Antara gambar tempat yang menjadi saksi kepada peperangan Hunain di Lembah Hunain, MashaAllah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslim melawan kaum Quraisy yang terdiri dari bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Nasr dan Bani Jusyam. Perang Hunain ini merupakan balas dendam kaum Quraisy kerana peristiwa Fathul Makkah. Jarak antara tempat ini dengan Miqat Ja'ranah lebih kurang 40km.
Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "
Aku bersyukur pagi ini sempat juga mengerjakan Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh kerana terlewat bangun.
Aku bersyukur dapat memulakan hari bersarapan bersama suami sebelum dia pergi kerja.
Aku bersyukur dapat menonton dan mendengar kupasan ilmu dari Ustaz Elyas Ismail dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, topik pagi ini sangat menarik tentang disiplin ilmu dan ulamak.
Aku bersyukur malam tadi dapat mengemas kotak First Aid yang ada di rumah dan menyisihkan ubat-ubat yang telah luput agar tidak termakan secara tidak sengaja.
Aku bersyukur semalam dapat melaksanakan hampir separuh dari rutin SOP 555, moga terus istiqomah untuk hari-hari seterusnya.
Aku bersyukur semalam sempat memasukkan order dari pelanggan untuk set sedondon Officewear Maleeq Maleeqa walaupun hampir terlewat kerana tarikh tutup pada hari yang sama.
Aku bersyukur semalam dapat selesaikan bayaran saman DBKL untuk kesalahan parking pada tahun 2015, jadi nama aku telah tiada dalam senarai saman tersebut. Dapat diskaun juga, hanya bayar RM30 sahaja dari jumlah saman sebenar RM100.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
7/9/2018
Shah Alam, 9.09pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
*Syukur Alhamdulillah*, pagi ini dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Qabliah Subuh
#769SAFT
#gengtahajud
Al Kahfi ayat 87 (18:87)
Ia berkata : "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. "
Aku bersyukur pagi ini berjaya bangun serta dapat menunaikan Solat Sunat Tahajjud, Taubat dan Witir setelah sekian lama ditinggalkan.
Aku bersyukur dapat menghabiskan bacaan al mathurat pagi, semoga terus istiqamah juga melakukannya sebagai rutin awal pagi.
Aku bersyukur dapat memulakan semula getaran kesyukuran di pagi hari untuk melatih diri sentiasa bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Aku bersyukur semalam dapat menemani suami ke program berkaitan komputer yang menjadi minatnya serta dapat serba sedikit menambah pengetahuanku tentang bidang tersebut.
Aku bersyukur semalam dapat makan sedap dan terima pelbagai 'free gift' di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bersempena dengan program yang dihadiri bersama suami.
Aku bersyukur semalam diumumkan sebagai Top 3 dalam senarai agen Harash Collection untuk bulan Ogos 2018.
Aku bersyukur semalam dapat mengetahui jumlah keseluruhan jualan sepanjang Jan-Ogos untuk jenama Harash Collection. Walaupun purata bulanan agak menurun sedikit berbanding tahun lepas, namun masih melayakkan aku untuk menerima salah satu anugerah tahunan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rashidah Hamid
6/9/2018
Shah Alam, 7.08pagi
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
*Syukur Alhamdulillah*, pagi ini dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Witir
Istighfar 100x
#769SAFT
#gengtahajud
#gengdhuha
Aku dipilih Tuhan untuk berada di jalan ini. Pernah juga aku terfikir, aku terjebak ke dalam dunia peniagaan ini secara kebetulan. Ah! tapi aku tahu tiada kebetulan dalam hidup. Semuanya telah tertulis dan tersurat oleh Tuhan, kita sebagai manusia hanya menjalankan dan melaluinya sahaja.
Minggu ini hati berperang hebat di dalam, dengan pelbagai rasa. Dalam usaha untuk menjadikannya kuat (walau acap kali tertewas juga). Merintih di dalam diri saat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan kerana masih belum diizinkan. Antara kuat dan lemah, masih cuba berdiri. Antara bersemangat dan putus asa, masih cuba bertahan.
Terbaca status seorang rakan ~ katanya orang bisnes kena rajin banyakkan solat sunat. Kerana majikan kita cuma Tuhan dan kita kena usaha menjadi pekerja yang paling dikasihi. Barulah ada peluang diberi gaji lumayan, dinaikkan pangkat dan diberi ganjaran.
Aku kira itulah jawapan sebenarnya kenapa aku berada di jalan ini. Kerana Tuhan sayangkan aku dan mahu aku sentiasa dekat dan berusaha mendekatkan diri pada-Nya. Tuhan tidak mahu aku jauh, lupa dan lalai dalam menjalani kehidupan. Jadi aku juga kena berusaha menjadi pekerja cemerlang di bidang ini. Walaupun jalan ini sebenarnya sangat berliku, dan aku tahu aku banyak kali tewas untuk melaluinya sendiri..namun mungkin ada sesuatu yang menanti di hujung perjalanan lorong ini. Ada cahaya indah, ada cahaya kejayaan yang menanti di hadapan sana yang aku juga tidak tahu berapa jauhnya. Tuhan, bantulah aku untuk melaluinya.
Rashidah Hamid
10 Ogos 2018, 7.26pm
Shah Alam, Selangor
RENUNGAN TUJUAN SEBENAR AL-QURAN
Tujuan sebenar al-Quran diturunkan bukan untuk dihafal sehingga berjuzuk-juzuk atau dilagukan tanpa faham yang menjadi kepercayaan ramai orang termasuk para bijak pandai. Perlu difahami semula bahawa tujuan sebenar turunnya al-Quran ialah untuk kita mengkaji dan memahami TAFSIRNYA bagi mendapat PEDOMAN dan PETUNJUK sebagai syarat memperoleh RAHMAT dari al-Quran.
Oleh itu, tidak ada kebanggaan kepada penghafal al-quran jika mereka hanya menghafal tanpa memahami dan tidak mempraktikkan isi al-quran dalam kehidupan seharian.
Ù‡ٰذَا بَصَائِرُ Ù„ِلنَّاسِ ÙˆَÙ‡ُدًÙ‰ ÙˆَّرَØْÙ…َØ©ٌ Ù„ِّÙ‚َÙˆْÙ…ٍ ÙŠُّÙˆْÙ‚ِÙ†ُÙˆْÙ†َ
(Al-Qur'an) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. [QS. Al-Jasiyah: Ayat 20]
Pedoman -> Petunjuk -> Rahmat
Bismillah... 2 post serentak.
Selamat Hari Guru murabbi, ibubapa, guru/cikgu/ustaz/mentor/pakar pakar industri yang pernah saya belajar. Halal dunia akhirat. Al Fatihah.
Selamat Berpuasa semua, mohon maaf jika ada tersalah kata/post/fahaman sepanjang bersilaturrahim. In Sha Allah kita semua dalam rahmat kasih sayangNya dan puasa kali ini benar benar menjadikan diri kita dikalangan bertaqwa dalam redhaNya.