Latest Posts

Sabar, Berlapang Dada dan Memaafkan

Ah, hati bawang memang cepat terguris. Hihi. Tapi tak usah dipanjangkan semuanya. Mungkin sama-sama pihak ada silapnya masing-masing. Jika diikutkan rasa amarah, memang akan semakin menjadi-jadi. Perlu terus tarik nafas, berlapang dada dan lupakan sahaja. Maafkan diri dan maafkan orang lain. 

Mungkin untuk orang yang banyak tanggungjawab / kerja - kaum perempuan, memulakan rutin di awal pagi adalah nyata lebih menenangkan. Sebab dapat siapkan makanan awal, dapat tengok apa keperluan yang tak cukup. Jika mulakan rutin lewat, dan bersenag-lenang dulu di awal pagi - ada sahaja yang menggugat hati kecil. Nak buat macam mana, memang itu ketentuan semasa hidup di dunia barangkali. 

Jadi, cubalah untuk redha dan menerima segalanya. Cuba berlapang dada dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika mulakan rutin lewat adalah penyebab huru-hara, jadi cuba mulakan untuk rutin awal pagi agar tidak kelam kabut dan lebih tenang. Kemudian, boleh la merancang kehidupan sendiri dan berehat atau bertenang. Itulah juga cabarannya. Ini belum lagi mengurus anak bangun pagi, bersiap ke sekolah. Masih dalam fasa bangun pagi dan mempersiapkan suami. Juga perlu banyak bersabar. 

Rasa terguris, kecil hati atau tidak dihargai? Ah, jangan dilayan perasaan yang muncul. Teruskan sahaja buat yang terbaik. Kan erti hidup pada memberi. Jadi, mungkin masih belum dapat memberi kepada orang lain, masyarakat tapi memberi khidmat kepada suami juga dikira satu pemberian bukan? Ada kalanya lemah dan bosan dengan rutin memasak, mengemas, tapi perlu diingat masih adanya rutin tersebut la juga bukti kehadiran kita masih diperlukan. Jadi bersyukur seadanya dalam menjalani kehidupan yang ada. 

Ada orang lain yang lebih besar tanggungjawabnya di awal pagi, tapi mungkin sahaja dia berjaya menguruskan rutinnya dengan lebih baik. Jadi, perlu cari jalan. Perlu korbankan sesuatu contohnya waktu tidur. Perlu paksa diri untuk berubah, bangun lebih awal supaya dapat lebih bertenang dan memulakan hari dengan lebih gembira. Ya, kekuatan dalaman itulah yang perlu dicari. Jika lewat punch card dengan Tuhan, memang rutin kehidupan agak tidak terurus, jiwa mungkin tidak tenang. Sebaliknya jika dapat bangun awal, punch card dengan Tuhan terlebih dahulu - bonusnya jiwa lebih tenang, jalani hidup dan mulakan hari dengan lebih gembira. Perlu usaha lagi. Gambate!!

Rashidah Hamid
29 Ogos 2017, 8.02 pagi
Shah Alam

Kisah Nabi Musa ingin melihat keadilan Allah


Assalamualaikum.....

Ada yang masih belum tidur ka?
Begitulah caranya KEADILAN ALLAH, DIA berkehendakkan sebegitu dari setiap hambaNya, tapi kita lain jadinya kan.

Sifu nak share satu cerita tentang KEADILAN ALLAH ini. Nak dengar tak..??

Apa yang sifu terapkan di sini adalah Konsep Hidup Bertuhan yang mudah sebenarnya.

Ramai orang mampu Hidup Beragama, tapi hanya segelintir sahaja yang mampu survive untuk Hidup Bertuhan...

KISAH NABI MUSA INGIN MELIHAT KEADILAN ALLAH

Pada suatu hari Kalimullah, Nabi Musa AS bermunajat kepada ALLAH SWT di bukit Tursina. Beliau memohon kepada ALLAH, "Ya, ALLAH tunjukkanlah keadilan-MU kepadaku."

Maka ALLAH menjawab permohonan Nabi Musa AS, "Jika Aku menampakkan keadilan-KU kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkanku."

"Dengan taufik-MU." kata Musa, "Aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-MU."

ALLAH SWT menjawab, "Kalau begitu, pergilah engkau ke perigi itu." Bersembunyilah engkau di dekatnya dan saksikan apa yang akan terjadi." Maka Nabi Musa pun segera menuju tempat mata air yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT, segera beliau bersembunyi di atas pokok yang berdekatan dengannya.

Beberapa waktu kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwudhu dan meminum airnya. Setelah itu ia solat dan meletakkan kantong di sisinya yang berisi wang seribu dinar.

Setelah selesai solat, penunggang kuda tadi segera pergi dengan terburu-buru sehingga terlupa kantong wangnya tertinggal. Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil yang ingin meminum di perigi itu. Dia melihat sebuah kantong ditempat itu, dia mengambilnya, setelah itu segera pergi dari tempat tersebut.

Setelah anak kecil tadi berangkat, datanglah seorang tua yang buta, dia meminum dan kemudian berwudhu, lalu solat.

Beberapa saat kemudian datanglah penunggang kuda yang ketinggalan kantongnya tadi. Dia menemukan seorang tua yang sedang berada tempat itu.

Si penunggang kuda berkata, "Kamu pasti mengambil wangku yang tertinggal di sini." Betapa terkejutnya bukan kepalang si tua yang buta itu, dia berkata, "Bagaimana aku dapat mengambil kantung wangmu sementara mataku tidak dapat melihat."
Penunggang kuda berkata, "Kamu jangan berdusta, tidak ada lagi orang selain kamu di sini."

Si tua menjawab, "Betul, saya memang disini tapi tidakkah kamu nampak yang mataku tak dapat melihat." Si penunggang kuda itupun berkata, "Mengambil kantong tidak semestinya dengan mata! Tetapi dengan tangan! Tanganmu boleh mengambil kantongku. Kembalikan!!"

Akhirnya sipenunggang kuda tidak sabar sehingga segera membunuh orang tua buta itu. Setelah itu, dia segera menggeledahnya, tetapi kantong yang berisi wang tidak ditemukan. Maka dia segera pergi meninggalkan mayat si tua tadi.

Ketika Nabi Musa melihat peristiwa yang baru saja terjadi, beliau berkata, "Ya Tuhan, aku tidak sabar akan kejadian ini. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa Engkau melakukan yang sedemikian ?"

Tidak lama kemudian, datanglah Jibril AS, dan berkata, "ALLAH memerintahkanku untuk menyampaikan penjelasan-NYA kepadamu. DIA menyebutkan bahwa diri-NYA Maha Mengetahui hal-hal ghaib yang engkau tidak ketahui. 

DIA menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil kantong milik si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya semula."

"Pada waktu dulu, ayah anak kecil itu bekerja pada si penunggang kuda itu. Namun secara zalim ayah anak tadi tidak dibayar atas pekerjaan yang dilakukannya. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam kantong tersebut. Adapun orang tua buta yang mati dibunuh tadi adalah orang yang telah membunuh ayah anak kecil itu dulunya, sebelum si tua itu mengalami kebutaan."

Demikianlah. Sungguh Maha Besar ALLAH SWT yang telah berfirman, "Tidakkah kamu perhatikan bahwa ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan DIA lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan DIA lah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih ramai melainkan DIA berada bersama mereka dimanapun mereka berada. Kemudian DIA akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui Segala Sesuatu." (QS Almujadalah: 7).

"DIA lah ALLAH, Yang tiada Tuhan selain DIA, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. DIA lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (QS Al-Hasyr: 22).

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bermula dengan mengubah diri sendiri

Benarlah maksud firman Allah dalam kalamNya yang mulia Al Quran nul Karim "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa2 yang ada pada diri mereka." Surah Ar-Rad ayat 11

Aku beriman dengan ayat di atas. Maha Suci Allah. Dialah Yang Maha Memiliki Segalanya yang ada di langit dan di bumi. 

Benar, kalam Allah itu Maha Benar. Aku jadi terfikir dan berfikir merenung diri. Aku memulakan kembara pencarian diri pada 10 Ogos 2017 (err, sebelum ini mungkin ada banyak kali cuma kurang serius). Dalam tempoh itu, aku berhasrat untuk cuba istiqamah memperbaiki diri dimulai dengan solat sunat tahajjud dan getaran kesyukuran di awal pagi. Untuk tempoh 6 hari, alhamdulillah aku berjaya melawan hawa nafsu tidur untuk bangun di sepertiga malam. Kemudian, aku didatangi rutin bulanan ABC. Waktu ini, aku mula berkira-kira mahu bangun atau tidak di awal pagi, iyela jika tidak boleh solat pun masih boleh berzikir atau muhasabah diri. Itu niat yang terlintas dalam fikiran dan hati.

Tapi hakikat yang terjadi berbeza pula. Telah 2 hari aku gagal untuk melawan nafsu tidur dan tidak berjaya bangun dari tempat pembaringan untuk muhasabah di pagi hari. Aku masih juga lagi dikejutkan Tuhan sekitar jam 3-4 pagi, cuma untuk tempoh 2 hari ini aku yang tidak bangkit melawan nafsu tidur dan terus sahaja meneruskan pembaringanku. Ah! Teruk sekali rasanya. Huhu

Hari ini aku mula tersedar dan berfikir kembali. Benarlah ayat yang telah Allah nyatakan dalam kitabNya. Jika aku sendiri tidak mengubah apa yang ada pada diriku, dalam diriku, maka mana mungkin kehidupanku akan berubah. Jika rutin diri sendiri pun aku masih tidak mampu untuk kuasai, maka bagaimana mungkin aku berjaya menguasai rutin perubahan yang lebih besar. Ah! Benar sekali.

Contohnya dalam tempoh 2 hari ini yang aku tidak bangun di awal pagi. Bukan tidak tersedar, malah dikejutkan seperti biasa antara jam 3-4 pagi, cuma diri sendiri yang tidak mengambil peluang untuk terus bangun. Sebaliknya lebih rela memilih untuk tarik selimut dan tidur semula. Huhu

Sedangkan rutin sebelum ini baru mula hendak menampakkan hasil, bukanlah aku kata bangun awal untuk mendapat hasil tapi itulah permulaan sebuah kejayaan baru. Tapi bila aku tidak meneruskannya, terasa bagaikan perjalanan yang baru hendak bermula itu bagaikan tidak lancar. Ah! bagaimana ya untuk menyatakan. Ok, mungkin analoginya begini aliran elektrik yang mengalir sempurna dan yang tersekat-sekat. Jika diteruskan amalan bangun awal dan muhasabah mencuci diri di pagi hari, segala kekusutan dan arus elektrik bagaikan boleh mengalir sempurna, tiada yang menghalang dan dapatlah cahaya terang diterima. Jika sebaliknya, on off untuk bangun awal dan masih sekejap berjaya sekejap tidak untuk melawan hawa nafsu sendiri, maka aliran bagaikan tidak lancar dan cahaya terang bagaikan sekejap ada sekejap hilang. 

Begitulah sebenarnya, saat kita sibuk untuk mengubah orang lain. Sebenarnya perlawanan yang sebenar adalah berlawan untuk mengatasi diri sendiri. Kena mulakan dengan berjaya menguasai diri sendiri dahulu, mengubah diri sendiri dahulu. Jika tidak, maka tiada apa yang akan berubah dan kehidupan itu akan tetap sama sehingga bila-bila. Huhu

Tapi aku tidak mahu seperti itu. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik, kewangan yang jauh lebih baik. Aku mahukan kehidupan aku berubah jauh lebih baik daripada sekarang dan sebelum ini. Aku tidak mahu terus-terusan hidup dalam keadaan seperti sebelum ini. Aku mahukan/impikan kehidupan masa akan datang jauh lebih baik dan lebih sempurna daripada keadaan sebelum ini dan sekarang. Jadi, tidak boleh tidak aku mesti punya kekuatan untuk terus berubah, terus mengubah rutin hidupku, terus mengubah sikapku dan diriku. Jika tidak, maka impian itu tidak akan dapat aku kecapi.

Ya, aku mahu mengejar impian yang baru. Impian kehidupan yang lebih baik, yang luar biasa daripada sekarang. Jadi aku harus terus berusaha untuk memperbaiki diri, mencari diri dan mengenali diri. Hingga akhirnya dapat sampai ke tahap kenal Tuhan, hidup dengan rasa berTuhan, hidup dengan diberi panduan oleh Tuhan. Ya, itu misinya. Moga Tuhan permudahkan impian dan misi hati, impian dan misi diri. Amiin Ya Rabbal Alamin.

Perkongsian Rasa


Yati Yati Ummi :
Assalam....Sifu...setelah konsistent sop 555.... syukur alhamdulilah... rasa nikmatNya... Tqvm atas tunjuk ajar pada saya.

Farihan Yahya :
Syukur alhamdulillah, boleh kongsi sebelum dan selepas istiqamah SOP buku 555.

Yati Yati Ummi :
Nak kongsi macamana tak pandai ni

Farihan Yahya :
Mulakan dengan lafaz bismillah...niat berkongsi kerana Allah Taala
Bila hati yang berkata, hati jualah yang mendengar
Dalam kisah kita ada kisah orang lain
Dalam kisah orang lain ada kisah kita

Yati Yati Ummi :
Bismillahirahmanirahim            
Dulu nak dapat sorang memang susah sangat2....bnyak2 istighfar ingat istighfar tu bukan untuk tarik rezeki tapi untuk pengampunan dosa2 kita...istiqomah solat taubat, tahajud & dhuha...niat kerana Allah taala.....bukan untuk rezeki...hati sentiasa istigfar selalu agar mendapat pengampunan sebenar2nya jangan lalai....setelah seminggu istiqomah Alhamdulilah Allah pandang niat dan doa kita.

Memang rasa betul2 nikmat sangat....pagi2 jugak jangan lupa sedekah rutin
Ingat yang kita cari pengampunan dosa2 kita bukan fikir dunia tapi akhirat

Tqvm sifu banyak tunjuk ajar sifu pada saya selama ini...menitis air mata

Teruslah Berlari




Farihan Yahya :
Berapa ramai yang perasan, yang apa yang sifu buat ini adalah preparation untuk 3 tahun business akan datang mengikut ilmu MSP..??

Hisham Ibrahim :
Database, dalam masa 3 tahun, kita dapat kumpul database dan kepercayaan, In Sha Allah dengan izinNya... apa jua yang dikongsi atau diberikan selepas itu adalah setimpal dengan apa yang telah kita laburkan dalam masa 3 tahun itu... pendapat saya sifu...

TERUSLAH BERLARI (inilah HAKIKAT Rukun Haji & Umrah iaitu Saie Di Antara Safa dan Marwah.)

Apakah kita sudah berhenti dari berlari (berusaha) dan berputus asa?

Siti Hajar terus berlari dan berlari dalam sedar penuh pada Allah. 

Tidak hanya duduk berdoa di sisi anaknya Ismail mengharapkan sesuatu dari Allah.

Siti Hajar tidak meminta makanan mahupun minuman dari Allah sedangkan itulah yang diperlukan dia dan anaknya. 

Yang dimohon Siti Hajar adalah....
"Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah"

Siti Hajar memohon keampunan dan rahmat dari Allah ketika dia diduga Allah. Cukup berbeza dengan kita ketika kita memiliki masalah, kita utamakan masalah kita dengan memohon agar Allah selesaikan masalah kita itu.

Kita bagaikan mengaturkan hidup kita dan mengarahkan Allah untuk mengikut kehendak kita. Akhirnya kita lupa memohon dengan bersungguh-sungguh keampunan dan rahmat dari Allah ketika kita berdoa kepadaNya.

Mengapa kita perlu memohon keampunan ketika kita diduga Allah sedangkan apa yang berlaku bukan kehendak kita sendiri?

Kesalahan kita iaitu tidak mahu menerima kehendak Allah sehingga sesuatu dugaan itu dilihat sebagai suatu masalah buat diri kita. Ini kesalahan jelas kita kepada Allah ketika datang kepadaNya dengan hati yang gelisah dan khuatir.

Mohonlah keampunan dan rahmat Allah ketika kita diduga Allah. Kerana ketika diduga itu barangkali kita hilang kesedaran kepadaNya disebabkan kekhuatiran dan kegelisahan akibat tidak mampu menerima kehendakNya.

Untuk seterusnya kita bersandarkan kepada Allah untuk mengaturkan hidup kita ini dengan memohon rahmatNya. Ketika rahmatNya tiba, kita pasti akan didorongkan dengan ilham iaitu petunjuk dan kekuatan dariNya dalam menyelesaikan masalah kita

Kita pasti digerakkan dan alam ini diaturkan indah oleh Allah seolah-olah segalanya seperti kebetulan ketika masalah kita selesai. Hakikatnya Allah jua yang mengaturkan semuanya dengan jalan penyelesaian yang tidak pernah kita fikir dan sangkakan.

Allahurabbi, sungguh indah pengajaran dari kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail ini. Sederhana tetapi penuh bermakna inshaAllah.

Ambil pengajaran dari kisah siti hajar ini, dan berdoalah sepertimana Siti Hajar itu...
Jom kita muhasabah diri, adakah kaedah berdoa kita tu sama seperti doa Siti Hajar itu..

Cuba bayangkan kita berada di tempat Siti Hajar, macam mana agaknya ya?

Finding Your Best Talent


FINDING YOUR BEST TALENT
.
1. Apabila kita telah capai ukuran terbaik dalam bidang ikut ukuran umum, akan ada nanti orang datang cari kita. Saat tidak banyak orang datang mencari, itu petanda kita belum jadi yang terbaik.
.
2. Selalu berusaha untuk jadi yang terbaik dalam pekerjaan dan perusahaan kita, dan apa jua yang kita lakukan.
.
3. Selidiki kekuatan dan "talenta" terbaik dalam diri. Jangan tergoda untuk mengurusi kekuatan dan kelebihan orang lain. Belajar berkolaborasi dengan orang yang ada kekuatan berbeda dengan kita.
.
4. Fokus untuk jadi terbaik dalam bidang kita. Minta pendapat sahabat akrab apakah kelebihan kita. Ketahui kekuatan diri yang selama ini tersembunyi.
.
5. Tulis kelebihan diri berbanding dengan rata rata orang lain. Perkasakan kelebihan itu.
.
6. "Berhentilah terlibat jual "paku dan skru" dari pejabat ke pejabat. Terbang lah dan jual "kapalterbang". Pada diri sahabat ada kekuatan besar". Sejajar kata Saidina Ali yang berbunyi
"Diri Manusia itu kecil sahaja, tetapi dalam Diri yang kecil itu ada satu Alam yang besar".
.
7. Sesudah ketemui kekuatan dan "talenta" terbaik dalam diri, jalan terus, usah  toleh ke belakang lagi.

Adakah kalian, mahu tahu Kekuatan dan "talenta" terbaik dalam diri kalian, SILA BERTINDAK SEKARANG dapatkan Ebook ini...

Siapa Nak Ebook Best Ini ?

✅ Rahsia Ilmu Hikmah
✅ Bongkar Potensi Diri
✅ Jemput Rezeki Melimpah Ruah

Download sekarang di :
➡️ http://1.hikmahdiri.com/now/admin2

Modal Hati


MODAL HATI

Banyak orang merasa rendah diri dan terpinggir.

Mahu kerja, tahap pendirikan kurang tinggi.
Mahu bisnes, modal tiada.

Mari kita lakukan Loncatan Energi.

Sedar dan yakinlah bahawa rezeki dan seluruh isi alam ini Allah yang punya.

Kita usaha di level rohani lebih dulu.
Baiki hati, indahkan budi.
Luaskan kesedaran, baiki keyakinan.

Kerja dan bisnes bukanlah penentu kadar rezeki kita.

Baby yang baru lahir tiada kerja dan bisnes, tapi Allah siapkan semua keperluannya.

Kucing, burung, dan anjing-anjing di jalanan tiada kerja dan bisnes tapi Allah jamin semua keperluannya.

Selalu dan selalu, ego kita merasa harus ada usaha sendiri, ada kerja pangkat besar biar nampak gah. Padahal rezeki Allah itu sentiasa mencari jalan untuk datang kepada kita melalui orang-orang lain dan makhluk-makhluk lain.

Fikiran dan keyakinan sempit kita saja yang menghalang terjadinya aliran rezeki yang lancar dari Allah.

Cuba kita hidup lebih banyak menggunakan hati dan rasa, akan lebih baik lah keadaan kita.

Bagaimana hidup denga hati?

Lebih banyak syukur, baiki keyakinan, banyak zikir, tingkatkan sabar, selalu belajar lebih merasa bahagia, simpati pada orang lain, suka memberi dan membantu orang, elakkan mengeluh, dan lain-lain lagi.

Kita usaha di level rohani, tidak perlu ada pendidikan tinggi, tidak perlu pengaruh besar, tidak perlu kenal para YB dan para menteri. 

Kita semua ada Hati, itulah modal kita yang paling besar. Dengan mengolah rohani kita mengubungkan diri kepada Tuhan, yang memiliki segala sumber-sumber alam semesta yang melimpah tanpa batas ini.

Tingkatkan harapan anda. Jangan putus asa dan merasa tiada apapa.

... Love no Limit ...

Semoga bermanfaat untuk semua...

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

Kelebihan kalimah Alhamdulillah


Sedikit perkongsian ilmu mengenai kalimah 'alhamdulillah' yang patut kita tahu asal usulnya... sedut ilmu agama In Sha Allah ilmu dunia akan datang automatik.

Terjemahan dari bahasa Arab.
Kelebihan Kalimah Alhamdulillah:

1- Perkataan yang pertama keluar daripada mulut Nabi Adam a.s. semasa bersin dihidupkan Allah Ta'ala.

2- Kalimah awal (surah al fatihah) di dalam kitab suci Al-Quran Al-Kareem.

3- Sebaik-baik doa.

4- Perkataan yang membentuk Kebun atau tanamam di dalam Syurga.

5- Kalimah terakhir di dunia dan di Akhirat.

6- Kalimah yang diucap ketika susah dan senang serta dalam semua keadaan.

7- Sebaik-baik manusia yang dibangkitkan pada hari Kiamat adalah mereka yang menyebut kalimah ” Alhamdulillah “.

❤️ Sebarkan ilmu alhamdulillah ini moga dapat pahala bersama... In Sha Allah.

Jom kita sama-sama ucapkan "ALHAMDULILLAH" pagi ni...

Ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan

Bismillah....

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bersama insan tersayang...
Sihat dan apa program hari ni?




Sifu just nak inform, ini Module Khas untuk Master Certification MSP, Level Master.

Ilmu MSP ini tidak terhad hanya pada kiraan potensi sahaja, ada 99 cabang bidang ilmu kemanusiaan di dalam MSP lubuk empangan ilmu ada di sini.

Kalau kalian nak limit pada pengiraan Potensi sahaja, setakat itulah sahaja ilmunya.

Nak tahu ka apa sharing sifu dengan Alumni MSP dari Sabah tadi tu...
Dalam 3 jam kami bermuzakarah sampai kena halau balik sebab PappaRich nak tutup dah. Antara topik kami bermuzakarah :

1. Mana kiamat dalam rukun solat kita yang 13..??
2. Mana KHUSYUK syariat & hakikat..??
3. Mana NIAT yang sebenar2 dalam solat..?? Sebab yang kita baca usalli itu baru lafaz..??
4. Apa tujuan Affliate Rahsia hikmah Diri tu..??

Nak sifu mulakan yang mana satu..