menyiapkan sarapan keropok lekor kegemaran suami untuk sarapan pagi kami bersama-sama.
Aku bersyukur pagi ini dapat menyiapkan tugasan harian menggosok seluar suami untuk dia kelihatan kemas di tempat kerjanya.
Aku bersyukur semalam dapat menyiapkan catatan blog untuk nota sepanjang bulan Mac yang kuambil dari group telegram #Tribe 769 sebagai rujukan diri sendiri dan moga dapat juga memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Aku bersyukur semalam dapat pengesahan untuk 4 design pre order yang kuhantar kepada pengeluar untuk jualan bulan Disember 2017.
Aku bersyukur semalam tidak mengeheret kemarahan terlalu lama kepada customer walaupun pada awalnya aku juga tidak dapat mengawal diri untuk menghantar pelbagai mesej untuk menyerang dia. Di pertengahan, aku cuba untuk berhenti dan buat urusan lain kerana masih juga terselit sedikit rasa belas kasihan kepada dia. Dan aku sendiri agak tertekan serta serba salah dengan apa yang terjadi, aku buntu untuk menyelesaikannya.
Aku bersyukur semalam sebelum tidur sempat memohon maaf kepada suami kerana telah terlanjur berkecil hati atas tegurannya berkaitan dengan kes hutang customer yang masih belum selesai.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
27/12/2017
Shah Alam, 10.37pagi
Kejayaan Pagi & Getaran Kesyukuran 01/40

0 comments:
Post a Comment