Tazkirah

mata hati..

11:06 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Kurang motivasi?? teguran & barangkali kesimpulan yang bersahaja namun memberi impak yang luar biasa..aku jadi berfikir & terfikir akan maksudnya. sama seperti teguran lewat malam yang pernah aku terima seminggu yang lalu...

"Memudahkan urusan orang lain itu lebih penting.
Mungkin cara berfikir kita semua berbeza menyebabkan

pandangan kita terhadap sesuatu perkara itu berbeza."


Rasa bagai ditegur dengan cara yang begitu halus sebenarnya, betapa selama ini terus bersikap egois & mementingkan diri sendiri...
Kenapa perlunya motivasi? kalau dirujuk kepada pakar-pakar motivasi terkenal tanah air, ramai yang sering mengatakan motivasi ibarat salah satu santapan rohani.. santapan yang akan memberikan kita rasa & semangat untuk meneruskan kehidupan, sebagai pendorong dan pencetus tindakan..erm..

Bagaikan baru tersedar, rupa-rupanya perjalanan & perjuangan ini telah terlalu lama terhenti.. sejak mata tak mampu lagi melihat keindahan dunia sebenarnya & sejak hati tak mampu lagi merasai segala erti...

"Khairun naasi anfa'uhum linnaas.." Mafhumnya: Sebaik-baik manusia itu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Tapi bagaimana mahu memberi manfaat jika diri sendiri tak mampu merasai nikmat. Barangkali telah terlalu banyak nikmat yang disia-siakan hingga akhirnya takdir Tuhan menegur dalam bahasa-Nya ~ nikmat ditarik satu persatu lantaran sikap yang selama ini bagaikan 'kufur nikmat'. Betulkah keadaan yang BERSALAH atau sebetulnya kita yang BERMASALAH..?

Biar berkali-kali diingatkan Ilahi Rabbi dalam kalam-Nya:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang akan kamu dustakan??"
...namun segalanya hanya difahami di saat segalanya semakin menghilang...

Ingin memancarkan cahaya namun diri sendiri terkapai dalam kegelapan...
Ingin membimbing namun diri sendiri hanyut dalam lautan ketandusan bimbingan...
Sampai bilakah mahu menjadi pengikut, sampai masanya tetap perlu berubah menjadi nakhoda..
Sampai bilakah mahu menjadi penumpang di belakang, sampai masanya perlu juga menjadi pemandu di hadapan...
yang mengemudi laluan perjalanan...
Namun bersediakah sebenarnya untuk semua itu??
Walau madarasah Ramadhan berganti saban tahun, namun benar-benarkah hati terdidik dengan kehadirannya...??

"Kamu lihat burung itu..Terbang berpuluh batu dari sarang,
balik pulang semula dengan selamat tanpa sesat.
Siapa yang pandu arah?
Pandanglah dengan mata & renunglah dengan hati.
Bukan semua perkara itu boleh dilihat dengan mata tuli..."

0 comments: