Latest Posts

Zon Kitaran Tahunan


Bismillah.

Masalah market tepu? Apa perlu buat dan teknikal metafizik? Dah habis duit iklan dan fasa media juga tak bergerak?

Cuba check psychology jualan 279. The End of Marketing is Branding. 2 adalah hebahan/media/komuniti, 7 adalah database follow up ---> 9 adalah Penjenamaan.

Macam mana Penjenamaan nak berada di level teratas. 9 + 1 = 1 betulkan pengurusan team dari A-Z. 1 juga bermaksud Trust (kepercayaan).

Macam mana nak ada Trust? Kita lihat sejarah Dakwah Rasulullah saw dan para sahabat. Dakwah terbit nahu asal memperkenalkan secara ilmu/info/seni pemahaman mudah/seni kemanusiaan/kepuasan level tinggi atas kesedaran.

Jika dipaksa beli? Tanpa kefahaman dan kebaikan. Branding dan Trust drop.

2017.2517. Media sosial dan flexible mengurus database, pengurusan tip top dan kuasa gandaan pengaruh. Sambil online kena keluar memberi latihan dan equilibrium pada pasaran.

Kita berada di zaman Zon kitaran tahunan 2 iaitu 2017. 2 itu bermakna zon media hebahan sosial, softselling, networking. Sebab tu Mat Salleh dah mulakan langkah 10 tahun awal, kita yang duk guna fb, whatsapps, insta, twitter dsb.

Yahudi sudah design kita menggunakan otak kiri lebih dengan memperkenalkan sistem pendidikan sekular. Kita menulis dari kiri ke kanan. Sebab itu kita jadi follower sampai mati, iman + tauhid kita pada Allah lari ntah ke mana dan sebagainya..

Sistem pendidikan Islam sebenar bertersakan awaluddin makrifatullah dengan tulis jawi mula dari kanan ke kiri, itulah sunnatullah. Dalam hidup ini, buatlah apa pun, langgar je sunnatullah, semuanya jadi debu-debu berterbangan sahaja.

Metafizik, pernomboran, metafisiologi


Soalan A : Benarkah metafizik ini khurafat?
Jawapan Sifu : Apakah yang tuan faham tentang word "METAFIZIK" itu sendiri?
Jawapan A : Menilai/meramal suatu nasib/bisnes melalui tarikh lahir. Word metafizik saya kurang pasti.

Huraian jawapan dari sifu :
Kena faham maksud "Metafizik" itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat justifikasi dan mendengar tamsilan orang ramai. 

"Metafizik" - sesuatu cabang ilmu Allah yang tidak dapat diukur oleh batas fikiran manusia. Ilmu falak juga dikategorikan oleh ilmu metafizik, adakah wajar kalau kita jatuh hukum mengatakan "ilmu falak" itu juga khurafat?

Ilmu Allah ini luas cabang ilmunya ibarat ranting -ranting pokok, asal berpaut pada dahan (Akidah Tauhid) yang betul tidak ada salah dan silapnya. Penamat segala ilmu adalah berbalik kepada Tuan Empunya ilmu itu sendiri iaitu Allah. Kalau belajar ilmu hebat sekalipun, tak berakhir seperti yang sifu katakan di atas tu, tiada kesudahannya.

NLP, MINDPOWER, juga di antara kategori ilmu metafizik juga. Kita tidak berada dalam bidang ilmu itu walau sesaat pun, tidak pernah menghadiri kelas depa pun tidak wajar kita menilai ilmu orang lain dari sudut kaca mata luaran sahaja.

Soalah B : Adakah metafizik terbatas pada penomboran dan warna atau semua fizikal dan lain2 struktur dan bentuk?

Huraian jawapan dari sifu :
Ilmu metafizik ada 99 cabang bidang ilmu kemanusiaan, metafizik sains penomboran islamik berasaskan al quran adalah kajian pattern 1 juta manusia. Difu sudah mengajar ini di Indonesia, Brunei, seluruh semenanjung Malaysia, pattern adalah sama.
Sifu sudah belajar block metafizik yang lain seperti Feng Shui, Numerologi dan sebagainya penamatnya adalah Al quran itu sendiri.
Numbering ini adalah asalnya 99 asmaul husna terbahagi kepada 9 kumpulan, yang dalam setiap 1 kumpulan ada 11 asma. 

Soalan C : Apa beza dengan metafisiologi?

Jawapan dari sifu : Metafisiologi adalah cabang ilmu yang di luar kotak pemikiran manusia yang fokus kepada perawatan. 

Soalan D : Perkataan meta itu sendiri bermaksud beyond thinking, betul?

Jawapan dari sifu : Benar, meta itu beyond thinking. Ulama sufi panggil ilmu hakikat. Mat salleh panggil metafizik. 
Metafizik ini adalah empangan ilmu, pecahan kecilnya itulah brain color, NLP, fingerprint, numbering, tulisan tangan dan sebagainya.



Boiling Frog Syndrome


Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. 
Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak?
Air mendidihkah atau katak itu sendiri?

Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". 

Sindrom ini akan memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah. Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dengan sikap yang lama di kala keadaaan menuntut anda berubah. 

Belajar


Belajarlah hingga ke hujung nyawa, ilmu ini ibarat air perlu dialirkan supaya tidak bertakung dan menjadi selut. Bila ada insan amalkan ilmu apa yang kita kongsi walau sedikit, Berubah hidup dia tak kira dari sudut mana pun waima daripada tak kenal tuhan kepada mengenal, dari segi ekonomi dan sebagainya. Di situ ada rahmat Allah, bila rahmat Allah ada barulah hadirnya kefahaman.

~Sifu Farihan Yahya~

Fokus dan istiqomah



NURUL FALIHIN
53933 6139795

Nurul Falihin, seorang yang agressif, aktif, suka bernetworking nak menonjolkan bakat dan potensi diri tapi tak tahu nak mula di mana.

Kurang istiqamah dalam membuat sesuatu perkara, mudah cepat boring, dan banyak  langgar dinding dah buat mcm mcm dah. Mudah berada dalam situasi keliru dan dilema di dalam membuat keputusan.

Macam betul je tu...macam manala sy nak terus istiqomah ye dalam buat sesuatu kerja?
Sebab dalam kepala otak saya ni banyak sangat benda nak buat.

Nurul, numbering 3 tu bersepah kat nama kamu dan juga tarikh lahir kamu, itu menandakan kamu tidak ada fokus, semua benda nak buat, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebab kamu tak menjumpai diri kamu lagi, sebab tu try and error.

Berkongsi pengalaman saya untuk terus istiqomah.

Boleh tak?
Ambil masa 5 minit utk berselawat / istighfar setiap hari?

Pastikan semasa lakukan proses tersebut.
Jangan fikir langsung pasal benda lain.

Jika 5 minit istighfar pun susah kita nak fokus.
Macam mana nak jalani sesuatu perkara lebih lama?

Cuba fokus.
Setiap hari amalkan 5 minit pun dah cukup untuk permulaan.

Sekadar berkongsi.
Selamat mencuba.

😊😊😊


Allah sebaik-baik perancang


Bismillah...

Assalamualaikum semua..dah settle uruskan anak..bagi bekal makanan. Kita bagi duit belanja dia tak nak..Alahai anak...

Pagi ni nak share sikit tentang Allah sebaik2 #perancang..

Dulu saya kerja makan gaji. Tambah pula ulang alik Lumut Ipoh. Dan kerja tersangatlah busy. Tahu2 lah siapa yang pernah kerja HR. Dan satu je benda yang saya fikir dulu..macam mana la anak aku nak masuk sekolah darjah 1 nanti. Dengan makan memilihnya.. nak manage masa. Saya selalu kelam kabut pagi2. Heheh. Dan masa saya ambil keputusan nak berhenti kerja dulu tak fikir pun pasal ni. Saya cuma fikir nak dapat extra income melalui berniaga. Kata 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Huhuhu. (nanti saya share apa yang saya dapat dari 9/10 ni ; next episod)

Setahun berlalu dengan pelbagai cabaran. Fasa2 kehidupan yang baru. Macam2 Allah perkenalkan buka MATA HATI untuk melihat KEBENARAN melalui ujian dan nikmat dariNya.

2016 penuh dengan percubaan demi percubaan. Manage dan manage. Rearrange dan rearrange. Kenal diri. Kenal Allah. Keluar masuk track. Huhuhu. Berperang dengan diri sendiri adalah paling mencabar.. Tq Sifu Farihan Yahya, mak abah yang dicintai..sepupu2ku serta sahabat2 yang sentiasa bersama dan menerima saya seadanya..

Dan hujung tahun lepas (lepas la sangat! 2016 hehehe) Allah uji lagi dengan 1 keputusan yang sangat2 pahit untuk ditelan. Melepaskan untuk menDAPATkan.. bab ni orang lain takkan faham apa yang saya lalui. Hanya yang minum air laut sahaja tahu betapa masinnya air laut itu. Tq suamiku..kerana memahami isterimu ini..dan banyak beri sokongan padu...

Dan..untuk permulaan 2k17ni..telah DAPAT rasa satu per satu kemanisan dari kepahitan yang ditelan. Bermula dengan kemas rumah. Macam nak sambut raya dah. Ambik mood dan semangat baru. dapat manage masa untuk dhia. Masak dan bekalkan makanan untuk dhia. Hantar sekolah dan ambil sekolah. Teringat balik perkara ni lah yang saya pernah terfikir dan risaukan. dan hari ini saya dapat jawapan dari pelbagai ujian2 yang Allah beri untuk beri NIKMAT yang satu ini. Tq Allah.

Benarlah..sabar itu melambangkan keimanan kita. Sabar itu akhirnya indah. Sabar disertakan dengan redha. In Sha Allah akan berakhir dengan kemanisan. 

Bahagia itu bukan pada nilai wang ringgit yang kita ada. Bahagia itu dengan menikmati nikmat2 dari Allah kepada hamba2nya.

Jadi pada yang sedang diuji, banyak2 bergantung harap pada Allah dan bukan pada manusia. Nanti kamu akan kecewa.

Ujian takkan pernah berhenti kecuali setelah jasad dan nyawa dipisahkan. Me too.

Permulaan yang baik untuk 2017. Tq Allah.

#DesignFromAllah
#FromAllahToAllah
#HadapdanRedha
#MyStory

Perkongsian dari status fb Puan Fairuz Liyana.

Kunci Rezeki

Bismillah. 
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar hari nie, Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah.

DOA HARI INI 
05 RABIULAKHIR 1438H
04 JANUARI 2017 M

"Wahai Allah, cukupkanlah daku dengan rezekimu yang HALAL, hingga daku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah daku dengan anugerahmu hingga daku tidak meminta kepada selainmu. Amin ya rabbal alamin."

Semoga kita semua di sini dapat bersilaturrahim di sini dengan hati yang gembira di samping berkongsi ilmu. Salah satu KUNCI REZEKI adalah silaturrahim. Mereka yang menolak silaturrahim itu bermakna Allah akan sempitkan nikmat dan rezekinya. 


Suatu Permulaan


"Teman-teman di sini boleh invite ramai sahabat-sahabat yang berminat untuk mengenal diri, potensi business dan kerjaya serta bagaimana nak mengharungi cabaran ekonomi global bermula 2017 hingga 2020 dengan kaedah metafizik sains penomboran islamik dengan share di group whatsapp atau telegram masing-masing link di bawah :


Tribe #769 SAFT -Model Potensi Diri, Business & Kerjaya


Bantu sifu untuk penuhkan kuota 100 pertama, banyak teknikal baru untuk survive 9 on 9 dimension untuk dijamu pada kalian di sini. Berapa ramai di sini yang sudah terbiasa dengan ilmu metafizik sains penomboran.....?"

Itu merupakan ayat intro untuk salah satu group telegram (Metafizik Sains Penomboran Islamik IMQ Ways) yang aku sertai (diinvite untuk sertai). Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti siapa yang memasukkan aku ke dalam group ini, namun aku berterima kasih kepada beliau. 

Aku join group ni lepas raya Aidilfitri (sekitar bulan Julai 2017), namun memang aku tertarik dengan pengisian yang diberi. Jadi aku putuskan untuk terus hadam, belajar dan scroll dari atas semula segala mesej-mesej ilmu yang berkaitan yang telah disampaikan sebelum ini. Mujurlah juga menggunakan medium telegram, jadi akses kepada mesej awal masih boleh dibaca walaupun kita adalah ahli yang terlewat. Bayangkan betapa gigihnya aku untuk scroll semula hingga ke mesej mula-mula dalam perbincangan/perbualan ahli group yang ada 3500 ahli. Berpeluh. Hihi

Tapi tak mengapa, memang aku berminat. Dan aku niatkan aku mencari mesej-mesej awal untuk benar-benar belajar dari gelas yang kosong ini minta diisi dan aku akan cuba praktikkan setiap ilmu yang diberi dalam usaha untuk kembali menerobos sempadan diri. In Sha Allah. Amiin.

SOP

Dalam post ini ada dua info:
a) SOP baru PosLaju
b) Cara handle pelanggan yang tidak tahu SOP baru

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1206939362651241&id=100000055676907