POTONGAN CUKAI BULANAN (PCB)
PCB tidak tertakluk hanya pada Sdn. Bhd. malah Enterprise juga.
Mana-mana majikan yang mempunyai staf bergaji RM36K keatas untuk setahun (RM3k keatas sebulan) perlu bayar PCB pada LHDN.
PCB ni tanggungjawab majikan, bukan staf.
Kalau tak submit PCB dalam sistem e-pcb LHDN majikan akan kena penalti RM200 sebulan.
Ramai yang tak peka terhadap PCB ni jadi selepas ni anda boleh alert dah.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#celikakaun #planforaccount
#celikcukai #planfortax
KERAJAAN BAGI RM250 BAGI SESIAPA YANG MENCARUM SENDIRI
Selalunya orang yang berniaga sendiri seperti milikan tunggal atau perkongsian jarang mencarum untuk dirinya.
Disini admin kongsikan link yang berkaitan seperti tajuk di atas.
Sila baca link dibawah.
KWSP - Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
CARUMAN KWSP
Masih ada lagi majikan yang tidak mencarum KWSP untuk pekerjanya.
Majikan perlu mencarum KWSP untuk pekerja walaupun pekerja hanya ada seorang.
Mungkin ada yang rasa rugi kerana bahagian yang perlu majikan bayar adalah sebanyak 13% dari gaji pekerja.
Tak rugi pun kalau majikan mencarum untuk pekerja sebab nilai 13% akan direkodkan sebagai perbelanjaan perniagaan dan ia dapat mengurangkan nilai cukai.
Pekerja pun akan gembira bila majikan mencarum untuk mereka.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
AMBILAN
Bila ada perniagaan sendiri maka kita akan kerap gunakan duit dan barang niaga perniagaan untuk kegunaan sendiri.
Tak ada salahnya kalau kita ambil duit dari perniagaan kita cuma kita perlu rekod setiap kali kita ambil tak kira berapa pun tetap kena rekod juga. Tetapi kalau boleh elakkan. Bila dah ambil nanti kena ganti balik ya.
Bila tutup akaun bulanan atau tahunan kita boleh analisa sendiri dan kita boleh rancang untuk hadkan jumlah yang boleh kita ambil.
Gaji dari perniagaan kita kan dapat jadi selain dari nilai gaji tu dikira ambilan juga ya.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
BELANJA LEBIH BANYAK DARI HASIL PENDAPATAN PERNIAGAAN
Selama admin duduk dalam bidang perakaunan dan percukaian perniagaan ni, kerugian dalam perniagaan tu biasa.
JANGAN RISAU!!
Bila anda rugi anda tak perlu bayar cukai perniagaan. Bila anda untung pun ada sesetengah situasi yang tak perlu bayar cukai juga kerana kerugian tahun-tahun sebelum ni boleh dikumpul dan ditolak dengan keuntungan tahun berikutnya.
Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya anda simpan dan rekod semua jenis bukti pembelian barang untuk perniagaan anda. Walaupun belanja melebihi hasil pendapatan.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
BELI ASET BOLEH TOLAK CUKAI
Kali ni admin akan share tentang beli aset untuk perniagaan pun boleh tolak cukai.
Beli bangunan kedai, rumah untuk pekerja tinggal, kereta, lori, motor, kipas, lampu, dan banyak lagi.
Untuk aset yang besar dan mahal harganya, anda kena buat resolution dan trust deeds bagi setiap aset tu kalau perniagaan anda Sdn. Bhd. Kalau perniagaan anda Enterprise atau partnership anda kena buat surat akuan dan dapatkan cop pesuruhjaya sumpah.
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
KATEGORI DALAM LABEL FAIL DOKUMEN PERNIAGAAN
Ada banyak kategori dalam dokumen yang anda perlu compile kan tapi admin akan bagi sesimple yang boleh untuk anda mudah faham dan boleh terus buat.
KENAPA ANDA PERLU ASINGKAN PERBELANJAAN IKUT KATEGORI?
Sebab dengan cara ini akan memudahkan anda untuk buat analisa kewangan business anda sendiri. Macam mana nak buat analisa tu? Senang je. Bila anda nak buat baru anda nampak dan faham.
Di bawah ni adalah antara kategori yang dimaksudkan admin pada posting sebelum ni :
- Hasil (pendapatan atau jualan)
- Belian (barang niaga)
- Aset (kenderaan, alatan pejabat, etc)
- Pinjaman (loan sme, punb, public bank etc.)
- Belanja general (semua duit keluar untuk perniagaan anda selain yang berkaitan dengan kategori di atas tadi)
5 item je untuk anda buat seperator dalam fail dokumen perniagaan. Sangat mudah.
Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba.
BOOKKEEPING / SIMPAN KIRA
Ramai yang sudah buat business dan ramai juga yang baru berjinak-jinak untuk buat business.
Tapi tak ramai yang tahu apa yang patut buat bila business tengah berjalan.
Ni antara langkah pertama yang anda perlu buat untuk bagi sistem pengurusan anda teratur :
- simpan semua dokumen yang terlibat semasa urus niaga berlaku (e.g: resit belian, resit jualan, bil air dan bil elektrik premis perniagaan, slip gaji pekerja, resit atau inbois semua perbelanjaan untuk perniagaan anda).
- susun semua dokumen ini dalam fail dan labelkan fail berkenan mengikut kategori dan boleh juga guna 1 fail dan letak semua dalam tu tapi lebih cantik kalau sertakan sekali separator untuk asingkan kategori belanja tadi.
Details kategori dalam perniagaan nanti admin akan share pada posting seterusnya.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax
AKAUN SEMASA VS AKAUN SIMPANAN
Ramai yang pandang ringan tentang hal ni dan masih ramai yang beranggapan bahawa bila berniaga guna saja akaun simpanan kerana nak buka akaun semasa kena guna duit yang banyak dan sebagainya.
AWAS!!
Jika anda masih beranggapan begitu bermaksud anda sukar untuk menjaga aliran tunai perniagaan anda sendiri kerana anda fikir itu duit anda.
Bila berniaga anda disarankan untuk membuka akaun semasa.
Di sini admin kongsikan 3 kelebihan yang anda akan dapat jika anda menggunakan akaun semasa sebagai akaun bank untuk perniagaan anda :
1) mudah untuk mohon pinjaman bank kerana mempunyai akaun semasa bermaksud anda ada perniagaan
2) mempunyai rekod yang baik kerana tak semua usahawan boleh buka akaun semasa
3) sistem permarkahan bagi tujuan permohonan pinjaman akan lebih tinggi
Semoga bermanfaat.
#urusakauncukaiperniagaan
#planforaccount
#planfortax