Latest Posts

Betulkan connection ~ positive wave vibration


Betulkan connection kita dengan hubungan Allah, mengadu pada Allah, In Sha Allah positive vibration sekeliling kita akan positive..bersangka baik dengan Tuhan.

Kurangkan masa dengan fikirkan tentang makhluk lain. Lebihkan masa untuk dekatkan diri kita dengan Allah. 

Sebelum tidur istiqamah 40 hari solat taubat 2 rakaat, tahajjud 8 rakaat + witir 3 rakaat.
Banyakkan bersedekah untuk penyucian hati.
Istighfar 100x sehari selepas solat, pecahkan 20x setiap 5 kali solat sehari semalam.

Buat ini, istiqamah selama 40 hari, buat dulu, jangan banyak tanya.
If jiwa masih tidak tenang, please come back to me.

Apa jua masalah, stop looking from outside you, but looking inside you. Firman Allah berbunyi dalam surah 51 ayat 21

WAFI AMFUSIKUM, AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Kita sebagai umat Nabi Muhammad yang beriman, wajib kena BERIMAN DENGAN AL QURAN, if tidak bergoncang tauhid kita dengan Allah Taala.

What we focus, it will expand. 
Kita fokus masalah, kita akan menarik lagi banyak masalah dan negatif vibration surrounding us.
Kita fokus, untuk tarik positive vibration dengan dekatkan diri dengan Allah.

Firman Allah dalam Al Quran, Allah dah jawab siap dah segala permasalahan hambaNya hingga ke hari kiamat, cuma kita nak beriman atau tidak sahaja.

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENAG (Surah Ar'Rad ayat 28)

Firman Allah dalam Al Quran, Surah Al Baqarah ayat 115
"HADAPLAH WAJAHMU KE MANA ARAH SEKALIPUN, KAU TETAP NAMPAK AKU (Allah)"

Kalau semua kita hadap tu DIA, In Sha Allah kita akan diam, tunduk membisu, tak perlu kata apa-apa, sebab sifat WUJUD Hanya ESA (SATU).

Ini Allah dah didik kita semua dalam Surah 7 dalam al Quran semasa proses kejadian Adam, di mana Azazil, penghulu segala malaikat tak nampak sifat Allah di sebalik diri Adam. Sebab itulah, kalau kita tak berpijak di situ kita akan memiliki sifat Azazil seperti marah, sakit hati, dendam, tak puas hati dan sebagainya.

Satu hari satu potong ayat, tengok tafsir pecahkan numbering yang berasaskan huruf Arab iaitu (hijaiyah). Kita bangun pagi, buka mata sudah dihidangkan dengan dua pilihan, nak ikut rahmatal alamin atau bisikan syaitan.

Mulai hari ini, tribe ini kita praktiskan begini setiap sharing di sini, boleh boleh

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas ilmuMu
Allahu Akbar

Supaya kalian semua di sini mendapat pahala, dan didoakan oleh seluruh malaikat dari 7 petala langit hingga 7 petala bumi. Baru datang berkat dan barokah atas ilmu itu

Sifu nie hanya sarung bernyawa, tiada daya tiada kuasa melainkan dengan izin dan kehendakNya.

Tugas sifu di sini hanya sampaikan apa yang dipinjamkan, tugas kalian, ambil dan pulangkan semula kepada tuan Empunya ilmu itu iaitu Allah.

Sifu tak layak untuk menerima ucapan waima TERIMA KASIH

Pesan Tok Kenali, JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI, BIAR TERLIHAT HANYA ALLAH SEMATA-MATA. In Sha Allah selamatlah kamu dunia dan akhirat.

Bukan dari sifu mahupun mana-mana guru itu hidayat dari Allah swt, sifu atau guru tu hanya alat sahaja macam paip yang menyalurkan air sedangkan air bukannya kepunyaan paip. 

Sifu di sini bukan siapa2 di sisi Allah. Sifu cuma seorang pemikul barang yang merantau selama bertahun-tahun untuk mencari tuan empunya barang yang diamanahkan oleh tuan sifu (Allah) untuk sifu hantar kepada kalian di sini.

Terpulanglah kepada kalian di sini samada kalian ingin bawa balik barang tersebut atau sekadar meninggalkan barang tersebut di dalam tribe ini. 

Kerana barang (ilmu) itu sememangnya milik kalian dan hak kalian. Bahagian kalian atas muka bumi ini selagi ada hayat untuk dibawa bekal ke sana. 

Semuanya dengan izinNya, wifi connection sampai awal. Ilmu ini hanya datang pada yang mencari. 

Sifu tidak pernah tinggal doa, 
ya allah ya tuhanku, kau hantarkanlah dan dekatkanlah aku dengan insan insan yang ingin mengenali dan mencarimu sahaja
Supaya aku tidak lalai denganMu dan lupakanmu
Sesungguhnya aku ini fakir, lemah, tiada daya tiada kuasa

Dekatkan mereka mereka ini untuk membantu diriku dan perniagaanku lillahitaala.

Motivated By Love Or By Ego


Assalamualaikum, selamat pagi yang indah.
Masih ada dalam 2/3 malam..lantunan Vibration dan Delta dan Teta untuk geng2 yang sedang tidur.. dan #AlphaWave untuk yang bangun dan berdoa.
Salam tahajjud kita ya, synergy dengan zon alpha untuk submission segala doa, harapan, penyesalan dan sebagainya.

"Engkau itu fakir, dhaif, lemah, hina, kurang, jahil adalah pakaian kehambaanmu. Barangsiapa yang mengenal dirinya, amka ia akan mengenal Allah. Barangsiapa yang mengenal Allah, maka binasa dirinya."

"Bicara Allah...

Di dalam kehambaanmu itu Akulah Yang Maha Kesempurnaan
Tiada kekurangan jikalau engkau memandang KesempurnaanKu
Maha KesempurnaanKu
Tiada sempurna Makrifatmu itu tanpa melihat KesempurnaanKu di atas segala sesuatu
Pandanglah AKU pada segala sesuatu, maka engkau akan melihat KesempurnaanKu Yang Abadi."

#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah

Sharing pengalaman
Menyambut dengan bismillah..awalnya, sudah mengenali Metafizik semenjak 2011..ianya tergantung tidak bertali..jadi masih lagi dalam "Maqam Feqah" dan mencari Sebab dan Musabab untuk 2 perkara sahaja dalam hidup 
"Hukum"
"Nasihat"
maka, pencak silat patik agak hambar, namun...barisan2 ilmu luar mendampingi sehinggakan 
"Malam mencari siang..siang mencari malam"
..kenapa? kerana..
cubaan untuk "connecting the dots"
Syukur Alhamdulillah, bertemu sifu.
The dots were connected, maka..bertemulah
"Penamat Segala Rasa" dengan izin Allah Taala..

Sekadar berkongsi, alang2 dah sifu bukakan "Highway"
Baik..ada 2 bahagian dalam #Motivation..so apa pilihan kita, menentukan apa yang datang kepada kita yang ni bawah The Law of Cause and Effect
so bahagian pertamanya adalah Motivated By Love
Bila kita "motivated by love" dan apabila kita #MemberiServis kepada ramai orang..
kita berada dalam #HarmonyVibration..dengan seisi alam makhluk Allah Taala..
dan apa sahaja #Plan kita..akan #Terungkap with "Much less Effort"
#Magic dan #Miracles bersilih ganti..membantu..meluncur laju dalam melaksanakan #tindakan..

Bahagian yang kedua ialah Motivated By Ego (that make us small)
Begini..kita beri contoh
katalah kan..nama dia Peter Borhan
dan Peter Borhan ni, aims to be the most #Powerful person in #Society..atau dalam bisnes..
so #Target nya disulam oleh #Motivation untuk "Control and Impress People"
dan..apa yang akan berlaku
he will encounter..endless #Resistance (rintangan demi rintangan, macam tak jumpa jalan keluar)
sebab..
"Sucess come at a price"

Ingat :
When we are motivated by love..
it takes LESS ACTION to produce MORE RESULTS..
make sure, attached your #Nawaitu to Lillahitaala.. Jalan Terus

Study Kes : Post Mortem Nombor IC

Study Kes sahabat di sini dengan izin empunya diri.

Nama : Tuan Faiz Ridzuan
NRIC : 891222085137

Step 1
22121989
437...189...7 (benih u 7 - networking)
321...189
735

437 - bidang kemusiaan
321 - consultant, trainer
189 - travel & tour, service
735 - kontraktor, vip

Step 2
4 digit ic kamu di belakang 5137
Maksudnya di bumi Malaysia nie apa potensi business sesuai dengan diri kamu.

5137
516...317...917...483...834...
Benih 7 (still networking)

516 - motivator, penceramah, event management, courier service
371 - networking, jualan langsung, agen, broker
927 - jualan dan pemasaran, printing and advertising, franchise
483 - elektrikal, bidang kemahiran tinggi
834 - industri perabot kayu, pendidikan

Tuan Faiz, silakan beri komen ada related tak dengan apa yang kamu buat sekarang.

Jawapan :
Income harian = trade forex
Income bulanan = sub contract ship blasting and painting (735)
Income moderate = part time mengajar cara tulis copywriting (321)
Income passive = dividen dari unti trust dan asb
Income legacy/brand = belum ada

516...371...927...483...834
Benih 7 (still networking)

516 - motivator, penceramah, event management, courier service (Saya tenaga pengajar untuk network marketing, cara tulis copywriting, pernah anjurkan auto show event semalaysia)

317 -  networking, jualan langsung, agen, broker (9 tahun berpengalaman dalam industri network marketing. Touch 6 figure income pada usia 19 tahun. Sekarang baru berjinak dalam stock broker dan forex)

483 - elektrikal, bidang kemahiran tinggi (Sub contractor pembinaan kapal)

Allahu Akbar.
Banyak yang saya lalui berdasarkan tarikh lahir saya.

Jawapan sifu:
Faiz,
La Tataharaku zarratun illa biiznillah (Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendak Allah)

Mana ada sahaja sahaja
Mana hebatnya kita
Semua Allah sudah atur di Loh mahfuz lagi
SEMUANYA BERLAKU ATAS KEHENDAK DAN IZINNYA

Ini bukan khurafat, tahyol, ramalan nasib. 
Ini kajian pembuktian sains numbering statistik pattern manusia, proven 99.99% tepat walau sifu pergi ke Indonesia, Brunei dan travel seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Semua ilmu, Allah punya.
Bukan sahaja sahaja kita diberi pinjam ilmu dan kepakaran.
Ada amanah nak kita perlu bawa sebagai khalifah.
Memakmurkan insan dan menginsankan manusia untuk kembali hidup bertuhan, back to basic AWALUDDIN MAKRIFATULLAH.

Ada orang menjumpai diri dan mengenal diri melalui pelbagai pintu, cara dan kaedah.

Cuma sifu dipinjamkan kefahaman dan ilmu dari sudut numbering. Sifu ingatkan kembali
ILMU ALLAH INI TERLALU LUAS, SELUAS AIR DI LAUTAN. KITA INI BUKAN SETITIS AIR DALAM SATU LAUTAN TAPI HAKIKATNYA ADALAH LAUTAN DALAM SETITIS AIR

Orang beriman, tidak percaya akan word "KEBETULAN" tapi ianya satu "KETENTUAN" ini namanya Qada dan Qadar.

#769 SAFT


#769 SAFT - Model Potensi Diri, Business dan kerjaya melalui kaedah Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al Quran. Berteraskan 4 sifat nabi iaitu Siddiq, Amanh, Fatonah dan tabligh.

Kita selesaikan Quadrant pertama dulu isaitu SIDDIQ.

Boleh jawab soalan sifu semua di sini,
KENAPA BERADA DI SINI DAN KENAPA NAK BELAJAR ILMU POTENSI DIRI INI??

Jawapan :
"Saya nak lebih kenal diri sendiri. Agar lebih kenal Allah. Nak kenal Allah, kena kenal diri sendiri. Jadi, inilah sebab saya berada di sini."
"Untuk menambah ilmu. Mohon tunjuk ajar sifu. Terima kasih di atas ilmu yang diberi."

Barangsiapa mengenal dirinya
mengenallah Allah akan dia
Barangsiapa yang mengenal Allah
Binasalah sekalian jasad

Benar itu, inilah mukadimah ilmu MSP yang sifu nak sampaikan

Nak kenal diri, nak tengok kat mana??

Allah berfirman dalam Al Quran

WAFI AMFUSIKUM, AFALA TUBSIRUN
"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya." (Surah 51 Ayat 21) 

Jika kita lihat diri kita sendiri.
Hanya ada 1 je di dunia.
Tak ada seorang pun sama.
Bahkan cap jari setiap insan berbeza.
Allahu Akbar

5 Level Income


5 Level Income yang dimaksudkan adalah :

Setiap sorang kena ada
INCOME HARIAN
INCOME BULANAN
INCOME MODERATE
INCOME PASIF
INCOME LEGACY / BRANDING

Setiap individu ada 999 pola bakat, business dan keraja dalam diri. Jumpa satu pun jadi orang dah kalau kena cara dan kaedahnya. 

Jom audit kita setiap sorang, ada berapa level income. Cer share

Contoh 1 : 
Seorang guru, buat brownies kadang2 satu atau dua kali seminggu. Baru mulakan workshop untuk guru tadika yang lain. 
INCOME HARIAN = tak ada
INCOME BULANAN = workshop tadika
INCOME MODERATE = brownies yang kadang2 tu
INCOME PASSIVE = tak ada
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 2 :
INCOME HARIAN = produk penjagaan energy & aura diri keperluan harian
INCOME BULANAN = P.A.Majikan, Counselor
INCOME MODERATE = Canopy, P.A Systems
INCOME PASSIVE = tak ada
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 3 :
Full time traders

INCOME HARIAN = trade forex
INCOME BULANAN = sub contract ship blasting and painting
INCOME MODERATE = part time mengajar cara tulis copywriting
INCOME PASSIVE = dividen dari unit trust dan asb
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 4 :
INCOME HARIAN = tak ada
INCOME BULANAN = admin/sales
INCOME MODERATE = translation service
INCOME PASSIVE = tak ada
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 5 :
INCOME HARIAN = tak ada
INCOME BULANAN = kontraktor TM
INCOME MODERATE = hang kebun
INCOME PASSIVE = tak ada
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 6 :
INCOME HARIAN = tak ada
INCOME BULANAN = bisnes pakaian
INCOME MODERATE = tak ada
INCOME PASSIVE = tak ada
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 7 :
INCOME HARIAN = tuisyen English dan MUET
INCOME BULANAN = pekerja am kedai runcit
INCOME MODERATE = translation service
INCOME PASSIVE = tone excel
INCOME LEGACY / BRAND = tak ada

Contoh 8 :
INCOME HARIAN = tempahan jahitan
INCOME BULANAN = butik
INCOME MODERATE = kek comel
INCOME PASSIVE = dealer onexox
INCOME LEGACY / BRAND = Nazlyn Comfort Dreams

Worldwide Digital era (Zon Kitaran Tahunan Y2K)

Worldwide Digital Era (Zon Kitaran Tahunan Y2K)

Based on statistik
25.8 juta rakyat Malaysia
15.2 juta pengguna telefon pintar

1.79 billion mothly active fb users (data on 11 Feb 2016)
500 million monthly active Instagram users (data on 11 Feb 2016)
1 billion monthly active whatsapp users (Feb 2016)

ini tak termasuk sms marketing, email marketing, blog.

Ambil purata 1% sahaja daripada dunia online, dah cukup buat kalian meninggal nak reply pm.

Rasulullah bersabda,
*IKAT UNTA KAMU DULU, BARU BERSERAH*

Usaha posting secara konsisten, persisten. Selebihnya tu serah urusan rezeki pada tuan empunya rezekilah.

Dapat banyak pun bersyukur.
Dapat sikit pun bersyukur.

2017, kita berada di dunia Zon 2 iaitu trend gen-Y.
Zaman softselling, marketing melalui platform media sosial seperti instagram, facebook, whatsapp, twitter, blog, email marketing dan sebagainya.

Kuasai dunia online lubuk kekayaan alaf baru as a backup kepada offline. 


Nak masuk kampung orang, kena studylah dan ikut cara hidup orang dalam kampung tu kan. Kita hidup di zon kitaran tahunan 2, zon dunia dan kuasa beli masa depan dikuasai oleh gen-Y yang aktif di media sosial.

So, kena ikut trend depa lah. Maksimakan media hebahan sosial sebaik mungkin untuk create 5 level income masing-masing untuk survival hidup, kalau tak menangislah. All business offline kena backup dengan online.

Numbering sudah beritahu ekonomi global sudah menunjukkan downtrend sehingga 2019.

Game bisnes 2017 ~ Bisnes Berjemaah


Bismillah..

Game bisnes untuk tahun 2017 ialah bisnes secara berjemaah dalam jemaah, ending no 7. Dan tahun ini ialah no 1 tahun pengurusan dan membetulkan pengurusan. Siapa yang tidak berada dalam jemaah maka sila ucap selamat tinggal buat diri sendiri kerana anda akan ke belakang kerana tidak mengikut arus.

Maka, penjenamaan diri dan bisnes mengikut pola bakat yang anda miliki sangat penting dan ia harus dibina dari akar dan sangat penting membina pasukan. Jika tiada dalam pasukan sila masuk dan cari jemaah. 

Salam Subuh dan selamat pagi. 

Beza niat, doa, harapan, mustajab, waktu damai permintaan, zon permintaan


Bismillah...

Mulakan 2017 nie dengan resetting balik diri, bermula dengan NIAT..setiap sesuatu amal itu bermula dengan niat.

Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.

Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal dan seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.

Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupu satu marhum maksudnya. Dalam kebaikan ibadah semuanya bermula dengan niat.

Doa adalah "niat + permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing-masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tengok diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.

Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.

Mustajab adalah zon saat / detik / alamiah / gelombang / syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema (sains muzik) seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang, dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Gelombang Hz bernombor sebagai pusat. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.

Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai tak nak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk mengkaji zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah yang dipanggil reset diri yang sangat baik.

Zon permintaan adalah mustajab + niat + doa + harapan + waktu permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk.

Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istighfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.

Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.

Perbetulkan NIAT kalian kenapa, kalian berada di tribe ini, supaya apa jua sharing ilmu di sini mendapat keberkatan dan barokah dari Allah, atas limpah rahmat dan lindungannya kalian akan mudah terima dan faham ya.


Perbetulkan Niat


Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Dioakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah.

Mulakan hari ini dengan perbetulkan NIAT kita semua ya.

"Sahaja aku mencari rezeki hari ini adalah untuk mendapatkan Redha Allah dalam kehidupan dan kemakmuran rezeki serta segala yang baik baik HANYA KERANA ALLAH TAALA."

Aaamiiin...