Latest Posts

hati...kaki...

Kaki ingin segera melangkah..
melebarkan sayap..
mengemudi langkah baru..
namun
hati masih tertinggal di sini..

erm..akhirnya...peta hidup yang bakal berubah..?

Permata yang dicari

Permata Yang Dicari - De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

syukur..

Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...
Syukur, Allah mengurniakan kita dengan satu bulan yang penuh barokah...
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahnya...
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini...
"Ramadhan Al-Mubarak"

....Alhamdulillah...

mata hati..

Kurang motivasi?? teguran & barangkali kesimpulan yang bersahaja namun memberi impak yang luar biasa..aku jadi berfikir & terfikir akan maksudnya. sama seperti teguran lewat malam yang pernah aku terima seminggu yang lalu...

"Memudahkan urusan orang lain itu lebih penting.
Mungkin cara berfikir kita semua berbeza menyebabkan

pandangan kita terhadap sesuatu perkara itu berbeza."


Rasa bagai ditegur dengan cara yang begitu halus sebenarnya, betapa selama ini terus bersikap egois & mementingkan diri sendiri...
Kenapa perlunya motivasi? kalau dirujuk kepada pakar-pakar motivasi terkenal tanah air, ramai yang sering mengatakan motivasi ibarat salah satu santapan rohani.. santapan yang akan memberikan kita rasa & semangat untuk meneruskan kehidupan, sebagai pendorong dan pencetus tindakan..erm..

Bagaikan baru tersedar, rupa-rupanya perjalanan & perjuangan ini telah terlalu lama terhenti.. sejak mata tak mampu lagi melihat keindahan dunia sebenarnya & sejak hati tak mampu lagi merasai segala erti...

"Khairun naasi anfa'uhum linnaas.." Mafhumnya: Sebaik-baik manusia itu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Tapi bagaimana mahu memberi manfaat jika diri sendiri tak mampu merasai nikmat. Barangkali telah terlalu banyak nikmat yang disia-siakan hingga akhirnya takdir Tuhan menegur dalam bahasa-Nya ~ nikmat ditarik satu persatu lantaran sikap yang selama ini bagaikan 'kufur nikmat'. Betulkah keadaan yang BERSALAH atau sebetulnya kita yang BERMASALAH..?

Biar berkali-kali diingatkan Ilahi Rabbi dalam kalam-Nya:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang akan kamu dustakan??"
...namun segalanya hanya difahami di saat segalanya semakin menghilang...

Ingin memancarkan cahaya namun diri sendiri terkapai dalam kegelapan...
Ingin membimbing namun diri sendiri hanyut dalam lautan ketandusan bimbingan...
Sampai bilakah mahu menjadi pengikut, sampai masanya tetap perlu berubah menjadi nakhoda..
Sampai bilakah mahu menjadi penumpang di belakang, sampai masanya perlu juga menjadi pemandu di hadapan...
yang mengemudi laluan perjalanan...
Namun bersediakah sebenarnya untuk semua itu??
Walau madarasah Ramadhan berganti saban tahun, namun benar-benarkah hati terdidik dengan kehadirannya...??

"Kamu lihat burung itu..Terbang berpuluh batu dari sarang,
balik pulang semula dengan selamat tanpa sesat.
Siapa yang pandu arah?
Pandanglah dengan mata & renunglah dengan hati.
Bukan semua perkara itu boleh dilihat dengan mata tuli..."

Biarkan..Biarkan...

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...
{dah si luncai tak nak dengar nasihat orang, nak wat camne}
agaknya pada si luncai, orang lain semua xpandai macam dia..jadi biarkanlah..
biarkan si luncai hidup dengan dunia dia..
sampai masa dia bosan nanti, pandai la dia keluar dari gua...

...amat sukar sekali bila kita berada dlm 2 dunia yg berbeza...

al-fatihah...


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar. Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

nikmat yang hilang...

Betapa besarnya nikmat selera makan
di saat tekak tak mampu merasai kelazatannya...

~maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
ar-rahman ayat 13~

siapalah aku..

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku


songs by amy mastura..why must be put here..??erm...

sepi

Saya merasakan erti kesendirian yang bukannya sedikit...sendiri yang benar-benar sendiri... sepi yang benar-benar sepi...Bagaikan suku daripada kebahagiaan saya di sini hilang bersama langkahnya..dan kini yang tinggal hanyalah kenangan bersama yang tak akan terpadam dari ingatan...yang akan selamanya berada dekat di jiwa...
Lewat waktu dahulu, saya sering mengungkapkan 'Sepi itu indah'...namun tatkala ini betapa saya mula mengerti betapa sakitnya erti sepi...

Walau berat rasanya melepaskan dia pergi, namun jauh di sudut hati saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kelangsungan hidupnya..yang terbaik untuk masa depannya...Dan saya akan terus bertahan di sini meskipun hanya dengan 'segenggam tabah' yang saya miliki...Bertahan sehingga akhirnya perjalanan ini ditakdirkan berhenti...

Sudah ketentuan Tuhan 'jalan keluarnya' begini..sudah tersurat warna-warni perjalanan hidup saya seperti ini..namun betapa saya bersyukur dikurniakan teman yang cukup menyentuh hati.. Teman yang kehadirannya cukup memberi erti...saling berkongsi rasa, saling cuba memahami..

Ah! Teman..tak mampu saya gambarkan rasa ini dengan kata-kata..asal saja dirimu mengerti hakikatnya bahawa...betapa saya menyayangi kamu... :)